Pages

Saturday, July 21, 2012

Mengandung? FTW!

Assalamualaikum...

Selasa lepas bawak mak pergi medical check-up kat klinik kesihatan. Nak cuci luka bedah kat tangan mak. Masa nak tunggu giliran, aku dengan mak main-main la dengan seorang baby ni. Sumpah comel gila. Dah la jenis suka kat orang. Memang jadi mangsa cium aku la budak ni kan!

Mak baby tu, dari pandangan aku muda dari aku la. Aku pun macam kenal je dengan mak baby tu, tapi tak perasan sangat. So langkah terbaik adalah buat tak kenal, kecuali mak budak tu tegur aku cakap dia kenal aku, then itu lain punya cerita okay!

Masa dok main acah-acah dengan anak beliau, tetiba je mak baby ni tanya soalan yang buat aku sentap sekejap!

She   : Akak datang sini buat apa? Mengandung ke?

Me   : ......... (Aku tampar jugak mlut budak ni kang!) Eh, taklah. Teman mak.

Terus aku ambil tindakan mendiamkan diri. Takde dah aku acah-acah anak dia dah sebab sentap sikit, boleh?

Lepas ni kena diet la. Debab sangat sampai orang ingat aku mengandung. Dik oii, kalau akak kau ni buat pregnant check-up, nescaya kakakmu ini datang bersama suami beliau. Kerja aku pulak kan datang sorang-sorang buat medical check-up, suami aku a.k.a bapak anak aku tak datang teman sekali walhal aku mengandungkan anak dia! Eh, emo pulak apasal entah? Bukan kahwin lagi pun sampai nak emo+sentap bagai!

Pregnant?
FTW!





NotaTangan: Ada dua sebab kenapa budak tu cakap aku ni mengandung. Pertama sebab baju aku atau mungkin jugak sebab memang aku nampak macam preggy woman!

Friday, July 13, 2012

Officially...

Assalamualaikum...

Now I'm officially graduated student!
Now, I'm an unemployment graduate.


PLEASE HIRE ME NOW!
DESPERATELY NEED TO FIND A JOB!
HAHAHA...

Wednesday, July 11, 2012

Final Year, Last Semester, Last Class as a Degree Student. Sedey ke?

Assalamualaikum...

21Jun 2012, Khamis

Tarikh keramat menandakan hari kelas terakhir sebagai pelajar Ijazah sarjana muda Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi. Ya, selepas ni no more class for me as degree student. InsyaALLAH.

Kelas terakhir adalah kelas Service Management yang diajar oleh Puan Siti Hajjar, lecturer yang sangat sempoi dan sporting serta supervisor practical aku yang sangat superb! Kelas terakhir pun madam still mengajar sampai habis topik. Sempoi kan? Tapi dia ajar tak lama pun, then kami semua satu kelas sibuk berpartayyyyy padahal hari sabtu (23 Jun 2012) ada VIVA (sebut vaiva). Hebat dan ohsemkan kami?

Tak sangka, pejam celik pejam celik dah tiga tahun aku menuntut kat UiTM Kedah ni. Rasa macam baru je mak dengan abah hantar daftar sini. Macam baru je dapat duduk dengan 3 orang senior dalam bilik. Macam baru sangat kenal dengan kawan-kawan baru yang sekarang ni merupakan kawan-kawan yang Awesome. Macam baru je rasa alam budak universiti. Tup-tup dah habis belajar dah pun.

Bila ingat-ingat balik, masa belajar kat universiti ni la baru nak berdikari. Masa first sem dulu, belajar berpuasa jauh dari family. Uwaaaaa... Rasa macam, eh boleh ke bangun sahur, bukak puasa tanpa mak dengan abah? Tanpa lauk kuih air yang sedap-sedap? Tapi alhamdulillah, dapat je isi perut setiap kali bukak puasa. Hidup jugak sampai sekarang.

Masa belajar kat universiti ni la baru nak belajar berdikari dengan menyewa dengan kawan-kawan satu course. Excited jangan jabaq la. Rasa macam orang yang dah berkerjaya bila dapat duduk rumah sewa dengan kawan-kawan (motif?). Beli barang dapur, kemas rumah, kejut kwan-kawan bangun sahur, masak sama-sama, tidur ramai-ramai depan TV. Oh, bestnya!

Masa belajar kat universiti ni jugaklah belajar outing dengan kawan-kawan. Sebelum ni tak pernah outing jauh-jauh dengan kawan-kawan sampai overnight2 ni.Bila menyewa sendiri, outing adalah perkara wajib yang perlu dibuat. Overnight hanya sekali masa part 1. Perlis, Kedah, Perak apatah lagi Penang adalah tempat yang selalu dikunjungi! Ohhh...awesomenyaaaa...

Sekarang dah habis belajar pun. Tinggal nak jawab exam je. VIVA dah habis present. Hardcover pun dah hantar. Alhamdulillah, cuma ada minor problem je. Masa kelas terakhirlah, sibuk nak mengambik gambar. Konon sebagai kenangan, padahal pantang keluar selalu je ambik gambar. Camera addicted. Itu akulah tu! Dah tulis sikit-sikit. Ada gambar yang perlu ditempek dalam entry ni. Layan jelah gambar-gambar yang adaaaa...

Sebelum masuk kelas terakhir.
Boleh tengok muka dan gaya aku semuanya sama
kecuali gambar terakhir, Ni semua gara-gara dorang ambik gambar
tak bagi tahu -_-"
Orang lain ada je gaya yang lain-lain, aku je gaya yang sama
pffftttt-..-



Suasana dalam kelas lepas Madam Jaja habis mengajar.
Dah macam habis final paper, termasuklah aku -..-




Dan lagi gambar dalam kelas.
Walaupun lecturer ada je dalam kelas, tapi 
kami tetap slumber ambik gambar.



Ada jugak yang ambik kesempatan nak menari cha-cha!
Juju dan Yaya kemain happy sebab kelas dah tak ada sampai
menari-nari dorang dalam kelas. Seronok sangat lettew dah nak habis
blajo!




Ada jugak yang sudah mula berparti Mamee dalam kelas. Sungguh
kurang sopan berparti didepan lecturer!
Gambar 1st tu adalah model terbaru
Mamee MONSTER, sesuai dengan bentuk badannya!





Kesian Madam Jaja tengok je kami liar dalam kelas dia.
Maka kami dengan baik hatinya mengajak beliau ambik gambar sekali.
Tengok betapa gembiranya beliau mengambil gambar dengan kami =')
Persoalan disini : mana satu lecturernya?




Jawapanya adalah yang pakai baju serba biru ini.
Beliau adalah lecturer yang sporting dan awesome sekali.
Serta supervisor practical aku yang superb!
Ok, boleh gelak berjemaah tengok muka aku yang macam orang tahan berak ittew -_-"





Random pictures...
(Sebenarnya tak tau nak tulis caption apa, pffftttt)



Mak Teh (Jannah) dan "ANAK SAUDARA" beliau.
Pantang je mak teh dia hilang, gelabah kecik cari!
Sampai kalau nk berjalan pun dengan mak teh!
HAHA....




Kau mampu dalam kelas pun buat SPSS?
Esoknya dah nak present VIVA.
Kami mampu! (Bukan aku la kan!)




Tuan empunya DSLR pada hari tersebut.
Dengan ehsan camera beliaulah, gambar-gambar kami
semua cantik-cantik terutamanya gambar AKU.
Okay, boleh muntah ramai-ramai!





Akhir kelas pun, "ceti" kelas ni tetap kutip duit.
"duit, duit,duit. Bayaq duit cepat!"
Kata Jue Hyza kepada kami sekelas T.T




Ini bukan rasuah ehhh...
Ini adalah hadiah penghargaan kami kepada lecturer a.k.a practical supervisor kami hokeyyy
TQ Madam Jaja from us-Hanim,Dayang and Shahril =)





Ni pulak Miss Ardyanti.
Aku dan Jannah punya research supervisor.
Sangat baik, kelakar dan peramah.
Dan masih single (kot?)
Muka sehari sebelum berlepas ke Korea. Sampai hati Miss pergi 
tak bawak sayaaaa T_T




Tanda penghargaan.
Walaupun murah tapi kami ikhlas, Miss =)




Lepas kelas. Bebas tanpa sebarang kelas dah lepas ni. Fuhhhh..




Gambar aku dengan kawan-kawan kat UiTM Kedah ni
Gonna miss you so much nanti!
Sumpah!!!




On the way nak pergi kereta.
Amacam, EPIC tak muka aku.
Bukan candid tapi lakonan semata hokeyyyy




Kawan yang suka bagi orang gelak dikala suka mahupun duka.
NURHAZIRAH THARIMAZI!
Me love you so much tau! hahaha...



Kereta antik ini hanya terdapat di UiTM Kedah.
comel je kan?




"ALLAH MELIHAT APA YANG KAMU BUAT!"
.INSAF.






Banggunan UiTM Kedah.
Bakal jadi kenangan nanti...


Tak lupa jugak post pengawal.
Pengawal keselamatan kat sini baik-baik
sampai pernahlah dapat "surat cinta" a.k. saman parking dari pak guard
RM 100 tuuuu mahal siot saman la ni!



Down memory lane.
Jalan nak pergi rumah sewa aku.
Jangan pakat dok cari pulak nanti!



Sebelum balik, singgah pekena laicikang dengan laksa dulu.
Perghhh nikmat okay, nikmat. 
Tambah-tambah makan masa musim panas ni, layan baq hang...




Sarah comel!
Tokey ni...





Akhir sekali, gambar tuan belog yang debab harus ditempek jugak.
Alasannya: Inikan BELOG AKU!



Dengan berakhirnya gambar aku, maka berakhirlah entry bergambar yang mencecah lantai ini. Harap anda semua dapat menghayati semua gambar-gambar kenangan aku terutamanya aku dengan gembira. Jangan lupa untuk sediakan penadol dan air suam untuk ditelan sekiranya anda mendapat simptom-simptom pening atau nak muntah setelah habis membaca entry ini. Sekian, wabillahitaufikwalhidayah, Assalamualaikum w.b.t. (Pergghhh konklusi nak berhemah je kan!)

Tuesday, July 10, 2012

D O W N

Assalamualaikum....


Seriously, sekarang rasa down sangat!
Hopefully everything is gonna be okay.
Hopefully.

Wednesday, July 4, 2012

Assalamualaikum...



Dapat souvenir dari Korea. 
Weeeehoooo, sangat suka okay sebab akukan minah k-pop walaupun rupa bentuk tak sedikit pun mencerminkan k-pop. Ghasakkk...

Thank you My lovely supervisor. ILoveYou!

Monday, July 2, 2012

Have A Fun Trip With Friends!

Assalamualaikum...

Ehemmmm...Nak writing in English, takut salah grammar. Adalah lebih baik menulis dalam bahasa ibunda sendiri, InshaALLAH grammar takkan lari walaupun tajuk entry nak pakai bahasa penjajah!

Tujuan tulis? Sesaja sebab bosan, boleh?

Sebenarnya sebenarnya sebenarnya... Aku teringin  nak pi trip mana-mana negeri selain daripada Kedah dan Perak dengan kawan-kawan baik or besties. Teringin sangat! Ini serius! Entah, macam best je bila dapat hang out dengan besties besties ni. Bebas!

Tengok trend sekarang ramai yang suka bercuti dengan kawan-kawan daripada pergi dengan keluarga sendiri kan? What the? Bagi aku, bawak la pergi dengan family ke atau dengan kawan, aku tetap akan pastikan diri aku sendiri have the fun even orang lain sengsara bawak aku! Bukan tak pernah pergi trip dengan kawan-kawan, tapi pergi trip sekolah. Alaaa...yang naik bas ramai-ramai tu. Yang kalau nak kencing, tunggu sampai 4-5 orang nak kencing baru bas nak berhenti tuuuu... Tapi trip naik bas dengan kawan-kawan pun best jugokkk.

Yang aku nak pergi trip ni, trip yang pergi drive sendiri. Yang boleh kau nak berhenti disetiap R&R tanpa rasa bersalah. Yang kau boleh pergi mana-mana tanpa perlu tunggu berkumpul ramai-ramai naik bas sekali tu. Haaa trip yang tu yang aku nak!

Ikut perancangan memang ada nak ajak kawan-kawan pergi trip ni. Macam-macam tempat dok merancang nak pergi. Melaka la, Cameron la, Genting la, Pulau2 la, tapi entah bila jadinya memandangkan duit pun idak mandang! Tapi tu la, kita ni bukan boleh merancang lebih-lebih. Kang mesti tak menjadi! Ce tak rancang, mesti gempak gila jadinya!

Petang tadi ada mesej dengan Bella, ajak dia pergi trip without family ni. Dia cakap inshaALLAH. InshaALLAH tu maksudnya kalau berkesempatan kan? Moga-moga menjadilah hendaknya sebab dah lama aku tak jumpa perempuan ni. Last jumpa bulan April lepas. errr...lama la kan?

Okay, stop. Sebenarnya saja mengarut sebab tengok entry sorang blogger ni yang sonot sonot pergi bercuti dengan kawan-kawan. Aku ni boleh baca dengan jeles la. Takpe Hanim, dorang kayaaaa...Boleh pergi bila-bila jaaa...

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...