Pages

Saturday, January 11, 2014

Attention! It's my BFF's Wedding!

Assalamualaikum...

Tak payah nak attention sangat lah kot kan?

Baca tajuk kat atas pun dah boleh tahukan aku nak cerita pasal apa kan? Dah terangggg aku tulis MY BFF WEDDING, tak faham-faham lagi?

Yang sebenarnya, entry ni dah terperap laaaamaaaa dalam draft. Asal tulis sikit je, pastu save. seminggu kendian sambung balik dan begitulah kaedahnya sehinggalah entry ini berjaya ditulis.

Actually BFF's aku ni kawin 21 Dec 2013. Tapi sebab aku ni kan pemalas sangat nak menulis sejak dua menjak ni so entry ni delay dengan lamanya. Tah-ni-ah.

My bestfriend forever a.k.a soul sister, Nor Siha binti Idris atau kami panggil E-Are selamat dinikahkan dengan pasangannya, Muhd Ridzuan or we called him, Wan. Alhamdulillah, aku sangat-sangat gembira dengan perkahwinan diorang. Wuwuwu..Seorang lagi kawan baik dah tamatkan zaman gadis beliau. Tergugat ni..hahaha.

E-are ni aku kenal sejak aku sekolah rendah, masa darjah dua. Aku budak baru pindah kat sekolah tu, so masa baru-baru masuk tu macam alamak, macam mana la nak sesuaikan diri ni. But then masa tu ada lagi 3 orang budak baru sekali dengan aku so tak la rasa kekok sangat. So sebagai budak baru, aku kawan dengan budak-budak baru je lah. Tapi lepas seminggu, baru berkenalan dengan e-are and seorang lagi kawan baik, mazni.

But masa darjah 5, e-are kena pindah sekolah ke Ipoh. Mula-mula tu sedih jugak la kena pisah, tapi lama-lama okay je. Budak-budak lagi mana nak fikir sangat pasal sedih rindu bagai. Lagipun aku ada mazni, farhana and Ily so kehilanganmu tidak la terasa sangat. Muahahaha... Tapi, masa form 2 e-are pindah balik ke sekolah yang dekat dengan kampung kami but still kami bukan satu sekolah. Yang pasti sentiasa berjumpala. Dia nak pergi dating, muka aku ni la yang tukang bawaknya sebab dia tak reti bawak moto, kereta apatah lagi. Tapi sekarang bawak kereta atas highway 140 km/j pun selamba jek!

14 Dec 2013 dia dah dinikahkan dengan pasangannya di Ipoh but aku tak dapat pergi sebab ada hal yang tak boleh nak elak. So sebagai gantinya, aku dan mazni akan jadi pengapit dihari persandinganmu. Gitteww. Rumah perempuan dan lelaki aku balun pergi. Ye lah. Bila lagi kan nak bersama-sama BFF's ni. Lepas ni dah ada suami kena la limit sikit. Dah tak boleh nak hang out bertiga dah nanti, ye dokk Mazni?

So, moh le kita tengok gambar ye dak? Gambar hanyalah dari kamera murahku dan handphone murahku. Kualiti gambar taklah sehebat DSLR ke, GoPro ke but still boleh nampak gambarnya. Gambar banyak gila! Tapi setelah ditapis, ni je lah yang ada. Itu pun aku banyak combine gambar. Tak larat nak letak watermark. Gila pemalas perempuan ni.

RESEPSI SEBELAH PEREMPUAN.

Bride's family.


Groom's Family. Sorry e-are, mukamu xnampak dek cahaya
tuh.


Kami.
Aku. Wan. E-are. Mazni
Wan ni aku kenal 4-5 bulan sebelum diorang kawin. Dia ni boleh masuk la kalau nak sembang2.
Hope boleh get well dgn bakal laki kami jugak kan Mazni?
hahaha...


Kami lagi. Dah apasal Mazni jauh benor. Macam kena sisih weii..
Segan lettew nak duduk dekat dekat. Kalau boleh besarkan gambar,
cuba tengok muka Mazni. Rambut macamkan duduk tepi pantai berangin!



Kesayangan. 
We are Sister forever. InsyaALLAH.
Aku sayang korang sampai mati.



Bersama Panglima. Amboi Mazniii, dekat benor.
Cemburu e-are kanggg...


Mai sini bucuk-bucuk meh. Meh nak puluk-puluk juga sikit.


Aku tak faham betul dengan perempuan baju merah ni. Asal orang nak bergambar
harus dia menyusup masuk. #PhotoBoom.


Lagi seorang kesayangan. Jangan cepat-cepat kawin.
Nanti tinggal daku seorang tak kawin lagi.
Kita kawin tarikh dekat-dekat naa.. = P


Muka wajib tayang gambar. Seorang tu nak terbang.
Yang perempuan seorang lagi tu ntah kenapa kaki asyik nak
kena terangkat bila bergambar.


Orang yang diraikan. Barakallah sister.
Wan, sila jaga beliau dengan baik.

So lepas settle makan, ambik gambar sikit, salam-salam dengan sedara beliau, kami gerak ke Taman Tasik Taiping pulak untuk outdoor photo. Alahaiii yang pergi pun pengantin, aku, mazni, adik e-are and her fiance. Tapi nak gebang macamkan bawak satu team photographer hendaknya! Gambar outdoor banyak gila, tapi aku malas nak masukkan semua. Ni pun banyak je aku combinekan.


Them.

Mereka lagi. 
Gambar 1: "Cantik tak duckface I?"
Gambar 2: haip-haip, buat apa tu haaaaa???


Berempat. Nanti 3-4 tahun lagi kita hang out berenam pulak.
eh eh..


Dah habis bergambar, perut pulak rasa lapar. Pergi drive thru McD je sebab E-are and Wan segan nak turun makan kat situ. This time Mazni belanja. Yay, aku suka benor kalau orang nak belanja ni. Sebelum ni asal keluar dengan E-are, dia je yang belanja aku makan. Bila Mazni balik, dia pulak belanja kitorang makan. Aku terima apa yang diorang nak beli je. Thank kesayangans. Ni pun gambar candid from Wan. Mazni excited nak bagitau aku and E-are yang Wan nak ambik gambar, tak sempat nak posing pun dia dah klik. Hampeh Wan!


Dah la sikit-sikit kat reception belah perempuan. Tak larat nak pilih gambar I sebab banyak sangat gambar yang gojes-gojes (lah sangat). So marilah kita tengok reception belah lelaki pulak. Kali ni pun sama macam reception belah perempuan. Group menangkap gambar adalah sama seperti direception belah perempuan.



Masa ni depan kedai pengantin, baru lepas make-up. Nak kena tungu family e-are sampai. Dah la tunggu tepi jalan, ramai je mata memerhati. Tapi memerhati diorang la, bukan memerhati aku dan mazni. Sempattt nak betulkan butang ye,Pah?


Aku dah cakap, E-are ni suka betul photoboom gambar orang. Mazni dah kemain pose, alih-alih the bride kacau. Nak crop pun dah tak boleh.


Masa ni pengantin sendiri kena drive ke Kuala Kangsar for majlis menyambut tetamu. Aku and Mazni naik kereta aku sebab nanti nak balik ke Taiping takde kenderaan pulak. Kesianlahh pengantin kena drive sendiri. All the way E-are akan call tanya kami kat mana dah. Punyalah laju bawak keretanya pun. Nasib la aku dah mahir sikit jalan Kuala Kangsar and know his house, so takde la meraba sangat nak mencari.


Dekat rumah Wan ni tak banyak ambik gambar sebab tetiba je bateri kamera aku weak. Masa ni lahhh kamera aku nak cari pasal dengan aku kan! So gambar dekat rumah Wan banyak dalam phone Wan. Lagipun diorang tak banyak bergambar sangat kat rumah ni sebab sibuk nak MAKAN!

Hari yang sama jugak Mazni kena balik KL. Tiket bas dia pukul 6.30 pm. Lepas makan ambik gambar apa semua aku and Mazni tunggu E-are untuk outdoor photog. E-are and Wan kena jumpa sedara mara, kawan-kawan and jiran-jiran. So, duduk la aku berdua dengan Mazni. Lama hoii menunggunye pun. 

Aku ni muka memang kalau sorang-sorang muka aku akan automatik jadi masam mencuka. E-are perasan muka aku ada berubah so dia cepat-cepat datang say sorry ape semua. Aku pulak naik pelik apasal nak mintak maaf semua. Rupa-rupanya dia ingat aku marah kat dia sebab kena tunggu lama. Hoiii idak la aku nak marah. Apa ada hal? Kalau betul nak marah, orangnya tentulah Mazni sebab dia kena balik petang tu jugak. Tapi we cool der. Cool la sangat!

 Lepas dah habis jumpa kawan semua, baru gerak ke bandar Kuala Kangsar. Adik E-are and tunangnya dah tunggu kat Lembah. So, moh le kite.


Konon-konon kalau dapat tangkap bouquet tu after this boleh kawin la kau? Padan la aku yang dapat sambut, dah aku sorang je pun kat situ -_-


Depan pintu Istana Perak.


Jenuh nak suruh buat pose manja-manja. Malu la sangat kan! Sekali aku suruh dukung, eh xnak turun pulak kannn. Ni pun Wan dah suruh ambik gambar cepat-cepat. Kuanghajo nak cakap bini sendiri berat la tu!


Budak gemuk baju unggu tu nakkk jugak menyibuk... Jeles nak kawin jugak lettew...



Hahaha... ini lawak. Nampak benor tak sabarnya Mazni nak bergambar. Amboi yang pengantin punnnn...Angkat tangan kat sape entah. Ko henggat ko banyak fans??? Ni gambar Wan yang ambik nak pedajal Mazni. Kesian kawan aku...



Suka la Mazni tu dapat bergambar. E-are, hang dah kenapaaaa??? Nasib aku tak join, kalau tak mesti gambar aku pun cacat jugak. Ni pun hasil Wan la ni. Suka benar ambik gambar konon-konon candid!



Dengan kesayangans. Paksa pengantin lelaki ambikkan. Dah terbalik pulak kan, patutnya aku dengan Mazni yang tolong ambikkan gambar :P. Walaupun aku paling gemuk, aku tetap gojes. Puji diri sendiri tak boleh blahh. Kuanghajo E-are cakap aku dah pandai ambik gambar gedik-gedik. Hello, aku dari dulu suka ambik gambar gedik-gedik ni. Saje je aku rahsiakan dari hang. Muahahaha...

Next destination is Masjid Ubudiyah, Kuala Kangsar. Masa kat sini ramai jugak pengantin-pengantin yang lain. Sampaikan nak ambik gambar kat rumah usang sebelah masjid ni pun kena tunggu giliran. Malas nak tunggu, just ambik kat depan masjid ni je.


Dimulakan dengan gambar diriku. Kalau dapat ambik gambar penuh masjid ni mesti aku bertambah lawa. eh eh!


Ambik berkat sambil diperlekaehan oleh pasangan ini. Kesian aku T_T


Pengantin beli air sendiri. Sila layan diri. Tiada layanan istimewa dari diriku lagi. hahaha...


Destinasi seterusnya. Aku tak tahu tempat ni kat mana but still in Kuala Kangsar. Ni sebab letih tu pasal duduk. Dah alang-alang duduk, moh bergambor.


Dah tak malu. Pantang suruh berpeluk, pandai je tangan merayap kan!


Penat


Kesian Mazni, sampai melecet kaki sebab pakai KASUT BARU! Beauty is PAIN my darling. Masa sesi outdoor ni dia pinjam kasut E-are sebab dah tak tahan sakit kaki. Dah la nak balik terus KL nanti pakai kasut tu jugak...

Destinasi seterusnya adalah kat landasan kereta api. Bukan landasan kereta api yang aktif tu. Nak cari mati? Syok-syok ambik gambar, elok je kena gilis dengan kereta api. Kat sini pun sama. Ramai pengantin nak ambik gambar. Tapi peduli apa, buat tak tahu je pergi jugak. Entah-entah gambar aku pun ada kat cameraman pengantin2 ituu..

Masa kat rail ni memang kecut perut jugak la nak pergi tengah-tengah tu sebab bawah rail ni ada jalan raya yang tak berapa nak sibuk. But if you fall, peratusan untuk cedera parah tu tinggi la. Yang pengantin ni pun berani-berani ayam je. Gagah la jugak pergi tengah-tengah rail ni. Yang tukang ambik gambarnya aku. Pulun sungguh la nak ambik gambar punya pasal ni! Tunang adik E-are pun tak berani nak datang tengah, aku yang perempuan ni pulak buat-buat berani. Ye la, kalau tak sapa nak ambikkan gambar? Nak harapkan Mazni, awal-awal lagi duduk tepi jer.



Antara gambar yang di ambil. Tempat yang sama je. Tak berubah langsung okay. Nak bergerak pun takut, ada hati nak berubah tempat. Kaki aku ni siap gigil lagi nak melangkah. Kalau jatuh memang mohon diampunkan la dosa-dosa aku.


Ni perempuan yang berani duduk tepi rail je. Macam ni nak suruh ambikkan gambar? Suruh aku ambilkan gambar dia adalah.

Duduk jap bagi hilang gigil dan ketaq.


Dia dah start tengok-tengok jam dah. Takut tak sempat naik bas la tu. Jangan risau Mazni, akan aku pecut diatas highway nanti. Bagi aku sejam je. Kalau kena speed trap, mohon bayarkan saman je.


Main sambut-sambut bunga lagikkk. Dah apehal aku pakai tengkolok Wan ni?
Bagi bunga kat pengantin. Suruh pengantin pe depan sikit. Suruh pengantin baling kat aku jer. Dapat sambut. Yay, lepas ni boleh kawin! Gatai benor!



Wan nak pedajal aku pulak lepas puas pedajal ambik gambar candid Mazni. Siap menari zapin aku atas titi tu hoi!

Lepas habis je ambik gambar kat rail, aku dengan Mazni mintak diri dulu sebab aku nak kena hantar Mazni pergi bus station. Lambat-lambat kang ada yang tak balik KL nanti kan. Lepas peluk cium E-are macamkan tak nak berjumpa dah, aku gerak balik Taiping dengan Mazni. E-are, her hubby and her sister pergi photoshoot lagi kot.

So, to my bestfriend forever a.k.a sister, congratulation on your wedding. May you happy ever after with your husband. I'm the happiest girl when you decided to marry and want me be there for you. There are bitter sweet that we have go through to ensure that your wedding will going smoothly. It worth it sayang! Give me niece and nephew tau! What ever happen in the future, I really hope our friendship will never end. Promise me. You are the best friend I ever had in this cruel world. I hope you will be by my side when I'm getting married soon. You and Mazni MUST be there for me! haha.. And for Wan, you better take care of her. Make her happy. Always be there for her. Once you hurt her, you will see me and Mazni turn to HULK!



FIN

Sunday, January 5, 2014

Hey hey hey Hepi Nu Ya!

Assalamualaikum.

Salam sejahtera.

Entri pertama di tahun 2014. Bismillahirahmanirrahim.....


Okay.
Maybe aku adalah antara orang yang lambat dan lembab nak ucap HEPI NU YA. Malas Terlupa nak update senanye.

Setiap kali tahun baru, mesti kat news feed Facebook, Twitter and tak lupa jugak blog, mesti akan ada ucapan tahun baru dannnn AZAM. Mesti. Tak pernah miss lagi la setiap kali tahun baru ada je azam baru. Padahal azam yang sebelum ni dah tercapai ke tidokkk? Beria je nak buat azam baru kan?

Jangan ingat hangpa ja yang boleh ucap tahun baru, azam tahun baru. Aku pun ada jugak hokayyy! Tapi ucapan tahun baru aku ni special sikit la. Dah dekat seminggu orang berada di tahun baru, aku baru je nak ucap. Malas nak berebut update pasal tahun baru sebenarnya. Nanti orang bosan pulak bila bukak FB, Twitter, blog, perkara yang sama je kan. Pasal tahun baru, pasal azam baru... #halasan!

Macam aku, aku tak ada azam baru pun. Bagus tak aku? give me a big big hand please *pangggg*. Akan tetapi, aku hanya renew azam yang lama je. Ye lah kan. Azam yang bertahun dulu pun still tak tercapai, ada hati nak buat azam baru? puiii! So, antara azam yang bakal diRENEW adalah:

1. Kurangkan berat badan.
Yang ni aku memang tak faham. sejak aku start masuk sekolah menengah lagi. Dah 12 tahun, masih jugak tak tercapai azamku yang satu ni. Asal tahun baru je, azam yang pertama tama sekali adalah nak kurangkan berat badan. Gigih ni letak target nak bagai. Konon-konon dapat kurangkan sikit berat. Nak turunkan 500g pun seksa kau, inikan pulak nak turunkan berkilo-kilo. Makin membadak lagi ada la. Tapi tahun ni nak tekad. Kena jugak jugak turunkan berat badan sikit. Rasa macam tak sanggup nak tengok diri sendiri dah. TT_TT

2. Lebih bersyukur
Sama macam azam yang pertama, azam yang ni memang setiap tahun aku buat. Nak lebih bersyukur dengan nikmat dan kurnia yang Allah S.W.T berikan. Bukan nak kata aku tak pernah bersyukur. Alhamdulillah, semua yang terjadi dalam hidup aku sepanjang 24 tahun ni aku bersyukur sangat-sangat. Tapi ada kesusahan dan kesulitan sikit, mula la aku nak merungut. Padahal sebelum ni ada je benda yang baik berlaku. Oleh sebab itu, setiap tahun mesti berazam nak lebih bersyukur. Gittewww..

3. Dekatkan diri dengan Pencipta.
Ini pun sama jugak seperti azam sebelumnya. Nak lebih dekat dengan Pencipta. Kalau boleh dari tahun ke tahun nak memenuhi tuntutan syariah Islam. Pakaian yang lebih menutup aurat. Kurangkan benda-benda lagha (blog ni pun boleh lagha jugak kan? eh eh). Banyak beramal ke jalan Allah dan yang penting sekali solat tak ada lompang lompang dah. InsyaALLAH. Sebelum ni pun bukan la nak kata aku ni tak menutup aurat. Tapi tutup aurat yang tak memenuhi syarat. So aku nak azam supaya lebih berhati-hati ketika berpakaian. Sekarang ni pun banyak je fesyen-fesyen muslimah yang cantik-cantik nak pulak ramai yang dah jadi hijabster hebat. Adore sangat dengan cara berpakaian Fatin Liyana and lagi sorang ni YazTheSpaz. So rasanya macam tak ada masalah kot? InsyaAllah. Macam sembahyang pulak, aku sembahyang. Tapi banyaknyelah lompong sana, bocor sini. kekadang sengaja lewatkan solat lepas tu malas terus nak sembahyang. But, takdelah dalam sehari tu tak sembahyang langsung.Tapi alhamdulillah jugaklah sebab sekarang ni dah jarang tinggal. Bila tak solat rasa macam sesuatu je. Rasa bersalah je. Mohon Allah tetapkan lah istiqamah dalam diri aku ni, Amin. Tolong doakan aku sama =)

4. Want to be a good daughter to my parents.
Sebagai anak perempuan bongsu dalam keluarga, aku ni terlebih manja but stubborn. Sometimes I can be evil rebel daughter. Tambah-tambah bila dengan mak aku. Dalam seminggu tu, mesti punyalah nak berselisih faham, tapi tak sampai separuh hari dah okay dah. Perselisihan faham pun sebab benda kecik je macam mak suruh buat something but I refuse or delay.Itu je ponnn. Aku nak gembirakan mak dan abah aku. Bagi dorang tak susah hati or kecik hati dengan aku. InsyaALLAH tahun ni boleh la bawak mak dan abah bercuti DALAM MALAYSIA. Tolong doakan aku boleh gembirakan mak dan abah aku.

Rasanya  4 azam pun dah cukup kot. Ni pun belum tahu boleh tercapai dek kemampuanku ke tidak. So diharapkan kalau tak banyak yang tercapai, sikit pun jadila. Lagi sikit azam yang tak tercapai tu bolehla buat simpanan azam tahun depan pulak. Dok kitar semula je la azamnye pun.

Betul jugak yedokkk?


So, dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru dan semoga azam kita semua tercapai dengan jayanya =)

FIN.

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...