Pages

Friday, June 6, 2014

Rutin Baru

Assalamualaikum...

Wah wah wahhhh lama betul nak menulis. Sampaikan kekok dah nak menulis kat sini. Bukan nak kata idea takde, idea banyak mencurah-curah tapi sebab faktor malas menguasai diri maka terbengkalailah niat untuk menulis ni.

So hari ni sebabkan tak busy dan tak tahu nak buat apa dalam ofis ni, adalah baiknya kita menulis disini. So at least colleague tengok pun rasa gerunkan sebab tengok aku hebat menaip sekarang ni. MUAHAHAHAHA *gelak shaiton*

Rutin sekarang dah berubah sikit sebab sekarang aku dah menjadi career woman *yay*. Ecehhh poyo nak career woman bagai kan! Baiklah, kita tukar. Aku sekarang dah bekerja (Alhamdulillah). Semalam dah genap sebulan aku kerja kat company KH ni. Alhamdulillah, so far so good. Boss-boss baik. Colleague- colleague pun baik walaupun aku seorang je Melayu dalam office ni. They accept me very well. Semua prihatin la kiranya.

Kalau dulu sebelum bekerja, rutin harian adalah sama, selepas bekerja pun rutin harian tetap sama tetapi tugasan yang berlainan la. Maksud aku, kalau sebelum kerja dulu, bangun tidur, kemas rumah, online, tengok TV, tolong mak sikit-sikit, makan. Sekarang rutin lain, tapi tetap buat benda yang sama. Bangun tidur, mandi, bersiap pergi office, lunch, balik rumah,makan, gosok baju, tengok TV, tidur.

Balik rumah memang takde masa nak online dah weh. Sedih aku asyik tertinggal je perkembangan dunia semasa. Rancangan korea yang aku selalu tengok pun sekarang banyak yang ter'miss'. Masa cuti pun still tak sempat nak tengok online show pun. Tapi takpe, kekadang curi masa malam-malam layan Running Man! kahkahkah.

So beginilah ceriteranya. Dah apasal aku rasa macam lari tajuk je entry ni?

Okaylah, nak keluar lunch, boss ajak! yabedabeduuuuuu

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...