Pages

Saturday, January 28, 2012

| Pelakon Pujaan : Excited Ni! |

Assalamualaikum...

Ok, ni nak update pasal pelakon pujaan hati. REDZA MINHAT. Aku minat sangat dengan Redza Minhat ni sejak dia berlakon dalam filem Pisau Cukur tu. Sweetttt sangat dia dalam cerita tu. Jadi anak orang kaya but humble. Masa berlakon movie tu, dia pakai braces a.k.a gigi besi. Tu yang menambah manis tu.

But minat macam tu je la sebab lepas tengok movie tu, tak ada effort pun nak stalk pasal Redza Minhat ni. But bila baca satu blog ( aku lupa blog apa!), dekat ruang About Me tu ada tulis "I think Redza Minhat is sweet with braces". Terus macam - sape pulak mamat nama Redza Minhat ni? Dengan gigihnya terus google REDZA MINHAT! Then, ta-daaaaa....Rupa-rupanya Redza Minhat ni yang berlakon cerita Pisau Cukur tu.

Langkah seterusnya, pergi Facebook and search for REDZA MINHAT then like! Nak ada as friend tak boleh sebab dah penuh T___T. Lepas tu selalulah update perkembangan semasa beliau. Nak kata stalker pun boleh. Tapi stalker FB jelah. Nak stalk lebih-lebih, tak pasal-pasal kena tangkap!

Redza ni educated actor. Kalau dia tak berlakon filem, dia aktif berteater. Dia punya kerja tetap, penganalisa pelaburan. See, tau je aku kan! And, he was MARRIED! Dengan perempuan yang cantik! Mula-mula frust jugak bila tau dia dah kahwin ( apa ada hal dengan aku kan?), tapi sekarang dah tak kisah sebab memang tau takde jodoh! Tapi lelaki boleh kahwin sampai 4 kan? (ehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!)

Rabu lepas saje-saje post dekat wall Redza Minhat tu. Tau, mesti dia tak reply punya. Saje gatal-gatal nak penuhkan post kat wall dia je pun! Sekali kau, dia reply!!!!!! Excited gila aku sampaikan sanggup print screen tu. Nak buat kenangan. Walaupun dia balas SATU perkataan je - SOON?- tapi aku tetap excited. Kau ada pelakon pujaan kau komen kat wall post kau? 

Excited punya pasal, tak bukak facebook dah lepas tu. Esoknya baru excited heboh kat Facebook yang Redza Minhat reply comment. Padahal dia reply SOON? je kot! Dan yang pastinya, kawan aku jeles! Kahkahkah!!! Puteri, sila cuba di lain masa tau. Kot rezeki hang dia nak reply ke!


Bukti Kukuh!


Bukti kawan aku jeles!


@_@
|Melting|

Dah Married dah pun.
#cantik bininya!


Alololo...
sho shuweeettt...


Zaman gigi besi.
#pisaucukur

Fainted!
Sebab hensem sangat!


NotaTangan: Tulis berterabur sebab excited sangat. Maaf maaf maaf..

NotaTapakTangan: Semua gambar dari google image and FB Redza.

NotaJariJemari: Ily, sila jeles dengan aku! Muahahahakahkah!!!



Thursday, January 26, 2012

Should I be Nervous or Excited?

Assalamualaikum...

Ok, tajuk tak mau kalah kan? Amerika sangat padahal isinya Melayu jugak!
Sebenarnya nak cerita pasal latihan praktikal yang bakal aku jalani (wah, jalani kau!) hari Isnin ni. Nervous semua cukup okay!

Sebagai orang yang tak ada langsung pengalaman kerja ( selain jadi makcik kantin), memang tahap ke-nervous-an aku ni tak ada tolok bandingnya. Nak-nak pulak aku ni memang pemalu sangat. Kalau dah kenal rapat, memang dah tak ada malu-malu lagi dah. Gelak nka kalahkan guruh je bunyi!

Aku bertambah nervous sebab aku jadi solo fighter kat tempat praktikal tu nanti. Maksud aku, ada kawan-kawan aku dapat tempat praktikal sama dengan member lain, tapi aku pulak dapat tempat sorang-sorang. Mau tak gemuruh beb! Tapi kalau selain aku, ada budak praktikal lain kat situ, mungkin tahap gelabah tu akan berkurang 50% kot! So harap-harap sangatlah ada budak praktikal lain dengan aku. At least ada jugak geng budak praktikal kat situ nanti kan?


Muka dah habis Nervouslah ni!


Tadi dah call MPT (tempat aku bakal buat latihan praktikal), cakap dengan orang yang handle hal-hal praktikal ni. Dengar dari suara dia, macam baik je. Harap-harap memang baik dan tak garang @ sombonglah nanti. Mati kutu aku kalau semua orang dalam pejabat tu tak mesra alam nanti. Silap hari bulan boleh jadi bisu aku kat situ nanti! Aku just tanya 3 soalan mudah yang boleh dijawab oleh sesiapa pun.


  1. Nak rujuk kat siapa bila aku pergi lapor diri. - Ni penting sebab nanti tak tahu nak lapor kat sapa pulak. Haru!
  2. Pukul berapa nak lapor diri. - Wajib tanya! Nanti kalau lewat lapor diri, kan dah bagi bad perception?
  3. Tingkat berapa kena pergi lapor. -MPT tu bertingkat-tingkat dan aku tak tahu ada berapa tingkat semuanya. Kalau tak tanya, mampu ke nak pergi setiap tingkat?
Lepas tu puan tu cakap, sebelum dia tempatkan aku kat mana-mana jabatan, aku WAJIB jumpa dengan pengarah MPT dulu. PENGARAH MPT. Dengar je terus rasa macam tak mau lapor diri. Takut!!! Sebelum hari ni yakni semalam, semalam dan kelmarin, aku ni excited je nak pergi lapor diri. Konon-konon nanti boleh la berlagak macam dah kerja. Tapi start malam semalam, dah rasa nervous, cuak, gelabah semua secukup rasa. Macam mana nak hadapi ni nanti? Harap-harap semuanya oklah. Tak adalah kejadian budak repeat practical training nanti!

NotaTangan: Siapa-siapa ada tips tak nak pergi latihan praktikal ni? Kalau ada, meh share dengan aku! Bhahaha..

NotaJariJemari: Doakan yang terbaik nanti!

Sunday, January 22, 2012

Habis Exam, Balik Kampung, Shopping Buku dan Praktikal!!!!

Assalamualaikum....

Finally, akhirnya dah habis exam!!!
Best sangat habis exam padahal study week and gap exam bukannya buat revision sangat pun. Lagi 2-3 hari nak exam baru gelabah nak study. Bagus dan boleh diamalkan selalu tabiat ni!
Paper akhir, Project Management hari khamis 19/01/2012 pukul 9 pagi. Nak tunggu jam sampai pukul 12 tengah hari dah macam hazab! Tak sabar sangat nak tunggu pukul 12 tengah hari. Habis je penjaga exam tu kutip kertas, rasa lapang je dada bagaikan dah dapat hidu 4 flat (haktuihhhh!!!!). Padahal tak sabar nak balik.

Yes, aku balik kampung pada hari yang sama aku habis exam. Kagum? Silakan! Tengah hari sehari sebelum exam dah sibuk masuk separuh baju dalam beg. Gila psycho tengok member bilik sebelah (Jannah) susun baju dalam beg. Balik dari exam terus kemas-kemas apa yang patut sebab mak nak datang ambik. Ye, aku sangat gigih! Padahal mengantuk jangan cakaplah sebab letih jawap exam (waterfall!). Mak cakap nak bertolak dari rumah lepas habis tengok sinetron Indonesia tajuk Puteri Yang Tertukar. Aku bajet mak sampai lepas asar, padahallll nak dekat Manghrib baru sampai. Tapi okaylah. Sampai jugak kan dan dah berjaya tidur kat rumah malam tu!



Tadi aku date dengan Firdaus. Ehhhh...Firdaus tu bukan bf aku. Sapa-sapa yang dah baca entry sebelum-sebelum ni tahu siapa Firdaus yang sebenar! Bukan date apa pun, just pergi kedai buku Popular. Motif, sebab nak cuba try test baucar RM200 tu. Konon nak beli novel tapi takut diarang taknak terima. Gagah la aku ni cari alat tulis, buku, test pad untuk sem depan padahal baru 2 hari bercuti pffftttt... Belanja Firdaus komik dengan alat tulis. Bila masa nak bayar, masyaALLAH, ramai sangat. Panjanggggg beraturnya sampaikan ada tukang jaga kat pintu tak bagi pelanggan masuk sebab kedai dah sesak! Tak pernah-pernah aku tengok orang punya ramai kat kedai buku, kalau kat mall/ supermarket tu dah biasa dah! Dannn.. Rupa-rupanya kita boleh beli novel dangan baucar tu!Dan memang tak lah aku nak pergi cari novel setelah beratur. mau aku balik malam macam tu. Beratur saja pun dah dekat sejam. Naik lenguh kaki aku berdiri. Lepas ni janji tak mau masuk kedai buku kalau orang penuh. Seksa weyy... Dan aku berjaya guna baucar tu sebanyak RM50! Give me a big big big big clap please!



Seterusnya adalah aku bakal menjalani latihan pratikal bermula 30 Januari ni. Nervous okay! Walaupun kat MPT je, tapi still dalam MPT tu banyak orang hebat-hebat. Aku ni pulak baru nak kenal erti kerja. Harap-harap tak adalah benda yang tak best jadi. Nanti bila dah berpraktikal, jarang dah la nak online-online ni. Nak cari mampus bersenang lenang online sedangkan logbook tak penuh, kerja tak siap? Mau aku jadi orang pertama repeat praktikal ni nanti!

Till now,bubye!

Thursday, January 12, 2012

Study Hiatus!

Assalamualaikum...

Okay, sila kembali ke alam nyata Hanim. Paper exam ada lagi dua, tapi gaya macam orang dah habis exam dah! Sakan sangat layan Youtube, Facebuku, blog, etc. So, sebagai langkah nak berubah agar keputusan exam semester ni memberangsangkan, mulai esok dah boleh start buat revision.



Bagus sangat. 2 hari lagi nak paper, baru sekarang ada keinsafan nak bukak notes balik. Gelabah tengok orang semua sakan baca buku, notes. Nasib tengok orang pegang notes, kalau tak memang harapan nak bukak notes sendiri! Konon nak naikkan pointer semester ni. Harapan memang tinggal harapan je kot nanti!

Sebagai langkah untuk mengelakkan kejadian pointer jatuh merudum, esok akan start study. Kawan-kawab, sila doakan aku dapat jawab soalan exam yang bakal ditanya nanti. Doakan pointer aku bagus. Dan doakan idea akan mencurah-curah masa jawab exam nanti. Paper untuk 14hb ni Urban Sosiology and last paper 19hb Project Management. Sesiapa yang rajin dan bermurah hati nak buat solat hajat untuk aku jawab exam kali ni amatlah dialu-alukan!

Sekian,
Terima Kasih!

Sunday, January 8, 2012

Tahun Baru, Azam Lama!

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar dah masuk tahun 2012 dah. Sekejap je rasa melalui tahun 2011. Dah seminggu kita melalui tahun 2012 dan hari ni baru aku ada nafsu nak naik entry tahun baru. Yeah, it's epic loser! Nak buat macam mana, orang sibuk macam aku mana ada masa nak naik entry tetiap hari. Kalau seminggu dapat naik entry satu pun dah cukup miracle sangat. Lainlah tangan aku ni gatal nak menaip, maka dapatlah 2 entry 1 minggu. Ok dah cukup pasal introduction. Kembali kepada isi kandungan entry!



Setiap kali tahun baru mesti ramai yang pasang azam baru. Tahun ni aku tak ada azam baru. Motif? Sebab separuh dari azam tahun 2011 masih tak tercapai. Lebih afdal capai azam lama dulu sebelum kita pasang azam yang baru pulak kan? Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2011. Kalau nak karang rasanya entry ni antara entry terpanjang sampai cecah lantai. Lagipun apa-apa peristiwa menarik yang berlaku sepanjang tahun ada je aku tulis entrynya. Just cari jelah kalau nak tahu kan?

1st January 2012
Hari pertama tahun baru dengan azam tahun lama. Bangun tidur pun rasa macam tak ada apa-apa perubahan tahun pun melainkan bangun dan rasa lapar! Tengah hari pergi library, kononnya nak study. Tak sampai 30 minit dalam library, dah berlari pergi tengok kakak-abang senior buat VIVA. VIVA ni presentation untuk research yang diorang dah buat since part 5. Aku pun bakal menempuh perkara yang sama semester depan. So rajinkan diri pergi tengok. Tak sempat satu group pun aku tengok, dapat emergency call cakap ayah classmate aku, Orked, meninggal dunia. Bergegas kami pergi Bagan Serai sebab nak menziarah. Masa sampai, arwah ayah Orked sedang disembahyangkan. Lepas jumpa Orked and her family, kami balik ke SP.


2nd and 3rd January 2012
Tak ada apa yang best pun melainkan pergi ke library untuk study subject Public Finance. Subject yang agak tough untuk semester ni. Exam nak dekat baru gelabah nak study! Jadual exam semester ni banyakkkkk sangat gap. 5, 14 & 19 January. 4 & 19 January punya paper agak susah. Pandai UiTM atur jadual. Bagi subjek susah awal dan akhir. Nak bagi aku ingatlah tu yang aku kena study lagi. *sigh*

4th January 2012
Hari ni just stay kat rumah. Buat revision dari tengah hari sampai malam. Jangan terpedaya, kami bukan study bagai nak mati pun. Study 2-3 jam pastu tidur! Kalau tak tidur, menyembang sakan. Alhamdulillah, habis jugaklah buat review subject ni. Thanks DDR. Nanti kita study sama-sama lagi tau!

5th January 2012
Aku exam hari ni!!!!! Perghh...Cuak wey! Rasa macam aku tak cover banyak je subjek ni. Bangun pagi pun awal. Orang tak azan subuh lagi aku dah siap depan slide. Mana tak bangun awal, setiap jam asyik terjaga je kejenya. Memang style aku setiap kali exam mesti tidur terjaga-terjaga, bangun subuh lebih awal dari biasa. Mauk dewan pagi tu jangan cakaplah apa perasaannya. Macam tak ada perasaan pun ada sebab masuk dewan lewat. Cuak sebab ingat kena duduk depan, but nasib baik DDR tolong jagakan tempat. Balik exam, terus kemas beg nak balik kampung. Ye, aku balik kampung lepas habis paper Public Finance. Apa aku nak buat duduk sini gap sampai 8 hari? Study? Memang taklah. Style aku study 3-4 hari sebelum final. Baru fresh (wakluuuu!!!!)

8th January 2012
Hellllooooo Merbokkkk!!!! Dah selamat sampai ke bumi Merbok tak *cough* tercinta *cough* *cough again*. Balik dengan harapan nak study kononnya padahal hebat beronline. Syabas Hanim, syabas! Esok la start study. Malam ni nak rehat. Letih!

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...