Pages

Sunday, November 27, 2011

Kalau Dah Menumpang, Buat Cara Menumpang!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, selamat sampai ke bumi Merbok ahad lepas. Hujan rahmat turun tanda kesyukuran aku pulang dengan selamat. Nyiahhh. Hover kau! Balik ke Merbok bukanlah petanda yang aku dalam keadaan tenang ye kawan-kawan, tapi bertambah stresss! Mana tak stressnya, balik Merbok merupakan petanda bahawa hari-hari aku akan sibuk sepanjang masa! Dengan Project Management tak siap, Public Finance slide tak siap, test tak review lagi dan memacam. So, jangan ditanya nanti kenapa status aku diFacebook mahupun di mana-mana berbaur pelik!

Balik kelmarin dah menambahkan satu lagi pengalaman tak manis langsung. Pengalaman pahit masam dan masin mungkin! Kalau dari stesen bas Kamunting ke stesen bas Butterworth adalah perjalanan yang mendamaikan, siap boleh lena okay, namun perjalanan dari Butterworth ke Sungai Petani, penuh dengan pancaroba! Memang kalau nak naik bas City Liner dari SP-Butterworth atau dari Butterworth-SP memang satu pengalaman yang sedikit menakutkan. Nak naik bas tu kau ingat senang-senang dapat naik? Oh, tidak sama sekali okay! Berebut-rebut nasib tak tumbang je bas tu! (hiperbola lagi!)

Yang aku sakit hatinya, yang berebut dengan kami (rakyat Malaysia) adalah orang dari negara luar yakni Indonesia, Pakistan,Myanmar, Vietnam dan sebagainya. Dimana hak kami sebagai warganegara bilaman perlu berebut untuk naik bas (hiperbola lagi!) Dah kalau naik bas tu duduk senyap-senyap takpe, ni orang nak tido kejap pun tak boleh. Dah la bau badan nauzubillah, bersembang macam dia duduk dalam personal flight kan? Apa kau ingat kami ni tak bayar tambang ke hah?

Paling tak boleh blah masa naik bas dari Butterworth ke Sungai Petani. Ya Rabbi, punyalah scary! Bayangkan masa sampai kat stesen bas Butterworth tu, orang dah ramai tunggu bas kat tempat bas ke Sungai Petani. Boleh kata semua yang tunggu bas tu warga asing. Malas nak campur dengan dorang, aku dengan Jannah berdiri kat tempat yang kurang orang asing tu. Nak jadikan kebetulan, bas yang nak ke Sungai Petani tu berhenti betul-betul depan kami. Habis semua warga-warga asing tu bertempiaran lompat kat tempat yang kami berdiri tu. Sekali imbas macam kami ni mangsa yang bakal dibaham ikan Piranha dah!

Berhimpit-himpit jangan cakaplah. Si Jannah dah tersepit-sepit kat tengah orang semata-mata nak naik bas. Aku yang besar dari Jannah ni bertolak-tolak kat belakang. Azab okay nak naik bas! Dah macam pelarian nak lari ke mana entah. Aku ni dah redho dan pasrah je orang pegang-pegang aku. Atas bas jangan cakap la macam mana. Yang duduk dah penuh, yang berdiri pulak dari depan pintu sampailah belakang bas. Bayangkanlah berapa ramai yang naik bas tu? Kalau kena tahan JPJ, confirm kena angkut semua pergi balai!

Bila fikir-fikir balik, kenapalah syarikat bas ni tak sediakan bas khas untuk warganegara naik dengan tenang dan aman? Dan sediakan bas yang khas untuk pendatang ni dan terus hantar pulang ke negara masing-masing! Puas hati aku!



NotaTangan: Takut siot nak naik bas kalau macam ni!


Friday, November 25, 2011

Sayangnya dah berpunya ='(

Assalamualaikum...

Berhabuk dan bersawang tak menghalang niat aku nak tulis entry baru malam ni. Excited wey nak menulis ni.
Bersiaran langsung dari rumah sebab cuti awal Muharam, so haruslah rajin sikit nak menulis ni. Balik semalam naik bas dari Sungai Petani hingga ke Taiping merupakan pengalaman yang mencabar disebabkan aku kena berebut tempat dengan pendatang asing. Dah la kat stesen bas Butterworth kena jerkah dengan ulat tiket sebab aku buat muka kat dia. Pengalaman sungguh!

Dari Sungai Petani dah tanamkan niat dan iltizam nak buat sikit project assignment. Tapi, ketika entry ini ditulis, sepatah ayat pun aku tak tulis lagi. Demmmm... Petang tadi teman abah pergi Taiping, ada urusan dengan (...). Sebagai anak yang suka kikis duit abahnya, haruslah aku ikut dan singgah ke tempat yang aku suka!

Sebelum keluar rumah, mak cakap kat aku yang orang yang abah nak jumpa ni hensem, tinggi. Orangnya macam cina campur benggali sikit tapi melayu. Hah, cuba kau bayangkan sendiri. Aku dari rumah dok bayang macam mana punya hensemnya orang yang gambarkan tu. Bukan senang mak nak cerita hal ehwal lelaki hensem dekat anaknya yang gatal ni! Makin memuncak semangat aku nak temankan abah aku walaupun hati ini malas nak pergi.

Masa dah sampai pejabat yang abah nak pergi tu aku malas dah nak masuk sebab ramai orang sangat. Abah masuk seorang dulu, tapi keluar dan panggil aku masuk dengan dia. Ah sudah. Cuak weyh! Masuk dalam office tu terus ke bilik orang yang abah nak jumpa tu. Ohmaiiiii! Melting on the spot okayyy...Mak betul! Memang hensem, muka mix2 tapi full melayu, boleh? Badan nak taff je kan! Memang dah full set la lelaki ini! Mula la tak senang duduk bila berhadapan lelaki kacak hensem ni!Gelabah siott!

Kali ni setuju dengan pendapat mak. Memang betul mak cakap. Lepas ni kalau mak cakap lelaki tu hensem, boleh la percaya! Lepas habis urusan abah selesai, balik rumah terus cari mak. Cakap kat mak yang aku dah jumpa orang yang mak cakap tu. Sumpah hensem! Mak berkenan nak jadikan menantu kot, sebab tu beria cerita kat aku! Tadi dengan gigihnya cari facebook mr.Y tu. Tapi...HAMPA! Mr.Y already married with beautiful wife and have a son.. Kuciwanyalah. Tapi takpelah dah takde rezeki la tu ( pandai pulak pakai rezeki bila tak dapat jantan hensem kan!)

NotaTangan: Mungkin Allah tetapkan jodah yang lebih baik. Mak, sabar. Anakmu ini akan bagi menantu kepada mak nanti (gataiii!!!)

Monday, November 21, 2011

Sukan Sea: Perlawanan Akhir Bola Sepak.

Assalamualaikum...

Dah lama benar tinggalkan blog ni. 2 weeks to be exact. Eymokkk kemain lagi nak berspeaking kau! Biasalah bila blog ditinggalkan berminggu. Maknanya aku sibuk. Bila aku sibuk maknanya aku ni belajar. Faham tak? Okay, abaikan! Sekarang nak cerita pasal perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea antara Malaysia dan Indon Indonesia.



Semestinya aku akan sokong Malaysia. Skuad Harimau Muda, Aum aum aum! Gila apa aku nak sokong Garuda ceit ceit ceit  pulak kan? Panas jugak la Facebook dengan status-status pasal bola ni. Trending Twitter mesti pasal #harimaumuda, #proudmalaysia, #Harimau, tak pun #Garuda? Aku? Malam nanti baru panas sikit nak up status baru. Baru hot sikit kan?



Malam ni akan bersiaran langsung dari rumah depan memandangkan TV kat rumah aku ni dah jahanam. Mampu kau nak pergi Stadium Bung Karno? Aku tak kisah kalau aku anak Bill Gates, bila-bila masa boleh terbang pergi Indonesia! Siap bawak rombongan ramai-ramai pergi sana. Ni, nak beli TV 50" pun duit tak mandang!

Sokongan malam ni terarah kepada pemain-pemain hensem (sahaja). So, kepada pemain-pemain yang berasa anda hensem, awas! Anda diperhatikan! Sakanlah aku lepas ni cari pasal pemain Malaysia. Lepas ni boleh up entry pasal pemain bola sepak lagi. Kalau dulu sibuk dengan Khairul Fahmi Che Mat, Shahrul Idlan Talaha, Amirul Hadi, dan Safee Sali, sekarang dah beralih kepada Izzaq Faris a.k.a Abang Panjang dan beberapa lagi nama yang aku lupa. Takpe, malam ni akan aku berusaha untuk ingat!



Tapi paling panas sekali pasal bola sepak ni ialah perangai penyokong Indonesia yang sangat kurang ajar bagi aku. Pleaselah, it just a game je kot. Apasal sampai nak ugut-ugut, caci-maki, perli-perli bagai? Cerdik sangat orang-orang ni bila sampai menyokong pasukan bola sepak dorang ni. Harap malam ni tak ada apa-apalah kejadian buruk yang berlaku.

Cuba jadi macam budak yang buat short video ni mengaspirasikan(wah, bahasa kau!) perasaan dia terhadap Malaysia. Okay je dia. Dah macam orang Malaysia dah aku tengok dia.





NotaTangan: Bakal jadi penyokong paling annoying malam ni (kot?)


NotaTapakTangan: May best Team win!

Saturday, November 12, 2011

Packing

Assalamualaikum...

Baru habis packing barang nak balik Merbok. Arghhh Tension! Asal nak balik Merbok je tension asal balik Merbok je tension! Baik tak payah balik ye dak? Tunggulah setahun je lagi. Lepas ni tak payah nak berulang balik merbok dah. Bukanlah benci sangat kat Merbok tu, banyak kot kenangan yang best ( tak best pun banyak jugak) cuma malas nak mengahadap kerja berlunggok je. Rasa-innnn, awal-awal tak nak buatkan?

Dah dah. Kang jadi entry panjang, tak balik jugak aku ke Merbok. Balik Merbok baru boleh aktif balik berblog. Duduk rumah malas nak jengah blog pun. Boleh?

Kbai, nak kemas barang lagi!

NotaTangan: Eh, hai Gee! Shhhhh...Jangan bising-bising tau. Kamu pun sama Dayang!


NotaTangan: Hi Bel, kau pun baca jugak kan!

Wednesday, November 9, 2011

Tahniah Aliyah!

Assalamualaikum...

Disini dengan gembiranya aku nak ucapkan tahniah kepada kawan baik aku, Aliyah kerana telah disahkan hamil 2 bulan. Entry kahwin dia aku tulis kat SINI.

Sorry Yah. Hang cakap tak payah hebohkan? Aku tak cerita kat kawan-kawan aku atau ahli keluarga pun. Aku just tulis dalam blog je weyh!

Apa-apa pun, Tahniah lagi sekali!!!

NotaTangan: Nak kawin nak kawin nak kawin!!!!

Sunday, November 6, 2011

Eid Adha 1432H

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Korban!!
Tak ada aktiviti yang menarik hari ni. Just tinggal kat rumah dan mengonlinekan diri je. Dan seharusnya aku ucapkan tahniah kepada diri aku sendiri sebab berjaya habiskan menonton 2 buah movie dan juga tidur sepanjang petang!
Ok, tu je nak tulis. Malas dan tak de mood nak tulis panjang-panjang. Lain kali aku tulis lagi.
KBAI

Selamat Hari Raya Korban!

Assalamualaikum...

Selamat hari raya korban! Esok semua umat Islam akan meraikan hari raya korban. Bagi yang berkemampuan, bolehla buat ibadah korban. Keluarga aku kurang nak mampu, so tak buat korban. Rumah aku macam biasa, tetap meraikan hari raya ni. Bezanya, adik-beradik tak ramai balik. Aku? Wajiblah balik sebab memang dasar tak boleh ada cuti lebih, mesti balik kampung. Nak-nak pulak tak kahwin lagi ni. Boleh la selalu balik kampung, tak payah nak berebut dengan suami nak balik kampung kan? Eh eh!



Dah jadi acara wajib family aku setiap kali raya mesti bakar lemang. Tak kiralah raya aidilfitri ke, aidiladha ke mesti bakar lemang punya. Abah sangat gigih dan tekad ye nak bakar lemang. Sanggup bakar sorang-sorang kalau anak-anak jantan dia tak balik! Nasib tahun ni dua orang anak jantan beliau balik menolong beliau membakar lemang-lemang itteww! Aku sebagai anak dara tunggal, haruslah mempersiapkan diri didalam rumah untuk menjadi isteri yang solehah! Tolong mak masak rendang dengan gulai je kot! Tu pun TOLONG, bukan buat sendiri. Hampes!

Habis siap tolong mak masak dan kemas rumah, acara seterusnya ialah sesi mengacau abang-abang aku dan juga abah aku yang sedang gigih membakar lemang selama 4 jam tu! Sesi pertama ialah dengan mengadakan sesi karaoke percuma tanpa bayaran! Kesian abah aku terpaksa dengar anak dia ni menyanyi. Berkerut-kerut muka orang tua tu dengar aku menyanyi tadi, mungkin jugak faktor asap yang buatkan muka abah aku berkerut!

 kebetulan kot masa aku nyanyi tiba-tiba hujan turun. Timbul idea nak mandi hujan. Masa kecik-kecik dulu rajin jugak mandi hujan. Pantang hujan sikit, laju je aku keluar! Saje je tadi buat-buat alih motor lambat-lambat sebab nak bagi basah terus. Lepas tu goda-goda anak sedara dengan Firdaus turut serta mandi hujan, takdelah nampak pelik aku sorang je mandi hujan! Tetiba je abang aku join sekali. Galak la kami mandi hujan berempat! Orang lalu lalang depan rumah confirm pelik tengok budak-budak besaq dabak mandi hujan. Nasib baik tak demam tadi, kalau tak esok tak beraya habaq hang!







Tuesday, November 1, 2011

Wayang Free, Siapa Tak Nak?

Assalamualaikum...

Cerita ni sebenarnya dah lama, tapi dah memang jenis malas nak update entry panas-panas, sebab tu la cerita lama pun aku up sekali. Eh, kenapa ayat tunggang langgang nih -_-"

Hari sabtu lepas, DDR ajak pergi teman ambil bf kesayangan beliau kat stesen bas. Rindu jangan cakaplah! Bukan aku yang rindu kat bf DDR tu. Kau nak mampus? DDR la rindukan si SRH beliau. Maklumlah, si bf balik kampung 4 hari, mau tak rindukan? So, sebagai kakak yang baik kepada adik-adiknya, aku pun ikutlah meneman pergi ambil kat stesen bas. Nervous mak nak. Ambil kat stesen bas tu. Bagi yang baca blog aku ni mesti tau kenapa aku cuakkkk sangat nak pergi stesen bas SP ni. Macam nak pergi jumpa penjenayah kot!

Bertolak ke stesen bas SP dalam tengah hari la. Bajet nak lunch kat luar je. Dasar pemalas nak masak! Pergi naik kereta kuning menyerolang! Jangan tanya kereta siapa, aku sepak sekor-sekor karang! Walaupun kuning, lajuuuuu...Sampai jugak SP! Lebih kurang pukul 1 tengah hari SRH call DDR cakap dia dah sampai. Call DDR la kan? Tak kan call aku pulak. Pelik! Lepas ambik, terus pergi makan tengah hari. Harap maaf, gambar makanan tak ambil pun sebab masing-masing lapaq!

Habis makan, si SRH meroyan ajak DDR pergi Penang. Kau mampu nak tanggung semua SRH? Aku on je asal semua ditanggung. Walaupun esok ada kelas pagi! Habis fikir, SRH ajak kami pergi tengok wayang je. Orang nak belanja ni aku cepat je setuju! Dah, nak balik awal lagi (kononnya). Pergi ke Village Mall, tengok cerita apa yang best. Namun hampa. Ingat nak tengok SECTOR 7 tapi lewat la pulak. Atas cadangan pihak yang menaja tiket, maka beliau membuat keputusan nak tengok cerita hantu Hong Kong. Derrr...Aku cerita hantu ni lomah sikit tapi tetap setuju je asal aku duduk hujungggg.


Aku lupa nak rotate, pandai2 la adjust kepala!
Konon-konon macam takut sangatlah ni!


Hong Kong Ghost Story. Tu lah nama ceritanya. Ada 2 cerita hantu dalam tu tapi yang the first story tu lagi seram berbanding yang kedua. Aku ni macam tengok tak tengok je. Mana taknya, asyik tutup mata je! Rugi duit kau SRH belanja aku tengok cerita hantu! Yang paling tak boleh belah bila orang depan kami tetiba je duduk menegak bila aku dengan DDR tengah menunduk. Terkejut kot ingat hantu keluar ke apa! Dengan rambut serabai mencacak! Kussss semangat tau. Habis tengok wayang, jalan-jalan kat Village kejap lepas tu terus pergi cari kedai roti. Lapaq sangat sebab hujan lebat kat SP masa kami keluar tu. Then balik rumah. See, kami tak berjalan mana pun tapi balik tetap manghrib ye kawan-kawan! Ni gambar masa kat Village Mall tunggu nak masuk panggung. Aku tak tahu ape kena dengan pasangan kekasih ni. Meroyan sebab tak jumpa lama kot, sebab tu macam-macam aksi ada bila amik gambar!


See, DDR and SRH
Noisy Boy vs Midas

DDR and Hanim
Cat vs Tiger. Eh eh

Motiffff sangat!

Malas rotate.
(ok fine, gemuk!)

Motiff SRH jelir2??




Demotivate

Assalamualaikum...

TERIMA KASIH KERANA BERJAYA DEMOTIVATEKAN SAYA PAGI TADI.

SAYA TAK AKAN LUPA. INSYAALLAH!



Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...