Pages

Thursday, July 24, 2014

Cerita Nak Sambut Raya

Assalamualaikum....


Tak tau nak tulis apa tapi nak jugak jenguk blog berabuk ni. Rindu nak menulis tapi perasaan malas memang tiada tandingannya. Takpelah. Hari ni marilah kita berbual sembang. Hoh, ayat kelam kabut benau!


Ramadhan tinggal lagi 3 hari. Lepas tu dah nak raya. Raya tahun ni lain sikit dari tahun-tahun lepas. Tahun ni giliran untuk memberi duit untuk anak-anak menakan. Bajet ramai tak balik tahun ni. Tup-tup abang dari Terengganu and kakak dari Pahang call cakap nak balik raya. Perrghhh... Boleh ketar tangan nak hulur sampul duit raya woii. Nasib la bajet lebih nak bagi kat budak-budak tu. Kalau tak maunya kena terima kutukan dan sindiran anak sedara sendiri.


Persiapan raya tahun ni sederhana je kot. Ke lebih? Kalau lebih pun bukan sumbangan dari aku. Akan tetapi sumbangan dari adik. Dia balik dari Sabah bawak balik banyak income katanya. So dia nak sponsor untuk mak, abah dan tidak dilupakan adalah diri dahku (insert big smile here). BUT, sampai ke hari ni apa benda pun aku tak beli sebabnya rasa macam tak kisah pun ada baju raya ke tak. Ingat macam nak pakai je baju yang mana ada, tapi adik insist nak beli. Wa terima dengan rela hati der. Jadi hari sabtu moh la berusaha gigih cari baju dahku.


Rumah still tak siap apa-apa lagi kecuali kuih raya. Mak aku bajet tahun ni malas nak buat kuih raya sebab takde orang nak buat yakni aku. Almaklumlah, dah keje mana sempat nak baking-baking ni. Cuti je keluar berjalan. Aku pulak kurang yakin mak aku tak nak buat kuih raya sebab tiap-tiap tahun ayat dia sama ja. Sebagai back-up kot-kot mak tekad tak nak buat kuih raya, so aku tempah la 2-3 jenis kuih raya and rancangnya nak buat cheese tart. Pastu suruh mak tempah je kerepek ke tempeyek ke buat kudap-kudap dan buat la makanan berat sikit hari raya tu, sudah.


Tapi bila mak dengar je adik nak balik, esoknya, YA ESOKNYA JUGAK mak beli barang buat kuih. Kannn aku dah cakappppp. Terus semangat nak buat kuih raya tu datang habaq hang! Setakat aku tengok semalam, bekas kuih makin bertambah dengan bertambahnya jenis kuih yang mak aku buat. Belum masuk lagi dengan tempahan kerepek dan tempeyek beserta kuih yang aku tempah! Jadinya kuih raya kat rumah aku tahun ni memang banyak. Dijemputlah datang ke rumah aku makan kuih raya nanti.


Sebenarnya sekarang aku kat ofis. Kebetulan tak ada kerja sangat. Dan kebetulan lagi semua Boss tak dak. Semua p holiday oversea katanya. Tak tahu kemana. Tunggu je la minggu depan dorang balik baru sembang. Kemahen la aku kan! Macam boss tu kawan-kawan aku je buatnya. Boss aku lagi kemahen. Aku yang beraya, dorang yang bercuti. Sebab tu terlebih rajin ni. Dan sebab jasad je ada kat ofis, hati dah kat rumah. Amboi melampau betul Hanim ni. Macamkan dok jauh je dari family, padahal berulang hari-hari Penang-Perak. Orang  yang dok merantau jauh dari keluarga pun tak seteruk aku ni kot!Perasaan dia lain sikit. Nak-nak pulak adik ada kat rumah. Melampau benar rindu kat adik pun walaupun baru 5 bulan tak jumpa. Aku tau tau macam mana orang yang merantau jauh-jauh tu.


Dah la. Letih jugak merapu dalam blog ni. Gambar memang la takdak kan sebab online pun guna belas ehsan wifi company. Dah dah. Selamat hari raya. Mintak maaf kalau terkasar apa-apa. Jemput datang rumah makan kuih raya mak aku buat.


-FIN-

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...