Pages

Wednesday, October 30, 2013

Secret Love

Assalamualaikum...

Waahhhh... Syabas sangat sebab berjaya up entry 2 hari berturut-turut. Satu pencapaian yang boleh la nak dibanggakan bagi orang yang pemalas macam aku ni. Sila bagi tepukan sikit sebagai penaik semangat nak tulis blog hari-hari padahal tak ada sape pun kesahhh...

Amboi Abang Joker, kemahen tepukannya punn...

Baca tajuk entry macam aku ni ada scandal je kan? Hoiii...Aku kalau nak bercinta biarlah dengan seorang je. Banyak scandal banyak masalah. Tengok, siap hipotesis lagi aku bagi!

Actually now I'm so obsessed with a korean drama - Secret (Secret Love). Drama ni tayang kat Astro KBS. Tapi sebabkan kat Astro dorang tayang lambat sikit dari Korea punya tayangan, so aku pandai la cari inisiatif nak tengok lebih cepat sikit dari yang ditayang kat Astro tu. Tengok online. Siap download lagi okay. Dah macam zaman study dulu je kekdahnya.

Ok dah. Dok la mengarut je kan kejenya. Pastu nanti jadi entri lain. 

Cerita SECRET LOVE ni syahdu woowuwuwu... Aku memang menangis la tengok drama ni sebab heroin drama ni pandai benor main ayaq mata ni. Hero dia pulak boleh tahan jugak muka, itu yang bertahan tengok tu. 

SECRET (SECRET LOVE)

Drama ni pasal pengkhianatan dan cinta (memang cerita korea mostly based on romance pun kan?) Nama watak heroin dalam cerita ni is Kang YooJeong (YJ) seorang pekerja tol kalau tak silap. Dia ni ada boyfriend (yang dayus), Ahn DooHoon(DH), seorang pendakwaraya. Satu malam lepas dorang celebrate DH lamar YJ, dorang terlanggar sorang perempuan, JuiHee(JH). DH yang drive kereta tahu yang dia langgar somebody tapi dia pergi gitu je. Kira macam Hit and Run punya kisah la ni. Lepas jadi kes polis, DH ni freak out la sebab dia baru mula kerja. So sebabkan nak tolong boyfriend dia ni, YJ mengaku yang dia yang langgar JH.

Perempuan yang dorang langgar tu ada boyfriend kaya (Of course la cerita korea haruslah hero kaya raya kan), Joo MinHyuk (MH). MH ni sayang gila la kat JH ni even his family tak setuju sebab nak MH ni kawin dengan perempuan kaya Shin SeYeon(SY). MH ni siasat semua and dapat tahu yang YJ yang langgar cinta hati dia. Mula dari situ dia berdendam dengan YJ sampaikan bila YJ dalam penjara pun tetap dia nak seksa YJ. Siap nak pisahkan YJ dengan anak dia lagi. Oh, YJ ada anak hasil hubungan dengan DH. Tapi anak YJ ni mati sebab ada penghuni satu sel dengan YJ racun kot kalau tak silap.

Can you see how cocky he is?


Lepas 4 tahun si YJ ni pun keluar penjara. Ingatkan boleh la hidup bebas dan bahagia dengan DH, tapi tak jugak. MH ni ada je benda yang dia nak buat untuk susahkan YJ. yang si DH ni pulak berpaling tadah. Dia macam dah kureng sikit dengan YJ sebab family dia taknak banduan jadi ahli keluarga dorang. Masa yang sama DH ni dah terminat kat SY sebabnya SY ni kaya and dia nak balas dendam dekat MH.

Lepas berpisah dengan DH, YJ ni tinggal dengan kawan-kawan dia yang satu penjara dengan dia dulu sebab rumah yang dia tinggal dengan bapak dia dah kena jual kat MH. YJ ni pulak ada hutang dengan MH sebab nak ubatkan mendiang ayah dia. So  macam-macam la kerja yang YJ ni buat sebab nak bayar hutang. Tapi dia selalu ada masalah sebab MH guna kuasa dia nak susahkan YJ. 

Tapi dalam benci-benci MH kat YJ, dia selalu je ada bila YJ ni susah atau kena buli. Bagi dia, tak ada siapa yang boleh buat sesuka hati kat YJ selain dari diri dia. Kiranya macam dia sorang je yang boleh buat YJ derita, orang lain tak boleh. Untuk elak YJ kena buli dengan orang lain, dia la yang selamatkan YJ, gitteww.. Sampai episode yang aku tengok sekarang ni, YJ lari sebab tak nak MH kacau dia tapi selalu bank in duit yang dia hutang kat MH. Baguih kan YJ ni?

Walaupun sombong dan bongkak,
but hes quite handsome kan?


Aku suka hero cerita ni. Dah la cute. Nasib la dah kawin dengan Bo young. Amboi, kalau tak kawin aku nak buat apa pulak kan? Bukannya boleh kawin pun dengan Korean ni. Hero dia ni benci gila kat heroin tapi selalu tolong heroin. Rare kan? Yang si heroin ni pulak pandai je berlakon keluar ayanq mata ayaq hinguih semua. Memang jadi langganan aku setiap minggu la cerita ni.

Tengok, sambil menangis pun boleh positive lagi.


Aku cerita ni pun banyak skip-skip sebab kalau aku tulis semua, baik aku buat novel pastu jual kan? Kalau nak tahu cerita dia macam mana, adalah lebih baik tengok sendiri. Baru ada feel nak sedih, nak marah, nak seronak bagai. Oleh sebab episode baru tak keluar lagi, maka aku jadi rajin nak review drama ni. Entah sejak bila jadi pengkritik drama pun aku tak tau.. Bawah ni antara screen shot drama ni. Semua pakai google. Tak kuasa aku nak buat screen shot sendiri eh!

Ni je la pun watak utama drama ni.


Masa ni MH dapat tahu yang
YJ  yang bunuh gf dia..


Masa ni sedih sebab YJ pergi sungai menangis sebab
rindukan anak dia, San.


Kann.. He always be by her side and help her form thugs


Ni MH pergi YJ upacara pengebumian ayah YJ


Ini lawak masa YJ nak cari kerja kat company MH


Ni si lelaki Dayus DH. Benci nau aku dengan dia ni.

Shin Se Yeon (SY)


Nah, layan dia punya OST pulak. Aku dok ulang lagu ni je la minggu ni..




PS: Bodyguard MH comel kot! hahaha... Okay, nak tunggu episode 11 pulak.


-FIN-


Tuesday, October 29, 2013

Terlajak Perahu Boleh Diundur. Terlajak Menaip Terjadi entry Lain (Ehhh?)

Assalamualaikum...

Hallooooo...
Kan, dah kata dah janji memang la tinggal janji. Kata nak more frequently update this blog la konon, tapi hampeh bila janji dicapati. Eh eh!

Yang sebenarnya dalam otak ni banyak je benda yang nak ditulis dalam blog kesayangan (lah sangat) ni. Tapi bila hadap laptop transformer, yang bila guna bunyi macam transformer nak bertukar ni terus...pufff hilang idea nak menulis! Takpe, takpe. Biar lambat publish asalkan ada entry baru. Ha kau, dah keluar pepatah terbaru oleh aku. Boleh la nak citate!

Yang sebenarnya nak bercerita pasal new obsession aku. Actually bukanlah new sangat pun.. Dah lama dah obsession ni. Tapi sejak dok melayan variety show je, memang obsession aku ni dah berkurang. Salahkan Running Man. Salahkan We Got Married. Salahkan Dad, Where Are You Going? Salahkan semuanya!

People went crazy for this show like crazy
yeah, inc me too T_T


Monday Couple~~
Favorite couple. Kan best if in reality they are
real couple kan?


We Got Married.
Hoih, rancangan ni selalu buat aku berangan nak
bakal suami macam dorang.
This is madnessssszzz....



Appa, Odiga?
Layan sebab suka tengok Joon, Junsu & Hoo je..


Obsession yang aku cakap ni adalah melayan DRAMA KOREA! Dulu sebelum ada Running Man, WGM dan segala jadah variety show ni, memang muka aku je la yang melayan drama korea.

Masa study kat UiTM dulu pun sama. Al-maklum la dok rumah sewa pelajar ni mana la nak cekaunya Astro? Setakat layan drama korea kat NTV7 & 8TV yang ceritanya dah berapa kali ulang tayang pun aku tak tau. So altenatif nak melayan drama korea adalah melalui internet lah kan. Nasib la rumah sewa aku pasang streamyx.

Nampak tak penyalahgunaan kemudahan yang ada? Orang masukkan internet nak suruh cari maklumat, buat assignment. Tapi aku guna untuk tengok benda-benda lagha. Layan drama korea, youtube & variety show. Kadang-kadang tu episode tak sempat nak sub lagi aku dah bantai tengok. Buat-buat paham macamkan paham benor apa yang korean ittew carutkan. Bila tengok drama, tak menyempat sangat. Bila nak buat assignment suka betul bertangguh. Wuwuwu.. kan dah terkenangkan dan terindu zaman belajar yang best tapi stress bila kena buat assignment. test, quiz dan final paper...

Kau ni dah kenapa Hanim hoiiiii... Aku yang sebenarnya nak buat review pasal drama terbaru yang aku tengok. Dah alih-alih jadi segment mengimbau kenangan zaman dahulu kala. Nampak gaya macam kena postpone dulu je la kan review tu. Next entry baru cerita.

Phewww... Lama tak menaip macam best pulak dok menulis. Lepas ni boleh la rajin-rajin dok tulis walauPONNN takde sangat orang heran. Eh, peduli pulak aku kan? Kahkahkah...


Kak Taylor Swift pun find it funny kan...

Fin.


Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...