Pages

Friday, February 21, 2014

"Mak, abang tu boleh jadi menantu mak tak?"


Assalamualaikum...

Kelmarin mak dengan abah diinterview oleh wartawan dari TV Al-Hijrah. Alaa, yang channel Astro tu. Saluran apa, aku lupa pulak. Ni semua sebab program anak angkat UIAM tu la.




Pagi-pagi lepas mak habis meniaga nasi lemak, mak kejutkan aku suruh kemaskan rumah(kantoi bagun lambat!). Mak cakap nanti ada orang stesen tv nak datang interview mak dengan abah beserta kedua anak angkat mereka. Aku yang mamai-mamai ni just angguk-angguk dan nak sambung tidur balik lah tapi tak jadi.

Lepas siap kemas rumah, nak makan pagilah kononnya. Tetiba dengar orang bagi salam. Abah cakap orang TV dah sampai. Aku ni serba salah nak keluar ke tak

Anak angkat mak aku yang namanya SARAH tu datang kat aku tanya aku nak pergi depan tak? Mestilah nak sebab mak dan abah aku bakal diinterview oleh wartawan nanti. Kebetulan senior diorang yang sebaya aku pun datang, so wajiblah pergi tengok kan?

Dah nama pun budak Universiti Islam, dak Sarah tanya aku, nak bawak tudung dengan sweater ke nak pakai sebab kat depan ada lelaki. Kalau tudung tu memang aku nak suruh dia ambilkan. Tapi tang sweater tu sentap aku sebab aku pakai baju lengan pendek. Aku angguk je lah.

Masa keluar dari rumah, aku tengok ada 2 orang senior diorang, 3 wartawan lelaki dan seorang wartawan perempuan. Mata aku just boleh fokus kat dua orang je masa tu yakni cameraman and soundman dia. Tapi lebih focus kepada cameraman dialah sebab hensem!

T-shirt hitam, jeans lusuh dengan cap. Hah memang aku cair tengah-tengah hari buta tu. Tapi, segan nak usha lama-lama, then masuk rumah intai dari tingkap. Ralit tengok diorang shoot, tetiba abah panggil suruh buatkan air. Elok sangatlah abah, kurang-kurang diorang tahu yang ada anak dara sorang dalam rumah!

Mak dengan abah pandai sangat berlakon depan kamera. Lepas ni kalau nak cari extra, jangan segan-segan call mak dengan abah aku. Mesti dia nak punya! Yang tak boleh blahnya bila menyapu sampah tengah-tengah hari buta. Ada pernah orang buat ke?

Dah nak habis recording tu, diorang panggil semua sekali sebab nak shoot ramai-ramai. Aku yang dalam rumah buat-buat rajin pun turut diheret sekali. Masa keluar tu gelabah jugaklah sebab segan. Tapi demi abang cameraman saya sanggup buang perasaan segan saya! #silabagipenampar#

Lepas semua orang dah balik, tinggal aku dengan mak dan abah je, saja aku try tanya mak. Soalannya berbunyi begini " mak, mak rasa abang cameraman tu sesuai tak jadi menantu mak?"
Dan jawapannya sudah dijangka yakni " hang jangan nak gatal sangat kak!"

NotaTangan: Lepas ni rajinlah aku tengok channel Al-Hijrah!

NotaTapakTangan: Mak dengan abah boleh la popular sebentar dari anak-anaknya!

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...