Pages

Sunday, August 28, 2011

Start Nak Busykan Diri!

Assalamualaikum...

Hari ni aku dah start nak busykan diri. Ni semua gara-gara suka buat kerja bertangguh. Bila mak suruh kemas rumah, cuci tingkap, lap kerusi etc, jawapan standard aku, " Rileks la mak, bukan nak raya esok pun." Sekarang sape yang susah? Akuuuu jugak!

Nak tak nak, hari ni kenalah settlekan 50% kerja sebab  (InsyaALLAH) nak berbuka dengan members(ada 'S' sebab lebih dari seorang). Hari Isnin pulak nak keluar dengan kekasih gelaps (Ada 'S' sebab lebih dari seorang jugak). Mak bagi warning awal-awal, sebelum nak keluar, pastikan kemas rumah dulu. Raya dah tak lama. Wah wah wah... Semangat mak aku nak raya lebih dari anak dia pulak!

Raya tahun ni jugak buat julung-julung kalinya ramai yang tak ada. Yang ada hanya aku, adik, mak, abah dan abang sulung. Yang lain-lain ada yang tak balik, ada yang balik raya ke-2 dan ke-3. Tak meriah! T____T
Orang dah habis rasa suasana hari raya, aku dan keluarga hari raya ke-2 baru merasa sebab masa tu lah rumah nak penuh!

Semalam pergi ambil abang sulung aku kat Bukit Mertajam. Manja sungguh sampai nak kena berjemput! Nasib baik bawak banyak barang, kalau balik bawak diri je, aku hantar pergi stesen bas, suruh balik naik bas! Balik dari ambil abang, dah kena siap-siap nak berbuka puasa. Bilanya aku nak pasang langsir ni? Esok dah nak keluar berjimba! Menyesal kemudian tiada gunanya, bak kata mak aku. Ye lah, orang suruh buat awal-awal, tapi suka sangat bertangguh. Sekarang, padan muka aku T____T. Akhirnya dengan bantuan abang aku, selesai sudah aku pasang langsir. Habis pasang langsir, mengemop pulak. Boleh rasa berat turun 10kg bila mop lantai!

Now, tinggal nak hias sikit-sikit je. Takpe, esok boleh settlekan. Mak pagi-pagi lagi dah keluar dengan abah dan adik pergi Kulim. Tinggal aku sorang-sorang buat kerja rumah. Sadis. Takpe, malam ni nak balik lambat, biar diorang pulak buat kerja. Gila kejam. Rumah sendiri pun nak berkira! Petang ni nak bersiap sedia jumpa kawan yang dah lama tak jumpa. Tiba-tiba rasa malu, boleh?

Okay dah, tak boleh online lama-lama, banyak lagi kerja menunggu. Ada masa aku update lagi. Bubye!


NotaTangan: SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!! 

Friday, August 26, 2011

Yay, puasa kali ni lebih meriah!

Assalamualaikum...

Tak tahu la kenapa sekarang ni malas sangat nak up entry. Bukan tak ada masa. Banyak je masa. Tengok TV, tidur, tengok korean variety show, makan etc. Tapi bila nak menulis je malas padahal idea banyak mencurah ke ladang gandum! Bila bukak dashboard, tak ada secebis rasa pun nak tulis entry tapi sibukkkkk nak baca entry orang lain. Haisshhh...

Orang lain awal-awal Ramadhan bagi ucapan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, aku ketinggalan sikit. Nak akhir-akhir Ramadhan baru gigih nak bagi ucapan. Sekali terus aku bagi ucapan raya. Bajet tak nak artis lagi kan? Puasa tahun ni aku puasa penuh kat rumah. Takde lagi bangun sahur sorang-sorang kat Merbok sana. Hari-hari bangun sahur dengan lauk yang panas-panas. Heaven sangat!

First time aku berpuasa tanpa mak dan abah, masa aku mula-mula masuk UiTM ni. Memang sebelum-sebelum ni tak pernah lagi aku berpuasa tanpa mak dan abah tapi bila dapat sambung belajar, terpaksalah belajar berdikari sikit. Berbuka dan bersahur kena pandai-pandai sendiri. Lewat beli makanan berbuka, makan roti. Roti Gardenia dengan jem coklat Nutella dengan Milo 3 in 1 tu dah jadi menu wajib bersahur T___T. Ok, boleh menangis sama-sama sekarang!

Sedap pulak aku tengok Nutella nih -_-"



Sumber tenaga sepanjang hari kekdahnya!



Masa part 1, aku tinggal dalam kolej lagi. Tak payah pening-pening pikir pasal duit sewa ke, transport ke. Nak makan, bukak pintu utama kolej dah boleh nampak dan bau masakan dari kafeteria. So, mula-mula rasa macam watakdehalnakbelimakanansebabkafedekatdengankolejwa. Dan jawapannya ialah wakluuu!! Kalau kau lambat beli makanan, dapatlah kau merasa makan nasi putih, kuah sambal dan telur goreng. Ok, sadis!

Kalau nak berbuka makan lauk yang boleh buat perut rasa gembira lepas berbuka, memang awal-awal lagi kena menapak ke kafeteria atau food court. Dan seriously memang ramai sangat budak-budak kolej beli makanan untuk berbuka sampaikan kadang-kadang berebut nak beli makanan. Kalah orang Somalia bila sampai bab makanan ni. Aku pulak memang jenis balik kelas pukul 4 terus beli makanan. Malas nak keluar dan berebut bila beli makanan. Memang merasalah makan makanan sejuk beku!

Berbuka pulak memang la ramai-ramai. Eh, tak la ramai sangat. Since aku tinggal dalam bilik yang perlu dikongsi seramai 4 orang so kira ramailah kan. Plural. Bentang paper atas lantai, makan bersila. Tukar-tukar lauk, padahal beli kat tempat yang sama dan lauk yang lebih kurang je pun! Tapi okaylah dari kena berbuka sorang-sorang sambil berlinang air mata sebab teringat kemeriahan berpuasa kat rumah kan?

Part sahur paling tak best! Sebabnya roomates aku tu jenis yang tak bangun sahur. Makan tengah malam dikala sibuk siapkan art diorang ( 2 orang roomates aku budak ART AND DESIGN) dianggap bersahur. So bila bersahur, akulah sorang-sorang basuh muka sambil bawak mug yang isi Milo 3 in 1 isi air kat luar. Masuk dalam bilik, jeles tengok roomates lena dibuai mimpi sambil aku makan sorang-sorang T___T. Kadang-kadang roomates aku yang sorang lagi (bukan budak Art, tapi budak Marketing) bangun makan sahur sekali. Tapi kalau dia rajin nak bangunlah, kalau tak memang akulah sorang-sorang.




Second Ramadhan kat bumi Merbok, aku dah start tinggal kat luar setelah UiTM mewajibkan budak degree untuk tinggal kat luar. Belajar berdikari kekdahnya T___T. Bersahur dan berbuka kat rumah sewa, tak banyak bezanya dengan bersahur dan berbuka kat kolej. Bezanya kat rumah aku bolehlah panaskan lauk saki baki berbuka dan nak beli makanan dekat. Tu pun kalau rajinlah. Kalau tak, memang roti jadi peneman setia. Aku tak ada transport sendiri yang memudahkan aku untuk beli juadah berbuka. So, sebagai senaman dibulan puasa, aku dan housemates akan menapak ke pasar Ramadhan yang nuuuuuunnnnnn jauh di fasa 1 sedangkan aku tinggal di fasa 3. Berpeluh jugaklah ketiak nak berjalan kesana. Namun disebabkan nak puasakan nafsu melantak, sanggup ni berjalan jauh-jauh, padahal nak beli kuih je pun!

 Bersahur kat rumah sama je macam kat kolej. Ada jugak housemate yang tak bangun sahur. Aku ni pulak bangsa yang kena bangun sahur. Kalau tak bangun sahur, rasa macam tak lengkap puasa sehari! Awal-awal puasa, semua bangun sebab aku jadi tukang ketuk pintu sekor-sekor, panaskan nasi dan lauk. Lama-lama malas nak kejutkan, aku bersahur sorang tak pun dengan roomate aku, BELLA. Bella ni macam aku jugak, WAJIB bersahur okay! Tapi Alhamdulillah, sepanjang berpuasa jauh dari keluarga, aku dapat laluinya. Kata nak berdikarikan? Macam ni lah!

Tuesday, August 23, 2011

"Tahniah, anda pelanggan terpilih MAXIS"

Assalamualaikum...

Nak cerita pasal Maxis pulak. Tetiba je kan. Dah lama tak update, sekali update pasal MAXIS. Gasak. Nak jugak tulis.

Minggu lepas, hari Khamis, operator MAXIS call aku dikala aku tengah syok layan drama Korea. Ada minachi dari MAXIS kenalkan diri dia dari Maxis dan cakap aku ni pelanggan terpilih. Kira macam pelanggan bertuahlah. Hilang kosentrasi aku nak nonton drama korea tu. Aku ni bukan boleh orang cakap aku ni bertuah, terpilih, istimewa etc, mulalah rasa nak bangga. Terus aku off TV semata-mata nak focus apa yang bakal disampaikan wakil MAXIS tu. Yelah, memang aku gigih pun sampai kena focus!

Saya pengguna setia MAXIS.
Lepas ni MAXIS boleh lantik aku jadi duta dorang!


Dia cakaplah yang aku ni pengguna setia MAXIS ( memang pun!) sebab dah 7 tahun tak tukar number. Aku ni jenis setia pada yang satu. Untunglah siapa dapat aku nanti! Aku malas nak tukar-tukar nombor ni. Menyusahkan! Nanti nak kena inform kat semua orang yang aku tukar nombor. Lepas tu kena amik balik nombor member-member yang lain. Malaslah! So, ada baiknya setia je guna satu nombor ni. Even kawan-kawan masa sekolah pun ramai yang tukar-tukar nombor, tapi aku tetap guna nombor yang sama. Sampaikan kadang-kadang kawan aku dah tukar nombor pun aku tak tahu sebab dorang rajin sangat tukarnya. Okay, fullstop pasal nombor kawan-kawan.

Sebagai pelanggan setia MAXIS, aku terpilih untuk gunakan plan postpaid. Maksudnya aku kena tukar plan dari prepaid kepada postpaid. Aku macam , errr perlu ke tukar-tukar ni? So dengan semangatnya, wakil MAXIS tu terangkan satu-satu sampai aku faham. Aku pulak jenis malas nak tanya banyak, so aku ya kan je apa yang dia cakap. Dia cakap kalau ada problem apa-apa, just call 123. Aku macam bengong-bengong jugaklah. Perlu ke tukar? Aku ni still belajar, kang tak terbayar pulak bill tu. So wakil MAXIS tu cakap, kalau rasa tak sesuai boleh tukar balik ke plan prepaid. So kira boleh try-try gunalah.

Cakap kat abah pasal benda ni sebab abah kan orang tua dan bakal bayar bill telefon aku tu bila aku buat-buat lupa nanti. Abah cakap try la guna dulu, kalau rasa tak sesuai, tukar balik ke plan prepaid. Kalau payah-payah sangat tukar nombor. Betul jugak abah cakap. Try tukar nombor bila rasa tak best guna plan postpaid! Merasalah nak tukar-tukar nombor ni kan? Lepas cakap-cakap sembang-sembang, wakil MAXIS tu cakap nanti diorang akan deliverkan simcard bernombor sama dan dua lagi simcard nombor lain-lain.

Semalam masa on the way nak ke Kuala Kangsar, kurier dari GDEX call cakap dia dah sampai depan rumah aku dan aku kena sign dan bagi salinan I/C. Gila apa aku nak patah balik? Bagi telefon kat abah, suruh abah settlekan. Abah cakap esok pergi pejabat GDEX amik parcel tu. Settle. Tengah hari tadi pergi amik parcel kat GDEX Taiping. Sekarang tunggu nak active simcard baru je. Lagi dua simcard tu aku tak tahu nak bagi kat siapa, tapi abah tiba-tiba offer diri nak satu nombor tu. Ok, settle satu nombor tapi satu nombor lagi nak bagi siapa? Mak cadang bagi kat adik sebab nanti adik nak ke Johor, training. Jimat sikit. Ok, done! Settle semua masalah. Sekarang tunggu result guna postpaid ni macam mana. Better dari prepaid ke tak!

Terima kasih GDEX sebab susah-susah hantar parcel saya!


Tiga nombor yang diberi. Semua taken!


Ni nombor aku. Masih tak bertukar. Tetap nombor yang sama.

Sunday, August 14, 2011

Budak Comel Ini Namanya Nina :)


Assalamualaikum...

Meh dekat sini aku nak cerita pasal budak comel. Orang yang tak comel macam aku ni wajiblah suka makhluk yang comel. Budak yang aku nak cerita ni memang comel sangat rasa macam nak gigit-gigit je (kejam!) sebab terlalu comel sangat! Okay, dah banyak kali aku cakap comel tapi kalau korang rasa budak ni tak comel, jangan salahkan aku.

Presenting, NINA!!!
Kan aku dah cakap budak ni comel!

Dulu, masa dalam part 4 kat Merbok, aku sangat addicted dengan budak comel dari Jepun. Memang comel gila wey sampaikan kalau ada video terbaru pasal dia kat YOUTUBE, memang aku tengoklah. Budak jepun ni mix. Bapak dia orang USA and mak dia pulak orang Jepun tulen. So no wonderlah dia ni comel sebab selalunya orang yang ada darah mix ni comel-comel.

Bapak dia ni rajin upload video pasal perkembangan Nina ni khas untuk keluarga dan kawan-kawan dia kat USA. Dah nama pun upload kat Youtube, so ramailah yang boleh tengok keletah si Nina ni. Apa-apa perkembangan terbaru Nina ni bapak dia akan upload so keluarga dia kat USA dapat tahu la apa yang Nina ni buat.

Bapak dia ni dah mula upload video dan gambar-gambar Nina ni sejak dia baru lahir lagi. So secara tak langsung, Nina dapatlah tengok apa yang dia buat masa kecik-kecik bila dah besar kan? Serius aku pun nak jugak, tapi mak dengan abah aku tak buat pun. Sobs..sobs..

Dari pandangan aku, bapak Nina ni memang seorang yang penyayang. Apa je benda yang Nina nak atau buat, mesti bapak dia ni puji. Ikut je apa Nina nak. Mak dia pun sama jugak. Nina ni kira macam budak-budak cerdiklah. Dalam video yang bapak dia upload, Nina ni akan cuba selesaikan masalah sendiri dan tak senang-senang nak putus asa. Contohnya masa bapak dia ajar Nina naik basikal. Berapa kali dia jatuh tapi still tak putus asa. Syabbas betty, syabbas!

Nina ni boleh berkomunikasi dalam dua bahasa, bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. Dengan bapak dia Nina akan bercakap dalam bahasa Inggeris walaupun bapak dia tahu bercakap dalam bahasa Jepun. Dengan mak dia pulak Nina akan berkomunikasi dalam bahasa Jepun. Budak ni bila besar mesti pandai dan semestinya cantik noks!

Ni antara gambar dia yang comel-rasa-nak-gigit!

Alalala...comey-comey.
Come to mummy!


Baby Nina
Tembam kan??


Ni masa bapak dia bawak main kat taman.
#nakgigitpipidia!


Nina wearing kimono
Nanti anak aku, nak suruh pakai kimono jugak
Biar comel macam si Nina nih!



Kecik-kecik dah seksi nau!
Nasib baik kecik-kecik macam ni comey.
Kalau besar pakai cam ni, memang front page paper!


Happy family..
Mak dan bapak si Nina.
Nina comel bila rambut panjang!


Ni pulak antara video yang bapak dia upload. Ada 180 video, kalau kau rajin atau bosan, kau tengoklah!


Nina acting as shopkeeper and librarian at the same time.



Ni pulak bapak dia ajar Nina naik basikal



Ni Nina main osom dengan bapak dia. Suka tengok dia gelak!


Cakap banyak pun tak guna baii, ko tengok sendirilah channel dia kat YOUTUBE dan FACEBOOK.

  • Facebook- Banyak gambar Nina yang comel-comel uh!
  • YOUTUBE-Kalau nak tengok video-video Nina

NotaTangan: Tiba-tiba nak kawin and ada anak macam Nina!


Saturday, August 13, 2011

Hey hey hey hey Happy Birthday!!!!

Assalamualaikum...

Nah amik, buat-buat macam ni kek SR tau!
Aku takde duit nak beli kat kau. Mahal dah tu bulan puasa pulak!


Kali ni aku nak buat entry khas sempena birthday adik aku. So kepada yang tak mau baca, macam biasalah. Sila-silalah manfaatkan masa yang beharga tu daripada baca entry merapu aku ni =)

Semalam yakni 11 August 2011 ialah hari lahir adik aku. Actually aku lupa yang semalam birthday dia. Thanks to my friend sebab tag nama aku kat facebook masa wish birthday adik aku tu. Kalau nak harapkan otak aku yang memori dia hampir full ni memang harapanlah aku nak wish. Sadis!

My one and only little brother
KHAIRUL AZRIN BIN HALIDIN!


Konon-konon masa kat Merbok berangan dah nak buat suprise party kat adik aku yang seorang ni. Bangun sahur kononnya nak jerit laju-laju kuat-kuat " HAPPY BIRTHDAY ADIK!!!" tapi tinggal harapan sebab bangun sahur pun adik yang kejutkan. Sadis lagi sekali.

Jangan tanya aku kenapa dia amik gambar suka sengih.
Tak pernah aku jumpa manusia bila nak amik gambar
dia menangis!


Mak dengan abah dan rancang nak celebrate hari ni (12/08/2011) so bolehla aku cari apa-apa yang patut sebagai hadiah hari lahir sebab dah canang dalam facebook dia mintak aku beli hadiah birthday dia. Takpe, mungkin dalam fikiran dia, kakak dia yang seorang ni kerja cop duit kat rumah so boleh senang-senang hati mintak hadiah yang demand-demand. Tapi agendanya macam tak berapa nak menjadi je. Sebabnya abang-abang angkat beliau yakni saudara-saudara angkat aku yakni juga anak angkat abah aku dari IPG Ipoh(refer entry NI) nak datang berbuka sekali celebrate birthday adik aku. Sadis ganda dua!

Untunglah kau dik ada abang angkat nak celebrate birthday kau. Kakak kau ni bolehla jadi pelarian lagi di rumah sendiri! Nanti aku dah dapat duit dari papa PTPTN, aku pos je lah hadiah kat ko kat Johor nanti. Girlfriend dia dah pos hadiah dari Arau, aku yang serumah just wish birthday je. Tu pun kat wall FB (terima kasih Mark!) Then just wish masa makan sahur. Konon-konon nasi tu kek lah tau! Haa kau, adik pun dah ada girlfriend, kakak dia ni pulak tak dapat lagi cari abang ipar kat adiknya! Takpe-takpe, masih gigih mencari ni (tetiba macam lari topik!)

So to my dearest only little brother I ever had, your cutest sister ever ni nak wish u :

  • Happy Birthday
  • May Allah bless you
  • Happy and healthy always
  • Never forget Allah, family and ME!
  • Success in whatever you do
  • Have a blast
  • and I LOVE YOU SO MUCH TILL DEATH!
NotaTangan: Congratulation sebab dapat waran penjara keretapi ke Johor. Gud Luck with your NAVY Training there! I always pray for you!

Saturday, August 6, 2011

Dengan Bangganya...

Assalamualaikum...

Tak payah nak bangga sangat boleh tak? Buat CARAMEL PUDDING je kottt!!!
Okay, tapi nak berbangga jugak sebab berjaya menghasilkan Puding karamel yang agak sedap tanpa bau hanyir telur. Big hand for me, thanks =)

Selalu aku beli puding karamel ni mesti ada hanyir telur. Buat aku makan sikit then tinggal. Memang membazir amalan syaitonirrajim sungguh. Mau muntah kat situ jugak kalau terus memaksa diri makan puding yang hanyir telur tuh -_-" Even kat cafeteria UiTM Kedah pun ada jual, tapi still ada sikit bau hanyir telur. Aku pernah beli sekali je, pastu jangan haraplah nak beli buat kali kedua.

Actually, aku macam tak minat sangat puding ni. Jangan kata puding karamel ni, puding apa pun aku tak minat. Tapi kalau nak makan macam-macam tu, okay la. Buat cuci mulut jelah,tak la beria sangat nak makan. Tapi oleh sebab puding karamel ni macam popular je, so aku nak trylah buat.

Resepi dia aku amik dalam internet but buat sikit modified sebab ada setengah resepi guna telur sampai 7 bijik! Kalau guna 7 bijik telur, mau aku humban puding aku tu kat belakang rumah. Thanks ALLAH, puding aku buat tu takde bau hanyir telur tapiiii terlebih manislah pulak... Mak and abah dah rasa dan they think it's yummy but a liltle bit sweet. Takpe takpe. Lain kali buat boleh la adjust lain!

Sorrylah, gambar tak boleh upload kat sini. Disebabkan first time buat, aku masukkan puding ni kedalam loyang yang sangat besarrr. Hasilnya, puding aku tu nipis! So lain kali kalau buat dan menjadi, aku letak gambar tau!

Orang Cakap Practice Make Perfect kan?

Assalamualaikum...

Ya semua, pernah tak dengar ayat PRACTICE MAKE PERFECT? Aku dengan bangganya telah mengaplikasikan ayat itu dalam kehidupan sebenar aku! Give me a big hand for it cepat.

Semalam lepas balik dari melepak dengan mak dan abah, terus tergerak hati nak memasak. Cakap dekat mak yang hari ni (semalam) mak tak payah nak masak. Biar akak yang masak! Mak aku dah buat muka pelik dia dah sambil cakap " hang biaq betoi kak. Satgi kita berbukak makan kuih ja kot!"

Alaa mak ni.. Chillax boleh chillax? Anak dara mak yang seorang ni tahu je masak memasak ni ( ceeeewah!) tapi disebabkan faktor sangat malas, makanya dia lebih rela mak yang memasak! Gila keji punya anak. Hidup nak menyusahkan mak abah je kejanya! Hahaha...

So semalam, ditemani oleh kedua mak dan abah ( ni mesti tak percaya lagi yang anak dia nak memasak), aku berjaya memasak udang goreng salut sambal dan jugak makanan feveret adik aku, cendawan goreng tepung. Yayness! Abah siap berdiri dekat lagi tengok aku memasak. Rileks bah, takdenya kak nak letak julap dalam masakan tu! Hahaha...


Mempersembahkan, Cendawan Goreng Tepung!!!
Itu bukan udang goreng tepung ye cik kak sekalian.
Gambar tak berapa jelas sikit sebab gelap, boleh?


Dan menu atau lauk utama berbuka semalam adalah............
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Udang Goreng Sambal!!
Sila abaikan daun limau purut yang terletak
Eloooookkkk sangat tuh -_-"


Mak dan abah puji beb wa cakap sama lu! First tyme kot diorang merasa air tangan anak dara diorang ni. I means untuk lauk-lauk berat ni lah. Selalunya aku just masak yang ringkas-ringkas macam sayur goreng, ikan goreng, telur goreng, nasi, air. Kira banyak jugaklahkan aku memasak. Ya, memasak lauk yang berkolestrol tinggi adalah kepakaran aku!

Seronok tengok adik dan Firdaus makan nasi bertambah dan mak ratah lauk tu. Betullah mak cakap yang kalau dia masak lauk dan habis, memang tak penat langsung! Saame goes to me lah mak! Tak penat pun memasak bila tengok mak, abah, dan adik-adik makan! Lepas ni nak rajin-rajin masak lauk berat lah. Boleh kahwin kan mak? Mak jugak cakap, kalau pandai masak, dah boleh kahwin!



NotaTangan: Petang ni nak mencuba buat Puding Caramel. Mintak-mintak menjadilah!


Thursday, August 4, 2011

Lelaki Yang...

Assalamualaikum...

Lelaki yang BAIK
- Lelaki Yang Boleh Membimbing Wanita ke JalanNYA.

Lelaki yang COMEL
- Lelaki Yang Berpakaian Sopan Dan Menuju Ke Masjid

Lelaki yang SWEET
- Lelaki Yang Selalu Bercakap Dengan Nada Yang Rendah

Lelaki yang ROMANTIK
- Lelaki yang Sentiasa Menghadiahkan Sebuah Doa Setiap Hari

Lelaki yang CHARMING
- Lelaki yang Selalu Mengiangatkan Si Dia Tentang Ibadat

Ya, lelaki-lelaki seperti ini yang harus dicari masa kini...



Credit To Someone




He Is HOT!!!
(mentang-mentang minat Korea~~)

Wednesday, August 3, 2011

Jalan-Jalan Takde Kerja Bersama Family Tercinta~~

Assalamualaikum...

Sejak-sejak mak tak mahu meniaga lauk bulan Ramadhan ni, banyak masa dihabiskan oleh aku didepan TV, Laptop dan tak lupa mendarat diatas katil apabila mata dah mula nak tertutup. Selain daripada itu jugak, masa-masa kami sekeluarga akan diisi dengan membuang masa di Taiping. Mak dan abah pun terpaksa berkongsi hobi dengan anak, melepak tak tentu hala. Tapi ok what? Melepak dengan mak bapak sendiri. Kau pernah? Hahahaha..

Contohnya pagi tadi. Plan asalnya nak pergi servis kereta dan bayar duit kereta. Tapi kalau dah bawak aku, memang silap besarlah lepas habis segala urusan dan balik rumah terus. Tambah-tambah lagi bila bawak mak sekali. Lepas segala urusan rasmi selesai,mak ajak pergi Taiping Sentral sebab kononnya nak cari baju melayu  ADIK AKU sebab tak lama lagi dia nak kena pergi training Navy. Tapi tak jadi beli sebab harga baju melayu kat situ macam tak munasabah je.

So sementara tunggu mak dengan abah pergi cari baju melayu tu, aku tunggu mak aku kat kerusi urut berbayar by Gintell tu. Alaaa...Yang Rest and Go tu lah. Lepas tak jumpa baju melayu yang dia berkenan, mak datang kat tempat aku lepak tu. Aku offer mak try kerusi tu, tapi dia jual mahal, tak nak sebab segan. Pastu aku offer kat abah. Abah on je. Mungkin sebab tengok abah macam best je duduk kat kerusi tu, so mak pun nak try. Haa kau...orang lain kalau try sekali je. Mak aku try sampai 4 round. Tak puas katanya. Tadi kemain lagi cakap segan, last-last aku dengan abah kena tunggu mak habis berurut!

Tempat ni bakal menjadi tempat melepak mak aku
Dah addicted dengan menatang urut nih -_-"


Tudia tudia tudia, mak sapa tak tau.
Eh, mak cover apakah itu? Ttteettt...


Muka bosan tunggu mak mengurut.
Lama gilak!!!


Lepas selesai mengurut bagai tu, abah ajak pergi Tesco kat sebelah Taiping Sentral tu. Tujuan asal nak beli beras je ponnn. Sekali beras harga RM100. Kau pernah beli beras harga RM100? Mana tak RM100? Segala benda yang tak berkaitan dengan beras pun aku humban masuk dalam troli. Biasalah, bulan puasa ni macam-macam sangat yang teringin. Nasiblah abah dapat anak macam aku ni. At least ni macam ganti rugilah sebab aku layan anak-anak angkat dia yang datang sebelum ni. Err...Boleh macam tu?

Muka abah sebelum troli penuh.
Masih mampu tersenyum?


Mak pose ala orang kaya nak bershopping.
Syoklah mak dapat shoppingkan???

Tuesday, August 2, 2011

Ini Entry Panjang(kot).Kalau Malas Baca, Jangan Klik!

Assalamualaikum...

Nak bagitahu awal-awal la yang entry ni berkemungkinan panjang berjela-jela. Nanti kau dah habis baca, baru nak rasa menyesal, bersalah pulak aku sebab buang masa kau baca entry aku ni. So, dah fikir banyak kali nak baca entry aku ni?

Hari jumaat lepas, keluarga aku dah terima dua orang lagi anak angkat. Sebelum ni yakni dua minggu lepas, keluarga aku dah terima dua orang anak angkat perempuan dari UIAM. Dan Jumaat lepas family aku terima dua orang lagi anak angkat dari Institut Pengajian Guru kampus Ipoh. Dan membuatkan aku teruja (gatal sebenarnya) kali ni abah ambil anak angkat LELAKI!

Memula dulu ingatkan abah nak ambil anak angkat perempuan memandangkan dia nak sangat suruh layan anak-anak angkat dia. Tapi mak pulak nak anak angkat lelaki sebab tak pernah ada anak angkat lelaki. Aku amat menyokong keputusan mak tu manakala adik lelaki aku membantah sebab dia tahu nanti bilik dia yang akan menjadi korban! Sebelum abah bawak balik anak-anak angkat dia, hati aku dah siap sedia nak terima anak angkat perempuan sebab abah cakap kali ni banyak budak perempuan dari lelaki. Redha je lah terima anank angkat perempuan lagi T__T.

Masa mak balik bawak anak-anak angkat dia, aku dalam bilik. Gelabah nak mengemas bilik. Nak jaga air muka jugaklah. Kang masuk bilik aku terkejut pulak tengok tahap kebersihan bilik aku! Mak panggil keluar suruh kenal dengan anak-anak angkat dia. Dengan bangganya mak aku panggil "kakak, mai keluar kenal dengan adik-adik ni"
Keyakinan diri dah ada sebab diorang ni macam adik akulah sebab mak kata "mai kenal dengan adik-adik ni". So , what do you expect? Mestilah diorang bawah umur dari aku dan they should respect me as BIG SISTER! Ehem..

Tapi keyakinan diri tu dah bertukar bila abah tanya umur diorang DEPAN-DEPAN aku. "Umur Wan 22 abah"
"Hang kak?". Serba salah aku nak jawab jugak nih! "Samalah abah. 22 jugak" Terus malu sebab sebaya! Dah jadi patung cendana aku depan budak dua orang tu! Sejak ada anak angkat abah tu, aku dah jadi pelarian dirumah sendiri. Kau paham tak? Rumah aku dah tak jadi rumah aku! Diorang didepan, aku didapur. Bila diorang nak ke dapur, aku lari ke depan. Sadis tahu!

Dan dengan kehadiran diorang jugak telah mengubah aku menjadi seorang yang sangat rajin! Bangun pukul 6 pagi. Orang tak azan subuh lagi aku dah siap mandi! Sampaikan adik aku pelik dan tak lupa perli-perli aku dah! Hah adik! Masa ni lah kau nak tengok kakak kau yang seorang ni extra rajin, rumah extra bersih dan yang paling penting extra malu!

Tapi nasiblah aktiviti diorang tak banyak kat rumah. So, boleh lagilah aku nak buat kuak lentang gaya bebas depan tv. Kalau diorang ada, memanjang aku kat dapur. Mak tak payah susah-susah nak suruh aku buat kerja, aku sendiri suka rela buat! Malam hari jumaat diorang ada ceramah motivasi sampai tengah malam. Aku jangka tengah malam diorang adalah pukul 12 tapi pukul 11 dah bagi salam depan muka pintu. Gelabah aku lari masuk bilik! Biasalah, anak dara pemalu *panggg*

Esok pagi pulak aku tolong abah berniaga kat depan. Tak pernah-pernah aku pergi berniaga kat depan sampai orang yang selalu beli kat abah pun pelik. Jawapan abah " ada anak angkat lelaki kat rumah, dia kenalah keluar tolong kat depan ni. Nak suruh duduk rumah takut tak manis pulak" Jawapan yang nampak aku macam perempuan timurrrr sangat! Petang diorang mandi air terjun kat rumah aku tu dan malam pulak ada bbq.

Aku kalau makan sambil cuci mata tengok jantan-jantan hensem ni memang jaranglah nak lepaskan peluang. So bagi mengurangkan rasa malu aku, aku ajak Alieyah teman aku pergi dengan mak dan abah aku sekali. Lagipun anak-anak angkat abah dan mak yang suruh pergi. Aku malas nak menghampakan jemputan orang ni(kononnya). Masa sampai kat tempat diorang buat BBQ tu, abah masuk dulu dalam dewan. Mak, aku dan Alieyah tunggu kat luar sebab segan nak masuk! Sekali dua-dua orang anak angkat abah ni jemput kami masuk. Bangga seh bila orang tengok kami! Memang masuk duduk je lah sebab anak-anak angkat abah yang serve kami. Meja lain dapat ayam panggang tu sepinggan je, kami sampai 3 pinggan. Tapi sebabkan malu, aku makan seketul je ayam tu T___T. Mau tak malu bila makan beradab bertentang dengan anak-anak angkat abah tu?

Malam tu jugak diorang ada persembahan. Anak-anak angkat abah aku ni buat persembahan nasyid, berlakon dan dikir barat. Kenalah tengok sebab masa budak-budak UIAM tu buat persembahan aku tak tengok.


Maaf kualiti gambar memang tak memuaskan.
Anak angkat abah pakai baju kelabu tu...


Esoknya hari ahad diorang dah nak kena balik. Tetiba sedih. Apasal ntah! Bangun pagi masak untuk makan pagi. Mak pulak sibuk masak lauk tengah hari sebab nak bekalkan kat anak-anak angkat dia. Sayang sangat kat anak angkat dia (-_-"). Anak angkat mak yang dia sayang sangat tu anak yatim piatu. Dari Selangor. Entah kenapa mak ambik berat sangat pasal budak ni. Sayang benau dengan anak angkat dia yang sorang ni. Yang sorang lagi dari Ganu kite. Banyak cakap sikit budak ni. Pekat Terengganu terselah sampai kadang-kadang aku sendiri tak paham! Mak aku ni masak selalunya pedas sikit. Budak Ganu ni asyik cakap "pedah mok, pedah mok" tapi bertambah jugak bila makan! Masa ahad ni lah baru nak bemesra pun sebab ada masa sikit. Pukul 3 petang baru diorang kena bertolak balik Ipoh pulak.

Yang bersandar kat tiang, muka berkilat tu adik aku.
Salah seorang anak angkat abah dari Terengganu tu ada kat dalam
gambar diatas


Salah seorang anak angkat abah dari Selangor ada kat atas.
Anak angkat kesayangan mak aku tuh!


Masa diorang nak balik tu, diorang adalah bagi cenderamata kat mak and abah (aku dengan adik boleh tengok je). Mak, abah dan adik aku pun ada bagi something kat diorang dua ni. Bila tang aku mak tanya " kak, hang nak bagi apa kat depa?" " Nak bagi nombor telefon boleh mak?" Free-free je aku dapat panggilan gedik ikhlas dari mak aku!

Hadiah dari menantu anak angkat kesayangan
mak


Kad "TERIMA KASIH" dari bakal menantu
anak angkat kesayangan



Kain batik dan kain pelikat dari
budak Ganu Kite.


Masa diorang dah balik mak dengan abah asyik cerita pasal diorang je. Aku sebagai anak kandung ni pun dah rasa tergugat dah!

Mak   : Wan ni pemalu sikit. Bagus budak dia. Cakap sikit, gelak je. Macam hanglah kak!

Aku    : Hmmmm...

Mak   : Antara Wan dengan Thorique tu mana yang hensem kak?

Aku    : Wan mak. Thorique kak tak faham sangat dia cakap apa.

Mak    : Wan bla...bla..bla... Thorique pulak bla..bla..bla...

Aku     : Ye lah makkkk.. Udah-udahla cerita pasal diorang.

Haish mak aku ni, dah berkenan gamaknya nak jadikan menantu. Pegilah meminang cepat. Kak terima je mak!
Siap suruh datang bukak posa, raya dan paling haru suruh budak-budak tu datang masa cuti. Apa mak ingat diorang tak ada kampung ke nak balik entah?


NotaTangan : Fell in love now! Macam mana nih???

Monday, August 1, 2011

P/s: I think I Fall In Love Now...

Assalamualaikum...

Just wanna share something here.

I THINK I FALL IN LOVE WITH SOMEBODY!

Will update about this in next entry =)


Ahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum...

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Moga bulan ini memberi seribu satu erti buat kita semua.

Amin...

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...