Pages

Tuesday, August 28, 2012

Cerita Hari Raya. Oh ya, Tak Lupa Jugak Nak Ucap Selamat Hari Raya...

Assalamualaikum...

Hamboi kemain sakan raya sampai lupakan blog ni. Bak kata orang, sayangkan blog tinggal-tinggalkan ye dokk? So sebab sayangkan blog la aku tinggal-tinggalkan blog ni hah.





Raya tahun ni tak banyak sangat ambik gambar. Busynya perghhh mengalahkan Perdana Menteri layan tetamu beliau di rumah terbuka beliau. Ye laa... Beliau just layan tetamu je. Aku ni bukan kena layan tetamu, kena hidang makan lagi, kena kemas rumah lagi dan sebagainyalah (Promote diri sendiri!)

Raya Pertama:
 Raya pertama macam biasa, busy busy busy. Ceh, busy konon, macam rumah orang lain tak busy ye dokk? Mulakan pagi 1 Syawal dengan mintak maaf dengan ahli keluarga (nampak sangat banyak dosa!) lepas tu pergi kubur. Ziarah ahli keluarga yang dah tak ada. Balik je dari kubur, start dah orang datang beraya. Dari pagi sampailah ke petang. Malam barulah berpeluang nak pergi beraya ke rumah Acik Rosni kat Kamunting, cu Ros kat Taiping and rumah Kak Sum kat Simpang. 3 buah rumah je yang sempat...



Raya Kedua:

Raya kedua pergi rumah Mak Tok kat Kulim. Mak Tok ni mak kepada mak aku. Pergi rumah Mak Tok pun lepas tengah hari sebab pagi-pagi raya dah ada orang datang nak beraya. Pergi rumah Mak Tok, semua uncles and aunties and cousins ada kat sana so pergi rumah Mak Tok je sebab dah jumpa semua. Then singgah rumah sepupu kat Padang Serai and Ijok. Balik.



Raya Ketiga:

Kenduri sepupu aku. Boleh je kalau nak kawin hari raya ni kan? Meriah je sebab raya ke-3 orang masih ramai. Layan sangat makan nasi sampai gambar pengantin pun tak sempat ambik even sekeping pun. Booo...Padan Muka T_T.

Style, orang sibuk raya, dia dengan megahnya baring tengah alam!

Dah, serba sikit je kongsi kisah raya. Ramai lagi yang dok tulis pasal raya. For sure muak baca cerita raya je ye dokk? Nanti kalau rajin lagi menaip, InsyaALLAH tulis la lagik!

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...