Pages

Tuesday, March 4, 2014

RM1million

Assalamualaikum...

One of my friend asked me, what will I do if I was given RM1million.

Hmmm... never imagine kot! Tapi, kalau dapat alangkah laa bertuahnya aku ini.

It make me think what should I do with the money? Ye lahh. Kot la tetibe dapat duit gedubuk banyak macam tu, dah satu hal nak fikir takut orang rompak pulak kan. Eh eh.

So, I just make my own wishlist in case I got the money. #ppffffttt. #berangan (kau dah kenapa hanim banyak benor #hashtagnya?)

1. Make a saving.

First thing first is I will save all the money in my account. Ye lah. Itu je tempat yang aku rasa selamat. RM 1juta hoi ingat kau boleh main gengam ikut suka je? Dah simpan dalam account barula rasa selamat sikit kan? Dah simpan dalam bank, aku nak bukak account ASNB. Nak simpan sikit dalam ASNB. Yelah, kita berduit bukan selalu yedok? Ni macam jaminan masa depan jugak la. Orang cakap kalau melabur dalam ASB ni untung. Kalau pandai handle, tiap-tiap tahun guna duit hasil dividen je cukup. Katanyalah kan.



Menabung untuk masa depan.



2. Bawak mak dan abah pergi Umrah/Haji.

InsyaALLAH kalau diberi kesempatan teringinnya hati ni nak bawak mak dan abah pergi umrah atau kerjakan haji. Dan haruslah aku ada sekali sebab aku pun teringin sangat ni nak pergi Makkah dan Madinah. Kalau diberikan wang RM1juta itu, aku nak bawak mak, abah, adik and sedara aku pergi sana. MasyaALLAH, kalaulah dapat jadi kenyataan. Bukan nak kata mengharapkan duit percuma tu. Tapi almaklumlah, aku ni bukan la orang senang, kalau nak bawak mak and abah pergi perlukan masa yang panjang nak kumpulkan duit. Tapi kalau dah dapat duit percuma, proses nak bawak pergi sana kan lebih
cepat dan mudah? #justsaying

InsyaALLAH akan sampai jika dijemput Allah S.W.T



3. Menderma dan berzakat.

Kalau dah senang, apalah salahnya kalau berkongsi kesenangan tu bersama yang memerlukan, yedok? So, sebahagian dari duit tu nanti akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan macam rumah anak yatim, rumah orang-orang tua, dan fakir miskin. Biar golongan-golongan ni merasa serba sikit kesenangan yang aku dapat. Dan semestinya la kena bayar zakat kan kalau banyak duit ni. So meh ke pusat zakat, bayar zakat!

Zakat wajib bayar kalau harta lebih


Buat amal jariah bersedekah kepada yang tak berkemampuan.



4. Debt.

Next is pay all the debt I have. Gittew. Walaupun muda lagi (muda lagi ke?), aku ni banyak hutang hoi! Jadi, bila dah ada duit banyak ni wajiblah langsaikan semua hutang piutang kan terutamanya hutang PTPTN! Kalau tak bayar didunia, susah la nanti nak menanggung kat akhirat kelak. Bukan je bayar hutang aku, aku nak langsaikan sekali hutang mak dan abah aku. Hidup orang tak berapa senang macam ni lah kena berhutang baru merasa nak dapat apa yang dikehendaki. Contohnya macam hutang kereta. Nasiblah rumah yang mak abah tinggal ni rumah pusaka, jadi rumah tak la berhutang. Hew hew hew.

Hutang masa belajar. Itulah akibatnya belajar tak berapa pandai.
Kalau pandai sikit je lagi, tak payah susah bayar dah.


5. Car.

One of my wishlist is to have my very own car. The car i used now belong to my abah. So it my dream to have my own car. So for sure I have my own dream car. Dream car aku ni pun bukanlah kereta-kerata mahal pun. Kena fikir jugak kalau dah pakai kereta mahal, nanti insuran and roadtax for sure tinggi. Dapat duit free bukan setiap tahun walaupun ada BR1M! Hahaha. Aku ni selera selalu berubah. Keluar je model kereta baru, maka berubah la jugak dream car aku. Dulu aku suka betul kereta warna hitam. Nampak mewah katanya. Kalau kancil warna hitam nampak mewah ke hoi? Tapi sekarang selera bertukar suka kereta warna maroon/merah atau royal blue. Nak warna memancor je bagi orang nampak dari jauh! Buat masa sekarang ni untuk kereta tempatan, aku suka Proton Preve or Suprima S.

Merah garang. Cantik kan kan kan?


Suprema S yang gagah!

Kalau imported car aku suka Ford Focus, Ford Fiesta atau Honda Accord.

Nampak elegant jugak kan kalau warna hitam?


Bright Blue Ford Fiestar

Kacaknya Ford Focus Red ni kan?



Tapi, kalau aku ni kaya raya taraf billionaire, memanglah aku cari Range Rover Evoque atau Porsche Cayenne atau Hummer. Suka aku kerata macam ni. Nampak gagah perkasa hokey Ke ada sapa-sapa nak bagi birthday gift pun boleh. Birthday aku bulan June nanti. Sempattttt lagi nak beli! Amboi panjang benor kalau sembang pasal kereta. Nampak benor suka berangan kereta!

Porsche Cayyene grey so macho!


Perghhhh perghh handsomenya.


*WIDE EYES OPEN*


6. House

This is a MUST item now. Semakin hari bukan semakin sayang, tapi semakin hari semakin mahal. Mana maunya dah rumah sekarang harga RM 100k. Paling murah pun sekarang RM 250k. Jadi bila dah ada banyak duit ni, haruslah buat pelaburan beli rumah. Tak payah nak banglo 5 tingkat sangat kot. Dah sah-sah RM 1m tak cukup nak beli banglo. So mari bersederhana kalau membeli rumah. Two storey semi-D adalah idaman hati. Ecehhh bersederhanalah sangat rumah nak dua tingkat je. Tapi if possible aku nak rumah macam tu. Kalau tak, single storey semi-D pun cukuplah. Sebenarnya rumah yang kalau aku beli ni aku nak belikan untuk mak dan abah aku sebab mak selalu hint-hint kat aku suruh beli rumah bila lalu kat taman perumahan yang baru nak dibina. So sebagai anak, faham-faham je la kan!. Rumah aku sendiri nanti biarlah bakal suami yang belikan. Hikhikhik (gedik disitu)

Ini rumah contoh ye. Haruslah mahal kalau rumah cenggini.



7. Vacation!!!

Holiday!!! Aku dengan parent aku memang kaki berjalan. Kalau ada duit lebih sikit mesti abah akan ajak pergi bercuti. So far, bercuti dalam negara je lah yang mampu. Tapi tu pun dah best sangat okay! Apa ingat Malaysia tak ada tempat best untuk dilawati ke hah? InsyaALLAH end of this year will visit Sabah! Yay, Mabul Island! Eh eh. Kalau aku, aku suka betul bercuti kat pulau, yang ada pantai yang best-best. Fefeeling jadi gadis pantai sangat! So, if I had so much money, I'll go to Island for my vacation with my bffs' because my bffs' also love island, kan B? Tapi kalau bawak mak abah, aku akan bawak pergi tempat yang bukan pulau sebab mak and abah tak suka sangat pulau, pantai ni. Mak suka pergi tempat yang boleh bershopping. Abah pulak ikut je asal boleh berjalan. hahaha.

MasyaALLAH. Cantik!


SubhanALLAH. Gorgeous okay!


Jadi, itulah angan-angan saya kalau ada banyak duit. Angan-angan ye adik-adik, bukan betul-betul. Kalau betul-betul, mau kakak kau ni realisasikan semua angan-angan yang dia tulis kat atas ni.

Sekian terima kasih sebab sudi membaca angan-angan minah Jenin macam aku ni.


-FIN-

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...