Pages

Thursday, April 26, 2012

Cuci Mata Kat Hospital

Asslamualaikum...

Hari ni aku telah menjalankan tanggungjawab sebagai anak yang baik di dunia dengan bawak mak aku pergi hospital buat medical check-up. Tahniah Hanim tahniah!

Dari pukul 8 pagi pergi, pukul 1 tengah hari baru boleh keluar dari hospital. Birokrasi bila pergi hospital kerajaan. Nasiblah kan sebab nak benda free kena la sabar dengan birokrasi-birokrasi ni kan? So dari mendaftar, pergi jumpa doctor, pergi X-tray, pergi masuk balik jumpa doctor, pergi amik darah, masuk jumpa doctor balik, pergi amik ubat, buat temu janji sampailah pergi buat temujanji dengan pakar fisioterapi, semua dibuat oleh aku. Bangga, kembang hidung semua adalah sebab berjaya buat benda-benda ni.Selalunya abah yang buat.

Tsk tsk tsk....terharu dan bangga aku dengan diri sendiri!

Satu nak puji pasal doctor-doctor kat unit rawatan Orthopedic Hospital Taiping, dorang sangat AWESOME especially doctor cina. Layan lembut je. Orang yang sakit pun tak rasa derita sangat bila doctor cakap lemah lembut je. Dah tu suka senyum pulak. Terus kurang sakit pesakit-pesakit kat hospital. Kakak-kakak nurse pun ramah-ramah. Ohsemlah!

Entah kenapa aku rasa tajuk entry dengan isi kandungan macam tak berkaitan! Takpe, sebenarnya aku nak cakap yang doctor Cina kat Hospital Taiping kacak-kacak! Sempat cuci-cuci mata kat hospital tadi. Kbai!

Tuesday, April 24, 2012

Happy Happy Happy Birthday Friends!

Assalamualaikum...

Lama sangat tak ber'update' blog aku ni. Dah berhabuk bersawang dan segala-galanyalah. Bukan busy sangat dengan kuliah or assignment tapi saje malas nak menaip. Makin lama makin rasa blog dah tak ada fungsi. Orang lain yang bekerja sibuk sana sini, student lain yang banyak assignment bertimbun-timbun pun ada je masa nak update blog dorang. Aku? Aku pemalas sebab tu malas nak update entry baru-baru. Biar cerita dah basi baru aku sibuk nak update! But, viewer aku selalu bertambah even aku tak update. Bangga enough? Clap for me please! *facepalm*

Jadi bagi memendekkan mukadimah, baiklah aku teruskan kepada intipati entry kali ni. Tujuan sebenarnya nak ucap HAPPY HAPPY HAPPY BIRTHDAY to my friends which are SHAHRIL REZZA HAIRUDDIN, NABILA SYAIDA BT MOHAMAD & NURUL NADHIRAH AFIQAH. Yes, SRH and NNA celebrate their 22nd birthday, meanwhile NSM plak sambut birthday dia yang ke 21st. DDR girlfriend si SRH dan Khai boyfriend si NNA ni plan nak buat surprise party untuk kekasih hati masing-masing. Aku dan kawan sekelas yang lain memang setuju la nak buat pun sebab sambut birthday 2 orang sekali kan? Of course merry-yah kan? Yes, aku join sebab aku bab me-lagha-kan diri ni memang feveret!

Sehari sebelum suprise birthday tu, aku, DDR, Khai, Jue, Gee and Jannah keluar pergi beli barang-barang untuk buat syprise party ni. Si Khai ni sempat la carikan hadiah untuk pemilik hati dia ni. Hadiah apa? Tanya Khai sendiri! Beli semua barang-barang suprise party tu then balik la kan. Plannya nak buat kat Taman Jubli kat tengah-tengah bandar Sungai Petani ni sebab macam sesuai je tempatnya. Plannya nak buat petang sebab si SRH ada kelas pukul 4. 

Esoknya bergeraklah aku, Gee, Jue dan Jannah ke kedai kek. But, petang tu cuaca tak berapa nak mengizinkan buat aktivity outdoor. Guna plan B, buat kat KFC sebab KFC kan ada bumbung, boleh tumpang berteduh :p. Birthday girl and boy ni dibawak kekasih hati masing-masing pergi berjalan-jalan dulu sementara nk set-up tempat kan. Tepat pukul 7, kedua birthday girl and boy ni sampai dengan mata ditutup. aku dengan 6-7 orang kawan lain dah tunggu kat luar KFC sebab nak jerit SURPRISE!!!!! So, tengok je lah gambar-gambar yang sempatlah disnapkan oleh jurugambar tak bertauliah kat bawah ni =D

The Preparation


The Kids


The "Pompom" Girls


The Party Planner
(Yang x tutup mata tuuu)


The "Terharu" Girl and The Excited Boy


The Flowers <3


The OHSEM Friends


The ANGLES <3 <3 <3


The Shalik Bajet Cute


Err..The?


The Sarah Batik Cake 
*nom nom nom*


The Waiting Face :D


The Couples
=)


The Dyan :p


The Birthday Cake
*nom nom nom lagi*


Lemme and The birthday Girl And Boy


The Two We Celebrate


The Cute K-Pop Addicted :p


The DDR & SRH


The Khai & Nad


We

Lepas je habis celebrate birthday dua orang budak ni, kami dengan sehati sejiwa seia sekata bersetuju nak pergi lepak-lepak kat tepi pantai. Dan destinasinya adalah Penang. Tak seberang pun sebab esok ada kelas lagi. Gila kau kan! Just lepak Kat Pantai Bersih kot nama pantai tu. Ok, aku lupa nama pantai tersebut. But, we have fun there walaupun tak ada benda pun buat kat sana. Lepak-lepak, makan-makan lagi, main-main, pitcha pitcha. So biar gambar je berbicara. Aicehhh...ayat tak nak sasterawan punya level kan!

The Lelaki yang follow


The Kami yang super AWESOME!


The Kami lagi


The Super Pretty Beautiful Gorgeous Girls!


The Lelaki Yang Kacak Bergaya
(ayat kena bodek!?)


Jannoh Buat Tangan Lemah Lembut.
Orang main bola pantai, kami main belon pantai.
Mampu?


Cuba cari apa yang sama?
(^_^)V


BAS 6A 2012
FOREVER <3

NotaTangan: Lambat up entry sebab malas!

NotaTapakTangan: Lepas ni entry basi lagi!

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...