Pages

Sunday, October 30, 2011

Terima Kasih Kawan =)

Assalamualaikum...

Borak-borak kosong dengan kawan sekelas masa dengar Talk untuk Post Graduate tadi. Terima kasih kawan sebab sembang benda yang agak ilmiah walaupun dalam keadaan santai =')

Ni dialog masa kami dengar talk tadi. He is fun to be chat with. Trust me!





DIALOG 1:

Kawan: Kenapa perempuan susah nak bagi lelaki kawin banyak?

Aku : Sebab perempuan tak suka berkongsi.

Kawan: Tak nak dapat payung emas ka kat syurga nanti?

Aku: Tak akan dapat kalau tak ikhlas ( betulkan?)

Kawan: Betul jugakkan? Tapi sebagai isteri, tak boleh halang niat suami nak tambah cawangan. Selagi laki mampu, apa salahnya.

Aku: Ikut suka sebab lelaki ada hak. Selagi dia mampu tanggung. Tapi aku tak mau la. Simpang!

Kawan: Kalau laki hang nak kawin lagi satu macam mana?

Aku: Tak tahu sebab aku tak pernah kawin lagi. Mana aku tau apa tindakan aku.

----------------------------------------------------------------------------
DIALOG 2

Kawan: Bahagiakan depa? ( merujuk kepada DDR dan SRH kat sebelah aku)

Aku: Hang pun bahagia jugak kan? Awek ramai kot!

Kawan: Aihhh, aku mana ada awek. Tak mau la cari awek. Aku nak cari bini!

Aku: Betul2, cari bini. Hang tolong sat cari suami kat aku sorang.

Kawan: Hang takdak pakwe ka Hanim?

Aku: Takdak la. Kalau ada, aku tak suruhla hang cari sorang kat aku.

Kawan: Takpa, hang tak payah risau benda-benda ni semua. Masa kita lahir kita dah ada pasangan masing-masing. Allah S.W.T dah tetapkan dah.

Aku: Betul2, aku takdak lagi sebab tak jumpa sapa suami aku tu. Aku dok tunggu dia la ni.

Kawan: Tunggu ja. Nanti jumpa jugak. Lambat atau cepat ja. Nanti hang kawin jemput aku tau.

Aku: Amin...doa-doala aku cepat jumpa bakal suami aku tu tau!

------------------------------------------------------------------------------

Sekejap je sembang dengan kawan aku ni. Kau gila orang bagi talk, kau nak sembang macam duduk kedai mamak?? Dia pun tak lama kat dalam talk tu sebab ada meeting. Tapi apa-apa pun terima kasih bagi pandangan dan kata-kata semangat buat orang yang tak bertemu jodoh lagi ( macam aku!). InsyaALLAH, aku kawin nanti, semua orang aku jemput!




NotaTanganA friend is one of the nicest things you can have, and one of the best things you can be


NotaTapakTangan: Sesungguhnya ALLAH SWTtelah menetapkan jodoh kepada setiap ciptaan-NYA.


Thursday, October 27, 2011

Second Round

Assalamualaikum...

Vanakam, salam Diwali. Eh, tak lewatkan nak ucap? Baru semalam Dewalinya kan? Disini saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI kepada kawan saya yang beragama Hindu, iaitu Ahgilandam. Ok, dah. Ucapan tak nak kalah menteri pulak kan?

Sebenarnya nak cerita pasal cerita yang meletup-letup tu. Cerita Real Steel tu lah. Alaa..yang robot gusti-gusti tu lah. Sebenarnya minggu lepas aku dah tengok dah dengan Firdaus kat kampung. Gigih tau lepas makan tengah hari gerak laju-laju pergi Taiping Sentral sebab takut full house. Ye lah, sebelum ni nak tengok kat Sungai Petani, tapi full house la pulak. Frust je bila kawan-kawan yang tengok up status baru kat Facebook. Charlie Kenton awesomelah, Max Kenton super cutelah, Atom the bestlah. Bikin aku panas punggung je nak tengok der!



Sekali pergi Taiping Sentral, laju-laju jalan tarik tangan Firdaus naik atas. Takut ni. Kot-kot ken conggok kat depan cinema. Sampai-sampai depan kaunter siap tanya kakak yang jual tiket tu dah penuh ke tak. Kakak tu senyum-senyum je kat aku cakap " adik boleh duduk mana-mana adik suka sebab tak penuh pun". Ok, mak sentap nak sebab mak malu dengan kakak kaunter tu. Bajet macam ramai panggung tu. Paling kurang separuh panggunglah orang dalam tu. Sekali kau, tak sampai 10 orang pun okay! Gelabah tak pasal je!

Kelmarin, hari selasa buat plan ad-hoc dengan housemate, Fasha dan Jannah. Memang tak rancang okay. Masuk bilik Fasha konon-konon nak bergosip. Sekali dia cakap " Jom wayang!". Gigih check pukul berapa ada tiket. Pukul 9.15 malam ajak, pukul 9.50 malam dah terpacak depan Village Mall. Boleh? Tiket pukul 10.20, so tunggu je lah setengah jam tu sambil tengok gelagat muda-mudi (ewahh, cakap macam aku orang tua sangatkan!). Masuk panggung seat 3 baris depan. Bolehla tengok aku melenggak sambil nganga mulut! Ramai dowh. Kalau kat Taiping rasanya tak penuh punya!

Tengah syok-syok tengok Si Atom tu bertinju dengan si jahat Zeus, boleh pulak panggung tetiba black out. Mengamuklah orang dalam tu. Nak-nak pulak cina yang ramai dalam tu. Entah apa yang dorang carutskan pun aku tak tahu. Aku tak khatam lagi mandarin ni. Baru level 3 kot! Tunggu hamoir setengah jam jugaklah nak bersambung. Masa dah okay tu, cina-cina tu suruh mula masa Atom tu nak masuk gelanggang lawan dengan Zeus. Kau mampu masuk panggung boleh arah orang fast fowardkan filem tu? Konklusinya balik rumah pukul 1 pagi. Basuh muka, cuci kaki terus tidur. Memang terbaik!


Bapak dan anak. Dua2 aku nak. Boleh?



Ni la Atom, robot yang Max Kenton Jumpa.
Hebah woh!


Ambush.
Robot pertama Charlie Kenton yang patah kaki
masa lawan dengan lembu. sadis!




Noisy Boy.
Robot kedua Charlie Kenton.
Patah tangan pulak lawan dengan Midas


Yang ada penyapu tu lah Midas.
Serius macam trojan dulu kala!



Zeus the bad one.
Jahat gile dia masa lawan dengan Atom.
Sebak aku tengok Atom berlawan dengan dia.


Aku lupa nama perempuan ni tapi dia hot sangat.
Girlfriend ayah Max, Charlie tu lah.




Tak Mashimoto
Cool der cool!


Dekat Zoo. Masa ni Max paksa ayah dia cari game untuk
Atom. Serius, bapak borek anak rintik.
Masing-masing ketegaq!



Perlawanan Atom dengan Zeus. 
Masa ni orang dah bagi perhatian kat Atom.



Lawak okay masa ni. Charlie cakap dengan Atom
Sebelum ni dia perli Max cakap dengan Atom, lastly dia 
pulak cakap dengan Atom. Siap kena perli dengan Max lagi.




Masa ni Charlie ajar Atom bertinju. Hebat sangat aku 
tengok si Charlie ni.



Anak yang cute dan bapak yang handsome.
Aku nak dua-dua!
Nanti aku nak laki aku boleh mesra2 dengan anak aku macam ni
boleh???


  • Movie ni bagi aku superb la. Boleh menangis aku dalam panggung tengok cerita ni.
  • Hubungan bapak dengan anak yang mula-mula renggang, tapi akhirnya rapat. Best dowh!
  • Aku sedih kot bila tengok robot-robot tu berlawan sampai patah tangan, kaki segala.
  • Serius suka dengan gajet dalam movie ni. Nak satu bolesss??

NotaTangan: Kenapalah hero tua ni hensem sangat?

NotaTapakTangan: Dakota Goyo ni comel sangat. Nak culik boleh dak?

NotaJariJemari: Gambar semua pakcik Google bagi pinjam.




Monday, October 24, 2011

Kalau stress, bila-bila pun boleh keluar!

Assalamualaikum...

Hari ni merupakan hari malas seMERBOK (kot). Kelas ada satu je. Tu pun dari pukul 8 pagi sampai pukul 10 pagi. Balik rumah, online kejap pastu tido. Bangun tido, semayang dan makan. Lepas tu salin nota then mandi. Pastu online. Punyalah hebat sangat hidup! Makan tido online kejenya. Ko ade?

Pukul 8.30 pergi rumah Gee, konon-konon nak melawat Gee yang terluka jarinya. Tak sampai 5 minit semua warga rumah 22C ajak keluar. Cepat je balik rumah tukar baju pukul 9 malam dah siap! Cepat tak cepat tak?
Bukan pergi mana pun. Sungai Petani ni malam je dia dah tak hidup sangat. Kedai-kedai banyak dah tutup. Kebetulan tak pernah pergi Fun Fair kat Sungai Petani so pergi situ je la.

Katanya stress kan? Bila masuk tempat lagha tu boleh pulak lupa yang kerja banyak yang tak settle lagi. Takpe, mak pesan, kalau stress, you should have fun! ( kejadah mak aku speaking sambil bagi nasihat tak berapa bagus???)

Gambar? takde. Dalam handphone si Jue. Malas nak Bluetooth. Sekian laporan terkini dari saya! Okbai!

Thursday, October 20, 2011

Ya, aku seorang pelupa.

Assalamualaikum...

Sejak dua menjak ni aku dah jadi pemalas sangat. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab aku ni memang pemalas. Buktinya blog ni lah. Lama sekali baru nak ber update. Tu pun bercerita tentang benda yang tak penting langsung!

Ya, mungkin aku sekarang dah nyanyuk. Eh eh bukan. Pelupa lebih tepat. Nyanyuk macam aku ni dah tua sangat gayanya.

Aku terlupa yang aku ada Facebook yang aku boleh up to date perihal kawan-kawan.

Aku terlupa yang aku ada Blog yang aku boleh cerita segala hal yang aku lalui seharian.

Aku lupa yang aku ada Twitter yang aku boleh bertwit dengan orang yang follow aku.

Aku lupa yang aku ada Youtube yang boleh buat aku tengok video-video terbaru.

Aku lupa yang aku ada Tumblr yang aku boleh copy paste ayat yang sedap-sedap.

Aku lupa yang aku ada YM yang aku boleh chat dengan orang yang langsung aku tak kenal.




TAPI....

Syukur Alhamdulillah aku tak lupa pada

Allah, tempat aku mohon segala-galanya.

Keluarga yang aku sayangi

Kawan-kawan yang selalu ada bila senang, susah, sedih, gembira, marah..


Ya, aku memang manusia pelupa, tapi dengan adanya Allah, Keluarga dan kawan-kawan, InsyaAllah, mereka tak akan benarkan aku leka!

Friday, October 14, 2011

Hectic!

Assalamualaikum...

Lamanyalah tinggal blog ni. Sampaikan dah naik bersawang! Tapi yang peliknya, blog orang lain rajin pulak aku tengok. Pantang orang update, cepat je jari nak klik! Tapi harus dimalumkan ye semua kawan-kawan bahawa tanggungjawab seorang pelajar yang memerlukan aku menyiapkan assignment lebih penting dari aku mengupdate blog. Silalah setuju!

Dari tajuk kat atas tu dah confirm-confirmlah aku ni busy dengan assignment, presentation bagai! Nasiblah tak ada test, quiz semua tu lagi. Kalau tak memang habiskan masa mengadap laptop, buat assignment, ngadu domba kat Facebook bagitau semua orang aku busy. Studentlah namanya kan kalau busy!

Minggu lepas balik kampung tengok bapa sedara sakit. Burn cuti 2 hari semata-mata nak balik kampung. Lihatlah dunia betapa mithalinya aku! Balik je Sungai Petani, terus kerja menimbun. Kau cakap, hari apa yang free? Tapi dalam sibuk-sibuk tu boleh lagilah aku online Twitter, Facebook dan tak ketinggalan ketagihan terbaru, Sims Social. Terima kasih kepada Juju, Dayang dan Jannah yang memperknalkan ketagihan terbaru ni kat aku. Sampaikan tengah-tengah buat assignment pun sempat lagi layan Sims Social! Hebat sangat!

Hari selasa kena submit RFP. Kau tahu tak RFP tu apa? Meh nak riak nak cerita. RFP tu Request For Proposal. Nak tahu lebih lanjut, kau google je. Kata dunia dihujung jari, dengan satu klik boleh tahu segala! Bertungkus lumuslah siapkan RFP malam sabtu sebabnya malam ahad nak kena prepare research proposal. Manalah tahu kena reject pulak lepas bergembira minggu lepas problem statement dah lepas kan!

Hari khamis pulak kena submit 2 assignment Urban Article review. Bersengkang mata aku nak siapkan. Rasa macam nak menangis pun ada! Malam semalam, Fasha ajak keluar. Jalan-jalan release tension katanya. Aku pulak lain, jalan-jalan release duit! Bapaklah kan keluar duit, duit tu mengalir macam air je. Tup-tup bukak dompet tinggal berapa je. Konon-konon tak nak habiskan banyak duit, habiskan jugak...Malam semalam Sungai Petani banyak roadblock. Sumpah tak tipu. Masa nak lalu jambatan Semeling pun ada roadblock dan terujanya aku sebab jumpa member lama yang dulunya nakal nak mampus, sekarang jadi polis! Siap buat havoc lagi okeyh kat situ. Rasanya polis lain mesti kutuk-kutuk aku sebab dalam 5 orang perempuan dalam kereta, akulah empunya suara yang macam petir!

NotaTangan: Petang ni nak keluar lagi. Fasha nak melawat muzium arkeologi katanya.

NotaTapakTangan: Kena habiskan duit lagi nampak gayanya sebab ink printer bengong tu kena letak sekali ang color. Kalau letak ink hitam je, tak berfungsi! Pandai je nak habiskan duit!!!

Tuesday, October 4, 2011

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...Setelah beberapa kali ditolak, dibetulkan, dan diubah tajuk, akhirnya research aku bersama groupmate, Jannah berjaya diterima. Rasa sebak woo bila madam accept our research project tu. But she said that we need to improve it. Takpe, janji dah kepas research topic pun dah cukup. Letih kot berfikir sampai sampai satu tahap macam dah give up, nak extent pun ada jugak!

Nasib tak kena reject dah!



NotaTangan: Rasa macam nak menangis je bila madam terima proposal :')

Sunday, October 2, 2011

Tak Payah Nak Tutti Frutti Sangatlah, Frutti Frutti Cukup!

Assalamualaikum...

Macam biasa, entry lapuk tapi tetap nak publish jugak! Ni sepatutnya publish hari rabu minggu lepas, tapi asyik busy memanjang, so hari ni je lah aku publish ye! Hari rabu lepas, aku dengan jayanya telah menjadi minah rempit sejati. Kau ada? Pergi merempit dengan 2 bijik motor. Aku bawak Gee, SRH bawak DDR. Ate, takkan lah aku nak naik dengan SRH sedangkan bininya DDR ada? Okay, tak lawak!

Merempit ke bandar Sungai Petani ni bersebab ye kawan-kawan. Bukan gedik-gedik bawak motor tengah-tengah panas ye. DDR dan SRH nak beli tiket balik Kuala. Gee nak pergi tempah baju batik Merbok You oll's! Aku pulak nak pos dokumen penting kat kakak aku. So semua bersebablah kan? Tak siap-sia ambil lesen motor 6 tahun lepas, berjaya jugak bawak motor masuk bandar walaupun kat Taiping tak pernah sekali bawak motor masuk bandar!

Lepas selesai segala urusan seri paduka baginda, DDR teringin nak makan aiskrim FRUTTI FRUTTI. Sebut betul-betul, FRUTTI FRUTTI, bukan TUTTI FRUTTI. Kat tempat lain mana ada der Frutti Frutti ni, hanya di Sungai Petani je ( aku rasalah!). Jadilah merasa Frutti Frutti ni dah sebab takde Tutti Frutti kat sini kan! Merasalah makan aiskrim sikit guna penimbang ni. Aiskrim dia not bad lah. Waktu kaya je boleh makan kat sini, waktu miskin sila tengok kedai dari jauh T_______T.
Ni antara gambar yang diambil oleh Camerawoman aku, Gee menggunakan khdmat handphone DDR!

Nah cawan Frutti Frutti..


Ni aiskrim DDR dan SRH.
Aiskrim depa paling mahai!



Kaunter aiskrim. Comeykan?
Macam nak angkut balik rumah je weyh!



Interior design was not bad at all.
Nak tidur pun ada dalam tu.



SRH & DDR.
Amboi SRH, sampai pejam2 mata makan aiskrim!



Awat sedih sangat tak tau SRH ni.
DDR dah happy dapat makan aiskrim mahai!



Suka gambar budak gemuk tudung kelabu ni!
#pengsan!#


Merempit bawak Gee, sumpah atas motor asyik gelak je kejenya!
As I said before, she is my laugh.


Aku tak tahu apa yang digebang 2 ekor ni!
Gee kat cermin tekun ambik gambar.





Okay, ketiga-tiga gambar diatas diambil secara berturut.
Gee la cakap!
#ohartissangat#

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...