Pages

Friday, December 30, 2011

Kadangkala YAKIN Itu Penting-Part 2

Assalamualaikum...

Kemain lagi nak buat part-part bagai!
Alhamdulillah, dah 2 hari balik ke Merbok dengan tujuan yang mulia, nak study untuk final exam. Tapi, hampeh je. Bukan balik nak start buat revision ke apa, balik sibuk nak tunjuk skill masak-memasak. Konon-konon nak jimat duit tak nak beli kat luar, memasak kat rumah je. Pergi library kemain awal, berjaya bagi tumpuan dalam library 2 jam je, lepas tu mula fikir tengah hari nak makan apa. Apakah?

Dapat pulak geng yang suka makan + masak macam Gee, Juju, Fasha dan Jannah. Memang menjadilah acara masak memasak. Belum masak untuk makan tengah hari, dah tanya menu untuk menu petang? Menangis peserta master chef tengok nafsu makan kami berlima ni. Chef Wan pun mintak resign jadi chef bila tengok cara kami melantak. Takpe, sementara nafsu rajin ada lagi. Esok dah hilang nafsu memasak, timbul pulak nafsu membeli. Dan aku tak faham kenapa intro aku sampai 2 perenggan? Padahal nak cerita pasal yakin dah masuk pasal makanan. Apakah???

Back to the story, nak cerita pasal Yakin lagi sekali. Orang lain nak buat story part, aku pun nak! Balik Merbok kelmarin dihantar oleh mak dan abah tercinta sebab nak balik naik kereta Fasha takut tak muat. Almaklumlah, barang nak bawak balik lebih banyak dari barang empunya kereta. So mak decide nak hantar balik Merbok. Kemain lagi balik kampung 2 beg, bila balik Merbok 5 beg, dan semua berisi makanan dan barang-barang lain!

Balik Merbok aku yang drive sang kancil mak sebab balik nanti mak nak kena drive pulak. Kemain bawak sang kancil atas highway tak nak lajukan padahal semput dah sang kancil tu nak berlari atas highway. Pedal minyak jangan cakaplah aku tekan sampai lantai. Mana taknya, semua kereta aku nak potong! Tak padan dengan naik sang kancil, yakinnnnnnn je nak potong bas, lori semua.

Paling tak boleh nak diterima bila sang kancil yang aku bawak ni YAKINNNNN nak potong kereta mewah CC 1000 ke atas. Dan mampu pulak potong kereta Audi TT! Aku rasa owner Audi tu kesian tengok sang kancil aku nak potong dia dengan gigih so dia bagilah aku potong. Mesti dia tengok muka aku masa nak potong kereta dia tu tersangat yakin so dia bagi peluang Y____Y. Kesian aku!


Tak cukup dengan Audi, dengan Toyota, Honda, Merc pun aku potong dengan yakin. Konon nak menunjuklah pemandu wanita yang memandu kancil mampu memotong kereta mewah diatas lebuh raya. Kau ada ke buat macam aku? Hahaha..

NotaTangan: Nak buat apa pun kena ada rasa Yakin. Macam nak jawab exam, kena yakin dengan apa yang kita jawab walaupun jawapan kita lain dengan jawapan kawan kat sebelah/depan/belakang!

Wednesday, December 28, 2011

Kadangkala YAKIN itu penting!

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak cakap pasal YAKIN. Saje aku capital semua huruf Yakin tu sebab nak bagitahu yang aku nak cakap pasal Yakin, boleh?



Yakin dalam bahasa omputihnya confident. Yakin ni kena ada dalam diri seseorang terutamanya dimasa-masa kritikal. Contoh terdekatnya adalah aku sendiri. Yakin pakai baju terbalik dan yakin berjalan tanpa menukar baju tu. Ya, sebab aku seorang yang berkeyakinan tinggi, kalau yang tak ada keyakinan tu, memang balik buat pembedahan plastik *panggg(hover)!

Hari ahad hari tu keluar dengan mak dan abah. Abah nak bawak belanja makan, mana boleh say NO! Rezeki jangan ditolak. Ye, tang tu nampak rezeki jangan ditolak bila berat naik, salahkan orang. Syabas Hanim, syabas!

Masa masuk GIANT baru perasan yang pakai baju terbalik. Malas nak kecoh-kecoh sekali mak tegur " rasanya hang pakai baju terbalik ni kak". Kantoi sudah! Baru ingat nak berahsia. "Ni fashion la mak" padahal nak cover line. Bukan kat GIANT tu takde fitting room, tapi bila dasar pemalas tu memang tak boleh nak kata apalah kan!

So, berjayalah aku berjalan dengan mak dan abah seharian dengan baju terbalik. Yang penting, YAKIN harus ada! Nasib baik mak dengan abah mengaku lagi aku ni anak diorang, kalau tak terpaksalah merayu sapa-sapa mengaku aku ni anak dorang!

Ok, tu je nak sembang. Esok dah nak kena balik Merbok. Ambik final exam, then balik Taiping balik for practical training. Hoishhh..Kalaulah final exam boleh jawab guna email, confirm aku tak balik Merbok, confirm aku tiru slide, confirm aku lulus cemerlang dan confirm semester ni aku DL! haha...

Sunday, December 25, 2011

It's Wrap for 5th Semester!

Assalamualaikum...

Akhirnya bersiaran secara rasmi di rumah. Yay, 22 December 2011, tamat sudah kelas terakhir buat semester 5. Sedar tak sedar tinggal lagi satu semester je aku bergelar pelajar. Lepas tu boleh la cari kerja, sara diri sendiri, InsyaALLAH, mak abah jugak.

Last week is a HECTIC week ever okay! Sangatlah busy sampai jatuh-jatuh sakit bagai. Mengada sungguh badan ni. Saat kerja menimbun dan diminta diberi perhatian, masa tu lah dia nak sakit, migraine, batuk, selesema dan tak lupa, demam! Takpe, dugaan semasa belajar-kata mak. Now, ada dirumah manis rumah. Habiskan cuti study week bermanja-manja dengan mak dan abah. Tak ada langsung kesedaran diri nak study for final!

2 minggu berturut-turut busy. Sampaikan tak ada masa langsung nak jenguk blog sendiri. Yang betulnya, malas nak update blog. Malas nak menaip sebab dah muak menaip entry ASSIGNMENT! Drama mandarin, presentation, test, carry mark, RESEARCH! Apa lagi? Semua kena settlekan sebelum 22 December. Merangkak jugaklah nak siapkan!

Paling sadis, siapkan proposal untuk RESEARCH! Homaiiii...Macam nak buat Thesis dah aku rasa. Tak tidur malam okay buat mende alah ni. Nak kena siapkan jugak kalau nak balik bergembira. Kalau tak, jangan mimpi nak balik rumah. Duduklah aku kat Merbok sampai exam nanti! But, syukur, aku dengan partner VIVA aku nanti, Jannah berjaya siapkan jugak malam tu even tido hampir pukul 4 pagi! #padan muka x buat awal2!


So, that's a WRAP!!!! Tak payah nak ingat-ingat lagi dah.
Semester depan punya cerita, kita simpan dulu!


NotaTangan: Esok cerita benda lain pulak. Kalau rajin menaiplah!

Thursday, December 22, 2011

Mak Rindu!

Assalamualaikum...

Tengah khusyuk buat Literature Review pasal Halal Research, mak called. Dalam pukul 10.00 malam tadi. Mak tanya kenapa semalam tak call, hari ni tak call? Jenuh menjawab sebab memang niat nak called mak tapi lewat sikit.

Mak rindu. Mak rindu aku dengan adik. Kalau rindu aku takpe lagi. Esok lusa dah nak balik kampung. Kalau rindu adik, berat sikit sebab adik sekarang tengah training. Mana boleh balik, call sesuka hati. Mak demam sebab mak cakap mak rindu anak-anak dia.

Haru aku kat sini. Kalau ada sayap, mau aku terbang balik Perak sekarang jugak. Kalau tak kenang esok ada test Bel, Mau aku ponteng kelas akhir esok. Kalau tak kenangkan proposal research tak siap, memang esok pagi aku balik Taiping!

Dear mak,
Akak tahu mak rindukan akak dan adik.
Akak jugak rindukan mak.
Akak kat sini pun menanggung rindukan mak dan abah.


Dear mak,
Sabar nantikan akak balik kampung.
Sabar tunggu 3 bulan lagi untuk berjumpa adik
Sabar harapkan akak dan adik balas jasa mak dan abah.
Sabar menantikan kita sekeluarga bersama!


Dear mak,
Tunggu akak 2 hari je lagi
Janji. 2 hari je.
Jumaat ni kita jumpa ye mak!
Tak mau sedih-sedih dah!


NotaTangan: Literature Review, kau tak kesian ke kat mak aku? Kenapa susah sangat nak buat cited2 ni??

Sunday, December 11, 2011

Ombak Tak Rindu Pun!

Assalamualaikum...

At last, setelah meroyan nak tengok Ombak Rindu lakonan kekasih pelakon pujaan hati, Abam Aaron Ajis! Seminggu lepas tayangan baru gedik nak pegi tengok. Nak buat macam mana, orang macam aku memang selalu busy dengan kerja tertunggak. Bila kerja dah habis barulah boleh berjimba buang duit dengan kawan-kawan!

So semalam plan nak tengok OMBAK RINDU akhirnya tercapai sudah. Pergi berempat dengan Gee, Fasha and Jannah. Tengok kat CS je pun! Lepas beli tiket, pergi lunch kat Pizza Hut, sekali dengan DDR and SRH. Kiranya berenam la keluar semalam.

Ni novelnya.
Lepas ni nak pinjam kat kawan, nak baca balik


Pukul 4:45 Petang baru cerita start tayang. Excited wey nak masuk tengok sebab sebelum ni ramai sangat cakap cerita ni best. Bagi beribu-ribu bintang tak nak over pulak kan! Ada jugak pesan bawak tisu banyak-banyak masuk panggung, takut tak cukup tisu nak lap air mata dan hingus! Motif sangat kan! Gee dengan gigihnya bawak tisu paket satu dozen. Mampu kau? 

Mula masuk panggung, ya Rabbi, panasnya. Rasa macam panggung takde aircond je! Dengan mak bapak bawak anak-anak masuk panggung. Anak-anak kalau duduk diam takpe, ni bising berlari merata. Tension aku tengok. Dah tu yang dah besar dabak buat perangai orang besar pulak. Bila lagu tema Ombak Rindu terpasang, diorang pun nak menyanyi sama! Eh, kau ingat ni tempat karaoke ke? Yang lebih over pun ade, menjerit dalam panggung. Apasal entah? Hilang feeling aku nak tengok! 

Over all cerita ni bagi aku agak bosan lah jika nak banding dengan novel dia. Boleh kira aku menguap berapa kali dalam panggung tu. Nak tidur pun ada masa tu. Bila part sedih-sedih ramai la yang menangis, bunyi srot sret hinggus tu yang tak menahan! Aku dengan Gee boleh gelak pulak masa part orang cakap sedih-sedih ni. Mana tak gelak, kelakar tengok orang ramai menangis beria sangat! Rupanya Fasha sebelah aku pun menangis. Tak macho dah kau Fasha! Mungkin sebab sebelum ni ramai yang cakap cerita ni sedih, maka feeling nak menangis masa part sedih terbantut!

~Ombak Rindu the movie~


Cerita ni bosan sebab banyak babak dia mendatar je. Lepas tu macam tak ada kesinambungan antara satu scene ke scene yang lain. Serius kecewa jugaklah dengan cerita ni sebab aku put high expectation kat cerita ni but akhirnya macam tak mencapai tahap yang aku nak. Aku rasa aku lebih feeling baca novel dia dari tengok movie dia. Ni pendapat aku je. Pendapat orang lain tak tahu lah. Aku boleh rate movie ni 3 out of 5 la. 

Tapi aku bagi banyak bintang kat Abam Aaron Ajis and Lisa Surihani and 8 bintang kat Maya Karin, boleh? But over all, lakonan semua mantap-mantaplah. Cuma aku tak berkenan sangat dengan cara Maya Karin @ Izzah dalam cerita ni. Kalau pun dia orang kampung, biarlah pandai pakai tudung sikit. Ni dah macam orang era 80-an, 90-an pakai tudung dah. Macam selekeh sangat padahal ramai je orang kampung sekarang pandai bergaya, pakai tudung lawa-lawa. Lisa pulak, mak aii...Garang benor! Dah la cakap laju-laju! Abam Aaron as usual, romantik tak nak kalah!


Hero dan Heroinnya.


Babak yang buat orang dalam panggung menjerit
pastu tertunduk-tunduk!
#romantiknyaabamaaron#

Macam mengandung pulak aku tengok Maya masa ni.
Nak back hug macam ni jugak!



#Izzah#
See, huduhkan cara dia pakai tudung.
Nanti keluar tudung Izzah @ Ombak rindu pulak!



Mila Karmila @ Lisa Surihani.
Love her character in this film!
Sumpah!


NotaTangan: We need to expect the unexpected kan?

NotaTapakTangan: Dah mcam pengulas filem dah aku ni!

Tuesday, December 6, 2011

Dah lama tapi nak update jugak!

Assalamualaikum...

Kejadian berlaku bulan lepas, tapi gigih nak update hari ni sebab tahap kebosanan yang melampau. Tak pergi kelas hari ni sebab tak sihat, tapi rajin pulak nak online! So, balik kepada tujuan asal menulis entry ni. Bulan lepas, budak-budak batch aku yakni budak-budak AM228 part 5 UitM Kedah telah mengadakan lawatan ke Jabatan Imegresen Malaysia dan jugak Akademi Audit. Pergi beramai-ramai macam rombongan sekolah dulu-dulu. Best yaw!

Lawatan ni sebenarnya bawah subjek Public Finance. Siapa yang ikut lawatan ni akan diberi markah. Gila tak pergi? Dapat markah free okay! So hari khamis lepas kelas, dalam pukul 3 petang, kumpulan pertama iaitu kumpulan aku bergerak dulu. Gila lenguh duduk dalam bas tu. Naik kematu bontot aku! 8 jam perjalanan. boleh bayangkan tak dari Kedah ke KL 8 jam? 8 jam sebab banyak sangat berhenti kat R&R. Pantang ada perhentian, mesti nak berhenti. Nak makan lah, nak buang air lah, nak solat lah. Tu yang lambat tu!

Sampai ke KL lebih kurang pukul 1030 malam. Terus menumpang(berbayar ok) kat wisma belia yang agak scary! 1 bilik 3 orang, duduk dengan Isfa and Jannah. Lapar jangan habaq la. Ketaq perut cheq nak makan. Nak pergi beli, macam tak ada yang menjual pun kat situ. Berlagak masa kat R&R tak nak beli makanan! Rezeki datang bila abah si Yaya datang nak melawat Yaya, terus dia order makanan untuk kitorang sekali. TQ abah Yaya!

Esok pagi lepas sarapan, terus bergerak ke Putrajaya ke Jabatan Imigresen. Okay, nak admit kat sini yang aku baru pertama kali pergi Putrajaya! Kesian kan? Impress aku dengan Putrajaya tu. Bangga jadi anak Malaysia bila tengok pusat pentadbiran yang awesome #gilapatriotik#

Lepas dah habis kenyang makan dengar penerangan kat Jabatan Imegresen tu, gerak pergi Akaemi Audit pulak. Tapi sebelum tu berhenti kat masjid dulu sebab budak-budak lelaki nak sembahyang jumaat. Kaum hawa pulak diberikan kebebasan untuk merayau di ALAMANDA selepas solat. Bagi yang ABC, seronoklah berjalan kan! Malas nak menaip dah, tengok je lah gambar yang ada kat bawah ni.


Sebelum sampai KL. Kat R&R
Sempat je kan!


Dua-dua taken! Eh, termasuk Isfa kat belakang.
Paw, nape muka kau macam tu?
Ehhhh...Aku pun adalah!

Depan Jabatan Imegresen with Gee =)
(asal aku nampak kuruih =_=')

Driver baru, DDR.
Bosan menunggu untuk dipanggil masuk ke JIM.


Dalam JIM. Aku kalau bab makanan ni, jarang tolak.
Serius tak muka aku amik makanan???

Baru sampai kat Akademi Audit
Aku dah macam staff kat situ je kan?
#perasan#

Harusssss!!!!

Muka orked beseri lagi, muka aku berlengas!
sempat je kami berdua ni kan!

Dalam AAN.
Tetap, makanan menjadi keutamaan aku!


Ni sumpah betul. Staff kat AAN semua cantik-cantik belaka!
Memang sapa nak kerja kat sini kena cantik kot!

Pasangan bahagia =)
DDR <3 SRH


They are flowers!
Cantik tak kawan-kawan aku?

Mereka kesayangan aku.
Dont mess with them! Boleh gelak sepanjang hari bila dengan dorang!
<3 <3 <3



Dah habis melawat AAN, baru boleh balik ke Kedah. Sumpah penat! Sampai ke Kedah lebih kurang pukul 12 malam jugaklah. Nasib baik esoknya cuti, so boleh tidoqqqq!!!

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...