Pages

Friday, July 29, 2011

Apasal Dengan Geng Blogger sekarang?

Assalamualaikum...

Aku dah banyak kali dah update entry baru tapi terlupa nak ping kat GengBlogger.
Semalam baru teringat nak ping entry pasal bola sepak. Yelah, mesti panas website GengBlogger dengan entry baru pasal match Malaysia vs Singapore kan? Aku pun nak jugak menyemak kat situ.

Sekali kau...Tak boleh bukak. Kena masuk username and password.
Bila aku masukkan username dengan password aku, tak boleh jugak nak masuk.
Apasal eh?

Alaaaaaaaa......Lepas ni tak bolehla nak ping entry kat situ.


NotaTangan: TERpaksa ping dekat Spontaneous Thursday....maap maap maap!!!=(

Thursday, July 28, 2011

Kalau Nak Berlakon, Bukan Kat Atas Padanglah!!!

Assalamualaikum...

Mood sekarang tengah geram tambah rasa nak sepak kepala orang eh eh nak sepak bola.
Tengok tak football match tadi? Malaysia vs Singapore lembik?
Grrrr...Rasa nak suruh pemain-pemain singapore beratur satu line lepas tu nak sepak sekor-sekor. Boleh tak?
Gila lemah-lembik-pandai-berlakon-nak-mampos!
Asal jatuh sikit, kena angkut keluar padang. Padahal tak sampai seminit keluar padang, masuk balik dah cergas dah.
Dasar penipu pandai berlakon!
Kan berdosa je aku tengok match ni. Asyik nak marah-sumpah-maki orang je kejanya.
Tapi apa-apa pun, Harimau Melaya, you still be my hero always!
You all give the best performance but it just not our luck to win this match.
Try lagi pada masa akan datang tau wahai tiger-tiger ku sekalian!



Rooorrrrrghhhh!!!!

Harimau Mengaum aum aum aum!!!

Assalamualaikum...

Haa kau, harimau mengaum versi aku bunyi aum aum aum manja je dengar. Tapi harimau yang mengaum malam ni dah tak ada manja dah. Semua garang-garang tunjuk taring nak terkam singa! Eh, kejap. Kau tahu tak aku cakap pasal apa ni? Aku cakap pasal HARIMAU MELAYA yang nak menerkam Singa Putih dari seberang tambak. Tak faham jugak?

Malam ni ada perlawanan bola sepak antara MALAYSIA dan SINGAPURA. Dah faham dah? Bagus. Hope all the best to our players. Give your best performance ever. We, supporters always support all of you!(Nah, cakap omputih dah aku!)

Aku rasa Harimau bakal kalahkan singa 3 berbalas 1. Kau, kau dan kau pulak rasa berapa?


SEMANGAT!!!!


Roarrrr!!!
(garang tak?)



Go hitam kuning!!!


Wednesday, July 27, 2011

Budak-budak anti dengan kami ke?

Assalamualaikum...

Macam biasa, ni entry lapuk sebab malas nak update punya pasal.
Hari jumaat lepas aku keluar dengan kakak tua sehari aku, AZILA. Dah plan nak ke Penang TERcancel, maka gantilah date bersama Azila. Sekurangnya taklah ralat sangat nak menghabiskan duit.

Lagipun dah lama dah tak keluar date berdua dengan Azila since both of us busy with our studies. So hari jumaat petang aku jemput Azila kat rumah then pergi Taiping. Tujuan asalnya nak shopping jeans. Almaklumlah, seluar dah nak sendat-sendat nasib x nampak bontot je! So, haruslah beli seluar barukan?

Sape-sape yang pernah datang Taiping ni tahulah betapa Taiping ni sangat kurang tempat untuk kaki shopping macam aku ni. Dah nama pun tempat bersejarah, haruslah takde sangat tempat bershopping kan? So naik The Store je lah. Tapi yang peliknya, sekarang memang orang pakai jeans yang cawat rendah eh? Yang bila duduk nampak habis seluar dalam warna-warni tu? Aku memang tak suka jeans tu sebab nanti nak duduk bersimpuh atau bersila jenuh cover babe!

Setelah misi mencari jeans tak tercapai, si Azila ajak makan PizzaHut katanya lapar sebab tak makan tengah hari. Aku on je sebab pantang sangat aku nak tolak makanan ni. Rezeki jangan ditolak kan? Sampai je kat pintu masuk Pizza Hut tu, ada family tengah beratur nak bayar bil. Adalah anak-anak dorang sekali. Sekali ada seekor seorang budak lelaki dalam umur 3-4 tahun tampar bontot aku. Woiiiii!!! Ni dah kira sexual harassment ni! Taulah bontot aku banyak isi! Nasiblah mak dia mintak maaf. Kat Azila budak tu tampar tangan. Sabar je lah kami ni.

Dasar pelahap kami ni mintak pizza large punya. Medium? Small? Tak mainlah! Tengah sembang-sembang, tetibe ada satu family dengan seorang anak lelaki jugak dlam lingkungan umur 3-4 tahun. Mula-mula macam baik innocent je budak tu. Lepas tu mula cuit-cuit si Azila. Paling tak tahan bila dia nak terkam si Azila, siap dah nak tarik tudung si Azila dah. Yang si mak dengan bapak boleh pulak senyum kambing je. Tak rasa nak marah sikit ke hah? Azila dah bagi jelingan cari gaduh kat mak budak tu, tapi mak budak tu buat tak nampak je. Nasib budak tu tak buat cubaan berani mati nak terkam aku, kalau tak nasib kaulah dapat back hand ikhlas dari aku!


Nah...Pizza tak mau large lagi kan?
Kalau ada extra large, memang kami order!


Ni muka budak yang pandai bagi jelingan-cari-gaduh
Tolong focus sama pinggan yang dah licin tuh -_-"


Budak-gigih-korek-asamboi
Memang batak weh!


Masih lagi gigih dengan gagahnya
untuk mengeluarkan assam boi.



Muka separa puas selepas berjaya
mengeluarkan assam boi!


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ni pulak kisah semalam. Keluar bershopping dengan family terchenta. Raya lambat lagi, tapi kasut raya dah siap beli dah. Dasar muka tau nak raya ja tapi puasa pun tak mula lagi!

Masa keluar dari Taiping Sentral nampaklah orang tengah pasang apa yang macam banner tu kat depan pintu masuk TS. Buat tak tahu je lah sebab ingatkan ada yang nak jual ubat depan tu. Sekali keluar, tengok-tengok kereta SURIA FM. Diorang buat tour kot kat situ. Punyalah ramai manusia kat depan pintu tu sampai orang yang nk masuk dalam TS tu pun kena pikir 2-3 kali sama ada boleh masuk ke tak!

Aku macam biasalah, jual mahal tak mau berkumpul ramai-ramai, feeling exclusive nak duduk tempat jauh dari public. Heh! Kau ingat kau retiss??? Aku ajak mak dengan abah naik tingkat dua Tesco. Tengok dari kejauhan sudah. Lagipun bukan ada retiss pun!

Bila naik atas, baru aku perasan yang  kat belakang banner tu ada FIQ MENTOR. Tapi tak kisah sangatlah kan sebab aku pun bukan minat kat dia pun. Masa tunggu dorang susun barang, ada BMW berhenti. Abah aku cakap mesti artis atau DJ dorang. Aku pulak memperlekehkan tekaan abah aku. Sekali kau Linda Onn punya kereta! Menyesal jugaklah keluar dari TS awal. Kalau tak boleh snap-snap dengan LO jap!hahaha...


Kau hebatlah parking kat jalan yang sibuk hingga buat
kereta lain merasa jeles sebab kau parking kat situ 
wahai kereta SURIA.FM


Haa..Depan pintu TS yang penuh orang sampai kena fikir 
banyak kali nak masuk ke tak.
Ko nak suruh aku berlengas kat situ?
Memang taklah!

Monday, July 25, 2011

Kau Pernah Tak...

Assalamualaikum...

Kau pernah tak alami situasi dimana kau nak sangat satu kasut ni tapi malangnya kasut yang kau nak tu takde saiz! AKU PERNAH!
Apa kau rasa bila kau tak dapat nak beli kasut yang kau nak sangat sebab kaki kau besar?  Aku dah selalu sangat alami situasi macam ni. Sebabnya, kaki aku ni jenis besar. Sedih tau tak bila tak dapat kasut yang kita nak pakai tapi tak boleh disebabkan kaki besar + kasut tu takde saiz untuk kaki kau!

Baru-baru ni keluar dengan kawan, kononnya nak cari kasut dengan jeans. Punyalah susahnya nak cari kasut untuk aku disebabkan kasut yang aku nak, takde saiz T__T. Kawan aku tu punya senang nak cari kasut. Semua kasut yang display dia cuba. Grrr...geram wa habaq lu!

Aku bukan nak beli kasut heels, tapi flat shoes je. Tapi tak muat! What the fact semua kasut yang aku suka, semua tak muat! Kasut yang aku taknak pulak bersepah boleh pulak muat kat kaki akuuu...No heels for me because I think I'm quite tall enough.

Flat shoes semua comel-comel tapi malangnya
kaki aku tak muat nak pakai!


Pernah tak kau nak beli baju yang kau berkenan sangat tapi tak boleh sebab badan kau over sizes? AKU PERNAH!

Selalu sangat dah jadi kat aku. Macam kes kasut jugaklah. Aku berkenan @ suka tapi malangnya nasib aku sebab mesti tak muat atau lebih manis, tak ada size. Mana nak ada sizenya kalau kau berkenan baju untuk perempuan badan kecik namun tak sedar diri badan dah macam kembar gajah! 

Mana aku tak berkenan dengan baju orang saiz kecik? Semua baju saiz perempuan kecik, semua lawa-lawa. Baju untuk kembar gajah macam aku ni tak memenuhi citarasa aku pun. Habis tu macam mana? Terpaksalah kempunan tengok baju cantik-cantik sambil meneguk air liur teringin nak beli @ pakai...

Baju mengandung macam ni sesuailah untuk aku!


Sunday, July 24, 2011

I called it as EXPERIENCE

Assalamualaikum...

Entry sebelum ni aku ada cakap yang aku nak cerita pasal pengalaman kerja aku kan? Dah aku ni memang dasar pemalas nak mampus, gebang nak hebat sokmo makanya entry tu terpendam je dalam kepala otak aku.

Jumaat lepas hari terakhir aku kerja kat kantin tu. Lepas resign dari jadi makcik kantin, aku lepaskan geram dengan online sampai lebam bijik mata. Sampai naik bosan dah online dan tak tahu dah nak buat apa. Hari ni dah kira habis tak tahu nak buat apa dah ni tiba-tiba rajin nak menulis. So dapatlah menulis entry lapuk yang dah lama bersarang dalam kepala otak aku ni. Gasaklah lama ke baru!

Aku start kerja jadi makcik kantin kat kantin JPJ Taiping ni dah dekat 2 minggu. Molek sangatlah, dah cuti dekat sebulan, baru rasa nak cari kerjakan? Lepas tu minggu depan dah nak kena berhenti sebab dah nak puasa dah. Kau gila nak bukak kantin bulan-bulan puasa? Mau kena tangkap nanti?? Bagi kawan-kawan yang selalu hallo-hallo kat FB memang diorang tahulah aku dah start kerja. Err..kalau kerja tak sampai sebulan boleh masuk dalam resume tak huh?

Masa aku mula-mula start kerja ni, kakak angkat aku lah yang recommend suruh kerja kat sini. Katanya kerja tak susah, tapi gaji boleh tahan. Nak pulak dia cakap depan mak aku, memang mak aku baaaagiii sangatlah sebab dekat! Aku pulak memang dah sempit poket, so terima jelah kerjanya. Menumpanglah aku kat rumah kakak angkat aku tu. Tetiap hari jadi kerja dialah hantar dan ambil aku. Ye lah aku mana ada transport sendiri nak pergi kerja. Rasakanlah, sape suruh offer kerja kat aku?

1st day kerja memang kekok sangatlah. Yelah, sebelum ni mana pernah kerja pun. Kena tunggu orang bagi arahan baru boleh bergerak aku ni. Hari pertama okay je, takdelah busy sangat. Tapi tetap malu-malu orang bila kena jadi cashier. Gelabah mak nak bila tengok abang JPJ yang muda belia! Tapi bila masuk hari kedua, ketiga dan seterusnya dah jadi macam tak ada apa-apa dah. Dengan muka aku yang berminyak-minyak, yakin je aku jadi cashier kat depan. Layak sangat jadi makcik kantin!

Banyaklah pengalaman sepanjang kerja kat kantin tu. Ada yang baik, ada yang kelakar, ada yang peramah, ada yang BERLAGAK dan ada jugaklah yang gatal-gatal sikit. Tapi seronok sebenarnya bila tengok gelagat orang ni.

Masa kerja kat kantin ni aku kenal banyak uncle yang bawak lori atau empunya lori ni. Selalu aku macam takut-takut je dengan orang yang bawak lori ni. But, actually diorang ni sangat-sangat kelakar dan baik okay. Ye, aku kerja kat kantin JPJ Taiping. Kau tahu tak JPJ Taiping sebelahhhh je dengan Puspakom? So memang tak hairanlah ramai driver lori datang kantin tempat aku kerja tuh.

Yang paling aku suka sekali mestilah dengan uncle Ah Ping. Dia ni hari-hari datang kantin tu sebab dia kerja dengan Puspakom (rasanyalah). Baik sangat uncle ni sebab hari-hari datang bersembang dengan aku bila customer takdelah. Kalau customer ada, mampu aku nak menyembang sedangkan bos besar kena kerja? Dia jugak selalu bancuh teh cina kat kantin sampaikan ada banyak kotak teh cina yang dia punya. Siap beli teko khas lagi. Kalau dia rasa nak minum, dia bancuh sendiri satu teko. Lepas tu agih-agihkan kat kawan-kawan dia termasuklah aku. Kan dah teraddicted dengan teh cina. Sapa nak belikan? Dah la mahal!

Abang- abang JPJ yang muda belia kat sini boleh tahan jugak sekor-sekor. Ada yang kaki menyakat, ada yang cakap tak henti-henti. Maybe diorang dah terbiasa dengan bos aku kat sini. Aku yang budak baru kerja kat sini memang ada kejutan budaya sikitlah. Lama-lama dah terbiasa. Kakak yang buat airlah selalu kena sakay.
"nak air apa ni?"
"kak, nak i love u 1 gelas besar tau"

Haaa kau, mana nak cari air i love u nak bagi kat dia?

Tapi most of them are friendlylah. Tak berlagak tapi aku yang over malu dengan diorang. So what? Aku kan perempuan...Sifat malu memang menebal dalam diri!hahaha...

Apa-apa pun, aku seronoklah kerja kat kantin ni. Banyak benda yang aku belajar. Walaupun kena bangun awal-awal pagi, kena main air pagi-pagi sampai jari habis kecut, tangan dah macampembunuh sebab banyak calar-calar, tapi semua tu pengalaman kerja. First time kerja tuuu....

Thursday, July 21, 2011

Who says? by Selena Gomez

Assalamualaikum...

Baru-baru ni aku dah TERaddicted dengan lagu Selena Gomez yang comel-cun-nak-mampus tuh!
Malas nak taip banyak-banyak, korang dengar je lah lagunya. Aku sertakan dengan lirik sekali ni. Baik tak aku?





I wouldn't wanna be anybody else.
Hey!
You made me insecure,
Told me I wasn't good enough.
But who are you to judge
When you're a diamond in the rough.
I'm sure you got some things
You'd like to change about yourself.
But when it comes to me,
I wouldn't wanna be anybody else.

Na na na na na na na na na na na na na
Na na na na na na na na na na na na na
I'm not beauty queen.
I'm just beautiful me

Na na na na na na na na na na na na na
Na na na na na na na na na na na na na

You've got every right
To a beautiful life.
Come on!

Who says?
Who says you're not perfect?
Who says you're not worth it?
Who says you're the only one that's hurting?
Trust me,
That's the price of beauty.
Who says you're not pretty?
Who says you're not beautiful?
Who says?

It's such a funny thing
How nothing's funny when it's you.
You tell me whatcha mean,
But they keep whiting out the truth.
It's like a work of art
That never gets to see the light.
Keep you beneath the stars,
Won't let you touch the sky.

Na na na na na na na na na na na na na
Na na na na na na na na na na na na na
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/s/selena_gomez/who_says.html ]
I'm no beauty queen.
I'm just beautiful me.

Na na na na na na na na na na na na na
Na na na na na na na na na na na na na

You've got every right
To a beautiful life.
Come on!

Who says?
Who says you're not perfect?
Who says you're not worth it?
Who says you're the only one that's hurting?
Trust me,
That's the price of beauty.
Who says you're not pretty?
Who says you're not beautiful?
Who says?

Who says you're not star potential?
Who says you're not presidential?
Who says you can't be in movies?
Listen to me, listen to me.
Who says you don't pass the test?
Who says you can't be the best?
Who said?
Who said?
Would you tell me who said that?
Yeah~
Who said?

Who says?
Who says you're not perfect?
Who says you're not worth it?
Who says you're the only one that's hurting?
Trust me,
That's the price of beauty.
Who says you're not pretty?
Who says you're not beautiful?
Who says?

Who says?
Who says you're not perfect?
Who says you're not worth it?
Who says you're the only one that's hurting?
Trust me,
That's the price of beauty.
Who says you're not pretty?
Who says your not beautiful?
Who says?


Tuesday, July 19, 2011

Selepas UIA, Pelajar IPG Ipoh pulak bakal bertandang ke rumah aku!

Assalamualaikum...

Lama betul tak mengemaskini blog usang lagi bersawang dan berhabuk ni. Biasalah, orang macam aku memang busy setiap hari. Tanpa aku, tergugat ekonomi negara ni (bajet lettewww!!!)

Dah seminggu dah aku jadi wanita bekerjaya kat kantin JPJ ni. Sekaligus boleh la praktis macam mana nak jadi suri rumah yang berjaya. Kenapa? Dah nama aku kerja kat kantin, of courselah aku memasak. Bila memasak, secara tak langsung aku dah melatih diri untuk menjadi seorang isteri dan menantu kesayangan mentua. Ehhhhh.....Waklu menantu kesayangan kan!

Petang semalam aku call mak kat rumah. Sejak aku dah bekerja ni, aku tak tinggal dengan mak dah. Aku tinggal dengan kakak angkat aku. Senang sikit nak berulang sebab dekat dengan tempat kerja aku tu. Sembang punya sembang, tiba-tiba mak bukak cerita yang minggu depan kampung aku akan buat program anak angkat lagi. Sebelum ni kampung dah terlibat dengan program anak angkat dari UIAM. sila baca SINI kalau nak tahu.

Mak cakap minggu depan mak akan dapat lagi 2 orang anak angkat dari IPG Ipoh pulak. Mokkk...Bertambahlah saudara angkat aku kan? Mak cakap kali ni maybe abah nak ambil anak angkat lelaki pulak memandangkan program lepas dah ambil anak angkat perempuan. Ni buat aku mengelupur nak balik kampung ni!

Mak dah suruh aku balik minggu ni yakni hari jumaat ni lepas kerja. Ehhh...apapasal pulak kan? Dah semestinya mak aku suruh aku balik untukmengemas rumah -_-". Ye, rumah aku hanya akan nampak paling kemas didunia bila; ada orang nak datang rumah, raya atau kenduri. Dan khidmat aku amat diperlukan untuk mengemas kinikan rumah agar tampak lebih kemas dari biasa! See, aku dah cakap, aku memang calon menantu pilihan. Dah la pandai masak, pandai mengemas pulak tuh!

So, kesimpulannya aku kena balik rumah minggu ni untuk mengemas rumahlah. To bakal saudara angkat yang baru, selamat datang ke teratak kami yang tak berapa usang!

NotaTangan: Mak suruh aku berulang dari rumah minggu depan which means aku kena drive pepagi sensorang! Sigh...

NotaTapakTangan: Next entry pasal pengalaman aku kerja pulak!

Saturday, July 16, 2011

It was random


1. I woke up in the afternoon today.
2. I have at least three picture frames in my room. 
3. My trash can is full. 
4. I love snow globes, but I’d never buy one. 
5. I use my regular phone more than my cell phone. 
6. I’m single, but I don’t want to be. 
7. My hair is not layered. 
8. I hate the term “best friend,” but I use it anyway.
9. I get along with my mum more than my dad. 
10. I like making beaded bracelets. 
11. I’ve never run for class president/treasurer, etc.
12. Most of my friends are white.
13. I have over 150 CDs in my collection.
14. I would rather listen to the radio than CDs. 
15. I own whiteout, but I barely ever use it.
16. I’m very shy until you get to know me. 
17. Some take my shyness as being mean/rude.
18. Most people probably don’t understand me. 
19. I have a very random sense of humor. 
20. I do not consider myself attractive. 
21. I feel that I’m more mature than most people my age. 
22. But not all the time. 
23. I used to pick my nose and wipe it on the wall.
24. I’d rather be cold than hot. 
25. I always wait for that one person to sign on.
26. I’m probably online too much for my own good. 
27. I am trying to lose weight and it’s not working out very well. 
28. I own a LOT of chapstick. A LOT.
29. I love to buy paper… but I barely use it.
30. I write in my paper journal once a day or more.
31. I am an American, yet I find them annoying.
32. I’ve used binoculars the wrong way before.
33. I’m thirsty, but I can’t be bothered to go get something.
34. One of my best friends is that of the opposite sex.
35. Sometimes I feel really, really sorry for myself.
36. My stomach hurts a little bit right now.
37. Other times I feel really, really lucky. 
38. I have a friend (or more) who creeps me out.
39. I have more than one shelf up in my room.
40. It’s sunny out today.
41. I don’t have a car. 
42. I’m very picky with food.
43. I have a hard time with directions. sometimes 
44. I am a little bit obsessive compulsive. 
45. I talk to myself in the mirror sometimes.
46. I don’t have that many DVDs yet. 
48. I feel very sick if a movie is gory. 
49. I have a lot in common with my best friend. 
50. I believe in the theory that opposites attract. 
51. I’ve liked someone who is at least four years older
than me.

52. I’ve started a fire/explosion in the microwave oven before.
53. I’m worried that one of my pets will die soon.
55. Never been THAT drunk, but it might be kinda fun.
56. Sometimes I act drunk even when I’m not.
57. It annoys me when people chew loudly. (this.)
58. And breathe loudly.
59. And click their pens like crazy.
60. I enjoy bold surveys, mostly ‘cause I have no life.
61. I’d rather have a popsicle than popcorn. 
62. I’d rather do laundry than the dishes.
63. Someday, I will go to England. 
64. I’d rather be in a dark room than a bright one. 
65. My alarm clock annoys me very, very much.
66. When I was younger, I went to summer school for fun.
67. I was made fun of in middle school.
68. I’ve never eaten sushi and never will.
69. I remember where I was when I first learned to whistle. 
70. If Barney is on TV, I will still sit there and watch.
71. MySpace is annoying, but I’m pretty much addicted to it.
72. I hAtE iT wHeN pPl TyPe LyK dIs!!! 
73. When I talk to my crush, I get too excited.
74. People have told me that I’m sexy before.
75. I never believe it when they do. 
76. I love to write, but whenever I start something new I can’t finish it.
77. I love to read. 
78. If I lay down and watch TV, I end up falling asleep.
79. I absolutely LOVE riding my bike.
80. I love to play badminton, but I don’t play often. 
81. I have never been on a sports team before. 
82. I’m in at least one advanced placement class.
83. I’m in the class of 2013.
84. Jacuzzis and hot tubs are very relaxing. 
85. I have stood up and done something else during this survey.
86. I space out a lot.
87. I’ve made a shelf in a store collapse before.
88. I’m a big crybaby, and I know it.
89. I wouldn’t mind having a ferret for a pet.
90. I love to watch home videos.
91. I miss my childhood and wish I could go back. 
92. I’d rather brush my teeth normally than use an electric toothbrush.
93. I feel like I’m more confident than I used to be.
95. My friends come to me for advice often.
96. I’ve had over five significant others in my lifetime.
97. I have cheated on one or more of them before.
98. Last year’s math class was completely useless. 
99. I hate the fact that I’m growing up. I don’t want to. 
100. I miss a lot of my old friends, but not all of them

Thursday, July 14, 2011

Kalau Kau Tak Nak Bagi, Kau Tak Payahlah Nak Malukan Dia!

Assalamualaikum...


Ni cerita hari ahad lepas. Aku dengan family aku on the way nak ke rumah kakak angkat aku kat Kamunting. Kebetulan meter minyak kereta dah menyala lampu kuningnya yang menandakan minyak dah nak habis, so singgahlah kat Petronas Kamunting,of courselah nak isi minyak kan?

Masa tunggu abah aku pergi bayar minyak, adalah seorang budak lelaki yang mintak derma untuk bina masjid/madrasah/ whatsoever tu datang kat lelaki yang isi minyak sebelah kereta aku. Umur budak tu lebih kurang 11 atau 12 tahunlah. Datang cara elok, bagi salam bagai. Dia tunjuk kat lelaki tu gambar dengan dokumen apa entah kat lelaki tu.



Then lelaki tu cakaplah yang dia takde duit, isi minyak pun RM5 je. Yup, memang lelaki tu isi minyak kereta dia RM5 je. Aku just tengok je lah sebab budak lelaki tu tak datang kat aku. Lelaki tadi tu belek-belek lah dokumen budak tu, tetiba dia cakap yang apa yang budak ni buat salah. Aku pelik jugak, apa yang salah. Ya, memang tak dinafikan banyak agen yang salah gunakan anak-anak yatim untuk kepentingan sendiri.

Yang aku tak puas hati ialah cara lelaki tu layan budak lelaki tadi. Seriously, aku rasa nak lempang 10-20 das je kat lelaki tu. Dia cakap budak tu menipu, lepas tu dia cakap yang budak tu tak patut buat macam ni lah, macam tu lah. Dah la cakap kuat-kuat sampai orang lain pandang-pandang diorang. Dah macam nak jatuhkan maruah budak tu pulak.

Hello!!!Budak tu just nak mintak derma je kot, bukan nak mintak caci-maki kau! Kalau kau taknak bagi, just cakap taknak. Yang kau nak kutuk-kutuk, hina-hina dia apasal? Anak yatim kot! Dia pun taknak buat benda macam ni, tapi terpaksa. Cuba kau bayangkan kau kat tempat dia. Memang baghal sungguh lelaki tu. Budak lelaki yang mintak derma tu muka dah macam nak menangis dan malu dah.

Aku, mak dan abah dengar apa yang lelaki tu cakap. Abah dah macam geram nak marah kat lelaki tu. Yang mak suruh abah panggil budak lelaki tu sebab kesian sangat kat dia. Abah aku panggil budak lelaki tu datang kat kereta kitorang then siap cakap lagi " kalau tak nak sedekah, jangan nak malukan orang lain!" Lepas tu lelaki tu naik kereta terus blah je. Mintak-mintak rosak kereta kau tak pun habis minyak tengah jalan. Padan dengan minyak RM5 yang kau isi tu!

Apa yang aku tengok kelmarin buat aku insaf dan bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku masih ada kedua ibubapa aku yang masih sihat (ALHAMDULILLAH), masih dapat merasa kasih sayang mereka dan tak perlu bersusah payah nak meminta sedekah demi nak mencari sesuap nasi. Sesetengah orang, macam budak yang aku tengok tu, kecik-kecik lagi dah jadi yatim piatu, terpaksa tebalkan muka nak meminta derma dan terpaksa korbankan masa kanak-kanak diorang.





Memang betul yang sesetengah anak yatim dipaksa untuk meminta derma bagi tujuan individu-individu tertentu tapi bukan anak-anak yatim tu RELA HATI nak baut benda tu. Tapi diorang TERPAKSA atau DIPAKSA untuk buat macam tu. Pleaselah, anak-anak yatim perlu dilayan dengan baik bukan dicaci-maki!

NotaTangan: Syukur dengan apa yang ada.

NotaTapakTangan: Moga budak lelaki tu akan dapat kehidupan yang lebih baik di masa depan :)

Wednesday, July 13, 2011

Untunglah Kau Dah Pergi China!

Assalamualaikum...

Dah lama sangat dah aku tak update blog ni. Almaklumlah, sejak dapat adik-adik angkat ni ditambah pulak sekarang dah jadi gadis bekerjaya, makanya menulis blog adalah sesuatu yang sangat mustahil untuk dilakukan selalu.

Sebenarnya cerita yang aku nak tulis ni dah lama terperap dalam draft, tapi malas lagi nak update. So hari ni ada kesempatan nak update blog, so bolehlah publish kan? Ingat lagi aku pernah buat entry pasal kawan baik aku, Nabila Syaida? Alaaa...Yang entry dia saja aku tulis sampai 3 part tu? Ko rajin-rajinlah cari balik aku punya past entry kalau nak tengok ek!

Kali ni aku still nak cerita pasal dia. Sejak tukar universiti ni, Bella aktif sungguh. Kalau tak, dekat UiTM Kedah dulu, asyik malas je. Dalam kelas pun dia boleh bantai tidur jugak. Ke mungkin sebab faktor aku ada kat sebelah dia yang buatkan dia selalu mengantuk?

Dekat UNISZA, dia macam pegang jawatan penting jugaklah. Asal ada program je, dia mesti jadi committee punya. Bulan lepas dia jadi wakil dari Malaysia(Baca MALAYSIA) untuk program International Law Conference kat GuangZhao, China. Hebat jugaklah kan dapat jadi wakil MALAYSIA pergi China.

Aku ada jugaklah kirim beli cenderahati tak berbayar which means aku kirim tanpa duit (dasarr muka tak malu!). Tapi harapanlah aku dapat cenderahati tu sebab dia just beli key chain je kot. Mampulah nak pos key chain je dari Terengganu ke Perak?

Minggu lepas dia call aku sembang pasal trip dia ke China tu. Dengar macam best sangat. Padanlah facebook dia ramai friends dari Thailand, China, Indonesia, etc. Dah go global dah dia. Aku ni setakat kawan-kawan domestic je lah.

Aku mintak jugak gambar dia pergi China tu, tapi hampeh sangat bila dia guna camera dia just to take the scenery. Bukan nak ambil gambar dia dengan kawan-kawan dia kat sana ke. Tapi esoknya dia bagi email and password Facebook dia, suruh aku tengok gambar yang kawan-kawan dia dari ILC tu. Dasarrr...Aku rasa kalau aku pergi, confirm boleh cakap pelat GuangZhao dah ni!

Ni antara gambar yang sempat aku ambil dari Facebook beliau :

Bella with her friend from China



Ni dia dengan wakil dari UM




Ni wakil dari delegasi Malaysia
except for the guys who wearing white and grey shirt.



With China delegation.



Ni gambar beliau masa nak ke China.

NotaTangan: Gila bosan menulis!

NotaTapakTangan: Lepas ni dia handle International Conference kat KL. Untunglah~~~





Thursday, July 7, 2011

Okay, I Miss You So Much!

Assalamualaikum...

Here I want to let you know that I really miss you so much!



Thank you for spent time to me.

Listen to my story

Encouraging me

Supporting me

Make funny story to make me laugh

Respect me

Care for me

serenade me with your superb cool guitar ever!

Thanks 'AWAK'!


HandNotes: Now I can breath!

Diorang Dah Sampai Dah.

Assalamualaikum...

Anak-anak angkat mak dan abah dari UIAM tu dah sampai.

Perempuan.

Dan aku secara rasminya ada adik angkat perempuan.

Dua orang.

Sekian...

NotaTangan: nak kena layan adik-adik ni. Bubye!

"Kak, tak payah beria sangatlah!"

Assalamualaikum...

Tadi masa aku tengah nak pasang langsir nak sambut kedatangan anak-anak angkat mak dan abah, adik aku datang tegur.

Adik   : Kak, yang hang pasang langsir beria sangat ni kenapa? Raya lambat lagi wei. Posa pun tak ganti habih lagi, kalut nak raya.

Me      : Hang diam! Tolong pasang langsir pun ada gak pekdahnya. Esok kan anak-anak mak nak datang!

Adik    : Alaa... yang hang gelabah sangat nak hias rumah bagai ni kenapa? Biaq pi la depa tengok rumah kita ni macam ni.

Me      : Kalau kak tak buat kang mak bising. Lagipun satgi depa kata apa pulak ada anak dara, tapi rumah selerak!

Adik    : Takpalah. Sapa suruh hang malas! (Kat sini memang dia sangat hampeh!). Tengok macam adik ni, tak gelabah pun macam hang!

Me       : Ha ya lah! Aku ni yang nak kena duduk rumah seharian. Hang pagi-pagi dah keluar, balik maghrib. Lepas maghrib lesap. Aku ni depa keluar rumah aku ada kat rumah. Depa balik pun aku dok kat rumah lagi!

Adik     : Nasiblah. Hang kan kakak! HAHAHA...

Ni memang bikin aku amarah! Penat-penat aku kemas rumah boleh pulak tak diiktirafkan oleh adik sendiri. Sadis!

NotaTangan: Esok depa nak mai dah!

Wednesday, July 6, 2011

Part 3 : Because She Is Nabila Syaida @ Bella

Assalamualaikum...

Sekarang dah masuk part 3 aku cerita pasal budak yang bernama Bella ni.
Siapa-siapa yang tak baca part-part yang sebelumnya, boleh la buangkan masa dengan membaca entry mengarut aku kat SINI dan SINI.

Cerita Part 3
Masuk semester 3 kami sekali lagi pindah ke rumah baru. Kenapa? Sebab rumah lama ada masalah. Tuan rumah lari dan tak bertanggungjawab! Pernah dengar tuan rumah lari dari penyewa tak? Selalunya penyewa yang lari dari tuan rumah, ni terbalik pulak. Kami pindah rumah baru selepas sepakat taknak tinggal kat rumah tu dah walaupun rumah tu murah. Rumah yang kami baru pindah ni dekat dengan rumah DAYANG, GEE dan JUJU. Memang meriahlah bila tinggal dekat-dekat ni! Jiran sebelah menyebelah tunggu masa nak halau kami je, takpun diorang yang sedia korban diri nak pindah dek kerana tak tahan dengan bunyi bising kami!

Dekat rumah baru ni aku tinggal sebilik dengan Bella kat master bedroom. Bilik air memang ada dalam bilik, so kami jarang sangatlah nak keluar bilik. Kalau agak-agak dah lapar dan dahaga sangat baru merangkak keluar bilik. Kalau tak, memang terperap dalam biliklah. Antara aktivitinya buat tahi mata, bergosip dan menari! Aku request kat kawan-kawan lain nak tinggal kat bilik depan sebab nak guna internet rumah Gee sebab aku share bayar. Bella pulak memang nak tinggal kat bilik depan. So kebetulan memang kami nak tinggal sebilik, memang sesuai benaulah!

Bella ni jenis susah sikit nak bangun dari tidur. Kau kejut dia, dia akan menyahut tapi mata tetap terpejam! Kalau kau kejut sekali je, kirim salam dia nak bangun! Kalau tak cukup 3 kali kau kejutkan dia, memang kau fail! Jam dalam bilik memang disetkan cepat 10 minit. Jam handset pun sama. Setkan 10 minit cepat dari waktu yang sebenar. Konon-konon feeling terlewatlah tapi dah dalam otak tu dah tahu jam tu sengaja dicepatkan memang tak gelabah la. Pernah sekali tu Bella tak pergi kelas sebab dia kena balik Besut bas pukul 11. Kami semua pergi kelas macam biasala sebab kelas habis pukul 12. Pukul 1000 ibu si bella call aku tanya Bella dah bangun ke belum sebab ibu call tak dapat. Ayah dia pun hantar SMS tanya benda yang sama. Masa tu aku dalam kelas, banyak kali jugak call tapi tetap tak berjawab! Ayu balik awal dalam pukul 1030 tengok-tengok Bella masih terbongkang atas tilam. Bila kejutkan, gelabah nak bersiap!

Lepas sebulan share bayar internet dengan budak rumah depan, Wawa daftar masuk streamyx. So share bayar bulan-bulan. Bila masukkan internet dalam rumah, lagi jaranglah kami nak tengok TV kat luar. Sibuk cari video pasal variety show or drama korea. Tapi bila Bella bukak TV kat luar, mesti kami semua akan tengok TV sekali. Pelik jugak aku sebab kalau orang lain bukak TV, orang tu je lah tengok sorang-sorang!

Masa bulan puasa tahun lepas Bella dapat tawaran sambung belajar kat UNISZA dalam jurusan undang-undang. Dan aku orang terakhir yang tahu benda ni T_T. Masa aku dapat tahu benda ni, aku buat research kat ALOR SETAR dengan Sara dan Khai. Bella call aku tanya aku kat mana, buat apa bagai. Hairan jugak aku tapi aku buat tak tahu je lah sebab aku bukan tidur kat Alor Setar pun. Lepas tu dia mintak cakap dengan Sara. Sara cakap dengan Bella jauh dari aku. Lepas dah habis cakap, Sarah bagi phone kat aku then Bella cakap dia ada something nak bagitahu kat aku tapi nak cakap kat rumah.

Sampai rumah dalam pukul 1130 P.M terus dapat kerja Human Resource dan kena siapkan malam tu jugak sebab esok pagi kena submit. Memang aku gelabah nak siapkan kerja tu dulu sampai lupa nak tanya berita yang Bella nak bagitahu tu. Lepas mandi, semangat nak buat kerja HR Bella tegur.

Bella   : Hanim, aku ada benda nak cakap dekat ko ni. (Dia memang tak gelar aku 'kakak' sebab tak mesra katanya!)

Me     : Menda? Weyh siap dah HR? Tolong aku!!!

Bella   : Dah siap dah. Takpelah, ko buat dulu kerja ko.

Me     : Mendanya? Bagitahu jelah! Buat aku curious je wei!

Bella   : Sabtu ni aku balik Besut.

Me     : Ko cuti apa lagi? Kerap sangat cuti, kang kena panggil dengan KP baru tau!

Bella   : Aku balik Terengganu pastu aku tak balik sini dah. Aku pindah masuk Unisza, dapat buat law. Hehe..


Me     : ............(dah start nanges!)

Memang lepas aku dengar cerita tu aku tak percaya tapi dalam masa yang sama aku dah menangis macam mati kucing dah! Terus aku pergi masuk bilik Ayu tanya kesahihan cerita Bella tu. Lepas tau yang apa Bella cakap tu betul, memang aku menangis sakanlah! Sampaikan buat kerja HR pun dalam tangisan (padahal tak reti buat, menambahkan kesedihanlah!) Malam tu memang tidur lewat sambil menangis sama-sama Bella. Esok pergi kelas mata memang tak boleh belah! Bila orang tanya pasal Bella pindah, mesti mata dah berair sebab aku dah hilang seorang kawan, seorang adik perempuan dan seorang roomate yang superb!

Lepas Bella pindah, aku banyak habiskan masa aku dengan Dayang, Gee dan Juju. Setiap minggu memang Bella atau aku akan call satu sama lain. Update gosip terbaru(sempat!). Mula-mula dia pindah memang dia tak dapat sesuaikan diri lagi. Sampaikan dia pesan kat aku suruh kejutkan dia bila dia ada kelas pagi. Baguslah! Macam aku tidur sebelah kau kan nak kejut-kejut bagai ni!

Sekarang lepas hampir setahun, dah boleh terima yang Bella pindah universiti. Dah boleh terima Bella tak bersama dengan aku belajar kat UiTM Merbok. Dia ambil law pun sebab nak capai cita-cita dia dan ayah dia jugak! Asalkan dia tak lupakan aku dengan kawan-kawan yang lain sudahla. Dan terbukti yang dia memang tak lupakan kami semua. Thanks Babe because still remember us at Merbok!

Here some pictures!

She always happy :)

Ni namanya gaya buat mulut serupa.
Depan Dewan Sarjana tunggu Prof yang lambat masuk!
(kinda love this pic coz i'm look slim!)


Ni pulak gaya nak terbang!
Jannah, Iz,Isfa,Dayang,Ayu,Juju,Bella dan Me.
Gee ambil gambar ni so takde kat dalam gambar.
OTW nak pergi makan.

Ni pulak gaya muka peliks.com
Bella terkejut dengan kebesaran mata Jannah
Aku yang tak sempat pose dan Ayu dengan gaya terkam harimau!

Ni masa pre-basic day yang kitorang organize.
Motif aku pegang bola dan Bella pegang payung bawah bumbung?
Abang Man kat belakang tengah tengok apa entah?
Dayang merenung masa silam kot!

Tuesday, July 5, 2011

Part 2 : Because She Is Nabila Syaida @ Bella

Assalamualaikum...

Tiba-tiba je kan blog aku ni ada part-part bagai ni kan? Selama ni elok je takde sambung-sambung! Sebenarnya bukan apa, takut nanti aku dapat anugerah entry paling panjang tak pernah diciptakan pulak! So hari ni aku nak sambung part 2 pasal Bella ni. Sape-sape yang rasa nak baca yang part 1 punya, sila kelik HERE.

She is Bella!
And she is my gay besties!

Cerita Part 2
Masa part 2 kat UiTM Merbok, kitorang dah kena'halau' tinggal luar. Memang budak degree bila masuk je part 2 dah kena menyewa. Hampeh jugak mula-mula tu sebab kalau tinggal kat luar kena bayar sewa rumah, transport lagi, makan mahal dan yang pastinya tak boleh nak merasa tinggal dalam kolej dah :(
Tapi dalam masa yang sama seronok jugak dapat menyewa kat luar. Bebas sikit, tak terikat dengan peraturan sangat dah. Boleh feeling-feeling perasan macam seorang yang berkerjaya. Orang bekerjaya tinggal kat luar kan?

Aku menyewa dengan 4 orang kawan yang lain yakni Bella, Ayu, Wawa dan jugak Jannah. Sewa rumah murah la jugak. Untuk satu semester kitorang just bayar seorang RM270 je. Rumah 3 bilik. Aku share bilik dengan Jannah. Wawa dengan Bella dan Ayu sorang-sorang kat bilik belakang sebab bilik belakang kecik. Transport pulak kami naik dengan Pak Teh. Bukanlah Pak Teh tu dukung kami sorang-sorang pergi hantar ke UiTM tu. Tapi naik van Pak Tehlah!

Masa menyewa kat luar ni aku dengan Bella dah jadi akrab dah. Bila apa-apa je mesti berdua. Nak ke kedai berdua. Nak pergi pasar malam berdua. Nak pergi cc kat depan pun berdua. Pendek kata semua berdualah. Kami tak ada transport sendiri kalau nak bergerak pergi mana-mana. So berjalan kaki jelah transport kami. Lainlah Ayu yang boyfriend dia ada kereta. Tak patah kaki la nak berjalan kemana-mana.

Kadang-kadang pinjam motor kawan-kawan lain kalau nak pergi mana-mana. Samapaikan pergi ke Bandar Sungai Petani tu pun aku pernah naik motor dengan dia. Dekat Taiping pun aku tak pernah naik motor pergi Bandar. Kalau tahu kat mak, memang dia bisinglah. Tapi nak buat macam mana, dah terdesak! Merasalah jadi minah rempit kat Sungai Petani tu.

Bella ni matang walaupun dia muda dari aku. Mungkin jugak sebab dia anak sulung dari 9 orang adik beradik, so atas faktor tu lah kot dia matang. Selalu jugak dia bagi nasihat kat aku. Kalau aku frust ke apa, dia yang akan cheering up aku. Tapi kalau dia tengah stress atau frust, kau jangan berani nak datang dekat. Mau kena baling dengan handphone nanti! Pernah sekali dia frust dengan markah test subjek apa entah, dia kurung diri dalam bilik lepas tu boleh pulak baling handphone dia. Lepas tu pasang lagu kuat-kuat sampai nak pecah gegendang telinga aku ni.

Kalau bab-bab duit ni Bella tak berapa nak berkira sangat. Kalau dia takde duit, dia pinjam duit aku. Kalau aku kurang duit, aku pinjam duit dia. Macam tu lah selalunya. Bella tak dapat PTPTN, so bulan-bulan mak dan ayah dia akan bank in duit. Kalau mak dia lewat bank in duit, maka dia akan pinjam duit aku dulu. Bella jugak suka memasak. Ada je benda yang dia akan masak or reka. Kebanyakkan masakan dia, dia just campak-campak je. Tapi yang hairannya semua masakan dia menjadi. Ada satu hari tu dia cakap nak masak bihun sup tapi tiba-tiba bihun tu bertukar jadi bihun ladna. Kau mampu??? Kalau hujung-hujung semester selalunya kami akan semput dengan duit. Masa ni lah kami catu makanan. Beli maggi sebungkus 5 peket tu, catu hari-hari. Buat alas perut untuk study. Sadiskan? Tapi tu lah kenangan!

Aku dengan Bella selalu je kena tinggal kat rumah. Orang lain ada jugak keluarnya. Ayu selalu date dengan bf dia. Wawa dengan scandalnya, si Kechik. Jannah je tinggal dengan kami kat rumah. Tambah-tambah bila time study week, memang selalu sangat kena tinggal! Tapi kami just study kat rumah je la. Lagi satu keistimewaan Bella ni, dia pandai. Bila time exam aku rasa dia just scan je. Lepas tu melekat dalam kepala otak dia. Bertuahlah! Kalau macam aku, kena baca banyak-banyak kali pun belum tentu paham. Bila aku tak paham, aku just tanya si Bella ni je lah. Dia akan cuba explain sampai aku paham padahal dia tak study lagi benda yang aku tanya tu. Hebat tak dia?

Oleh sebab selalu sangat kena tinggal, kami berdua selalu habiskan masa terluang dengan menari tarian korea. Haa kau! Mampu menari tarian korea bagai tu. Bella ni suka mencuba sesuatu yang baru termasuklah tarian-tarian korea ni. Kalau dia seorang je nak menari, aku just tengok takpe jugak. Ni tak. Dia heret aku sekali ke kancah tarian korea ni. Budak besar macam aku ni menari tarian korean memang huduh okay. HUDUH!Tapi enjoylah jugak menari ni. Kurang-kurang takde lah stress sangat bila study tu.

Shinee-Ring Ding Dong
Tarian ni la yang selalu sangat dia nak menari!

Ni antara gambar kenangan masa dinner part 2. Layankan je. Kalau agak-agak macam nak mengutuk, baik tak payah tengok tau! Bukan apa, takut menambahkan dosa pulak! HAHAHA...

-Orked.Me.Bella-
Tunggu makanan!

Bella with Iz,bf Ayu

Bella.Me.Sarah.Jannah.Orked.Gee.Dayang
Masa ni tengah rehearsal nak jadi gadis bunga.


Menggedik di depan pintu dewan hotel.

Bella bersama geng 3 serangkai.
Sebab apa 3 serangkai?
Sebab diorang selalu bertiga je!


Bella dan disebelah dia adalah
the half me!

Bersambung...

Monday, July 4, 2011

Part 1 : Because She Is Nabila Syaida @ Bella

Assalamualaikum...


Dah lama sebenarnya aku nak up entry pasal gay kawan baik a.k.a sister a.k.a besties aku yang seorang ni tapi asyik bertangguh je. Ye la, aku kan sibuk! Sibuk membesarkan badan kat rumah nan tercinta ni. So hari ni ada kesempatan nak cerita pasal budak seorang ni. Bagi sesiapa yang tak nak buang masa yang berharga tu, sila-silalah bawak bertaubat dengan jangan membaca entry yang merapu ni.


Aku mula kenal budak yang bernama NABILA SYAIDA BT MOHAMAD ni masa part 1 lagi. Mula-mula kenal dia ni, aku dah bagi tanggapan buruk dekat dia yang dia ni seorang yang sombong. Mana aku tak kata sombong, bila aku senyum kat dia tak pernahnya nak balas balik. Lama-lama kenal baru aku tahu yang dia ni sebenarnya tak sombong pun. Aku tanya jugak kenapa jarang nak balas senyum orang dan jawapannya sangat senang;"aku rabun so tak nampak!". 


Presenting,Nabila Syaida Mohamad
a.k.a
Bella




Aku kira kamcheng jugakla dengan budak ni. Sampaikan ada kawan-kawan cakap aku dengan dia lesbian. LESBIAN okay! Malah lebih menguatkan tuduhan mereka-mereka itu bilamana Bella buat in relationship dengan aku dalam Facebook. Bila orang tanya, dia mengaku je. Aku pulak yang gelabah nak terangkan balik!


Cerita Part 1.
Masa part 1 ni Bella daftar masuk lambat so aku kenal dia pun lambatlah. Kiranya masa awal part 1 ni masing-masing tak kenal lagi so malu-malu nak berkenalan. Masa Bella mula masuk, aku tengok dia macam sombong je. Berlagak. Tau tak berlagak macam mana? Bila orang senyum, dia amat sangat nak balas balik. Bila orang tegur, macam nak taknak je balasnya. Tapi, bila lecturer tanya soalan, dia mesti dapat jawab.So aku anggap dia ni pandailah. Yela, ex-law foundation student, mestilah pandaikan? 


Mula rapat dengan Bella ni masa kami 1 kelas DIPAKSA untuk pergi satu kem ni, Kem Al-Falah. Masa ni dah start nak tegur-gurau-tepuk-tampar dah. Coincidentally katil aku sebelah dengan katil dia. Malam-malam sebelum tidur mesti borak-borak, gurau-gurau. Pantang ada masa terluang je mesti sembang punya. Lepas tu tukar-tukar no phone. See, dah nak habis sem baru nak ambil no phone! Balik dari kem tu kami dah rapat. Ada hikmah jugak dipaksa pergi kem tu rupanya.


Gambar kenangan kat kem AL-FALAH
Ada sekeping je dalam simpanan aku
Sadis!




Balik dari kem tu dia dah mula rajin call dan mesej aku. Bajet macam duduk beribu batu je kan. Padahal lain kolej je. Aku kolej Masria, dia kolej Mahsuri. 5 minit dah boleh sampai bilik aku kalau berjalan. Kalau rajin nak berlari, lagi cepat sampai bilik aku. Perkara yang buat aku dengan dia semakin rapat adalah artis korea. Haa kau... Jangan ingat artis korea untuk suka-suka je. Artis korea jugak boleh mengeratkan silaturahim tau!


Dia tanya aku pasal Dongbangshinki a.k.a DBSK a.k.a TVXQ a.k.a THSK. Entah macam mana dia boleh terjebak pun aku tak tahu sebab bukan aku yang pengaruh dia minat artis-artis korea ni. Dia merupakan kawan aku yang pertama buat havoc dalam bilik kolej aku tu. Sebelum ni kawan-kawan lain bila masuk bilik aku semua behave je, bila sampai kat Bella, roomate aku pun terkejut tau! Tapi salah la dia tanya aku pasal artis korea yang ni sebab aku tak minat artis ni. Nasib baik jugaklah aku ada jugak video pasal DBSK ni so dia datang bilik aku kutip pasal DBSK ni.


Kumpulan DBSK ni la yang si Bella tu gilakan sangat
Aku kureng sikit dengan kumpulan ni.

Dalam tak minat tu, aku suka Junsu(top,left) dan
JaeJoong(top,middle)



Dan aku mengaku yang aku mula pengaruhi dia minat drama dan artis-artis korea yang lain. Sampaikan dia lebih arif dari aku sekarang okay. Lawan tokey betul! Bila dalam kelas, dah mula duduk dekat-dekat semata-mata nak sembang. Mampu? Bukan masuk kelas duduk dekat-dekat nak study, tapi nak sembang! But, ada perkara yang aku tak tahu pasal dia yakni umur dia. Ramai yang cakap umur Bella tak sama aku. Aku dah sedia tahu yang budak pre-law muda setahun dari aku. So, aku tak amik kosah sangat.


 Masa cuti semester baru dia cerita kat aku yang dia muda 2 tahun dari aku tapi bila orang tanya dia jawab yang umur dia sebaya dengan aku atau muda setahun dari aku. Boleh? Kalau aku dah bangga dah cerita kat orang yang aku ni muda-muda lagi dah boleh pegang ijazah tau! Tapi dia lain, malu nak mengaku pulak. Masa dia balik Terengganu, rajin jugaklah dia call. Seminggu adalah 3 atau 4 kali jugak call semata-mata nak update pasal artis korea! Kiranya dah kamcing la masa ni.


BERSAMBUNG....

Saturday, July 2, 2011

"Mak dengan Abah ambik anak angkat"

Assalamualaikum...

Ni pasal perbualan semalam.

Mak   : kak, nanti tolong mak gantikan cadar dalam bilik. Ganti untuk semua tau.

Aku    : Okay. (tanpa banyak soal)

Mak   : Kak nanti tolong cuci peti ais, mop lantai sekali. Esok sapu sawang jugak.

Aku    :(Dalam hati dah pelik) Nape mak? Sape nak datang ni?

Petangnya...

Abah   : Kak, nanti 7,8.9 dengan 10 hb jangan pergi mana-mana tau. Ada apa-apa cancel.

Aku     : Aik...Kenapa pulak abah?

Abah   : La...hang tak tahu lagi ka? Mak tak bagitahu ka?

Aku    : Bagitahu apa? Tak bagitahu apa-apa pun.

Abah  : Kan abah kena ambik anak angkat dari UIA. Depa nak datang kampung ni. Ada program anak angkat.

Aku    : Anak angkat? Tak tahu apa-apa pun.. Berapa orang?

Abah   : Abah kena ambik 2 orang sebab abah Bendahari JKKKK.

Aku     :(Rasa macam nak merajuk) Lelaki ke perempuan? (Dalam hati, mintak-mintaklah lelaki! GATAL!)

Abah    : Abah ambik perempuan la sebab kak balik.

Aku      : (Menaruh harapan) Ala..Awat tak ambik laki? Adik kan ada. Boleh kawan dengan adik.

Abah     : Tak payah. Hang gatai pulak nanti!

Aku       :......(redha)


Padanlah mak asyik suruh kemas rumah ja kerjanya. Rupa-rupanya orang nak terima anak angkat. Ingatkan nak latih anak dara dia sorang ni jadi anak dara sejati tadi! Kepada budak-budak UIA yang bakal bertandang kerumah aku tu, selamat datanglah dan selamat menjadi anak angkat mak dan abah aku. Ingat, ANAK ANGKAT je. Jangan nak lebih-lebih pulak!hahaha....

NotaTangan: Esok start kerja mengemas!

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...