Pages

Monday, January 7, 2013

Banyak cerita tapi...

Assalamualaikum...

Sekarang semakin malassss nak update entry baru.
Bukan tak ada benda nak cerita tapi malas nak menaip dan malas nak ingat ingat apa yang kena nak tulis.
Blogging is not awesome like before!
Aicehhh.. Padahal dasar pemalas!

Actually, banyak benda yang dah berlaku. Tengokla dasar pemalas, nak update aktiviti pun malas.
First thing first, aku dah Konvo 5 December 2012. Dah sebulan dah baru nak terasa update. Orang siap dah dapat keje dah, aku still the old Hanim without kerja. tskkk...

KONVO
Cerita kemain lagi basi! Dah sebulan baru terasa nak kecohkan dalam blog. Takpe, aku cerita jugak sebab nanti kalau ah kahwin nanti, kot kot lah anak aku nak baca blog picisan aku ni, at least dia tahu mama dia ni dah konvo! Lols lols lols...

Alhamdulillah, dah sebulan dah konvo baru nak kalut cerita. Biarkan, biarkan apa orang nak cakap, boleh? miahahaha... Konvo aku selamat dilangsungkan (cewaahhh, dilangsungkan, dah macam majlis kahwin ayatnya pun) kat UiTM Shah Alam. Kat dewan baru ape ke namanya aku lupa. Takpe, nanti korang gugel je cari, boleh? Syukur sebab berjaya grad megikut tarikh dan perancangan. Grad untuk kelas kedua atas. Alhamdulillah.. Amin, syukur =')

Konvo kelmarin just Mak, Abah, Adik and Firdaus je yang datang. But, I am grateful have them by my side on that day. I called it AWESOME and LOVE! Just mak dengan abah je dapat masuk dalam dewan. To Adik dan firdaus, I'm sorry, u guys need to wait for me outside. TQ! miahahaha!!!!  (gelak syaitonnnirrajimmm).

Gila lama okay duduk dalam dewan tu. Nak menunggu giliran masuk dah satu hal. Nak tunggu giliran naik stage pulak satu hal. Punya ramai orang yang nak naik atas pentas tu amik scroll dan gambar. Berpeluh jugak la walaupun ada air cond terpasang dalam dewan. Maaf  gambar dalam dewan takde sebab cerdik sangat bagi kamera dekat adik dengan harapan dia akan amik gambar aku kat skrin luar dewan. Nak harapkan handphone, laaagi la tak boleh harap! pftttt...

Keluar je dari dewan dahhh satu hal pulak na cari adik aku dengan mak dan abah. Punyalahh ramai orang. Dengan family pelajar dan pelajar2 sendiri. Aku punya sesi pagi. Ada dua fakulti. Diploma dan degree dan master. Bila keluar dewan, student yang konvo sesi petang pun ada. Laaagiii la nampak pack sangat. Setengah jam jugak la melialu cari family sendiri. Dah macam nak menangis cari, dah macam budak 5 tahun tersesat dalam shopping mall masa orang sibuk shopping untuk hari raya. Faham tak?

Bila dah jumpa family, first thing is bawak mak dengan abah pergi cari makan sebab mak dah lapar sangat. Lepas makan, contact2 dengan member nak ambil gambar sekali. But malangnya, gambar tak banyak sangat sebab aku sibuk mengalahkan NC! Kejap dengan kawan2, kejap dengan family. Ada kawan2 yang tak sempat nak jumpa pun T_____T.

Mak dengan abah kena balik hari tu jugak sebab adik kena kerja lusa. So pergi kat kereta daaannnn tahniahhhh. Aku in luck! Keta buat hal, tak nak hidup, tak bolehh start. Nak nanesss jap! But, nasib baik abang Dayang and cousin dia parking sebelah kereta kitorang. Dorang yang tolong belikan bateri kereta. TQSM!!! Kalau takde diorang, haru jugak la kami sekeluarga =')

Balik hotel, tukar kereta then mak heading to Perak dan aku pulak heading to umah cousin Dayang. END-OF-THE-STORY.

Pictures of the day...
(Peringatan, gambar tidak mengikut urutan akibat tuan blog yang pemalas. Sekian)

segelintir of Us


xde motipp...

Lompatan tak jadi namenyeeerr

Me- A graduate

Credit to Wawa =)

Errr...

My family and Dayang Family

Again

Another Again

Kissing mee...

With Emak

Muka Firdaus tak rela kena peluk. Ciss!!!

Adik hakuu

Ini pulak Aku

Kiss me

My Soul, breath, heart.
My Everything

From my brother, mak and abah.
TQ so much sweethearts!



FIN.
XOXO,
Hanim

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...