Pages

Saturday, June 30, 2012

Conversation.....

Assalamualaikum...

Masa:      Petang-petang
Tempat:   Depan Rumah
Watak2:  Abah, Emak dan Anak perempuan mereka.


Si abah dan si emak sedang membersih halaman rumah dimana si emak menyapu sampah dan si abah menebas rumput-rumput dan pokok-pokok yang dah mampus. Si anak perempuan mereka yang pemalas hanya duduk di kerusi dan memandang kedua emak dan abah beliau membuat kerja (dasar anak pemalas, nasib baik comel!)

Anak   : Abah, kat sana boleh tebas lagi, boleh buat kawasan lapang lagi.

Abah   : Banyak cantik, dia duduk kat atas kerusi tu bukan rasa nak tolong ka apa!

Anak   : Malas. Lagipun sekali sekala balik kampung nak rehatttttt ja. Thehehe...

Emak   : Nak ambik penyakar ni, pi sapu kat tempat abah menebas nun. Mak nak rehat pulak. (Sambil join si anak duduk atas kerusi, tinggal abah buat kerja sensorang)

Anak   : Mak, kat keliling ghumah kita ni boleh buat 6 khemah kan?

Emak   : Khemah apadia? Dok tak dok sembang pasai khemah pulak.

Anak    : Khemah kenduri la mak. Kak cakap boleh muat 6 khemah dak? Boleh dak abah kalau pacak 6 khemah?

Abah    : Ni apasai dok tak dok sembang pasai khemah? Awat? Dah gatai nak menikah ka?

Anak    : Tak dak aih.. Saja ja tanya. Buat persedian awai ja.

Emak   : Belajar pun takdan nak habih, keja pun tak lagi, dah gatai sangat nak kawin!

Anak   : Ishh mak ni, kan dah cakap buat perancangan awai.

Emak  : Tak payah buat gotong-royong. Kalau kawin nanti pakai kontrak ja. Tak dak susah mak dah. Semua orang buat.

Anak  : Takmau. Tak best. Tak meriah. Nak gotong royong jugak. Baru rasa kenduri!

Emak  : Ya la. Meriah, rasa kenduri. Lepas kenduri aku yang lelah!

Abah  : Mak dengan anak sama ja. Dari sembang pasai khemah terus rancang kenduri nun!

Emak  : Anak dara hangpa la menghela nak kawin sangat. Nak ambik penyapu, pi sapu kat tempat abah menebas nun.

Si anak perempuan yang pemalas itu, terus bangun tapi bukan untuk menyapu sampah, tapi pergi masuk rumah tengok TV. Baguih sungguh anak dara la ni!


NotaTangan: Syok wooo sembang merapu dengan mak ngan abah. Nak-nak pulak dapat jadi anak bongsu sementara adik tak de umah ni...




Friday, June 29, 2012

Sesi Menjajah Negeri Perak!

Assalamualaikum...

Dah lama sangat bertangguh nak buat entry yang ada gambar ni. Bukan apa, malas nak edit, nak letak watermark bagai. Nak nak pulak sibuk nak siapkan research hari tu. Tapi, dalam sibuk-sibuk siapkan research, sempat je aku online. Facebook tetiap hari tak pernah miss! entry baru pun tetap up je walaupun....

So, lepas je habis VIVA (sebut VAIVA), terus je aktif distribute pendrive, cari gambar-gambar yang telah diambil (ayat kena skema sikit!). Homaiii...Banyak okey gambar-gambar semua. Tak muat pendrive, so kita haruslah membuat sesi mentransfer gambar-gambar ini ke dalam laptop secepat yang mungkin!

Gambar-gambar yang bakal diletakkan dalam entry ni adalah yang 3 minggu yang lepas. Harap maklum. Gambar aku and kawan-kawan pergi kenduri cukur rambut anak sedara our classmate, Gee kat Ipoh. Have fun sangat dapat konvoi ramai-ramai walaupun tengah sibuk dengan research bagai. Kalau nak ikutkan, banyak gambar masa pergi Ipoh ni. Aku just combine- combinekan sesetengah gambar tu. Sesetengah je okay sebab kalau nak letak semua gambar, mau cecah lantai entry aku ni!  Banyak sangat okay!

Dah, malas nak menaip. Tengok je la gambar-gambar yang ada! Kahkahwakawakahahahahuhuhu....

Konvoi 3 kereta. Berhenti kencing kat R&R Sg. Perak.
Sempat je snap gambar sementara nak tunggu yang lain
membuang sisa kumbahan!



Makanan sangat sedap. Lepas makan nasi, dengan muka
tak malu pergi tambah makan laksa. Konon nak kongsi dengan Dayang,
last2 aku bantai sorang!
Itu awesome okay!



Baby yang dirai pada hari tersebut.
Mohd Aisy Akram.



Baby Damia yang meraikan hari istimewa
Baby Aisy 
Muka tak nak tobam lagi kan?



Nak jugak bergambar dengan Baby ni. Mana tau cepat sikit datang jodohnya!
Wakakaka..
Gambar saje dikuningkan agar perbezaan warna kulit
tidak terlalu ketara, padahallllll....





Dah kenyang, tuan rumah, GEE ajak pergi jalan-jalan ke Gunung
Lang. Sesi menembak bakal bermula!



"Welcome to Gunung Lang"
Duta pelancongan Negeri Perak.
Confirm ramai yang tak singgah Perak
kalau aku yang jadi dutanya!



L-R
Gee, si tuan rumah
Us
Kanak-kanak comel yang sesat!



Sebelum mengembara ke Gunung Lang.
Bajet macam nak daki je gunung kat belakang tu kan?
Padahal hanya bermain di gigi ayer....



Kaum Hawa kelas aku. Sebahagian ye. Sebahagian.



Teman bergambar. Asal ada camera je muka automatik bertukar!
Dari masam, boleh jadi manis je muka ni siap boleh berposing.
Kau mampu?
Muka aku masam sebab aku ingatkan dorang fokus kat
Orked je, sebab tu tak ready!



Shalik.
Jangan ditanya kenapa dia buat muka macam tu.
Memang kalau ambik gambar dia, dia akan buat muka
yang pelik-pelik.
Harap maklum!



Our group pictures.
Aku just combine-combinekan je sebab banyak!
Pilih-pilih mana yang berkenan!



Dalam dok pilih-pilih tu, jangan pulak terpilih depa ni.
Depa ni dah berpunya dah naaa..
Our class lovebirds =)



Tengok....
Siap seiring sejalan lagi!
Siap jeling-jeling pengantin buat photoshoot lagi!



Aku jugakkk yang sorang2.
Sobs..sobs..sobs...



Last picture.
Masjid Ubudiyyah kat Kuala Kangsar.
Sumpah, first time masuk sangat cantik okay!
Maybe sebab masjid ni dekat dengan istana, so deco dia 
sangat sangat sangat cantik sampai kan cari telekung pun tak jumpa
sebab telekung dorang letak kat almari luar!




Sekian sahaja entry bergambar kali ini. Jumpa lagi diwaktu yang lain. Bubye!




NotaTangan: Kawan-kawan kelas dah ramai tahu aku ada blog. tsk..tsk..tsk...

NotaTapakTangan: Hai kawan-kawan kelasssssss......

Tuesday, June 26, 2012

Kita Ni Tak Sempurna...

Assalamualaikum...

Kita sebagai manusia memang tak sempurna.
Tak dapat nak puaskan hati setiap orang.
Tak dapat nak memahami perasaan orang.
Tak dapat nak elakkan dari sakiti hati orang.
Dan tak dapat nak bahagiakan. gembirakan hati setiap orang.



Ya.
Sebab kita hanya insan biasa.
Sebab kita hanya insan kerdil
Yang tak sempurna segalanya.

Sunday, June 24, 2012

Alhamdulillah Ya ALLAH =')

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak RESEARCH yang aku dengan research partner buat. Tadi selesai VIVA or bahasa mudahnya, pembentangan hasil kajian yang kami lakukan. Wah, ayat tak nak skema lagi kan? Tak ada major mistake yang kami buat, just there have room of improvement je. InsyaALLAH lusa baru buat sebab esok nak pergi berjimba sebab selesai VIVA weyh!

Hari khamis lepas adalah hari terakhir aku masuk ke kelas. After this, no more degree class for me. InsyaALLAH. Sedih woo. Sebak pun ada jugak tapi dalam masa yang sama macam tak percaya je yang dah habis belajar. Pejam celik pejam celik dan pejam celik lagi, rupa-rupanya dah selesai jadi pelajar degree kat UiTM Kedah ni. Tapi, belum dapat lepaskan title pelajar lagi selagi tak habis paper final. Yay, ada 2 minggu lagi sebelum final, marilah berjimba sakan!

InsyaALLAH jugak, hari selasa nak balik kampung. Bercuti. Sakan kan padahal final tak start lagi, kalut nak balik kampung segala! Tapi oleh sebab kalau duduk kat umah sewa ni lebih banyak habis duit daripada duduk kat kampung, adalah lebih afdal rasanya balik kampung. Makan tanggung, minyak kereta pun ditanggung! Kat sini, semua ditanggung jugak, tapi ditanggung sendiri. Seksa woooo....

Dah, malas nak gebang banyak-banyak tengah-tengah pagi ni. Nak tidor puas-puas lepas edit gambar sesi jelajah Perak tu. wkwkwkw(gelak pesen baru plak!)

Thursday, June 14, 2012

Research Oh Researchhhhh

Assalamualaikum...

Stress rupanya jadi pelajar tahun akhir ni. Mana tak stress, semester akhir ni lah nak kena siapkan segala-galanya before kita, eh eh bukan kita, sebelum AKU grad. Paling stress semester ni jatuh kepada subject RESEARCH! Yeah, tahniah kepada subject research kerana berjaya menjadi penyebab utama pelajar-pelajar semester akhir AM228 stress!

Letih sangat buat research ni. Mula-mula buat proposal. Kalau proposal lepas boleh proceed, tapi kalau tak lepas, kau hadaplah buat proposal tu sampai lepas sebab kalau tak kau boleh extend untuk satu sem lagi. Dah lepas proposal, kena buat pulak Literature Review, objective, hypothesis dan segala jadahnya. Dah buat semua tu, kau pergi buat questionnaire. Questionnaire pulak bukan senang-senang kau je nak buat. Kena tapis dan tapis dan tapis sebelum boleh distribute.

Aku punya research ni pulak kena jumpa food operators a.k.a pengusaha makanan. Kau ingat dorang nak ke layan budak-budak comel macam kami ni? Sibuk benor nak cari duit sampai nak layan kami jawab soalan questionnaire pun tak mau sentap aku tak mau makan kat kedai kau dah! Nak nanes aku. Jap, motif tulis NANES? Sebab nampak sangat omey-omey bila tulis nanes nanes ni! pfffttt..

Dah siap kutip semua questionnaire, kena pulak buat report findings. Kalau significance or reliable takpe. Kalau tak significance mampus kau juling la mata kau cari article nak sokong findings kau tu. Seminggu aku dengan research partner aku, Jannah bersengkang mata nak siapkan report ni. But nasib baik ada partner research, takde la derita sangat nak buat research ni.

Tadi dah siap hantar full report dari chapter 1 sampai 5. Harap-harap tak adalah salah banyak sangat. Hopefully! AKAN TETAPI, walau sesibuk mana aku ni, tetap je ada masa untuk bersuka ria. Buktinya, masa pergi distribute questionnaire sempat je pergi tengok Movie SNOWHITE AND HUNTSMEN! Filem dia best bagi aku la. Pastu sempat jugak buat sesi jelajah Perak minggu lepas! Hebat tak aku? Entry pasal jelajah Perak nanti aku update ye! Dah la malas nak melalut banyak-banyak, nak tidor. Petang nanti ada kelas lagi pastu nak drive balik kampung pulak. Cuti 3 hari tuuuu. Wehooo!!!

Teaser gambar jelajah Perak
*perlula kau nak teaser2 bagai kan!*


NotaTangan: Perghhhh, makin malas nak up entry sekarang!

Tuesday, June 5, 2012

Like This Yo Love This!

Assalamualaikum...

Now i'm addicted to hear for this song. And you know what, the music video is awesome. Replay banyak banyak kali. Keep hitting re-peat peat peat peat peat. Okay sudah jadi lagu Selena Gomez! Cut the crap and enjoy the MV!


Catchy je kan dorang menari. Dengar lagu pun best je!

Ni pulak versi Official MV. Punnnn best jugak!



NotaTangan:  Ni agak- agak kalau aku menari macam depa ni, paha boleh kecik dak? -..- ppffftttt....

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...