Pages

Wednesday, November 14, 2012

Istanbul Aku Datang!!!!

Assalamualaikum...

Petang tadi selesai tengok movie Istanbul Aku Datang. Dari zaman belajar kat UiTM lagi nak tengok cerita ni, akhirnya tercapai. Awesome! Tak rugilah bayar duit tiket nak tengok cerita ni. Sumpah sweet gila! Recommended!

Aku pergi tengok movie dengan budak Dayang. Orang pergi tengok cerita sweet romantik dengan kekasih hati masing-masing, aku dengan Dayang pergi berdua je, SWEET jugak!

Overall aku bagi 4 dar 5 bintang. Wah, sembang tak nak kalah pengkritik movie plak kan padahal tak ada sape pun pedulik aku nak bagi bintang ke bulan ke. #berangan.

Okay, cerita Istanbul Aku Datang ni sangat sweet dan sesuai untuk tontonan semua pihak especially yang couple-couple la. Swear, bila tengok dengan kekasih hati masing-masing sure berangan. Aku yang tak datang dengan boyfriend pun boleh feeling-feeling syok sendiri, inikan pulak yang datang dengan boyfriend masing-masing kan?

Respect gila dengan kegigihan Lisa Surihani @ Dian pergi Istanbul dari Kuala Lumpur semata-mata nak belajar satu Universiti dengan kekasih hati dari sekolah. Confident je pergi Istanbul tinggal dengan serumah dengan boyfriend dia tu. Keletah dia yang happy go lucky memang sesuai benau dengan Lisa yang sumpah comel, sweet, cantik nak mampus!

Adore dengan kesabaran and kemachoan Beto Khusyairi @ Harris dalam cerita ni. Dia sweet dengan cara tersendiri. Macho memang jangan nak sembang la hoi, memang sejak dia berlakon cite Geng Surau kat ASTRO lagi dok admire dengan dia. Sanggup je si Harris ni tinggal dengan perempuan yang dia tak kenal yakni Dian (Lisa). Sabar je beliau bila nak marah (ciri-ciri jantan pilihan). Sanggup kau pujuk girlfriend orang sedangkan kau tak kenal pun dengan dia? Ini superb!

Dannnn aku paling benci dengan watak Tomok @ Azad. Urghhh benar-benar benci! Dah la cheater, lepas tu sesuka hati nak maki kekasih depan-depan orang. Slut? Ko tak dengar cerita sebenar lepas tu kau tuduh sesuka hati kau je kan? Macam tu ke nak jadi suami? Tak sabar macam Harris langsung. Kannn dah emo aku ni kalau cerita pasal Azad. Tapi Tomok in real life tak macam tu #fans Tomok jangan nak emo dengan aku! That means Tomok pandai berlakon la kan sebab boleh menaikkan tahap ke-emo-an aku kan? Lols!

Apa-apa pun cerita ni memanglahh best. Memang macam nak pergi tengok lagi!

Cak!!! 
Comel tak beliau?


Poster IAD =)

Lisa @ Dian yang superb cute!

Ini sweet


OR



Ini yang sweet?
(Aku pilih ini!)

XOXO,
H
(feeling Dian sangat!)




Saturday, November 10, 2012

RUTIN SEORANG PENGANGGUR…(entry tak bergambar)


Assalamualaikum…

Makan tido makan tido tak sedar yang diri ni dah 3 bulan menganggur. Yes, 3 bulan bela badan kat rumah. Mana tak gemuk, makan tido tengok TV gosip. Rutin harian adalah sama sepanjang 3 bulan membela badan. Badan ni punyalah besar sampai tak sanggup diri sendiri nak tengok.Kecik besar kecik besar je rasa. Kalau tengok cermin, sesi monolog dalaman akan berlaku. “Takpe, badan je besar, hati kecik” “Badan besar takpe, jangan ada penyakit”. Nasib tak ada orang dengar, kalau tak memang makan selipar!
Bosan cukup!

Kau ingat duduk rumah goyang kaki tanpa kerja ni seronok ke? Kalau duduk kat rumah dapat gaji, takpe la jugak. Ini duduk rumah, jadi ahli bina badan. Silap hari bulan MSN call suruh jadi atlet bina badan, wakil Malaysia pegi Olimpik Brazil. Sesi bina badan ni disertai dengan ceramah percuma dari mak. Sangat “damai”! Tapi dalam bagi ceramah tu aku tau mak taknak aku keje lagi kan? Kan mak? Nanti mesti mak bosan kalau akak takde kat umah. Mak nak beri ceramah percuma kat sapa lagi kan kan kan?
Rutin hari-hari adalah sama ye dimana bangun pagi dimana rupa bangun pagi tu takdelah sechantek model-model iklan, bahkan kalau mak mertua tengok muka aku bangun tido paling tidak dia suruh anak beliau cari menantu lain, bagi aku madu, eh!

Sejak 3 bulan menganggur ni, hari-hari buat benda yang sama. Naik bosan aku dowh! Lepas subuh, haruslah lena sekali harung. Pukul 8 pagi bangun, mengeliat sikit-sikit then mandi. Lepas mandi, sarapan. Breakfast kira untung sabut timbul, untung batu tenggelam, tunggu balance mak dan abah makan. Padan muka anak dara mereka tak makan pagi pun takpe sapa suruh bangun lambat kan?
Kendian diteruskan dengan acara membersih dan mengemas rumah ala kadar. Hari-hari kemas bukan ada buat sepah pun melainkan diri sendiri. Lepas kemas rumah sikit-sikit, REHAT. Lepas rehat dalam sejam dua, pergi dapur tolong mak masak. You read that guys, TOLONG. Bukan nak rasa tanggungjawab nak masakkan untuk orang tua sendiri.

Lepas tolong serba sedikit, pergi depan balik, bukak tv dan terlentang tengok TV. Tengok TV waktu tengah hari ni ikut nasib jugak. Kalau cerita best, bertahan lama la aku kat situ. Kalau cerita yang adooo je, maka cepat-cepatlah berangkat masuk ke bilik sendiri untuk take a nap gittew…

Bangun tido dalam pukul 3 ptg, haruslah perut lapar dan wajiblah mulakan operasi selongkar dapur cari makan tengah hari. Style family aku, makan tengah hari adalah dalam pukul 2 atau 3 petang kekdahnya. Lepas makan nasi, lepak-lepak kat depan rumah baca sokabar, Amik tau perkembangan semasa. Lepas bosan telaah sokabar, masuk rumah dan bukak TV. Terbongkang depan TV sampai ke petang. Kalau ada member ajak kuar jelajah kawasan kira untung jugak tu.

Aktiviti malam diserikan pulak dengan acara berbaring ramai-ramai. Ramai tak ramai la, aku, mak dengan abah je pun. Kalau ada Firdaus, jadila 4 orang semuanya. Kira ramai la tu kan. Aktiviti ini akan berlanjutan sampai pukul 11, untuk aku dan pukul1 pagi untuk abah. Pukul 11 aku akan masuk bilik, on lappy dan on9 takpun tengok Korean Variety show. Aktiviti aku akan berlanjutan sampai pukul 1 @ 2 pagi, bergantung kepada tahap kecegasan dan kecerdasan aku nak melayan variety show tu. Lepas habis tengok variety show, apalagi, tido sampai la esok paginya pulak, In sha Allah.

Perghh.. Rutin seorang penganggur yang bosan v***! Hari0-hari buat rutin yang sama. Benda yang sama. Gila bosan cukup. Kalau kerja nanti buat kerja yang sama hari-hari, memang aku adalah salah seorang mangsa workplace stress. Percayalah!

Thursday, November 1, 2012

Cuci Mulut!

Assalamualaikumm...




Saja nak bagi terliuq. Bukan buat sendiri, made at Kedai kek.

Bismillah...

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...