Pages

Wednesday, February 13, 2013

Letih

Assalamualaikum...





Letih.

Letih sangat sangat nak tunggu dapat kerja.
Sekarang dah bulan Februari. Maksudnya dah 7 bulan aku menganggur. Tak ada kerja. Tak bekerja.
7 bulan bukan waktu yang singkat ye. Panjang. Kalau kahwin, insyaALLAH dan mengandung 5 bulan!

Interview dah banyak pergi. Harap-harap ada yang melekat. Sangat berharap. Bukan apa, sampai bila nak menganggur kan? Dah tiba masanya aku kena balas jassa mak dan abah yang dah banyak berkorban untuk aku. *sedih*

Ye, kawan-kawan yang lain banyak jugak yang menganggur. Tapi takpe sebab dorang dari family senang. Bukan macam aku. Aku kena kerja! Kena cari duit bantu mak ngan abah.

Tambah stress bila jumpa saudara mara atau kawan-kawan mak dan abah tanya kerja mana? Aduhhaiii.. Itulah soalan yang paling aku nak elakkan sekarang ni. Serius! Macam taknak keluar rumah langsung pun ada sebab nak elakkan dari dapat soalan macam ni.

Minggu lepas dah pergi interview. Hopefully dapat la kerja tu even tak berapa minat sangat. Tak ape, cari pengalaman. Cari duit bekal untuk masa depan jugak. Harap dan mohon dan doa agar dapat.

Kalau dapat, mungkin kurang letih dan tambah syukur.

#Entry sedih ajoo...



Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...