Pages

Tuesday, May 31, 2011

Dah Tak kusut...

Assalamualaikum...


Sebelum- sebelum ni aku memang serabut dengan yang namanya "KERJA". Kawan-kawan aku semua kalut nak cari kerja bila habis sem ni. Yelah, cuti 4 bulan mestilah perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Tambah jugaklah pendapatan kan? Kiranya ramai jugaklah kawan-kaan aku yang dah ada pengalaman kerja.


Tapi aku ni lain sikit dari kawan-kawan aku. Aku tak ada pengalaman langsung dalam bab-bab kerja ni. Memang kalau orang tanya aku, ZEROlah! Bila dengar pengalaman kawan-kawan aku berkerja masa cuti semester, teringin je nak cari kerja jugak. 


Masalahnya mak aku agak keberatan nak bagi aku kerja time cuti. Mak lebih rela bagi aku duit poket dari aku pergi kerja masa cuti semester. Kata mak, masa cuti ni lah nak berehat, luang masa dengan family. Bila dah ada kerjaya tetap nanti, dah tak boleh nak merasa semua ni dah. Tu cakap mak lah. But bila fikir-fikir balik, macam betul jugak. Masa cuti semester ni lah nak bermanja-manja dengan family. Mungkin jugak mak bosan tinggal kat rumah sorang-sorang. Bila anak cuti, anak gatal nak cari kerja pulak.








Tapi bila masuk kelas, lecturer ramai yang suruh pergi cari kerja bila cuti semester. Tujuannya supaya nanti ada pengalaman. Boleh masukkan dalam resume bila nak cari kerja. Yup, betul. Pengalaman tu penting. Encik Mie selalu pesan dan cakap yang kebanyakkan company will hire someone who has work experience rather than who does'nt have any experience. Sentap mak nak bila encik Mie cakap macam tu. Habislah aku. Aku langsung-langsung tak ada pengalaman kerja. Which company want to hire me if I dont have any experience?












Lepas je Encik Mie cakap macam tu, aku jadi macam tak senang duduk. Asyik fikir je. Boleh ke aku dapat kerja lepas grad nanti? Ada ke company yang nak gajikan aku nanti? Mampu ke aku nak bersaing dengan graduan-graduan yang nun jauh lebih baik dari aku? Serabut meh bila fikir balik. Kadang-kadang rasa macam tak berkelayakan je.


Bila sembang bab praktikal pun aku serabut jugak. Dah tak ada pengalaman berkerja, nak cari tempat praktikal pun jadi masalah kat aku. Kawan-kawan lain semua macam dah perancangan nak praktikal kat mana. Aku pulak masih terkapai-kapai nak cari tempat praktikal kat mana. Cadangnya nak cari dekat Taiping je. Banyak faktor pendorong yang buat aku nak cari tempat praktikal dekat Taiping. Antaranya, dekat dengan keluarga, kos sara diri rendah, tak payah susah-susah pasal sewa, bil dan kos pengankutan dan dapat duit poket! Tapi kat Taiping tu company apalah yang ada sangat. Harapkan Taman Tasik dengan Zoo je lah. Zoo? Mungkin aku mintak praktikal kat zoo je lah!


Ada jugak yang cakap kalau nak cari tempat praktikal, dalam resume kena letak work experience. matilahmaknak! Aku mana ada pengalaman langsung. Tak kan nak menipu dalam resume kot? Memang tak ada ethics! Tapi selepas mengadakan diskusi semasa makan tengah hari semalam bersama housemate aku, si Jannah yang jugak non experience worker just like me, dia cakap praktikal ni wajib. diulangi, WAJIB kepada semua pelajar. Tak kiralah kau ada pengalaman ke tak, kau kena jugak praktikal. Faham tak?


Bila fikir-fikir balik,macam betul je. Aku tengok ramai jugaklah orang yang aku kenal yang tak ada pengalaman kerja tapi elok je dapat praktikal. Contohnya, sepupu aku merangkap anak maksu aku. Anak-anak dia sorang pun tak ada pengalaman kerja sebab maksu aku ni pun sepesen dengan mak aku jugak. Keberatan nak bagi naka-anak jkerja time cuti. Tapi elok je dapat praktikal. Anak jiran depan rumah aku pun sama. Jangan kan kata nak pergi cari kerja time cuti, nak keluar rumah jumpa kawan-kawan pun susah. Tapi dapat je tempat praktikalnya. Aku rasa semua ni bergantung kepada rezeki masing-masing jugak.


Kesimpulannya disini ( macam buat karangan bahasa melayu je!) masa cuti nanti aku akan cuba cari kerja part time. Kalau dapat, aku kerja. Kalau tak dapat, aku akan bercuti sakan membesarkan anak lemak kat rumah je T___T. 




NotaTangan: Esok nak pergi Ipoh! Kenapa? Tunggu entry akan datang (~_^)v


NotaTapakTangan: Sapa nak bagi kerja? Sila bagitahu!

Sunday, May 29, 2011

:: Our Sweet Memories Will Never Dies ::

Assalamualaikum...


Mokkkk.....Sekali tajuk bahasa inggeris tapi isi bahasa melayu jugakkk....
Semalam dah selamat dah kawan aku bersanding. Tahniahlah dah bersanding jugak akhirnya. Wuwuwuwu...Nak menangis je sebab kawan baik dari kecik dah bersanding. Hari ni kenduri belah pihak lelaki pulak, tapi aku tak pergilah sebab kena bersiap nak balik ke Sungai Petani pulak. Kalau nak diikutkan boleh je nak pergi, tapi segan pulak sebab ramai yang mengikut. Kalau kenduri kat rumah dia boleh je aku mencelah-celah sebab dah biasa dah. Kalau kat rumah orang aku nak mencelah celah mana?


So, bagi menampakkan yang aku still concern dengan dia, aku telah menghantar mak dan kakak angkat aku untuk mewakilkan aku menghadiri majlis menyambut beliau. Panjang benau ayat! Mak cakap masa diorang nak balik, Aliyah menangis. See. Kalau aku pergi tadi, mahu jadi drama berbabak-babak nanti. But, bukan jauh sangat pun rumah mentua Aliyah dengan rumah mak Aliyah. 10 minit dah boleh sampai rumah dah. So, jangan nak over sangat!


Tapi sedih jugaklah. Lepas ni kami berdua dah tak boleh nak bebas-bebas sangat dah. Eh, bukan kami berdua. Dia je tak boleh bebas-bebas dah sebab dah pegang title ISTERI. Aku belum, takpelah! Lepas ni kalau nak keluar, kena tunggu permission from her hubby. If her hubby said NO, so no outing with her lah! Sedihnya sebab lepas ni kena mengedate sorang-sorang tanpa teman. Lepas ni dah tak boleh gila-gila selalu sebab dia dah jadi menantu orang!


Ni antara gambar kahwin yang sempat aku ambil. Dalam jadi pengapit pun sempat je aku nak bergambar! Apa peduli? Tak bergambar di majlis orang, macam tak lengkap je!


Malam berinai. Berinai simple-simple sudah sebab tak
ada yang nak mengukirnya!


Gambar aku wajib ditempek sebab blog aku kan?


Lepas tempek gambar aku, barulah boleh
tempek gambar pengantinnya...



Kasut. 
Takkan baju pulak kan?



Dia mai dah....
Dia mai dah...


Masa bersanding.
Jangan focus kat muka yang masam sebab panas!


Ohh, aku bukan sedang menangis tapi sedang
menahan peluh dari terus menitis.


Hope you happy ever after, Aliyah.


Aku tak tahu apa motif kakak aku ambil gambar ni.
Sumpah, memang tak berbakat jadi pengapit!
Tapi, berjaya jugak aku mencelah kat ruangan yang sempit itu.
Apakah aku sudah kurus sikit? Ttteeetttt........



Nak jugakkkk mencelah...
Oit abang askar, jangan nak garang sangatlah!
Ce senyum sikit...



Murah rezeki hang Yah.
Suami rendah dari hang!


Ni pengalaman pertama aku jadi pengapit orang ni. Terima kasih kepada Aliyah sebab bagi peluang kat aku jadi pengapit dihari persandinganmu. Hahaha...Ayat tak mau jiwang sedih lagikan? Gelabah aku masa rombongan dari pihak lelaki datang. Confuse sebab tak tahu nak bawak Aliyah turun ke tak. Kakak ipar Aliyah jerit kat aku dari bawah suruh bawak turun Aliyah sebab nak sambut pengantin lelaki. Dah aku bawak turun, kipas pulak lupa nak bawak sekali. 

Naik kat atas pelamin, aku tak tahu mana nak suruh Aliyah duduk. Belah kanan atau belah kiri? Nasib baiklah betul keduduk pengantin tu. Tapi nak masuk kat ruangan tepi pelamin tu macam tak cukup je untuk badan aku ni. Tapi mak dengan gagah perkasanya telah mengalihkan pasu bunga tu. See, berjaya jugak aku meloloskan diri berdiri disebelah Aliyah! Berpeluh jangan nak cakaplah kan. Sampai kipas untuk pengantin tu, aku buat kipas diri sendiri! Amik kau, sapa suruh tak pasang kipas banyak-banyak??

Habis bersanding, Dorang nak makan beradab pulak. Selalunya, pengapit makan sekali pengantin kan? Tapi aku dengan segan silunya tak makan sebab malu! Perut bunyi lagu selamat pengantin baru pun aku boleh buat tak dengar je. Nak cover malu punya pasal! Call abah suruh simpan lauk kenduri sikit sebab abag jadi tukang masak, tapi hampa bila bah cakap lauk dah habis! Cuak jugak aku tapi mak awal-awal lagi simpankan lauk untuk aku. Sayang mak!

To Aliyah,

Selamat Pengantin Baru, Sayang.
Moga kekal hingga ke anak cucu.
Persahabatan kita tak akan pernah putus walaupun hang dah berkahwin dulu dari aku tahu!
Apa-apa pun, aku sayangkan hang!

We are beautiful kan?!
Hahaha...
Love this pic.

Friday, May 27, 2011

:: I'm Home Just For You ::

Assalamualaikum...


Secara rasminya hari ini aku bermalam dirumah aku a.k.a kampung halaman nan tercinta! Ayat mintak penampau  je bila baca kan? Tapi siryes happy gila bila balik kampung walhal baru 2 minggu lepas balik! Memang jenis bangsa tak boleh nak berenggang dengan keluarga, macam ni lah. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah hingga ke tingkatan enam, memang tak dapatlah nak merasa tinggal kat asrama bagai ni. Mak aku tak bagi. Nah, bila masuk universiti, tau pulak nak kena berpisah tapi tak boleh lama-lama.


Bila fikir-fikir balik, aku rasa tindakan yang mak aku dengan abah aku buat tu betul jugak. Selagi boleh bersama dengan anak-anak, baik luangkan masa bersama. Bila anak-anak dah besar panjang, dah sambung belajar ke, kahwin ke, masa tu boleh la nak berpisah. Lagi satu, kalau tak pernah berenggang dengan family ni, anak-anak insyaALLAH tak lupa dekat family. Buktinya aku sendiri. Pantang tak balik lama sikit, mula lah homesick padahal tiap-tiap malam call menyembang dengan boyfriend mak. Udohhhh...Menyimpang dah. Bukan nak cerita pasal hal-hal keluarga yang sebenarnya pun!


Semalam semua kawan-kawan dah bersiap-siap balik kampung masing-masing. Lepas habis je kelas petang semalam, sunyi sepi dah. Tinggal aku, Jannah dengan budak depan rumah, Dayang. Sebab Dayang ni tinggal seorang dah akan balik hari ni, aku ajaklah dia tidur sekali. Kalau dah ada teman tidur tu, orang mengusik kata ada makhluk halus berkeliaran pun dah tak takut. Cuba tidur seorang. Mahu sepanjang malam aku tidur bukak lampu. Biar banyak sikit bil elektrik yang nak kena bayar bulan ni!


Bila tidur berdua ni, banyak la benda yang nak bersembang dan bergosip. Tidur dengan Dayang semalam pun hampir pukul 4 pagi jugak lah. Ini semua gara-gara bersembang sambil main game dan tak lupa jugak sambil menonton drama korea yang terbaru yang macam best tu ( berapa banyak perkataan yang entah?). Lepas tu gelabah ak tidur sebab takut esok pagi tak sedar diri dari tidur pulak. Eksited nak balik pagi-pagi. Bangun pagi tadi pun dekat-dekat pukul 9 pagi jugaklah sebab Jannah call pakcik teksi suruh datang ambil pukul 10. Dayang pulak balik dengan BFnya naik bas pukul 2. So kitorang balik dululah.


Pakcik teksi yang datang ambil aku dengan Jannah tadi, sumpah gila baik. Dah la peramah, murah lagi. Sayang pakcik teksi tu lebih sikit dari pakcik-pakcik teksi yang lain ( boleh macam tu?). Sampai Kamunting lebih kurang pukul 1 tengah hari macam tu lah. Call mak dengan abah, tanya boleh ambil ke tak. Jannah pulak call abahhnya suruh datang ambil. Owh, memang lari dari tajuk. Sebelum berlari lebih jauh, entry kali ni nak cakap yang aku balik kampung sebab nak meraikan hari bahagia besties aku, Alieyah yang bakal naik pelamin sabtu ni. Haaa..barulah boleh merapu balik lepas cakap tujuan buat entry ni!


Masa masuk dalam kereta, mak bawak kucing aku si Putih sekali. Pelik jugak tetiba mak bawak kucing jalan-jalan ni. Masuk kereta je mak ajak pergi cari kedai jual baju kurung. Ini menimbulkan tanda tanya nih!


Mak   : Kak, nanti pergi kedai jual baju kurung jap.


Me     : Nak buat apa mak? Bukan mak dah banyak baju ke?


Mak   : Bukan untuk maklah. Untuk hang. Ada ka baju nak pakai kenduri Yah nanti?


Me     : Bukan baju yang kak upah jahit tu ada kat rumah ke?


Mak   : Hang nak buat opera cina ke kat kenduri Yah nanti? Besaq gedabak baju tu. Pi cari lainlah.


Me     : Yay! Sayang mak lebih banyak dari biasa!


Balik rumah, rehat-rehat jap, mak ajak pergi rumah Yah. Tolong apa-apa yang patut. Aku? No hal sebab kat rumah takde buat apa lepas tu cerita kat Astro pun macam tak best je, so on lah pergi rumah Yah yang hanya mengambil masa 3 minit berjalan kaki. Wakluuuuu....macam jauh benau rumah Yah dengan rumah aku padahal sebelah rumah je kot! Tapi, pengantinnya tak ada kat rumah sebab kerja. Kakak-kakak ipar Yah semua dah panggil aku pengapit pengantin *blushing*. Cakap lepas ni turn aku pulak. Ek? Masinlah mulut diorang! Okay, gatai!

NotaTangan: Entry tak mau panjang lagi kan?


NotaTapakTangan: Baru perasan yang entry ni tak ada gambar langsung! Fine!


NotaJariJemari : Nanti update pasal kenduri Aliyah pulak!

Wednesday, May 25, 2011

::Selamat Berkahwin ALIYAH ABDUL RASHID ::

Assalamualaikum....


Semalam kawan aku sejak dari umur 7 tahun, sudah selamat menjadi isteri seorang lelaki (yelah lelaki, takkan perempuan pulak kan?). Maaflah Yah, aku tak ingat nama suami kau apa. Anuar ke apa entah namanya. What ever lah but yang penting semoga berbahagia disamping suami tersayang.


Sedih jugaklah sebab masa dia akad nikah semalam aku tak ada dengan dia. Nak buat macam mana kan? Dah aku ada dekat Sungai Petani ni study, tak dapatlah nak balik Perak dalam masa sehari lepas tu balik pulak Sungai Petani ni dalam masa sehari. Melainkanlah aku ada transport sendiri. Memang aku balik jugak sebab nak meraikan hari kebahagiaan kawan aku ni.


Meets Aliyah.
Say Hi to her cepat!



Kau tak payah nak tengok muka aku yang pelik tu.
Focus pada tajuk utama kali ini, ALIYAH.


Aku dah berangan-angan dah sebelum ni yang bila dia akad nikah nanti, aku nak duduk sebelah dia sambil menangis-menangis (over!) macam dalam drama tu. Selalunya tengok dalam drama, heroin yang nak kawin, mesti kawan-kawan dia yang over menangis bagaikan? Aku nak la menyibuk a.k.a mempopularkan diri jugak kat majlis kawan aku! Mana tahu kot-kot ada makcik-makcik kat kenduri tu nak jadikan aku menantu ke (gatal!), borang masih kosong ni!

Macam nak menangis je bila kawan aku sejak kanak-kanak tak tahu membaca lagi ni dah kahwin. For your information, ALIYAH ni tua setahun dari aku. To be exact, she older than me just only for 6 month. Kalau dia lahir lewat 17 hari, surely she will be same age with me. ( Jadah apa berspeaking tunggang langgang nih??). Sebelum dia ditunangkan lagi memang aku dengan dia dah berangan macam-macam pasal hal-hal kahwin ni. Tup tup dia yang kahwin dulu dari aku. Takpelah. Mungkin seru dia bertemu jodah dah sampai. Aku ni kenalah sabar menanti kan? Tetiba cerita sedih aku pulak yang ditulis. Apakah?

Pagi tadi masa tengah jawab test untuk subjek Malaysian Economy, ALIYAH text aku cakap gambar dia akad nikah dah diuplode dalam FaceBook. Dia suruh aku tengok gambar dia kat situ memandangkan aku tak ada masa dia akad nikah ( padahal aku paksa dia ambik gambar tunjuk kat aku). Lepas habis kelas, balik rumah terus online semata-mata nak tengok gambar dia akad nikah. 



Ni masa upacara batalkan air sembahyang.


Ciuman dari seorang suami untuk seorang isteri 
(ayat nak sastera bagai!)



Called her Mrs. Aliyah
Not Miss Aliyah anymore


Sweet bride.
Congrats besties for your wedding.


Kenduri pihak perempuan akan diadakan hari sabtu ni. Esok aku dah balik kampung sebab nak pergi kenduri dialah. Melampaulah kalau kawan dari kecik kahwin pun tak balik. Nak-nak pulak jarak rumah sekangkang  kambing. Kalau kentut pun boleh dengar sampai rumah dia. Mak pun dah bising-bising tanya bila aku nak balik. Mak aku ni over tau! Bising-bising tanya aku nak balik bila padahal bukan aku yang nak kahwin. Ni mesti kes berangan aku yang kahwin letteww! Sabar mak, 4 tahun lagi akak kahwin. Mak carikan. Mak sponsor kenduri kahwin akak. Ni kalau mak baca confirm tak suruh aku kahwin. Menyusahkan!

Dan aku boleh berangan yang aku akan kahwin pada hari Aliyah kahwin sebab mengikut rancangannya, aku yang bakal jadi pengapitnya. Kalau tak jadi pun tak apa, boleh la aku camwhore puas-puas kat majlis orang nanti. Nyah, dasar muka tak malu aku ni! 

Masa tengah tulis entry ni, ramai dah kawan-kawan aku dah kahwin balik kampung. Homesicklah, abang nak kahwinlah. Aku? Kena tunggu esok sebab kebarangkalian bas untuk aku balik kampung tak ada. Terpaksalah bermalam lagi semalam kat Kedah ni. Kalau ada transport sendiri, tanpa segan silu aku balik kampung habis kelas tadi!

For ALIYAH,

SELAMAT PENGANTIN BARU

MOGA BERBAHAGIA BERSAMA SUAMI SAMPAI AKHIR HAYAT

WE WILL BE BESTFRIEND FOREVER RIGHT EVENTHOUGH YOU ARE NOW A WIFE FOR YOUR HUSBAND KAN? 

Monday, May 23, 2011

Juju, Happy Birthday Sayangs!!!

Assalamualaikum...


First of all, nak ucap dulu SELAMAT HARI LAHIR JUE HYZA BT JUSOH!!! Wish u best of luck and may ALLAH SWT always bless you dear! 


Malam semalam sebelum pukul 12 kitorang dah prank Juju ni. Macam bukan sambut birthday dia pulak sebab masa kitorang sambut birthday tu, belum 23 May lagi. Tapi gasak je lah. Nak tunggu pukul 12 macam lambat sangat je, lagipun macam mengganggu ketenteraman awam pulak!  Dengan aku migraine pulak semalam, memang cukup rasa sangatlah nak kena- mengenakan orang ni! 


Sebagai membalas dendam kepada apa yang pernah beliau hadapi, tok dalang dalam prank kali ini jatuh kepada DAYANG. Kiranya ni macam misi  menyelamat membalas dendamlah! Modus operandinya ialah baling tepunglah! Sesuai dengan bajet seorang pelajar yang semakin kekurangan wang.


Plannya nak sambut birthday Juju ni kat rumah aku. Scandal dia, budak belakang rumah pulak akan pegang kek kat depan rumah kami. Bila berjaya mengurung Juju dalam kandang rumah, maka acara baling membaling tepung akan bermula! Tapi masa diorang bersuka ria membaling tepung tu, aku dengan Jannah hanya mampu melihat dengan gembiranya. Sebabnya, kami tak akan terkena tepung-tepung yang bakal dibaling (Fuh...tak payah mandi tengah-tengah malam!)


Kiranya plan nak prank si Juju ni berjayalah dari rancangan mengenakan DAYANG dulu. Sebabnya masa birthday Dayang dulu, tepung yang nak buat prank tak sempat pun nak baling kat dia. Mana taknya, belum apa-apa lagi, orang belakang rumah dah serang. Tak sempat kami semua keluar, dia dah jadi pelari pecut negara, berlari sampai hujung jalan!


 Tapi untuk si Juju ni, memang 2 bungkus tepunglah dihabiskan. Tepung gandum dan tepung beras. Terbaik sangat! Boleh buat cucur tau tak dengan 2 bungkus tepung tu! Nasib pulak si Juju ni pakai baju dan skirt warna putih, memang tak nampak la kesan tepung yang kitorang simbah tu. Birthday Juju ni bukan dia seorang je kena tempias tepungnya, tapi scandal dia pun kena jugak! Padan lah sangat...


Ni lah birthday girlnya,
Juhaiza Bt Jusoh
Masa ni mungkin dia ada sedikit feeling fairy kot!


Mangsa bersama kek birthdaynya.
Maaf, kualiti gambar kurang memuaskan sebab pencahayaan tak berapa nak cukup!



Mangsa bersam perancang utama prank kali ini.
(Elok sangatlah dedua dah kena prank!)


Kelihatan mangsa bersama orang kuat.
Bukan orang kuat majlis, tapi orang kuat gelak, kentut dan sebagainya!



Ehem ehem...
Mangsa bersama scandalnya yang turut terkena tepung
hasil amukan birthday girl!


Scandal mangsa tak berpuas hati bila dia seorang yang terkena tepung,
maka dai mengolek-golek kucing wawa dengan tepung tu
"baru puas hati cheq" mungkin ini kata2 scandal mangsa.


Ini adalah kek mangsa hasil sumbangan ikhlas
Dayang Ramly.
(Sila rotate kepala @ screen untuk melihat apa yang ditulis)


Apa-apa pun Juhaiza Jusoh,
I WISH YOU
HAPPY BIRTHDAY
BEST OF LUCK
MAY ALLAH BLESS YOU
FRIENDSHIP FOREVER
AND





ILYSM 
XOXO  
FARAHANIM a.k.a LELA!!!!

Saturday, May 21, 2011

Minah Rempit

Assalamualaikum...


Hari ni merasa la jadi minah rempit dengan GEE pergi Bandar Sungai Petani. Tujuannya nak beli tiket bas Gee nak balik Ipoh then nak beli lens dia kat Central Square(CS). Tapi perjalanan nak pergi ke Bandar Sungai Petani memang banyak onak duri (kononnyalah!). Nervous mak nak pergi Bandar Sungai Petani naik motor. Dekat Taiping pun mak tak pernah merempit, padahal kat Taiping lagi mak expert! Datang-datang SP je terus bertukar profession jadi perempit berjaya!


Aku dengan Gee pergi ke Bandar SP petang. Dalam pukul 5 macam tu lah. Panas der! Mau terbakar kulit aku yang sedia hitam ni kalau pergi tengah hari. Masa dalam perjalanan nak pergi ke sana, kami berdua nyaris je nak kena hentam dengan topi kaledar terbang! Mampu kau helmet terbang tengah-tengah jalan, masa aku sedang khusyuk bawak motor? Abang tu lah, laju sangat bawak motor dah tu tak pasang tali helmet tu pulak. Mungkin abang tu eksited kot nampak aku bawak motor laju tadi, dia pun nak bawak motor laju-laju jugak! Tapi nyaris je nak kena aku yang tengah bawak motor ni. Kalau kena aku tadi, memang aku saman abang tu lah! Aku kaya aku kaya aku kaya!!!!


Helmet merah macam ni la abang tu pakai.
Ngeri mak nyah bila fikir mak bakal kena hentam dengan helmet ni!


Aku paaaaling lemah nak pergi stesen bas ekspress Sungai Petani. Bukan apa, penjual tiket dia tu dah macam gangster sangat dah kat situ. Sumpah aku takut kalau pergi kat situ. Tadi pun sebelum masuk tempat jual tiket tu, kat simpang jalan dah ada yang tunggu. Siap tahan orang tengah-tengah jalan lagi. Kau apa hal der tahan-tahan orang tengah jalan? Mau mati ke hah??? Aku tawakal je nak langgar orang tu tadi. Kalau dia tak elak, nasiblah kau bermalam dalam wad. Dapatlah rasa macam mana perasaan perempit bila polis buat road block! 

Masa berhenti motor, ramailah peminat penjual tiket datang tanya nak beli tiket pergi mana. Tetiba terasa macam artis yang dikerumuni peminat pulak kat situ. Aku memang senyap seribu bahasalah kat situ. Takut der! Buatnya dia tolak motor kami sebab tak mahu beli tiket dia, tak ke kes naya je nanti? But, kami berdua memang pelakon terbaik. Selamba je jawab " Kami tak nak beli tiket, nak tunggu kawan je!" Then, dorang blah je la. Sumpah, siapa-siapa nak merasa pengalaman beli tiket yang berbahaya, silalah datang ke stesen bas Sungai Petani!

Lepas beli tiket, pergi CS beli lens Gee. Cilakak! Ada sale dikala duit aku tak mengizinkan aku untuk membeli-belah dengan gembiranya. Dalam takde-takde duit tu, sempat jugaklah sambar sepasang kasut. Memang murah gila sebab tu nafsu membeli-belah aku tak terkawal. Dompet menangis je tengok aku keluar duit bayar kasut tadi. Pergi cari lens Gee, tapi sales girl tu tak ada pulak. So lepak kat kedai buku Popular sementara tunggu sales girl tu datang balik. 

Ni POPULAR mana pun aku tak tahu.
Yang pasti, aku pergi cawangan kedai ni lah.


Dari jauh dah boleh nampak yang dompet aku bakal menangis buat kali keduanya. Masuk-masuk je, mengelupur aku tengok novel-novel. Tengok punya tengok punya tengok, akhirnya ramalan aku benar belaka bila aku berjaya membuat dompet aku menangis dengan membeli novel! Tahniahlah Hanim. Kau memang hebat sebab mampu beli novel dan kasut dikala duit tengah tak berapa nak ada! 


NotaTangan: Kalau mak tahu aku merempit naik motor, mahu bagi khutbah panjang tanpa bayaran ni!

NotaTapakTangan: kat Taiping, aku tak pernah pun bawak motor, datang SP je dah berani bawak motor dalam bandar. Tahniah T_________T...

Friday, May 20, 2011

Khairul Azrin, tahniah!!!

Assalamualaikum...


Kali ni nak menulis pasal Khairul Azrin pulak. Asyik tulis pasal orang lain je selama ni sampai nak tulis pasal lelaki seorang ni pun tak ingat! Apa-apa pun, aku nak ucapkan tahniah dekat Khairul Azrin sebab berjaya dalam temuduga Tentera Laut DiRaja Malaysia minggu lepas. Weyh, tahniah!!!!




Memperkenalkan..................






My only adik,
Khairul Azrin b Halidin!!!


Khairul Azrin ni adalah satu-satunya adik yang aku ada dalam muka bumi ni. Satu emak dan satu abah. Jangan ditanya kenapa dia terlebih gelap. Lahir masa malam yang tak ada bulan kot! Aku dengan dia ni kiranya amat rapat jugaklah. Apa-apa hal mesti cerita. Kau ingat rahsia-rahsia boleh share dengan adik perempuan je ke? Aku rileks je share dengan adik lelaki aku ( sebab tak ada adik perempuan. Ce ada adik perempuan tengok!).

Kalau balik rumah, mesti dengan dialah aku nak manja ke, nak gaduh ke, nak masam masin manis muka ke. Kalau aku dah lama tak balik, mulalah ada mesej-mesej yang buat aku terharu-nak-balik-kampung-hari-ni-jugak! Tapi kami tak boleh baik selalu. Bosan. Mesti nak gaduh-gaduh sikit. Baru lah best der!

Kalau keluar berdua atau jalan berdua, mesti ada yang cakap kami macam couple. Kau gila nak couple dengan adik sendiri? Wali aku tu der! Celah mana entah tengok lain sangat muka kami ni? Pernah dulu aku dengan adik aku ni letak gambar yang sama as profile picture kat fesbuk, bila nak komen-komen sampai jadi keliru mana satu aku mana satu dia! Kawan-kawan pulak ada yang cakap aku letak gambar dengan boyfie. Waterfall????

Pics nilah yang aku jadikan profile picture dlm fesbuk
(jangan tanya kenapa muka aku peliks!)

Tapi ada satu peristiwa yang buat aku tambah-tambah sayang kat adik aku ni. Peristiwa yang isyaALLAH tak akan aku lupakan. Minggu lepas, hari rabu (11/05/2011) aku tiba-tiba sakit belakang. Sampaikan tak boleh nak berdiri pun. Adik aku masa tu ada kat rumah, sebabnya esok dia ada temuduga untuk TLDM tu. Bila aku tak boleh nak bangun tu, dia terus dukung aku masuk dalam bilik dan suruh mak aku tukarkan baju sebab nak bawak aku pergi hospital.

Pukul 11.30 malam sampai kat hospital, dia terus bawak aku ke wad emergency. Masa aku dalam wad, mak aku cakap adik aku tidur dalam kereta dengan Firdaus. Kesian pulak aku tengok bila mak cakap dia tidur dalam kereta. Esok pulak nak pergi temuduga, mesti kena buli. Yelah, temuduga tentera, mestilah lask-lasak. Pukul 2 pagi aku dah boleh discharge dah. Dia yang drive balik rumah. Pukul 7 pagi dah kena pergi temuduga dah. Bila fikir-fikir balik, aku boleh bergantung harap kat adik aku ni bila aku dalam kesusahan.

Alhamdulillah, dia terpilih dalam temuduga dia tu. Mungkin jugak berkat tolong aku malam sebelumnya! Bulan September nanti dia dah nak kena pergi training kat Tanjung Pengelih, Johor. 6 bulan jugaklah dia kat sana nanti. Tapi takpe jugak. At least dia pergi lepas raya! That's means aku boleh beraya dengan dialah nanti!

Aku dengan adik aku ni memang gila sikit!


Dah dah...Jangan tanya muka aku macam apa!

Adik aku ni sangat protective. Kiranya aku boleh bergantung haraplah kat dia. Pernah masa aku sekolah menengah dulu, masa keluar makan dengan family, aku lambat sikit jalan. Lepas tu ada la budak lelaki yang nak kacau-kacau aku. Adik aku terus datang jalan dengan aku. Siap jeling-jeling lagi dekat budak-budak lelaki tu. Padan la sampai sekarang aku still solo-molo lagi. Sebab adik aku lah ni!


Konon-konon tu rumah kaulah?!!

Aku pernah bersembang-sembang dengan kawan-kawan aku pasal bab anak-anak ni. Aku selalu cakap yang lepas kahwin, aku kalau boleh ada rezeki, nak 3 orang je anak. 2 orang lelaki, seorang perempuan. Anak sulung lelaki, anak kedua perempuan and last pulak lelaki la kan. Dengan harapan setinggi gunung yang kedua-dua bakal anak lelaki aku tu dapat lindungi adik/kakak dia nanti. Ni semua inspirasi dari Khairul Azrin ni lah! Untunglah kalau betul...

Sekarang ni kat rumah hanya ada emak, abah dan adik aku je. Nanti lepas dia pergi training tinggallah emak dengan abah je nanti. Tapi walaupun dia tinggal kat rumah sekarang, adik aku ni jenis yang jarang sangat nak lekat kat rumah. Kejap-kejap hilang. Kalau tak pergi kerja, mesti dia main bola. Dia ni memang aktif sikit dari aku. Bab-bab bersukan ni memang serah kat dialah! Kadang-kadang berebut nak tengok tv sampai bergaduh-gaduh! Dia nak tengok rancangan sukan, aku pulak nak tengok KBSWorld. Tapi kadang-kadang kami beralah je. Malas nak meneruskan persengketaan lama-lama. Adik aku ni jugak seorang guru silat. So sape-sape nak belajar silat, meh la aku eh eh adik aku yang ajarkan!


So, dah tahu la kan kenapa dia lebih gelap dari aku?
(Gambar diatas bukan hasil Photoshop!)


TO KHAIRUL AZRIN BIN HALIDIN,

AKAK NAK UCAPKAN TAHNIAH SEBAB BERJAYA DALAM TEMUDUGA.

TERIMA KASIH SEBAB TOLONG AKAK MASA AKAK DALAM KESUSAHAN.

TERIMA KASIH SEBAB GEMBIRAKAN AKAK.

TERIMA KASIH SEBAB CERIAKAN HARI AKAK DENGAN GELAK, TANGIS, GADUH, BERTENGKAR!

TERIMA KASIH SEBAB JADI ADIK AKAK!

I LOVE YOU SO MUCH, BROTHER!


Ouch...Gemuknya...AKU!

Tuesday, May 17, 2011

Macam mana boleh kena virus ni? Ada sesiapa yang tahu macam mana nak hapuskan virus???

Assalamualaikum...

Pergi pergi pergi!!!



Grrrr...Nak marah ni! Tetiba blog ada virus pulak. Angkara siapa pun tak tahu. Ni yang buat aku tension ni! Ada tak sapa-sapa yang tahu cara untuk remove virus durjana ni? Please please please bantulah aku insan yang lemah ini! Terima Kasih kepada yang sudi membantu..

Kepada Virus tersebut :

NYAH KAU DARI BLOG AKU SEGERA!


I LOVE MY BLOG. BUT VIRUS JEALOUS WITH US!

Intersesi

Assalamualaikum...

Hari ni hari pertama dan kelas pertama bagi subjek Malaysian Economy yang aku ambil untuk sesi intersesi. Ayat kau tak mahu panjang lagi kan? Kelas kali ni diajar oleh Encik Nazmi a.k.a En. Mie.

First class sangat-sangat boring. Mengantuk kot! First class dah duduk depan. Kau mampu? Dengan mengantuknya, tahi mata bersepah (aku rasalah!) tak bersalah langsung duduk tayang muka depan lecturer yang tak berdosa tu. Tak jamah nasi tengah hari la dia tatap muka aku pagi-pagi macam tu!

Awal-awal kelas dah briefing tentang subjek yang bakal diajar. And then En. Mie suruh divide group which is group aku ada 6 ahli kumpulan. Ahli kumpulan tak nak kalah kumpulan nasyid kan? Tapi okay la, semua group member adalah dari kalangan geng yang boleh dibawak bertumbuk berbincang. Ahli-ahlinya ialah :

1. Akulah!

Yang ada button tu Gee namanya.
Yang mulut muncung tu Dayang namanya.


Her name is JUJU

Ni Jannah. Nak panggil Dayang Nurfaezah pun boleh
ikut kau lah!

Last but not least is...
Isfa!!!

( Semua gambar dicuri dari FESBUK, harap maklum!)

Tengah-tengah syok berangan kat depan kelas, tetiba nama kena panggil untuk decide bila kena bincang pasal mini assignment ke apa entah. Aku tak bagi tumpuan sangat dalam kelas. Yakin dan tanpa bersalah aku jawab " ESOKLAH ENCIK MIE!". Jangan tanya aku apa perasaan aku mahupun rakan sepasukan yang lain bila aku jawab esok!

Balik rumah kononnya nak cari maklumat pasal benda-benda yang Encik Mie suruh cari tu, tapi godaan tilam yang tak mampu ditepis oleh sesiapa telah mengalahkan semangat nak cari info. Tidur dulu, malam layan JUVANA pulak. Lepas layan JUVANA, baru boleh mula sesi gelabah cari info!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Lupa nak bagitahu yang aku sekarang dah tinggal berdua dengan Jannah oleh kerana housemate yang lain tidak membuat intersesi ni. Maka berdualah kami didalam rumah ini. Takde dah tutup-tutup pintu bagai ni. Nak apa-apa pakai jerit je. Confirm boleh didengar sampai rumah sebelah. Silap-silap rumah sebelah tolong jawabkan!

Okay dah. Nak layan drama Korea pulak. Esok dalam kelas, InsyaALLAH, mengatuk lagi!

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...