Pages

Friday, September 30, 2011

Konvoi Open House.

Assalamualaikum...

Okay, tajuk memang tak menahan! Ni sebenarnya entry minggu lepas, tapi disebabkan busy sokmo, maka hari ni baru berkesempatan nak up entry baru. Bersiaran langsung dari rumah family. Haa kau, bersiaran langsung dari kampung lagi! Ahad lepas, kakak classmate aku, Azri buat open house. Kami semua gigih nak pergi sebab kelas just satu subjek je, nak-nak pulak dari pukul 8 hingga pukul 10 je, so onlah. Bergeraklah kami ke Seberang Jaya dengan 4 bijik kereta bukan kepunyaan aku. Malas nak menaip panjang-panjang, biar kau tengok gambar sampai muntah!


Haruslah tempek gambar aku dulukan?
#budakgemuktaksedardiri#

Aku naik kereta Yaya.
Pic ni diambil oleh DDR.
#beriaakubuatpeacetapitaknampak!#

Sebelum makan, jamu dengan muka dan Gee dulu

Orked pun nak mencelah ambil gambar dengan aku
#terasadirikubegituartis!#

Dasar tamak haloba. Makan pun nak, bergambar pun nak!


Group picture.
This is my desktop wallpaper!



Motif manusia dalam gambar ni aku tak tahu.
Khai tengah promote #1Malaysia# kat tepi aku.
Yaya pulak tak diketahui motifnya.
Aku? Angkat kain tanda nak banjir!


Candid time!


Tengah berlatih bersila depan kadi.
#botharetakenye#


She is my laugh!
Dia sangat pelawok okay!

Orang sibuk makan, kami sibuk bergambar!
#duaorangperempuankattengahyangtakmenahantu#
Eh, peace!

Curi dari wall SRH!
Love this pic jugak!

Curi dari wall Gee.
Gambar atas, muka Gee tengah menahan!

Sumpah, suka gambar ni.
Terasa macam retiss sebab banyak sangat cameranya!
Sebab tu mata masing-masing tak mandang kamera!



Lepas melantak kenyang-kenyang sebab nak jimat duit, kitorang melepak jap kat Sunway Penang. Kau mampu melepak dengan pakai baju kurung bersama-sama rombongan seramai hampir 20 orang tu? Memang orang tengok kami sinis-sinis je!


Semua beria bajet artis dengan peace.
Wawa sorang je bajet model!

Gadis yang direject!
Eh2, direject jadi model REJECT SHOP!


Mencuba nasib di NOSE pulak, namun hampa!
Mentang-mentanglah Nose, jari haruslah dihidung kan?


Models in the house you'olls!
Orked yang berbaju biru boleh detect camera okay!
Boleh buat peace kat belakang sana.


Kakak-Adik?
Kau senyum je lah Khai!


Dua ekor beruang sesat dalam shopping mall.
Eh-eh!


DDR,the lovely adik!
Oh, she was taken by SRH ye kawan-kawan!


Rombongan sekolah masuk mall.
Cina kat belakang tu mungkin sedang perli-perli kami!
(-_-")


They are mine and only.Eh-eh, ayat tak lesbo lagikan?
They are my lovely sisters ever!
Hanim-DDR-Ju-Gee
<3 <3 <3




Sekian sahaja karangan bergambar dari aku!
Eh, sampai habis kau tengok entry bergambar ni ye?
Tahniahlah!

Sunday, September 25, 2011

Tak Sihat T_____T

Assalamualaikum...

Tengah hari tadi lepas habis kelas, aku dan budak-budak kelas aku berjaya merajinkan diri pergi ke Penang semata-mata nak pergi open house rumah kakak budak kelas aku. Gigih kan? Habis kelas pukul 10 pagi patutnya sambung balik tidur, tapi gagah gila iron baju dan bersiap-sedia nak pergi open house! Entry open house lain kali baru post.

Sebagai anak yang solehah, haruslah call mak bagitahu arah tujuan kemana nak pergi. Manalah tahu masa on the way pergi, accident then Innalillah, at least mak tahu pergi mana kan? Kalau buta-buta je pergi tak bagi tahu family, tetiba accident, mati, lagi la haru sebab family ingat aku kat Merbok, padahal terkinja-kinja kat Penang. Eh, rasa macam berdosa gila! Mak bagi lampu hijau untuk pergi Penang tapi buat permintaan tak logik. Suruh aku drive kereta orang sebab tak harap orang lain drive. Apakah???? Wahai mak yang dikasihi, kalau mak tak harap orang tu bawak kereta, macam manalah dia boleh bawak kereta kat sini...

Lepas habis pergi open house, kawan-kawan ajak pergi menggedik ke Sunway Penang. Aku ni memang tak suka. Tak suka kalau tak pergi ke tempat yang best-best ni. Laju je kaki aku tekan minyak nak pergi berjimba! Pukul 5 petang baru bertolak balik ke Merbok. Penat jangan cakaplah. Esok kelas pukul 8 pagi sampai pukul 4 petang. Terbaekkk-bak kata Boboyboi.

Tadi call mak lagi. Sejak mak tinggal berdua dengan abah ni, memang WAJIB call hari-hari. Sebabnya mak sunyi-katanyalah. Call sekali, tak berjawab. Kedua pun sama. Kali ketiga baru mak jawab tapi suara mak perlahan sangat. Mula dah rasa debar ni. Apahal pulak mak aku ni? Mak cakap mak tak sihat. Tangan mak lenguh-lenguh. Mak menangis T_____T. Aku mula la tak tahu buat apa. Just cakap yang minggu ni aku balik. Aku biar je mak cakap, aku pulak jadi pendengar. Lepas tu diam. Mak menangis lagi. " Mak rindu akak dengan adik"

Ni yang buat aku nak balik ni. Dan menguatkan lagi sebab aku buat praktikal kat Taiping.

NotaTangan: minggu ni kak balik, mak. Tunggu kak tau!

Practical Training

Assalamualaikum...

Lama betul tak update blog sejak start kelas ni. Busy memanjang.  Walaupun sem ni just carry 3 papers for final tapi setiap subject tu sangatlah banyak kerja. Tambah-tambah kena cari article, baca then ulas balik tentang article tu. Aku ni bab-bab membaca memang bukan kegemaran, melainkan kau hadapkan aku dengan novel cinta leleh tu, memang tak sampai sehari boleh khatam 1 buku!

Minggu lepas dah start form group for assignment. First week dah dapat tajuk assignment segala. Ingatkan first week boleh la relax dulu tapi memang harapanlah sangat! Masuk week ke dua dah kena buat group presentation! Berpeluh aku nak bercakap kat depan tu padahal part aku just satu slide je. Gelabah je lebih!

Khamis lepas ada perjumpaan untuk student yang bakal buat practical training. Bagi course aku, kami wajib buat latihan praktikal tapi 5 minggu je wehy. Tak lama pun. Penyelia practical dah bagi guideline apa yang perlu dan apa yang tidak.

Esoknya hari Jumaat aku dah start call organization yang aku dah listkan untuk buat praktikal nanti. Sebelum ni dah pergi ke Telekom Taiping tanya pasal praktikal. Positive feedback. Tapi sebab nak confirmkan lagi sekali, aku call la Telekom Taiping tu tanya lagi sekali detailed dia. Still get the positive feedback. Alhamdulillah. Lagi satu organization aku pilih Majlis Perbandaran Taiping je. Gee yang tolong call dan cakap sebab aku nervous nak cakap. Gee cakap MPT suruh hantar surat dari UiTM dan resume. Done. 2 company dah. Sekarang tinggal lagi satu company je.. Petang tu beranikan diri call TNB but sice pegawai dia takde, kerani tu suruh call hari isnin ni. Harap-harap dapatlah.

Majlis Perbandaran Taiping







Sebelum ni rancang nak buat kat Ipoh dengan Gee. Menumpang kat rumah dia sebulan lebih. Tapi bila fikir-fikir balik, seganlah pulak nak menumpang kat rumah orang ni. Nak-nak pulak praktikal nanti tak dapat elaun (mungkin). Kalau dapat elaun bolehla bagi sikit duit sewa. Lagipun mak pun keberatan nak bagi buat praktikal kat tempat jauh-jauh sebab mak cakap dia sunyi tinggal kat rumah sorang-sorang. Nak-nak lagi lepas adik pergi training. So decide nak buat kat Taiping je lah walaupun ada sedikit segan nak buat sorang-sorang. Takpe, take it as experience kan? Nanti dah kerja bukan boleh kawan dah kan? Kat Taiping nanti, tempat tinggal, makan dan transport ditanggung beres! Dapat tinggal dengan family sendiri lagi!


NotaTangan: Doakan yang terbaik untuk aku tau. Amin!

Thursday, September 22, 2011

Tulang Rusuk Si Adam

Assalamualaikum...

Ni aku copy paste dari wall facebook kawan aku.
Just nak share je sebab macam best la pulak ayatnya.

"Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga"


Jadi kepada sang adam, carilah rusuk kau yang hilang tu. Jangan diharapkan si hawa untuk jaga tulang rusuk kau lama-lama sebab tulang rusuk tu kau yang punya. Si hawa hanya menjaga tulang rusuk tu sebelum dipulangkan kepada tuan asalnya.

Dan kepada si hawa, tak usah nak sedih-sedih sebab jodoh itu rahsia Allah. Selagi kau jaga tulang rusuk yang diamanahkan oleh sang adam, selagi tu lah jodoh kau masih ada. Si hawa hanya perlu berdoa dan terus berdoa agar sang adam boleh mengambil balik tulang rusuknya yang dijaga si hawa seterusnya menjaga si hawa yang bertanggungjawab menjaga tulang rusuk sang adam selama ni.

Tuesday, September 13, 2011

Dah Kena Belajar Tidur Awal Bangun Awal

Assalamualaikum...

Sejak dah mula sem baru ni kena tidur awal. Ni semua motivasi dari jadual yang hari-hari kelas start pukul 8 pagi. Terima kasih la pengurusan UiTM Kedah susun jadual macam tu. At least takdelah orang dah siap makan tengah hari, aku baru gedik nak bangun dari tidur.

Sebelum ni selagi jam tak menunjuk ke pagi, selagi tu lah tak tidur. Nak-nak pulak boleh online selalu, lagilah lambat nak tidur. Kelas selalu start tengah-tengah hari. Sekarang ni harapanlah nak tidur lewat-lewat. Jam dah pukul 12 dah paksa mata suruh pejam rapat-rapat walhal memang tak mengantuk langsung. Kalau tak nanti ada yang tertidur dalam kelas nanti.



Yang bestnya sem ni takde kelas yang balik pukul 6 petang. Paling lewat pun pukul 4 petang dah boleh ada kat rumah. Maknanya setiap petang boleh tidur petang. Ada can nak gemukkan badan, tembamkan pipi lagi! Takdelah letih sangat kalau balik kelas awal kan?

Sebenarnya tak ada apa pun nak tulis, tapi saja gedik jugak nak update. Terima kasih kerana membuang masa baca entry ni!

Kbai!

Monday, September 12, 2011

New Semester Just Start!

Assalamualaikum...

Tajuk entry taknak omputih lagi kau Jah? Sabtu lepas aku selamat sampai di bumi Merbok tak berapa dicintai ni. Orang lain semua sibuk update status kat Facebook, blog, twitter etc, aku je lambat update. Bukan apa, Streamyx kat rumah sewa dah dipotong sebab tak bayar bil. Kalau tak, memang gelabah nak up entry!

Sabtu lepas satu family hantar aku balik Merbok. Penuh barang sumbat dalam sang kancil mak. Sarat sangat barang aku macam tak mau balik dah. Kalau kereta lain selisih dengan sang kancil mak, mesti dorang kesian tengok sang kancil semput bawak barang aku. Peduli! Hantar barang kat rumah sewa, terus gerak ke Tanjung Dawai. Alasan, nak cari belacan! Logik? Sempatlah snap 20-30 keping gambar dengan adik aku. Semenjak dua menjak ni dia makin gedik nak ambik gambar. Kalah aku!

Gambar gedik harus ada!


Adik budak gedik



Budak gedik lagi sekali




Muka Firdaus tak rela dipeluk
Budak gedik


Bukan couple, HAROMMMM...



Adik-beradik Gedik


Mewaris kegedikan dari mak sendiri
*ampunnnn mak!*


Habis jelajah Tanjung Dawai, mak hantar aku balik rumah sewa, pastu terus gerak balik Taiping. Tinggal aku dengan housemate aku kat rumah yang selerak dengan barang-barang ni. Semua sibuk kemas barang masing-masing. Aku pun gelabah nak kemas bilik bila semua sibuk kemas bilik padahal tinggal bilik sorang-sorang. Housemate lain tu nak kemas bilik sebab dorang share bilik, so tak nak nampak selerak sangat biliknya. Habis kemas bilik, Fasha(housemate) ajak pergi UiTM, tengok jadual. Malam pulak tak dapat tidur lena. Maybe sebab dah lama tinggal bilik, then selalu tidur atas katil tapi kat umah sewa atas tilam. Okay, serius ngada!

Ahad merupakan hari kelas bagi warga UiTM Kedah. Malas jangan cakaplah sebab kena bangun pagi. Selalu lepas subuh terus tidur, bangun je boleh terus makan tengah hari! Tapi sekarang tak dapat dah. Kelas everyday start at 8 A.M. Read again guys, 8 A.M. Takde dah kelas start tengah hari T__T. Semalam ada 1 je kelas. Lagilah bertambah malas dan bertambah bengang first class just only 15 minutes! Bersiap nak pergi kelas pun makan masa 1 jam hoii! Tapi pergi kelas 15 minutes just for introduction then finish. Apakah?

Malamnya keluar dengan housemate, beli barang rumah. Mentang-mentanglah duit baru masuk, sakan je campak barang masuk troli. Duit keluar mengalir macam air kencing, laju je takde sekat-sekat dah. Hujung semester, bolehlah buat catuan makanan kalau dah takde duit. Tapi aku awal-awal semester dah miskin. Tak payah nak tunggu hujung semester nak merasa miskin! Sadis sangat kau Jah!

Hari ni second class pun takde apa yang belajar. Just review sikit-sikit je. Petang pulak ada kelas tapi kejap sangat. Serba salah aku. Tak pergi tak boleh, kalau pergi rasa macam tak berbaloi! Dengar-dengar Jumaat ni cuti 1Malaysia. Memandangkan Kedah memang cuti hari Jumaat, so cuti tu nanti bakal diinjak ke hari Ahad. Maksudnya minggu ni cuti 3 hari! Awal-awal semester dah bagi cuti lama-lama. Ni yang buat aku nak balik hujung minggu ni. Gaya macam Taiping-Sungai Petani ambik masa 10 minit perjalanan je! Tapi for sure weekend ni balik kampung sebab nak hantar adik aku!

Saturday, September 10, 2011

Pulang

Assalamualaikum...

Hari ni dah nak berangkat pulang ke tempat asal yakni Merbok.
Sumpah rasa macam taknak balik.
Mak, tolong halang akak dari balik ke Merbok. Kalau mak buat macam tu, akak memang tak nak balik Merbok!


Kbai. Nak pack barang (dasar malas, lepas zuhur nak bertolak, sekarang baru nak packing barang. Grrrrr...)

Tuesday, September 6, 2011

Mai pekena mee udang Mak Jah!

Assalamualaikum...

Semalam abah ajak keluar sebab nak beli barang aku nak balik Merbok. Maklumlah, semester baru nak bukak tak berapa hari je lagi. Sekali nak beli barang aku yang nak kena pergi training tu.Dah tak buat apa-apa semalam, abah ajak semua keluar. Semua macam ramai sangatkan padahal lima orang je. Aku, mak, abah, adik dengan abang aku je.

Adik aku nak cari track suit sebab nanti bila training nanti kena banyak guna track suit. Tengah dia cari track suit dia, aku pun kalut jugak cari track suit untuk diri sendiri. Seyap-senyap sudah sebab kalau bising-bising kang tak dapat pulak kan. Masa nak bayar track suit adik aku tu, aku selitkan sekali track suit aku. Kisah apa, bukan aku kena bayar, abang aku yang nak bayar. Muahahaha!!!

Lepas beli barang adik aku, kami gerak ke Tesco Taiping. Barang aku bukan beli banyak pun. Just sabun, biskut, maggi etc je. Bukan macam first time mendaftar 2 tahun lepas. Rasanya nak angkut Tesco sekali pacak depan hostel, senang aku nak beli-belah! Tapi sebelum pergi beli-belah, mak ajak pergi makan nasi kandar Pelita kat Taiping Sentral. Dah lama mak mengidam nak makan sebelum puasa lagi, tak lepas-lepas so semalam dah termakbul dah hajat dia.

Lepas selesai semua, tak tahu nak pergi mana, mak ajak pergi rumah kakak angkat aku merangkap anak angkat mak aku. Lepak kejap kat rumah dia. Sempatlah tidur sekali lena. Bangun-bangun je, kakak angkat aku ni ajak pergi makan. Tak ke heaven bangun tidur je terus pergi makan tak payah susah-susah fikir nak makan apa! Cadangnya nak pergi makan nasi kandar, tapi sebab kami sekeluarga dah pekena nasi kandar awal-awal lagi, kakak angkat aku ajak pergi makan mee udang. Dah lama dah dia ajak aku makan mee udang ni tapi aku je tak ada masa memenuhi undangan!

Kami bergerak 3 kereta. Kakak angkat aku ni penat nak drive sebab dia baru balik dari kerja so dia suruh aku drive. Satu kereta lagi kereta husband dia merangkap tukang belanja kami petang tu. Sampai situ nasib baik tak ramai orang sangat so adalah tempat. Kakak angkat aku cakap kedai mee udang ni famous. Ramai yang dah datang, dah masuk TV dengan paper banyak kali dah. Ni yang buat aku eksited nak cuba ni. Tapi aku gatal nak lain dari yang lain order nasi goreng udang. Haruslah ada udang sebab kedai tu menu utama semuanya berasaskan udang!

Nah, tengok je gambar yang sempat aku dan adik aku snap. Sila muntah ramai-ramai!


Gambar menggeledik dengan adik sendiri harus ada!
Dah macam orang sakit pun ada aku ni!




Mak dan abah.
Muka mak ajak orang cari gaduh.
Ada bran??





Sempattttt je adik aku ni.





Muka tak mau kalah.
Nak jugak peace2 ni.





Muka orang yang belanja makan.





Anak kedua orang belanja





Anak sulung orang belanja
Focus utama adalah orang lain.
(gatal!)





Anak bongsu tukang belanja.





Menu-menunya ialah....





Semua wajib ada udang okay!






Sementara nak tunggu makanan sampai, kena gedik lagi.
Mak baru belajar nak buat peace.
Muka Azzam yang paling tak boleh blah tu.






Abah yang bosan menunggu





Nom nom nom nom





Slurppppp...
Memang terbaik sangat.
Recommended!






Nasi goreng udang yang tak sedap!
Jangan order natang ni. Rugi!





Muka abang aku tahan nafsu nak makan.
Mangkuk dia bukannlah besar tu. Mampus nak makan besar tu?
Ni boleh makan untuk 4 orang.
Sekali sampai, semua orang tengok!






Muka aku dah macam tua sangat dah.
Muka adik aku redhooo je dengan kakak dia yang sorang ni.








Aksi konon-konon manja letteewww..
Adik aku tahan muntah je!







Sayang mak! Kau ingat kau sorang je yang sayang mak, Hanim??
Okay, fine. Muka aku macam muka mak orang!






Gambar budak ni kena tempek jugak. 
Bakal tak jumpa dia for 6 month nanti.
Gonna miss him damn much!






Liiiciiiinnnnn..
Sedap sangat sampai tak ada apa dah dalam mangkuk tu.


Sekian sahaja karangan bergambar aku.

Terima kasih sudi baca!

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...