Pages

Thursday, June 30, 2011

Dia memang hebat kalau bab-bab buat kejutan ni!

Assalamualaikum....

Sejak bercuti ni, memang jarang sangat aku nak bukak blog. Facebook pun pandang sekali imbas je. Twitter apatah lagi. Harap aku je memollow orang, yang follow aku boleh dibilanglah. Duduk kat rumah ni memang kerja aku kumpul lemak kat badanlah. Jangan terkejut nanti aku boleh lawan Syanie atau Enot pulak lepas ni!

Sebenarnya aku nak tulis pasal abang aku. Abang ke? Entah tapi aku dah anggap macam abang sendiri dah. Actually he was adopted. Abah aku yang bela dia sejak dari kecik lagi. Dah macam jadi anak kandung dah. Abah dengan mak jugak tak bagi nak beza-bezakan antara anak kandung atau anak angkat sebabnya keluarga aku ni banyak ambil anak angkat yang mak dan abah bela dari kecik. So sama ada dia anak angkat atau anak kandung, layanan tetap sama.

Abang aku ni namanya Jamal Akhbar. Dia ni dah berkahwin masa umur aku dalam lima atau enam tahun dulu. Sekarang dia menetap kat Terengganu dan kerja dengan Petronas. Abang aku yang sorang ni memang pandai dalam bab-bab nak bagi kejutan terutamanya kejutan tentang ANAK!

Masa isteri dia mengandung anak sulung dan anak kedua, abang aku ni still lagi bagitahu mak aku.  Setiap bulan mesti call mak aku bagitahu perkembangan kandungan isteri dia. Anak sulung dia sekarang tunggu nak ambil SPM je. Sekali tengok memang tak macam budak 17 tahun, tapi macam sebaya aku je. Anak sulung abang aku ni lain sikit. Dia macam mix sikit. Kalau sekali tengok macam anak orang putih sikit. Ada sekali aku keluar dengan anak sedara aku ni, terserempak dengan kawan aku. Dia cakap anak sedara aku tu bf aku. Untunglah sangatkan!

Tapi, bila isteri dia mengandung anak ketiga diorang, dia dah tak bagitahu kami. Yang boleh tahunya bila isteri dia selamat lahirkan anak diorang. Abang aku call abah aku cakap " Nor dah selamat lahirkan putera". Macam tu je dia cakap. Bila balik kampung, dia bawak dua orang baby. Aku pelik jugaklah. Anak sapa pulak yang dia bawak balik lagi seorang. Rupa-rupanya kakak ipar aku tu lahirkan anak kembar! Bertuah punya abang tak bagitahu yang aku ada anak sedara kembar. Mak ada jugak tanya kenapa tak bagitahu yang kakak ipar aku tu lahirkan anak kembar, jawapan dia senang je. Nak bagi surprise. Tahniahlah sebab kami semua memang terkejut!

To the twins, nanti besar biar hensem macam ni
lepas tu jalan-jalan dengan acik tau!


Macam tu jugak anak ke-4 dan anak ke-5 dia. Tahu-tahu bila balik kampung dah bawak balik baby. Ada sekali tu aku tanya abang aku, "Abang Atan culik anak siapa pulak ni?". Free-free je aku kena sekeh kat kepala. Dah tentu-tentu la dia bawak balik anak dia. Takde kerja nak bawak balik anak orang lain! Abang memang sukakan buat kejutan berkaitan benda bernyawa kan?

Baru-baru ni aku saja check inbox abah aku. Sekali terbaca mesej dari abang aku tu yang bertulis " Alhamdulillah, ibu dan anak selamat. Kali ni doa dimakbulkan, dapat muslimah". Aku punya terkejutlah sampai jerit tanya mak aku. Mak aku memang dah tahu, tapi lepas kakak ipar aku melahirkanlah. Mak aku ingat aku dah tahu dan sumpah aku baru tahu lepas dua minggu kewujudan anak sedara perempuan kedua aku tu. Tahniah abang Atan bagi kejutan lagi! Terus aku call tanya. Dia cakap raya nanti bolehla jumpa baby girl dia.


Memang sah-sah bukan anak sedara aku
Tapi hope she is cute like this!

Sekarang abang aku dah ada tujuh orang anak. Matilamak nak sediakan duit raya. Tahniah abang sebab dapat baby girl. Setelah berjaya membesarkan 6 orang hero, akhirnya puteri yang dinantikan tiba jugak! Tapi tak salahkan abang aku jugak sebab masa dia balik memang tak nampak perubahan pun kat kakak ipar aku tu. Maybe sebab kakak ipar aku tu jenis badan kecik, so kalau mengandung pun tak perasan langsung! Tahu-tahu je dah selamat melahirkan!

NotaTangan: Tak sabar nak jumpa anak sedara perempuan yang baru!

NotaTapakTangan: Gambar anak-anak sedara aku ni tak ada dalam simpanan akulah pulak!

Wednesday, June 29, 2011

Apa Nak Buat?

Assalamualaikum...

Nah...Baru best bila tinggalkan blog lama-lama. Baru excited nak tulis entry baru selepas diperam dengan begitu lama sampai dah masak ranum entry tu. Dan barulah best bila kena buka new tab banyak-banyak sebab nak baca blog orang lain. Bayangkanlah dah hampir seminggu tak online, konon-konon nak tahan nafsu supaya dapat habiskan masa berkualiti bersama keluarga tercinta. Nah kauuuu...Bila dapat online tetiba aku dah bertukar jadi batak jakun sebab boleh online. Terima kasih line internet yang ada problem! Kalau kau tak buat hal, aku rasa mau hari-hari aku update blog! Panjang berjela aku ceramah. Terrima kasih sebab sudi baca ceramah tak berbayar aku!


Seminggu tinggal kat rumah macam heaven sangat TAPI tetap tak dapat nak kawal diri nak online. Streamyx kat rumah ni sengaja nak cari pasal dengan aku supaya aku lupakan dunia mengonlinekan diri sekejap. Mungkin jugak dia nak suruh aku bermesra dengan keluarga dulu. Relaks dari menghadap laptop. Tapi, semalam masa saja nak tengok movie, bar streamyx menunjukkan yang laptop kini boleh connect dengan internet. Happy, terharu dan teruja, terus bukak facebook, blog dan sebagainya. Hasilnya aku tidur pukul 4 pagi semalam. Nasib mak tak bising!

Okay, enough with that.
Nak tulis benda lain sebenarnya, tapi disebabkan geram dah lama tak update blog, maka jadilah begini!

Sepanjang tak onlinekan diri ni, banyak benda aku fikir nak buat sepanjang cuti sampai raya nanti. Antaranya ialah....

1. Penulis Novel
Mampu kau nak jadi penulis novel? Baca novel aku maulah! Tapi dalam streamyx buat hal tu, sempatlah 5 bab siap. Nanti bolehlah hantar kat ALAF 21. Tu pun kalau diorang nak terimalah. Aku kan suka berangan, so novel aku tu banyak cerita pasal fantasi akulah. Tapi aku sure sangat yang novel yang aku tulis tu merapu. Editor tengok pun nanti mesti dia suruh aku buang! Oleh sebab dah boleh mengonlinekan diri, rasanya hasrat nak jadi novelis terkemuka tu macam dah berkubur dah! Tengoklah kalau rajin boleh la sambung balik. Kalau tak, tunggu grad la aku publish novel tu.



2. Kerja
Jealous aku dengar ramai kawan-kawan aku nak kerja masa cuti semester ni. Gee dah jadi assistant baker kat Ipoh. Lepas ni bolehla makan roti King's kat rumah sewa nanti. Tak payah nak susah-susah beli dah. Harapan je la kot ni. Juju pulak dengar-dengar dalam usaha mencari kerja kat Shah Alam. Dia tu lempar kat mana pun boleh dapat kerja! Ju, jangan lupa external aku nanti! Dayang pulak dengar-dengar bakal jadi cikgu ganti. Untunglah bintat-bintat pun boleh kerja lagi. Aku? Aku ingat nak mintak kerja kat kantin jelah. Kurang-kurang ada jugak terisi masa cuti. Kantin JPJ. Ok tak? Asal boleh masuk dalam resume nanti sudah! Maybe next week start dah kot.



3. Jadi Trainer untuk diri sendiri.
Semua sedia maklum yang aku ni jenis spesis adik beradik gajah dan badak yakni mempunyai badan yang besaq gedabak! Maka masa cuti adalah masa yang sesuai nak perbetulkan segala yang tak betul pasal badan ni. Haip haip haip. Kau gila aku nak buat plastic surgery? Banyak duit aku nak membazir! Ingat nak jogging bagi mengurangkan lemak. Namun begitu, nampak gayanya macam harapan tinggal harapan je. Semakin rajin makan, tidur dan menonton televisyen je dari bersenam. Dah tu berjaya ke nak kurus macam ni? Rumah kan tempat paling mudah untuk menaikkan berat badan? Bukak semester nanti confirm akan dengar " mak oit..badan hang, kalah badan gajah kat zoo Taiping nun!". Boleh cenggitu?



4. Blog Pasal Artis Korea.
Yang ni jangan nak buat terkejut pulak. Dalam masa cuti yang panjang ni, aku ingat nak penuhkan entry dalam blog aku ni pasal artis Korea. Artis Korea kan tengah up sekarang ni. Nak-nak pulak aku memang kipas susah mati artis korea ni. Sekarang ni pun tengah gatal je jari nak menaip pasal artis korea. Tapi sabarkan je lah memandangkan banyak benda lagi aku nak cerita dalam ini blog. So, nantikan entry mengenai artis korea tau!HAHAHA...




5.Tolong mak kat rumah.
Ni merupakan cadangan mak sebelum aku mula cuti lagi. Masa aku keluarkan hasrat nak cari kerja masa cuti ni, mak cuba nak membantah dengan cara halus. Mak cakap, "TAK PAYAHLAH CARI KERJA. DOK RUMAH TOLONG MAK. NANTI MAK BAGI DUIT" Tak ke namanya menggoda tu? Dok rumah dan dapat duit. Dapat makan, tidur dan tengok tv sepuasnya? Memang kalahla nafsu nak cari kerja yang membuak-buak tu. Mungkin mak ak persiapkan anak dia yang sorang ni dengan cara melatih untuk menjadi seorang wanita yang sejati? Calon isteri yang paling bagus? Nampaknya kena dengar cakap maklah macam tu. Duduk rumah diam-diam, belajar jadi perempuan, bukan untuk besarkan badan!


NotaTangan : All pics courtesy to google image :)

Wednesday, June 22, 2011

Now I Also Have TUMBLR!

Assalamualaikum...




Minggu lepas (kot?) saja je gatal-gatal suruh si Dayang ajarkan aku guna TUMBLR. Tengok Dayang guna tumblr macam best je. Lagipun aku ni kan suka sangat daftar benda-benda mengarut macam ni. Orang ada, aku pun nak jugak! Tambah-tambah benda free, laaaagi aku suka!

Lepas makan tengah hari, aku suruh Dayang ajarkan. Gee tengok aku buat, dia pun nak buat. Ajarlah Dayang kami berdua cara-cara nak guna Tumblr ni. Memula memang tak faham pun. Main hantam je guna. Tapi selepas beberapa ketika, sudah tahu dah macam mana nak guna.

Tengah syok-syok reblog gambar, si Juju pun nak ada account Tumblr jugak. Dia pun buat. Tak lama lepas tu balik rumah, Jannah pulak nak buat account Tumblr. Suruh aku ajar sikit-sikit. Wah...Taraf tok guru dah aku guna tumblr ni. Siap boleh ajar orang dah! *panggg*

Orang lain semua reblog gambar pasal makanan, fashion, words semua bagai. Tapi aku punya tumblr banyak pasal artis korea. Apa ada hal kan? Gambar jugak! So, this is my TUMBLR!



Tak,Aku Taknak SETH TAN tu,Aku Cuma Nak...

Assalamualaikum...

Dah habis dah kebah semua demam NORA ELENA, aku baru nak sibuk-sibuk cerita pasal tu. Dan macam biasa, aku memang ketinggalan sikit kalau nak update entry yang baru-baru ni. Malas nak berebut dengan blogger lain yang sibuk nak cerita pasal sesuatu benda yang baru.

Nora Elena yang PERNAH popular


Dalam drama NORA ELENA yang diadaptasi dari novel KASIH SUCI tu ramai sangat yang minat, adore dan puja-puja dengan hero cerita tu yakni SETH TAN (sebut setthan bukan setan ye!). Sampai ada yang nak suami macam SETH TAN tu walaupun amat susah dan payah nak jumpa dalam dunia reality kecuali kau hidup dalam fantasi, InshaALLAH boleh dapat! Kawan aku yang belajar kat UUM, yang tak pernah miss cerita ni, yang selalu sangat puja-pujakan SETH TAN tu sampai nak kahwin dengan SETH TAN (kau mampu???), hari-hari update pasal jantan lelaki ni dalam Facebook. Ambik kau penangan SETH TAN a.k.a AARON AZIZ.

Nah gambar SETH TAN masa muda-mudi


Ni gambar SETH TAN sekarang.
Badan tak mahu ketak-ketak lagilah kan?


Muka tak jelas?
Nah, close-up Aaron Aziz!

Tapi, aku takdelah minat nak mampus kat watak SETH TAN dalam NORA ELENA ni. Taknaklah suami yang tak pandai nak tegur isteri walaupun isteri tu dah kurang ajar sangat dan tak pandai jaga maruah suami (refer to how Elena wears skirt but never fails to perform solah) . Bukankah peranan suami adalah membimbing sang isteri? Leave it. Bukan nak buat drama review pun kan? 

Apasal melalut cerita pasal Nora Elena nih??? Dalam kebanyakkan drama, ramai yang minat dengan hero drama tu. Aku pulak macam terbalik. Aku lebih tertarik dengan watak sampingan atau hero kedua dalam drama atau filem. Apasal, jangan tanya sebab spontan suka!

NORA ELENA
Dalam drama ni aku lebih tertarik dengan watak sampingan yang berlakon dalam drama ni. Apa? Eid? Pak Ali? Bapak Nora Elena? Bukan bukan. Aku lebih tertarik dengan MALIK sebenarnya. He is the factor why I'm watching this drama. He is like eyes candy for me! Ya, aku memang suka lelaki yang ada sense of humor ni. Just like Malik in this drama!Even watak dia memang limited sangat, tapi still menarik perhatian aku. Especially masa dia amik gambar sendiri masa Seth Tan nak akad nikah. Awww...He is so adorable!

Look,  how cute he is!
<3 <3 <3

Thanks to this drama, aku kenal Malik a.k.a Shah Iskandar. Kalau tak, haram aku nak kenal lelaki ni! Selain drama Nora Elena, Shah Iskandar ni pun ada berlakon dram Gerak Khas. Dalam drama tu dia pegang watak sebagai seorang Inspektor polis dan jugak sebagai anak sarjan misai tu. Frankly speaking, aku tak pernah pulak tengok dia berlakon dalam drama Gerak Khas tu, tapi lepas ni kenalah jadi penonton setia Gerak Khas sebab my Malik berlakon dalam drama tu ( mintak-mintak ingtlah nak tengok drama ni!). So sekarang aku nak jamu mata kau dengan gambar Malik a.k.a Shah Iskandar ni. Biar kau muntah tengok eyes candy aku ni!

Kacak kan???
(dah aku buat jadi wallpaper lappy dah!)

Innocent-innocent sikit :)

Suka suka suka!!!

Ni macam steward pun ada!

Malik vs Shah Iskandar.
Which one do you prefer?

Siapa-siapa yang teringin nak jadi stalker hubby eh eh boyfriend eh eh silap lagi! Shah Iskandar namanya okay!
Ni Twiter dia. Boleh la nak follow-follow ni. Kalau takde twitter, kau boleh like kat FACEBOOK FANPAGE dia. Sekarang dah nak muntah ke belum? Sabar dulu. Aku ada lagi seorang yang nak dikenalkan kat korang ni. Simpan balik muntah-muntah tu. Telan balik pelan-pelan.

Next person is.....

Presenting, SHAHREDZA MINHAT!!!

PISAU CUKUR
Shahredza Minhat namanya. Dia ni berlakon dalam filem Pisau cukur. Ala, yang Fazura dengan Maya Karin jadi gold diggers tu. Dia berlakon sebagai Faqir. Tapi dia macam hero kedualah dalam filem ni sebab Aaron Aziz(lagi) jadi hero pertama. Masa first time tengok tu tak perasan lagi kewujudan dia ni. Tapi bila ulang tengok lagi sekali baru perasan, "der...hensem mamat ni!"

Masa berlakon filem ni, dia pakai pendakap gigi a.k.a braces. Sweet gila okay! Terus jatuh hati. Tapi aku dah tak tahu dia ada berlakon cerita apa lagi. Tak banyak sangat info pasal Abang Shahredza ni. Ada jugak try google-google tapi tak jumpa. Dari apa yang aku tahu, Shahredza ni kerja sebagai penganalisa pelaburan. Handsome with brain and good career. Memang calon suami dan menantu pilihan ni! Baru-baru ni ada khabar angin cakap yang dia dah kahwin. Melepas mak nak!

Meh aku nak tunjuk gambar dia sikit. Jangan gatal-gatal nak termuntah terberak lepas tengok gambar dia sebab dia hensem tau!

Okay, boleh masuk meminang i sekarang!

Ada style! Takpe, u tetap hensem dimata i!
*panggg!!!*

Dia pakai baju biru.
My favorite color tu!


 Next is....

JUVANA
Ni antara drama yang tengah in. Masa mula-mula iklan pasal drama ni aku macam pandang tak pandang je. Macam tak best je cerita dia. Episod 1 aku memang tak tengok pun. Konon-konon cerita ni pasal cerita budak jahat, so tak mau terinfluence. Takut nanti jadi jahat pulak. Wakkklllluuuuu!!!! Kalau dah baik tu baik jugak. Eh eh. Silap! Kalau dah jahat tu, tak mustahil jadi baik kan?

Masa episod ke-2, aku pergi lepak-lepak kat rumah budak depan yakni rumah si budak Dayang, Gee dan jugak Juju. Oh lupa. Rumah si Paw jugak! Masa ni diorang tengah berkumpul kat depan TV semata-mata nak tunggu cerita Juvana. Ingat hati malas nak layan drama ni. Sekali kauuuu...Aku addicted dah dengan drama ni!

Masa mula-mula tengok drama ni, aku suka tengok Zahiril a.k.a Daim tu. Dalam masa yang sama geram dengan dia yang lembik bak mampus! Benci sangat aku dengan Botak dalam drama tu. Tapi, lepas diteliti balik, aku suka pulak kat botak ni. Lakonan dia sebagai gangster dalam drama ni memang menjadi dowh! Orang semua benci dengan dia sebab dia jahat. Tapi aku suka der!

Lepas tu secara kebetulan hari apa entah tapi masa dekat rumah Gee, aku tengok TV3 pasal jom heboh kat Sarawak kalau tak silap, diorang temuramah Botak a.k.a Johan Asa'ri. Sumpah hensem gila. Rupa-rupanya dia ni pemalu sikit(pada pandangan akulah!). Lagilah meluap-luap aku suka kat dia ni. Hari Isnin lepas dia jadi tetamu dalam Wanita Hari Ini, jugak kat TV3 sempena sambutan hari bapa. Dia datang dengan bapak dia. Fakta terbaru, dia adalah anak datuk okay! Hi bapak mertua! Sweet gila dia masa ni tambah-tambah masa dia cium pipi bapak dia. Sukanya sukanya sukanya!!!!

Tu dia BOTAK..
Sekarang dah ada rambut dah!

Dalam JUVANA, dia jahat gila
Tapi takpe, i tetap suka u!
Tengah jeling Daim letteeewww...

See..Rambut ada tumbuh!
Sebelah dia ialah Apek yang lucu!

Jantan-jantan JUVANA yang hot-hot belaka!
Aku dengan Dayang dah cair tengok men with white shirt
and jeans. Okay, melting lagi!
Mana 1 BOTAK saya???

NotaTangan : Sekarang tertarik dengan hero ke-2 a.k.a watak sampingan. Kenapa entah!

NotaTapakTangan: Ni antara yang aku suka lah. Buat masa sekarang!

Tuesday, June 21, 2011

Habis Exam Pun Masih Tak Best!

Assalamualaikum...

Hari ni secara rasminya aku dah habis exam. Intersesi aku ambil satu paper je, so wajiblah dah habiskan?
Malam ni nak kemas barang-barang untuk balik kampung. Bercuti 3 bulan.

Actually dah habis kemas 1 beg dah, tinggal 1 beg lagi yang nak kena kemas. Ni semua gara-gara mak cakap nak ambil awal pagi esok tapi tak jadi sebab adik aku tak bagi mak drive ke Kedah. Kena tunggu dia balik kerja, dia nak drive ke Kedah ni. Maksudnya disini ialah aku akan balik petang esok dan aku adalah orang terakhir balik ke rumah. Benci tau. Tiap-tiap semester macam tu. Aku orang terakhir balik. Bukan tak suka tapi risau kalau rumah kena pecah ke apa, aku yang kena bertanggungjawab sebab aku orang terakhir keluar rumah.

Malam ni nak kena kemas rumah dengan Jannah. Mop lantai, cuci tandas, buang sampah, cuci peti ais dan segalanya perlu diselesaikan malam ni jugak. Lepas tu boleh kemas barang nak balik kampung. Lepas tu baru boleh online puas-puas sebab tak ada apa yang nak kena fikir masa cuti 3 bulan nanti. Nak kerja, tapi mak tak kasi :'( So akan jadi penganggur yang anggun berjayalah nanti!

Hari ni jawab exam yang paling tak best sekali sebab paper intersesi kali ni SUSAH! Bencilah bila keluar dewan exam, hati tak gembira. Aku dah siap create scene lagi semalam yang lepas keluar dewan bedah exam, aku nak lompat gembira sambil jerit " YAY, DAH MERDEKA! BOLEH BALIK KAMPUNG!". Tapi tadi tak jadi pun sebab frust sangat. Nak menangis pun ada jugak!

Harap-harap result nanti okaylah. Tak dapat A pun takpe, asal jangan dapat C! Aku nak B+ boleh? Hope so lah! Dah, nak lipat baju dah. Jap lagi up entry baru lagi!

Sunday, June 19, 2011

Double Celebration!

Assalamualaikum...

Seperti yang semua orang dah tahu, hari ni ialah hari bapa yang disambut oleh semua anak-anak di dunia bagi meraikan hari bapa mereka. Semalam aku dah post entry pasal HARI BAPA. Nak baca pasal entry hari bapa, pergi rujuk kat sana. Apa-apa pun, selamat hari bapa, Abah!



And this is dedicate to you, Abah!

(courtesy to google image)

Dan hari ini, 19 June 2011 adalah hari lahir mak aku iaitu Puan Hazizah Binti Puteh. Selamat hari lahir mak. Moga diberkati ALLAH selalu. Terima kasih diatas segala pengorbanan yang telah mak lakukan ke atas kak dan adik-beradik yang lain.

Terima kasih sebab sudi melayan karenah akak, sudi dengar masalah akak, sudi kongsikan kegembiraan dan kesedihan dengan akak. Tak lupa jugak, sudi jadi teman gosip akak!

Happy Birthday Mak!
May ALLAH always bless you!


I Want You To Know That
I Always Love You!



NotaTangan: Confirm mak dengan abah celebrate birthday mak and father's day kan! Benci akak tak dapat join!

NotaTapakTangan: Tak boleh tulis panjang-panjang, kena study nak jawab final paper Malaysian Economy selasa ni -_-"


Saturday, June 18, 2011

Encik Halidin Bin Ramli, Saya Sangat-Sangat Sayangkan Anda!

Assalamualaikum...

Pengakuan berani mati. Ucap sayang secara terang-terangan! Kau ada? Ya, aku sangat sayangkan insan yang bernama HALIDIN BIN RAMLI ni sebabnya beliau adalah abah kandung aku!

Presenting you, my abah
HALIDIN bin RAMLI



Tujuan sebenar up entry ni sebab nak ucapkan SELAMAT HARI BAPA dekat abah tersayang, Halidin bin Ramli. Tak, abah aku bukan orang jawa walaupun nama dia macam nak ke arah jawa sikit. Selama ni orang asyik heboh-heboh pasal hari ibu je. Apa hari bapa tak penting ke? Kalau takde bapa yang nak bagi sperma, mana nak cantum dengan ovum nya? Sudah! Mengarut!

Seorang abah yang sempoi dengan anak-anaknya
(gemuknya aku T__T)


Sebenarnya aku tak tahu hari bapa ni berapa hari bulan. Dan seperti jawapan yang selalu kita dengar, takkan nak tunggu hari bapa baru nak ucap dan sambutkan? Hari-hari adalah hari bapa. Okay, fine. Bagi anak yang macam aku ni, aku hanya sambut hari bapa bilamana orang sibuk nak sambut. Faham?

Abah yang sentiasa melayani karenah anak daranya


Tahun ni tak ada hadiah ye abah sebab anakmu yang seorang ni asyik defisit je. Lagi mintak duit dengan abah lagi adalah! Abah aku bukan seorang yang kerja tinggi-tinggi pun. Abah aku hanya kerja sebagai seorang tukang kebun sekolah je. Dia kerja dekat sekolah yang pernah aku belajar sampai aku darjah empat. Lepas tu abah kena kerja kat sekolah menengah pulak. Abah aku hanya sempat belajar sampai tingkatan 3 je kat sekolah King Edward Taiping. Tapi abah, akak tetap bangga ada abah macam abah :)


We are happy family
Really!


Abah aku ni muka je garang, tapi hati dia baik. Semua kawan-kawan aku pernah salah tafsir dengan abah aku ni. Diorang cakap abah aku ni mesti garang. Mesti pernah pukul-pukul anak. Tak. Abah jarang sangat garang-garang dengan kami anak-anaknya. Abah jarang sangat nak pukul anak-anak dia, kecuali memang kami deserve untuk dapat rotan @ hukuman tu. Tapi dalam enam orang anak abah, aku seorang je yang tak pernah kena rotan dengan abah. Mungkin sebab tu aku dengan abah rapat sangat.


Pandai berlakon eh abah!
Bukan berat pun buku tuh...


Abah aku ni jenis seorang yang akan cuba untuk memenuhi setiap permintaan anak-anaknya. Kalau kami adik-beradik mintak duit atau apa-apa barang dekat abah, mesti dia akan tunaikannya. Cepat atau lambat, dia mesti daptkan jugak. Kalau bab makan ni memang abah akan tunaikan. Kata abah, kalau anak-anak abahh teringin nak makan apa-apa, just bagitahu je sebab bab makanan ni tak boleh pandang remeh. Abah jugak cakap kalau nak berhabis untuk makanan takpe asalkan jangan habiskan kat benda yang merapu-rapu. Sebab tulah aku lebih sihat dan kuat! T______T. Kalau adalah yang terkeluar dari mulut cakap teringin makan apa-apa. esoknya mesti dapat. Contohnya aku cakap "teringinnya nak makan rendang pedas kerang...!!!" Esoknya mesti dapat makan. Sayang abah!

Pandai ke abah giling tu?
Tak pernah tengok pun abah buat kat rumah...


Kalau bab melancong ni, aku suka bila abah join sekali. Bukan senang ada bank bergerak yakni abah ni, tapi kalau cakap nak pergi mana-mana mesti abah setuju je asal bukan tempat yang tak sepatutnya. Setakat ni, abah berjayalah bawak kami melancong setiap kali aku cuti semester. Even abah tak ada duit pun, abah akan cuba cari supaya cuti semester aku terisi dengan aktiviti keluarga.

Abah cakap, dulu dia guna lampu ni
Nak imbau kenanganlah tu...


Abah aku tak belajar tinggi pun tapi abah pandai speaking. Aku rasa aku okay sikit speaking ni pun hasil dari tunjuk abah jugak. Kadang-kadang kat rumah aku dengan abah akan speaking sampai mak marah-marah jugak. Mak marah sebab kadang-kadang dia tak berapa faham sangat apa yang kami cakapkan :). Bila time exam, abah dan maklah paling kerap dengan aku. UPSR, PMR, SPM sampailah STPM. Bila exam je diorang akan temankan aku study. Sampaikan tidur pun bertiga ( aku nyibuk tidur bilik abah dan mak ).

Kukur kelapa eh abah?
Nasib tak patah bahan pameran tu abah duduk!


Bila masuk Universiti ni, dah tak boleh dah buat macam dulu. Tapi still aku atau abah akan call setiap malam. Tanya perkembangan. Bila result keluar, abah dan maklah yang lebih gelabah dari aku. Alhamdulillah diorang berdua tak pernah nak down-downkan aku kalau result aku tak memberangsangkan sangat. Diorang tetap bangga dengan aku. Lepas exam, selalunya aku akan call abah cakap aku dah habis jawab paper bal bla bla. Abah mesti akan tanya " macam mana? boleh jawab? takpe dah buat yang terbaik. doa je lepas ni. tawakal tau". Bila dapat result pulak, " Okaylah tu. Syukurlah. Semester depan buat yang terbaik tahu" Terima kasih abah sebab terus yakin dengan akak.

Muka abah memang tak mau masam lagikan?
Konon-konon taknak ambil gambarlah kan?


Kalau nak ceritakan pasal abah aku ni, berentry-entry pun tak habis rasanya. Cukuplah serba sedikit tentang abah aku yang aku ceritakan kat sini. Apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini ialah aku sayangkan encik HALIDIN BIN RAMLI sampai mati. Selamat hari Bapa, Abah.


Patu datang dekat nak ambil gambarkan?
Apa-apa pun, akak sayang abah sangat!


Terima kasih abah atas segala pengorbanan yang abah dah buat kat akak dan adik beradik yang lain. Kami semua sangat SAYANGKAN abah!


NotaTangan: Gambar semua dari sumber yang sama. No wonder abah pakai baju yang sama je!

Finally, Result :) Praise To Allah S.W.T

Assalamualaikum...

Hari ni result exam for degree students dah keluar. Berdebar je nak tunggu result keluar sebelum ni. Bayangkan je lah sepanjang waktu exam berlangsung, macam-macam hal jadi. Bukanlah hal yang teruk-teruk pun.

Serious nervous okay!


Exam semester 4 ni memang aku dan rakan-rakan seperjuangan sangat malas. Makan, tidur je kejanya. Kalau hari takde exam, mesti tidur sampai tengah hari. Dah tu bangun, makan. Tunggu beberapa jam, tidur balik. Malam baru gelabah nak study-tak-cukup-hari-nak-habiskan-chapter -_-.

Hobi paling best ialah tidur.
Tak kira masa exam atau tidak -__-



Terus-terang aku cakap, sepanjang exam semester 4 ni, aku memang sangat malas! Tunggu nak habis paper lepas tu nak balik rumah. Kadang-kadang rasa macam fade-up pun ada jugak nak belajar ni. Aku memang macam ni setiap kali exam. Lepas habis semua paper, baru gedik-gedik nak gelabah. Nak-nak pulak nak dekat keluar result. Tapi, makan tetap mak lalu okay!

Result kali ni lain sikit. Sebabnya result keluar masa aku kat rumah sewa. Banyak jugak cabarannya sebab mesti kena jumpa kawan-kawan lepas tu cakap pasal result  -_-.  Sebenarnya result dah keluar tepat pukul 12 malam semalam via email. Aku memang rancang taknak tengok result lagi kononnya. Nak tengok lepas makan tengah hari esok. Takut result tak memberangsangkan, kang tak lalu nak makan pulak. Tengok, makan tetap penting untuk aku!

Selagi tak tahu result, selagi tu fikir pasal tu

Lepas aku tengok Running Man which is Korean variety show tu, aku on MUKABUKU aku. Saja nak tahu perkembangan semasa dunia hari ini (pang!!!), dekat home aku appear pasal kegembiraan kawan-kawan aku. Antaranya " Alhamdulillah", "Praise to Allah", " Terima Kasih", dan sebagainya. Pelik jugak aku. Apehal pulak diorang ni kan? Bukan esok pukul 9 pagi baru keluar result ke?

They (friends) push my panic button when it comes to result
hate that feeling ever!


Jari-jari aku ni dah gatal taip YAHOO dah. Siap dah sign in lagi sebab yakin yang result dah keluar dah. Tapi aku cancelkan niat dan teruskan menonton Running Man. Bukan apa, takut tak boleh tidur pulak kalau result tak meriah. Lepas habis tengok Running Man tu, aku sign in account YAHOO. Aku mesti tengok jugak atau aku tak boleh tidur fikirkan result aku. Sooner or later, aku tetap kena tengok result aku kan? Tawakkal. Itu yang abah pernah pesan dekat aku.

Ni bukan YAHOO yang kau seronok lalu melompat tinggi tu
Ni yahoo yang UiTM hantar result kau!


Masa dah nak keluar result kat screen lappy ni, aku dah pejam mata dah. Takut tak boleh nak terima kenyataan. Bayangkanlah, sebelum result keluar, ramai yang cakapsemester ni ramai fail, kena repeat. Mana tak cuak aku dengar. Jawab exam pun yakin tak yakin je, macam mana nak result gempak sangatkan? Local Government, carry mark aku antara yang terendah kot. CSC pulak aku macam tak belajar apa-apa. Organization Behaviour aku hurai entah apa-apa. Policy Analysis selalu dapat ala kadar je. Ethics in Organization lecturer bersalin, 2 bulan tak ada kelas. Belajar sendiri. Mandarin pulak aku memang tak faham, main bantai je setiap kali test dan exam. Dah tu macam mana aku tak cuak???

Aku kena jugak tengok apa yang aku dapat. You get what you give. Aku dapat apa yang aku buat dalam exam. Dan, Alhamdulillah. Keputusan aku taklah teruk sangat. Better dari semester lepas. I think I deserve to get the result. Dengan usaha aku yang tak seberapa dan dengan banyak tidurnya. Syukur dengan apa yang aku dapat. Walaupun tak tergolong dalam golongan dekan tapi tetap bersyukur dengan result yang aku dapat :).

Tengah hari tadi memasak kat rumah budak depan yakni rumah Gee, Dayang dan Juju sebab gas kat rumah dah habis! Terima kasih. Masa ni budak-budak ni tak check result diorang lagi sebab katanya tak boleh check dan nervous. Sebelum tu Jannah, housemate aku pun tak check result dia lagi sebab nervous jugak. Tapi Alhamdulillah, semua kami lulus tanpa perlu repeat apa-apa paper pun. Tahniah jugak buat Dayang sebab maintain Dean list dan lebih bagus resultnya dari semester lepas. Lepas ni tolonglah ajar kakakmu yang seorang ni naik untuk dean list pulak!

Friday, June 17, 2011

Selamat

Assalamualaikum...

Seperti yang dinyatakan pada entry semalam, hari ni aku selamat dah jumpa dentist yang nak merawat gigi aku yang sakit tenat ni. Macam-macam halangan sungguh nak jumpa dentist ni.

Habis kelas tadi, ajak Yaya pergi bandar Sungai Petani. Nak ajak jumpa dentistlah takkan nak ajak shopping dikala zaman kegelapan duit ni kot kan? Lepas makan dan ambil Juju dan Gee kat rumah, kitorang bergerak ke Bandar Sungai Petani tu. Cuak jangan cakaplahkan. Serba-serbi aku tanya si Gee pasal cabut-cabut gigi ni sebab dia dah ada pengalaman lepas. Soalan yang aku tanya pun macam tak berapa nak logik sangatlah. Nak hilangkan cuak punya pasal ni.

Masa sampai Bandar Sungai Petani tu, papa Yaya call cakap tokwan Yaya sebelah bapak dia dah meninggal (Innalillah...). Serba salah jugak aku masa ni. Yaya cakap dia nak balik Selangor petang tu jugak lepas settle aku jumpa dentist ni. Serba salah der aku ni. Last-last sekali suruh dia balik kemas barang dan aku ajak Sarah datang Bandar Sungai Petani ni.

Kitorang yakni aku, Gee, Juju dan Jannah bermastautin dekat rumah Yaya dulu sementara tunggu dia kemas barang dan hantar kami pergi rumah Sarah. Tapi Sarah pulak tak jadi pergi sebab dia rasa mengantuk lepas derma darah kat UiTM tadi. So Gee lah yang bawak keretanya. Nasib kereta auto so Gee boleh la bawak. Mula-mula hantar Jannah balik rumah dulu then hantar Yaya ke tol Sungai Petani Utara.

Habis semua benda-benda tu barulah pergi klinik gigi Dr. Husnizain kat bandar. Korang tak payah susah-susah carilah Dr ni sebab dia ada kat Sungai Petani je kot! Masa tunggu giliran tu, ada seorang India yang tunggu sebelum aku dan selepas aku pulak makcik melayu seorang. Kiranya tak ramailah kan? Tapi, aku, Gee dan Juju boleh pulak buat havoc dalam klinik gigi tu. Nasib tak kena halau je. Siap camwhore guna handphone Juju segala.

Then masa India sebelum aku tu masuk, aku dah mula rasa cuak dah. Nak gelak pun dah macam tak ikhlas dah. Semuanya sebab takut nak mampus. Aku ni memang fobia sikit dengan doktor ni. Tapi kalau doktor hensem takpe! Juju dan Gee cuba jugak buat lawak, dan aku macam biasa mestilah gelak macam klinik tu ada share dengan bapak aku kan!

Lepas je India tu keluar, automatik pulak aku, Juju dengan Gee bantai gelak. Bukan gelakkan IIndai tu tapi gelak sebab aku yang nervous nak masuk jumpa doktor gigi tu! Kalau India tu silap faham, maunya dia panggil geng kasi hempuk kami ni! Masuk-masuk dalam bilik tu, doktor tu pandang belakang ( nak buat suspen letteeww!). Sekali dia tengok depan, not badlah doktor ni. Dan....Dia masih kenal Gee yang datang cabut gigi dekat dia setahun yang lepas!

Masa dia nak tengok-tengok gigi aku tu, dia tanya yang mana yang sakit then dia decide kena cabut. Aku dah agak dah kena cabut punya gigi aku ni. Masa dia cakap " tahan sikit ya. Ni sakit sikit. Nak bius ni", aku angguk je lah. Tapi sebelum tu sempat jugak tanya sakit ke tak dan semestinyalah dia cakap TAK SAKIT kan. Kalau dia cakap sakit, mestilah ramai yang lari tak nak jumpa doktor gigi! Lepas je dia cakap macam tu, dia suruh tunggu. Gee tanya jugak yang doktor tu dah cucuk ke belum dan aku jawab aku pun tak pasti tapi mulut dah rasa kebeas dah. Juju cakap dah inject dah. Biar betik! Tak rasa apa pun. Tak rasa sakit macam yang Gee cakap pun!

Lepas dia biar aku tengok TV 15 minit macam tu dia datang suruh nganga luas-luas. Yang aku tahu dia goyang-goyangkan gigi aku dan pufff...keluar dah gigi aku! WhatTheFact??? Macam tu je ke? Tak sakit rupanya :) Buat penat aku je cuak, gelabah nervous semua tau (padahal sebelum cabut gigi, muka macam tapai basi dah!). Lepas je dia cabut, boleh pulak doktor tu cakap kena operate gigi aku ni. Apa hal pulak dengan gigi aku sampai kena operate bagai ni. Rupa-rupanya nak prank je. Cis cis cis! Nak melawak sangat lah kan!

Keluar dari bilik doktor tu, kami bantai gelak lagi. Dah la gelak kuat-kuat. Pesakit-pesakit lain tengok kami pun hairan. Macam nak marah pun ada! Ye lah, orang selalu keluar dari bilik doktor muka mesti ada riak-riak sakit. Ni tak, gumbira suka ria semua muka!

So disini aku nak buat confession yang cabut gigi itu adalah tidak sakit selagi doktor gigi itu hensem beri bius pada kau!


NotaTangan: Nervous dan cuak jugak untuk esok sebab result keluar esok! Wish me bst of luck tau! TQ :)

Thursday, June 16, 2011

Dear Dentist, Please Be Kind With Me. Please....

Assalamualaikum...

Esok nak pergi jumpa kekasih doktor gigi jugak. Muktamad. Titik.

Dah buat keputusan dah nak pergi jumpa doktor gigi esok walaupun gigi dah kurang rasa sakit. Biarlah sakit sikit, asal tak sakit selalu ( eh, betul ke ayat aku?). Merana oi sakit gigi ni. Nak menangis je rasanya. Nak bercakap pun tak mau dah!

Esok nak ajak Gee teman pergi jumpa dentist tu. Hopefully tak sakitlah sebab aku ni memang penakut banyak. Semalam google pasal sakit gigi. Ngeri jugak rupanya sakit gigi ni. Kalau tak jumpa dentist secepat mungkin, maybe later on akan beri kesan dekat saraf, mata, dan sebagainya. Simpang!!! Dari merana sakit benda lain, lebih baiklah sakit cabut gigi je.

To dentist who will treat me tomorrow, PLEASE BE KIND WITH ME kalau tak nak merasa tamparan wanita aku. Aku kalau sakit memang diluar kewarasan akal sikit. So be careful lah esok!

Rawat gigi aku elok-elok tau esok wahai Dentist!

Tuesday, June 14, 2011

S A K I T G I G I !!!!!!!

Assalamualaikum....

Hari ni aku menderita sangat. Bukan menderita kena penyakit kronik pun. Mokkk..Simpang! Menderita sakit gigi je. Tapi pergh...Penangannya macam nak bagi penampar kat semua orang je!

Actually sakit gigi dah lama dah. Dah dekat seminggu dah. Tapi biasalah, sekejap sakit, sekejap okay. Bila okay, tak teringat pun nak pergi jumpa doktor gigi. Konon-konon dah sihat la. Padahal, dasar penakut nak jumpa dentist! Bila sakit mula la tak sabar-sabar nak jumpa dentist yang hensem pulak!

Takut nak jumpa dentist sebab dengar cerita dari kaan-kawan dan family yang nak cabut gigi ni SAKIT! Aku ni pulak memang fobia bila orang cakap sakit ni, terus mati niat nak jumpa dentist semua ni. Cerita dari kawan aku, Gee, berdasarkan pengalaman dia sendiri yang cabut gigi ni agak sakit. Bayangkanlah, sampai 3 kali doktor gigi cucuk ubat bius tu kat dia. Lagi la ketar nak jumpa doktor gigi. Tapi dia cakap sakit lepas cabut gigi lagi tak sama macam sakit gigi sebelum cabut. Sebelum cabut gigi lebih sakit dari selepas cabut gigi. Faham tak?

Pagi tadi pergi kelas memang tak ada mood langsung. Macam aku pergi kelas for nothing. Orang buat discussion, aku pulak merana sakit gigi. Nak bercakap pun macam nak tak nak je. Orang buat lawak pun, gelak tak ikhlas dah. Rasa macam nak bagi penampar kat semua orang dalam kelas je tadi. Tak pasal-pasal pulak nak bagi penampar kat orangkan?

Balik rumah terus call mak cakap sakit gigi ( dasar anak manja tak sedar diri aku ni!). Mak ada bagi petua sikit bagi hilang sakit gigi tu. Mak cakap balik Taiping nanti dia bawak jumpa dentist. Nervous aku nok! So, selama seminggu ni kenalah bertahan dulu. Sebab minggu depan lepas habis exam, terus chow balik kampung! Tadi tengah hari pun Dayang dah bawakkan ubat sakit gigi. Makan ubat tu okay jugaklah, hilang sekejap tapi lepas tu sakit balik. T.T

Hari ini kiranya dalam sejarah jugaklah sebab online semata-mata cari tips macam mana nak hilangkan sakit gigi. Ada yang suruh tumbuk bunga cengkih la, kumur air garamlah, gosok gigi campur dengan garamlah, macam-macamlah. Aku try jugak kumur air garam tu. KURANGlah sikit sakitnya, tak HILANG pun. Tapi kalau tak tahan sangat, lepas ni memang kena pergi jumpa dentist tanpa bantuan mak!


Aku tengah sakit gigi ni,
baik jangan cari pasal dengan aku!!

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...