Pages

Wednesday, August 27, 2014

Crush

Assalamualaikum...


Sape yang tak ada crush seumur hidup, dia memang seorang pentipu! Baik ngaku cepat. Yang kau ni dah bakpe nak marah-marah orang ni hoi?

Kalau tanya dengan aku, memang la banyak crush. Setahun lebih 10 orang crush aku weh. Nampak tak boleh tahan gatalnya? Orang selalunya crush dalam setahun maybe 1-2 orang je. Aku ni special case sikit. Asal berkenan dalam hati, pufff...jadilah cocokrunch crush aku. Kalau la jantan-jantan yang aku crush tau aku ni tengah crush kat dorang, mesti dorang akan dapat kemurungan ni T_T

So, meh nak story mory pasal crush. Crush aku bermula sedari sekolah rendah darjah 1. Yes! You read it right! Standard 1 dah gatal merenyam nak ada crush! Masa darjah satu ni, aku pergi sekolah naik bas. Aku ingat lagi aku naik bas pakcik Abbas, bas dia kontot je. Pakcik Abbas ni dia kutip budak-budak dari sekolah lain-lain. So masa dalam bas ni lahhh aku kenal crush yang pertama. Budak ni nama dia Mohd Amin bin apa pun aku tak tau. Putih budaknya dan nampak baik. Sungguh aku tak sedar diri kulit gelap nak di-match-kan dengan orang kulit putih. Amin ni budak sekolah All Saint Kamunting, aku pulak budak sekolah Long Jaafar. Tetiap hari Pakcik Abbas akan hantar budak sekolah aku dulu baru, dia akan hantar ke solah lain pulak. So nak jumpa Amin ni masa pergi dan balik sekolah je laaa. Dulu dalam bas pakcik Abbas ni dah macam kedai runcit mini. Ada jual aiskrim malaysia, keropok, kacang dengan coklat, habuan budak-budak hingusan macam kami ni nak beli. Satu hari tu Amin ni beli aiskrim malaysia pastu dia datang pergi kat seat aku. Ingatkan nak belanja aku makan aiskrim, rupa-rupanya dia just nak tayang je makan aiskrim milo depan aku. I iz heartbroken tau Amin!

Then, pertengahan tahun aku adalah antara yang terpilih untuk dimasukkan ke sekolah yang baru dibuka yakni SK Bukit Jana. sebabnya sekolah ni pun dekat dengan rumah aku kat Kamunting tu. Jalan kaki mau 10 minit je, lalu depan KEMTA (Kem Tahanan ISA). So bila sekolah baru, murid-murid and cikgu semua baru-baru jugak la kan. Masa sekolah ni baru bukak, ada murid darjah 1, 2, 3 & 4 je. Dan kelas pulak untuk setiap darjah ada 3, Wira, Satria & Perdana. Semua nama kereta Proton T_T. So aku mula-mula dok kelas Satria, tapi mungkin cikgu nampak tahap kecerdikan aku ni, so dia pindah masuk kelas pertama yakni kelas Wira. Masa dok kelas ni la aku suka sangat tengok budak laki ni, merangkap ketua kelas, Ashrani. Nampak beliau macam budak baik yang boleh jadi geng. Maka bermulalah era persahabatan kami bilamana waktu rehat atau takde cikgu, memang muka kami 6 orang la akan bersama *aku lupa nama 4 orang lagi*. Dalam dok jadi geng tu pun bolehhh je terbekenan! Nampak dah kegatalan dia tu.

Masuk darjah 2, abah ajak kami sekeluarga pindah rumah pusaka kat kampung sebab tak ada sape kat rumah tu. Bertukar sekolah la aku dan bermakna bertukar crush la aku... So masuklah aku ke sekolah tempat abah aku bekerja sebagai tukang kebun yakni SK Jelai. Kat sini aku ada crush yang on-off. Kau faham tak on-off macam mana? Macam minggu ni kau suka gilaaa kat budak ni. Then next week kau benci sangat dengan dia. Haaa...Macam tu la aku. Kat sekolah ni aku ada kawan yang diorang cakap muka kami macam adik beradik. Bagi aku, aku dengan dia hanya sama tang gigi je sebab kami ada gigi kapak! Nak jadi cerita, ada senior aku ni kembar. Kawan aku yang sama gigi dengan aku ni dok crush dengan si adik (kembar) dan secara tak langsung, dorang gosip aku boleh la couple dengan si abang. See, tahap kegatalan budak sekolah rendah? Hebat kan! Bila orang dok gosip-gosip lama-lama timbul la minat kat si kembar ni. Tapi setakat aku je minat, nak jadi apa kan? 

Masa sekolah menengah, makin menjadi-jadi kegatalan diri ini. Level candy crush pun dah upgrade weh. Dah tak mandang crush yang sebaya umur. Nak abang-abang senior jer. Masa form 1, aku kena sekolah sesi petang. Senior-senior form 2,3,4&5 sesi pagi. Bila petang, budak-budak sesi pagi akan datang ke sekolah untuk aktiviti dorang. Ada yang datang buat study group, ada yang bersukan. Kelas aku pulak kebetulan sebelah gelanggang sepak takraw dan aku punya kedudukan memang cantikkk dapat bertenteang dengan gelanggang sepak takraw. Aku dok berkenan dengan 3-4 orang abang senior yang dok main sepak takraw ni. Sampaikan dorang pakai baju warna apa pun aku sanggup beli semata-mata nak bagi sama warna baju. Kau tengok batak tak bataknya aku. Bila fikir balik, sedihnya kau hanim oi! Kalau hari sukan pun lagilah. Kalau crush aku tu main untuk rumah sukan lain, sanggup ni pegi sokong rumah sukan crush dari sokong rumah sukan sendiri. Cikgu rumah sukan aku mesti berbuluuu je dengan aku kan! Tapi tu la, bila naik form 4, abang-abang senior semua yillek, takda dah. Yang tinggal budak-budak yang aku tak crush langsung.

Naik form 6, lagi sedih! Aku tak da crush untuk form 6. Tak tau kenapa. Mungkin tak ada yang berkenan dihati untuk dijadikan koleksi crush kot! Okay, next!

Zaman universiti pun lebih kurang zaman form 6. Kurang crush. Just minat-minat cenggitu je la. Nak kata crush gila-gila tu takada lagi kot rasanya. Ke sebab faktor umur semakin tua? Eh! Ada la crush, tapi tak bertahan lama. Paling lama pun, 2 bulan je kot crush. Lepas tu, nan adooo. Semua yang aku crush semua abang-abang senior je lah. Nampak tak taste nak senior-senior je. Jangan nanti dapat suami senior citizen sudehh. Tapi, kau paham-paham la pelajar universiti ni mana laa selalu nak terserempak, kelas lain-lain waktu. So perasaan suka tu lama-lama hilang cenggitu je. Kadang tu, crush lalu sebelah pun buat bodo je sebab dah tak ada perasaan katanya!

Lepas habis belajar, merasalah duduk kat rumah jadi penggangur tersohor di Taiping. Masa ni asyiklahh mencuci mata bila keluar teman mak shopping. Pantang sangat nampak yang sedap mata aku memandang, mulalah nak jadikan crush. Tapi kau pepaham la bila jumpa baru sekali terus jadi crush, celah mana pulak kau nak jumpa crush kau lagi kan? Berangan jangan habaq la. Tengok movie omputih, berangan. Tengok drama korea, berangan! Risau pulak aku dengan diri aku sendiri. Ada jugak nanti jadi gila bayang kan! Paling best ialah bila tibaaa hari rayaaaa (insert lagu BlackDogBone), time raya ni lah akan nampak aku paling rajin dalam rumah. Nak-nak pulak bila kawan mak @ abah datang bawak anak-anak jejaka yang hensem. Crush lagi. Tapii tang tu je la crush. Mampu crush setahun sekali je jumpa?

Sekarang ni zaman bekerja pulak. Selalu baca novel or tengok drama (drama lagi, nampak sangat kuat berangan!) bila kerja je jumpa JODOH! mengelenyar betei Hanim ni. Dok pikir kawin je, keje pun tak sampai setahun lagi. Ye la. Umur baya aku ni la sibuk nak cari jodoh dan kawin ye dok? Tapi rezeki aku pulak kerja dekat company semua CINA dan aku adalah satu-satunya staff MELAYU. Boleh? Ambik, dulu teringin nak ada kawan dari bangsa cina sebab masa sekolah ada kawan melayu dengan India je. Sekali Allah makbulkan, Dia bagi satu ofis kawan bangsa cina untuk aku! Puas! Ada la berkenan dengan Engineer company ni. Tapi tu lah. Aku ni cepat jemu. Sebulan je dok syok suka kat engineer tu. Masuk 2nd month dah bosan pulakkkk tengok jantan ni. Baru-baru ni syok balik kat dia. Eh, meroyan dah kot aku ni! Kat sini kalau nak jumpa melayu, kau tunggu la pegawai kerajaan datang, boleh la tengok. Tapi kalau nak tengok hari-hari, pekerja production pun ada *sendu*

Sekarang ceritanya, jangan nak ber-crush sangat. Tunggu jodoh nak kawin je ni. Ada je masuk meminang, terus la langsung. Eh! Dah la. Aku sebenarnya tengah kerja ni. Sebabkan boss masuk lambat, dan kerja aku banyak yang pending, tu yang terjadinya entry bangang macam ni. Ni punnn nak siapkan satu entry makan masa seminggu okay! Dari minggu lepas dok menaip sikit-sikit membawak ke minggu ni baru nak siapkan satu entry!

Ambik, muntoh la kome baca. Dah la entry tanpa gambar. KBAI!

-FIN-

No comments:

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...