Pages

Thursday, April 28, 2011

Dugaan Final

Selalunya, bila nak final je mesti aku akan hadapi banyak perkara yang tak best.
Aku pun pelik sebenarnya. Kenapa semua benda nak jadi masa final exam.
Mencabar kesabaran aku sebagai seorang yang berjaya sungguh.
Faktor- faktor macam ni la yang buat aku tak boleh nak tumpu perhatian masa study.
Sebab benda-benda kecik macam ni la yang buat pointer aku nak goyah nih!(alasan sangat!)

Tapi, mungkin jugak Allah nak uji hambaNYA yang seorang ni supaya lebih tabah mengadapi segala rintangan.
Nak bagi aku tabah, kuat dalam mengadapi semua ni diwaktu yang genting.

Kawan aku pernah cakap yang kalau nak tengok perangai sebenar kawan-kawan kita, masa yang seesuai adalah seperti:
1. Masa kita miskin 
    - Masa ni memang kita boleh nampak dengan jelas tanpa kanta pembesar the true colors of our friends. Masa ni la diorang akan cuba larikan diri, taknak tolong kawan-kawan. Macam ni la kawan. Ada
masa senang je. Bila jatuh susah, semua lari diri pi oversea =.=! Over sangat! Kalau kawan-kawan
jatuh susah, kita kena la rasa susah jugak. I means, bukan la kita pun memiskinkan diri jugak.
At least try la faham situasi kawan yang sedang susah tu. Mana la nak tahu, dengan kuasa TUHAN,
sampai masa nanti, ko pulak yang jatuh susah. Kalau time kawan kau jatuh susah, kau tolong, tak mustahil 
bila kau susah, ramai yang akan hulurkan bantuan untuk kau nanti. So, kesimpulannya, jangan nak berkira sangat bila nak tolong orang yang dalam kesusahan.

2. Final Exam
-Yang ni aku dah ada pengalaman. Sepanjang 4 semester belajar kat Universiti ni, ada je perangai kawan-kawan aku yang aku kalau boleh tak mahu tengok pun. Masa time final exam ni la perangai-perangai jembalang dorang akan keluar. Kalau ikutkan, sakit hati jek! Tapi nasib baik la final exam ni aku tak harapkan siapa-siapa sangat pun. Nasib masing-masing la dalam final exam ni. Pengalaman aku bila berhadapan dengan final exam ni banyak sangat. Antaranya:
+ Masa sem 1
aku boleh takde la teruk sangat bila berhadapan dengan final ni. Cuma aku punya kolej jauh
dari kawan-kawan kelas aku yang lain. Kalau nak buat study group, terpaksalah aku ni mengembara ke kolej diorang. Pukul 1 pagi, jalan la aku sorang-sorang balik ke kolej aku balik. Masa nak balik kolej ni, aku tawakal je la. Jangan terserempak dengan apa-apa makhluk pun. Orang cakap ada la perkara-perkara seram kat kolej aku tu, tapi aku just persetankan semua tu sebab aku tahu ALLAH ada dengan aku. DIA tahu aku nak menuntut ilmu.

+ Masa sem 2
Masa ni aku ada baaaannnyyyaaakkkk krisis. Krisis dengan kawan-kawan la. Sampai satu tahp aku menangis sorang-sorang sebab sangat tak tahan dah. Memang aku punya pelajaran terganggu sangat sampai effect aku punya final. Bila nak study je mesti aku hilang tumpuan. Nak final selalunya orang akan struggle gila-gila. Tak tido malam la, study group la. Aku pulak lain, tidur awal, Tak study sangat. Even housemate aku pun pelik cakap aku tak nervous nak final. Gila batak aku tak nervous. Berpeluh kot aku nak menjawab final paper!

+Sem 3 pulak,
My besties, BELLA dah pindah ke UNISZA dah masa ni. Final without her make me losing my focus on study. Masa dia nak pindah ni tinggal lagi 3 minggu je nak final dah. Sedih jangan cakap la kan. Hampir 2 tahun aku kenal dia ni, tup-tup dia nak pindah. Memang aku menangis bagai nak rak la. Bayangkan, aku adalah orang yang terakhir tahu dia nak pindah. Tu pun dia cakap masa aku kelam-kabut nak siapkan assignment. Memang lepas aku dengar aku down gila babeng la. Dia pindah, aku macam hilang kawan nak study sam-sama. But nasib aku baik sebab aku still ada budak depan rumah yang sentiasa ada dengan aku. Thanks Dayang, Gee and Juju. Aku study dengan diorang je masa final exam. Dan seperti biasa, ada jugak krisis dengan kawan aku. Tapi bukan aku sorang je berkrisis dengan budak tu, hampir semua kawan-kawan la jugak berkrisis dengan dia and her boyfie. Masalahnya, dia dapat soalan spot but don't want to share it with anybody. Jenis makan sorang. Memang angin la bila tahu! Tapi bila orang lain dapat soalan spot, gelabah nak korek tahu soalan spot tuh! Manusia sungguh!


+Sem 4
Semester ni alhamdulillah, aku dapat study untuk final dengan lebih tenang. Aku selalu study dengan housemate aku, JANNAH. Setiap hari study sama-sama. At least, bila ada teman study, takde la aku tidur je bila petang-petang. Kadang-kadang study dengan budak depan rumah, dak Dayang. Dayang ni pandai nak explain kat orang and aku selesa study dengan dia. At least kalau aku terpesong dari landasan pembelajaran ni ada la yang tolong luruskan balik jalan aku ni. Tapi, still ada masalah dengan kawan yang nak kita ikut telunjuk dia. Wadehek der? Ko sape nak suruh aku ikut telunjuk kau? Selama ni kau bela aku ke sampai semua perintah kau aku nak ikut. Sorry miss, you give order to wrong person! I'm not a person who will follow order randomly okay! Benci tau orang macam ni. Kau nak, kau la ikut aku bukan aku pulak terhegeh-hegeh nak ikut kau. Apa ada hal kalau kau nak marah aku? Blah!


3. Masa Marah
Yang ni cikgu aku yang cakap. Bila aku renung tenung renung balik, betul jugak. Cikgu aku cakap, kalau kita nak tengok perangai sebenar kawan kita, tengok masa dia tengah marah. Masa tu la dia akan keluarkan segala saka-saka dalam badan dia yang kita tak tahu. so, bila aku tengok kawan-kawan aku sekarang, Alhamdulillah la. Takde lagi la yang berperangai macam tu. Dan hopefully, di masa akan datang, tak ada la!

Kesimpulannya, setiap kali final mesti akan ada krisis yang akan timbul. Persoalannya ialah, salah aku atau keadaan sekeliling yang menyebabkan krisis-krisis ini semua berlaku?
 -Tolong fikirkan bagi pihak aku okay!-

Tuesday, April 26, 2011

Susah

Assalamualaikum...

Kenapa susah sangat nak marahkan orang bila tahu orang tu dah buat salah?

Kenapa pulak senang je nak maafkan orang tu bila hati kata jangan maafkan?

Kenapa mudah sangat nak lupakan kesalahan orang walau kesalahan yang dibuat tu kadang-kadang tak dapat diterima akal?

Haish... Susah betul!

Monday, April 25, 2011

This is my true color Sir!

Assalamualaikum...

Arghh...Malas siot nak bukak slide notes yang sedia ringkas tu. Semalam tulis blog bukan main lagi. Nak study la, nak buat notes bagai. Tapi yang ada, harammmm...

Lepas acara kelah mengelah di rumah budak depan rumah, kitorang rancang nak jumpa la lecturer mana yang patut. Biasa la bila musim final, muka lecturer adalah antara muka yang wajib untuk dijenguk. Nak dikatakan menganjing lecturer pun boleh! Tapi nampak benor buruknya!

Pukul 3 petang sampai UiTM Merbok. Janji dengan Sir Samsudeen nak jumpa pukul 2.30 petang. Tapi dasar janji melayu tak boleh diguna pakai, datang la kami berlima ke bilik sir pada pukul 3 petang atas jasa baik kereta Fasha. Sampai bilik Sir, dia tak ada pulak. Maka berjalan-jalanlah kami berlima disekitar UiTM, mana la tahu kot-kot carry marks dah keluar, boleh la target berapa je nanti untuk lulus!

Ketiak, muka, badan jangan cakap la, menangis habis semua. Mana taknya, jalan panas-panas terik! Oleh sebab dah seminggu tak menjenguk UiTM DiHatiku, maka kami berlima berjalan memang macam pelancong asing yang nak melawat tempat baru! Mendakilah kami sampai ke tingkat 3 bangunan kat situ, namun amatlah hampa kerana satu carry mark pun tak ada!

Masa on the way nak balik rumah, Juju call Sir Samsudeen nak buat confirmation either Sir ada dalam bilik atau tak. Nasib baik call sebab Sir Samsudeen ada dalam bilik. Naik-naik je terus menyembang, gosip sikit-sikit buat tambah dosa! Carry mark pun dah tahu dah. Praise to Allah, carry mark macam membantu untuk lulus dalam subject Policy Analysis ni. 

Masa seronok sembang-sembang, tiba-tiba je Sir Samsudeen cakap " eh, kakak banyak bercakap pulak hari ni ek? Selalu dalam kelas diam seribu bahasa, susah nak dengar suara"   Kawan-kawan yang lain semua gelak cakap " itulah dia yang sebenarnya Sir!" Gila batak malu dowh! Sir tak tahu ke selama ni aku dok dalam kelas dia diam-diam sebenarnya aku CUBA focus dengan apa yang dia ajar * kononnya lah!* Memang dalam kelas mana pun, aku memang senyap je. Malas nak bising-bising. Cuba time gosip ke, bersembang ke, confirm akulah yang PALING BISING DAN BANYAK MULUT!

Dalam kelas memang Sir Samsudeen panggil aku kakak sebab dia cakap muka aku dengan kawan aku yang ni seiras. Dia panggil aku kakak sebab aku BESAR sikit dari kawan aku tu. Kat kawan aku tu pulak dia panggil ADIK. Apa-apa je la Sir... Lepas habis dah gosip-gosip sikit-sikit, maka berangkat pulanglah kami berlima menaiki sang kancil Fasha. Thanks ye Fasha bagi pinjam sang kancil kat kami! Sayang kamu muah muah!

Motif Gambar? Takde motif pun.
Saja jamu-jamu mata! :P

NotaTangan: Doakan aku dapat jawab exam paper dengan tenang dan jayanya okay!

Please, pray for me...

Assalamualaikum...

Entry ke-100. Tahniah hanim sebab berjaya capai entry yang ke-100. Sapa-sapa nak bagi hadiah amat-amatlah dialukan.

Sebenarnya, tak ada benda pun nak tulis kami ni. Jam dah pukul 3 pagi but still tak mengantuk lagi. Maybe sebab risau final exam yang makin mendekatkan harinya dengan aku.

My first paper is on this coming saturday. Policy Analysis. Please, pray for me. Pray that I can answer all question without any hesitation. Pray for me that I can get DEAN. Or I can improve my pointer to the better one. Not because my pointer is freakin' bad, but I want to maintain my CGPA. Lols..

Mengarut dipagi hari. Nak tidur tak boleh, so mengarut dalam blog sudeh... Cemburu tengok kawan-kawan lain sibuk buat revision sana-sini, tapi aku still just scan all the topic but in the i got nothing. Sigh.. But, here I want to thanks my housemate a.k.a friend from my secondary school, Jannah for studying and do some revision with me. Without you, maybe I still not starting my revision. Love you girl!

she is Jannah. Kawan sejar dari form1 until form 6
Now, 1 Uni, 1 Course, 1 Kelas dan 1 Rumah.
Memang 1Malaysia!


So sekarang nak tanam niat or hajat yang esok aku akan habiskan scan Organizational Behavior subject, then I'll proceed with do some notes about it.

Sunday, April 24, 2011

Terima Kasih Housemate!!!

Assalamualaikum...

Hari ini dengan jayanya aku dan dak Jannah mula study untuk menghadapi final exam. Yay, silalah berikan tepukan kerana dalam masa 2 jam, kami berjaya khatam 4 topik! Hebat tak hebat tak hebat tak???
Habis study, terus tido sebab penat sangat kononnya..Bangun tido, dak Jannah dah siap-siap nak goreng kopok lekor. Memang kena sangat la kan sebab bangun tido of course perut lapar mintak diberi makan! Sayang kamu lebih sikit hari ni Jannah.

Tengah sembang-sembang sambil makan kopok lekor, class rep kitorang datang, nak bagi duit dekat dak Wawa sebab dia taknak buat intersesi. Kitorang bertiga, dak Jannah, dak Fasha dan semestinya aku seronok la sebab dak Wawa banyak duit. Apalagi, mintak belanja la. Orang tengah banyak duitkan!

Tepat 8.30 p.m kitorang 1 rumah, 5 orang keluar jalan-jalan ke bandar Sungai Petani. Kononnya nak release tension lepas study. Dak Fasha nak release tension sebab petang tadi first paper dia. So sampai SP, kitorang terus pergi uptown. Saja jalan-jalan cuci mata katanya. Dak Wawa nak cari broach untuk mama dia. So aku memang target tak mahu beli apa-apa la kononnya nak jimat duit. Tapi, dugaan dunia ni memang tak boleh tahan. Sempat la rembat tudung segera sehelai dengan kerongsang. Okay la tu dari tak beli apa-apa langsung kan?

Dak Jannah, dak Wawa dan dak Fasha beli selendang. Sakan jugak dorang shopping hingga buat aku yang tak berduit ni SEBANYAK jeles ya! Tapi nak buat macam mana, sabar je la dengan nafsu nak membeli-belah ni. Waktu study untuk malam ni kira dah burn la. Jawabnya esok la sambung balik study dengan dak Jannah. Tapi sebelum tu kena pergi HEA UiTM dulu sebab exam slip tak cop lagi T____T..

 Housemate aku yang kat belakang tu
cuba nak terbang dalam The Store, tapi gagal.

Ni pulak cubaan untuk menjadi 
duta McD T____T

-aku.wawa.fasha-
cubaan menjadi model selendang.

Char kueh teow teloq dibasuh..
Thanks Wawa for the char kueh teow!!!

Apa-apa pun memang seronok keluar dengan housemate. Dah lama tak keluar berlima sebab masing-masing sibuk memanjang. Kalau keluar pun, mesti bukan berlima. But apa-apa pun, thanks housemate for being greatest housemate ever!
You guys rawks my life here in Merbok!

NotaTangan: Esok kena sambung study balik.. T______T


Friday, April 22, 2011

Ya, Aku Memang...

Assalamualaikum...

(Sebelum baca, nak diingatkan bahawa entry kali ni AGAK panjang)
Ramai kawan-kawan aku yang masih tak KENAL siapa aku sebenarnya. Ya, setakat kenal nama, asal mana, adik beradik berapa orang, itukan semua common je kan? Diorang sebenarnya masih samar-samar dengan aku, dan aku sebenarnya tak berapa kisah sangat pun kalau diorang TAK mahu langsung tahu pasal aku. Ada pernah aku kisah semua???

1.Ya, aku memang seorang yang CEPAT TERASA
Aku sangat-sangat mengaku la yang aku ni kuat terasa. Kadang-kadang pasal benda kecik cinonet pun aku akan terasa. Nak buat macam mana, dah memang sejak dari rahim lagi aku macam ni (kot?). So, terima la seadanya. Dengan family aku pun cepat terasa, inikan pulak kawan-kawan aku yang asing dari aku. Tapi, aku kalau terasa, sebolehnya aku tak mahu orang lain tahu yang aku terasa. But, selalu je kantoi sebab ekspresi muka aku ni memang tak boleh kawal langsung.

2. Ya, aku memang seorang yang PEMALU
Yang ni memang ramai yang tahu. Family aku dan kawan-kawan aku memang tahu sangat dengan perangai aku yang ni. Memang aku sssaaaaaaaaaaaaannnnnnngggggggggaaaaaaaaaaattttttttttttt MALU! Kalau aku baru kenal dengan orang, memang amik masa la aku nak bemesra dengan diorang. Kawan-kawan yang aku kenal sekarang pun macam tu jugak. Diorang yang tegur-tegur aku dulu. Bila dah lama-lama kenal memang aku dah takde sifat malu dah dalam diri! Tak percaya, bolehlah berhubung dengan kawan-kawan aku! Macam tu jugak la aku kalau kat tempat baru. Mesti aku akan rasa macam semua orang perhatikankan aku. Tapi yang pasti bukan perhati sebab aku cantik la kan!Ambil masa jugak la aku nak sesuaikan diri dengan tempat baru ni. Kadang-kadang aku memerlukan bantuan kawwan-kawan untuk hilangkan perasaan malu melampau aku ni.

3.Ya, aku memang seorang yang SENANG MENANGIS
Yang ni lagi satu. Tak paham betul aku dengan diri sendiri. Cepat sangat nak menagis bagai ni. Kalau kena marah, menangis. Kalau sedih, menangis (ye la. Takkan nak gelak pulak kan?). Yang aku tak pahamnya, bila tengok drama dalam TV pun aku boleh menangis. Tang-tang babak sedih lagi la, mau ada kotak tisu kat sebelah la! Nak-nak pulak drama KOREA llllaaaaaaaagggggggggiiiiiiiiiiiiiiiiiii lah senang je nak menitis! Bila tengok orang encourage orang lain ke, orang pujuk-pujuk orang lain ke, aku mesti ada potensi untuk dermakan air mata! Senang kata, aku memang tak boleh tengok orang mengalirkan air mata. Kalau aku nampak, tanpa ragu-ragu aku boleh join menagis sekali!Kadang-kadang tu, bila gelak pun boleh keluar air mata jugak! Hebat tak aku? Hebat tak?

4. Ya, aku memang seorang yang CEPAT MARAH.
Yang ni memang tak dinafikan langsung. Aku ni cepat je nak melenting kalau ada benda yang aku tak puas hati. Tapi aku akan marah sorang-sorang je la. Takde la aku ni buang tebiat nak pergi marah orang tak tentu hala. Kau gila? Buatnya orang yang aku nak marah tu lebih garang dari aku, tak ke menangis aku kat situ jugak? Kadang-kadang benda kecik pun aku akan rasa nak marah. Sape-sape yang rapat sangat dengan aku tau la aku ni macam mana.

5. Ya, aku memang seorang yang SUKA BERANGAN.
Yang ni memang peberet aku la ni. BERANGAN! Memang layan je berangan ni. Nak-nak pulak bila nak tidur, memang masyuk sangat la dengan harapan dapat ke mimpi terus. Tapi harapan sangat apa yang berangan tu nak masuk dalam mimpi. Kalau dah tidur tu, bom nuklear dok sebelah pun boleh buat bodoh je! Masa berangan ni la kita boleh jadi apa yang kita nak tanpa ada halangan mahupun perasaan malu. Masa ni kau boleh jadi hot stuff la, tapi di alam realiti memang harapan sangat la kan!

6. Ya, aku memang seorang yang CEMBURU
Nasib la siapa yang beristerikan aku nanti. Memang aku ni kuat cemburu. Bukan je dengan kawan-kawan je, dengan adik beradik sendiri pun cepat cemburu. Nak-nak pulak dengan adik aku yang sorang tu. Pantang dia dapat lebih sikit dari aku, mula la muncung aku ni panjang berdepa-depa! Kalau dengan kawan-kawan pulak mostly aku cemburu sebab diorang pandai dari aku. Dapat result gempak dari aku. Itu cemburu dari segi positif kan? Kalau nak kata aku cemburu dengan life diorang, rasanya tak kot sebab I'M SATISFIED WITH MY OWN LIFE! Tapi selalunya cemburu aku ni tak lama mana pun. Macam jugak masa aku marah, tak lama pun. Tunggu je 2-3 jam, aku akan okay seperti sedia kala!

7. Ya, aku memang seorang yang MEMILIH
Aku jadi memilih sangat ni pun sebab aku nak puaskan hati aku sendiri jugak. Ibarat jugak macam beli buah, takkan la kau nak pilih buah yang rosak, dimakan ulat kan? Absolutely you will choose the best one right? So do I! Bab makan memang aku sangat memilih. Kalau nak makan kat satu-satu tempat, aku akan tengok keadaan kedai dengan orang yang nak sediakan makanan untuk aku tu. Kebersihan tu penting der! Aku ni takde la hyper bersih sangat pun, tapi agak-agak jugak la bila bab-bab makanan ni. Kalau beli benda-benda lain pun sama jugak. Aku akan pilih sampai aku puas hati then baru decide beli atau tak. Pilih teman istimewa pun macam tu jugak. Mesti la nak pilih yang baik-baik je kan? Sebab tu la sampai sekarang stil solo-molo lagi!(padan muka!)

8. Ya, aku memang seorang yang PEMALAS!
Tak boleh dinafikan la yang aku ni memang SIKIT malas. Bukan malas BANYAK okay! Aku malas nak buat kerja-kerja mengemas rumah *kalau rumah tu dah bersih*. Tapi, semalas-malas aku ni, ada lagi yang lebih malas dari aku! Aku memang la pemalas sikit, tapi aku pantang tengok tempat selerak. Serabut perut meh! Dah kalau nampak tempat-tempat berselerak ni, mula la tangan aku ni gatal nak mengemas. Bukan apa, sakit der mata aku nak tengok tempat yang kecah-kecah ni! Tang ni, memang sesuai untuk dijadikan calon menantu yang berjaya! Kepada sesiapa yang sedang baca ni, kalau nak masuk meminang sila-silalah ye! (mood: gedik)

Monday, April 18, 2011

Kenapa???

Assalamualaikum...

Minggu depan, 30 April 2011 bersamaan hari Sabtu, aku dah start first paper.
First paper aku Policy Analysis.
Sumpah sunat, aku tak baca apa-apa langsung!
Apa nak jadi ni Hanim...
Kawan-kwan lain pun cakap diorang tak study lagi.
Diorang takpe, study cepat masuk dalam kepala otak.
Aku ni, rebus semua slide notes minum pun belum tentu dapat apa-apa.
Bajet malam ni kononnya nak baca la sikit, tapi hareeemmmmm nak sentuh buku!
Alih-alih balik Merbok baru nampak buku dan slide -.-"


TOLONGLAH! MANA MOOD NAK STUDY NI???
EXAM DAH DEKAT PUN MALAS LAGI!
HAISH!!!

Friday, April 15, 2011

BAKAL Termakbul!

Assalamualaikum...

Jom jerit ramai-ramai. YEAH! Sekali lagi, YEAHHHHHH!!
Okay, bagi la pelempang sedas dua kat aku sekarang!
Mood sekarang happy sangat-sangat ni.
Sebabnya sekarang aku sedang bercuti kat rumah!
Ya, boleh la jealous ramai-ramai sekarang.

Actually, aku sampai rumah tengah hari semalam. Habis je kelas terus pergi stesen bas. Gigih sangat nak balik awal, last-last terkandas kat Butterworth! *SIGH*
1 jam buang masa kat stesen bas Butterworth sambil tengok gelagat orang.
Cerita pasal gelagat orang ni, sumpah aku selalu takut je bila dekat stesen bas Sungai Petani dan stesen bas Butterworth ni. Ramai sangat orang asing. Sekali tengok macam aku pulak yang menumpang kat negara orang!
Bangla, Nepal, Indon dan tak lupa jugak Vietnam jangan cakap la wey. Berlambak-lambak! Kadang-kadang rasa macam keselamatan diri sendiri tak terjamin bila kat stesen bas ni. Yang peliknya, kat tempat asal aku, TAIPING takde pulak aku risau bagai macam ni!

Sebab musabab aku balik kampung ni sebab cuti study week. 2minggu. Tapi aku balik seminggu je la. Moookkkk....Orang bagi cuti suruh study, tapi aku balik kampung. Takpe la kan? Aku balik mintak restu family. Penting tu nak hadapi exam! Lagipun aku punya study week lama sangat, semua kawan balik. So aku tak mau berkecuali! Nasib la siapa yang start exam awal tu.

Bila dah balik kampung ni, wajibalghunnah la aku kena bermanja-manja dengan mak. Nak makan apa, just suarakan pendapat anda je. Sure esok boleh makan dah! seronok seronok seronok sangat! Mari jealous reramai cepat! Hahahaha...

Oh lupa nak bagitahu yang mak aku sangat comel dan abah aku sangat tampan! Nah...Sekali puji mak dan abah sendiri. Takpe, tak salah pun puji mak abah sendiri kan?
Aku balik je kampung, mesti ada je benda yang dia beli untuk aku. Betulkan aku cakap mak aku comel? Balik kali ni mak beli sepasang baju kurung + kain pasang + beg. Wah wah wah...sayang mak aku! Abah pulak dah siap-siap dah senarai kedai makan yang bakal dibawa nanti. Mee udang depan stesen bas yang katanya udang hampir setengah kati, bakal dilahap oleh aku nanti! Abah dah janji nak bawak. See...how handsome he is! Kalau macam ni, nak balik selalulah! Mampu kau noks? Bankrupt mak abah aku kalau aku balik selalu. Mak, abah sediakan duit banyak-banyak bila akak cuti 3 bulan nanti!

Aku pulak sebagai anak yang kurang nak baik hanya mampu beli jeruk je kat mak dan abah. Tu je yang mampu setakat ni. Itu pun nasib la bas dari butterworth ke Taiping tu lambat 1 jam, kalau tak wassalam je la. Dan sebagai seorang anak yang sedia tahu bahawa maknya sakit-sakit urat, aku menambahkan kesakitannya dengan membeli jeruk! T_______T. TAPI, mak aku suka makan jeruk, so tak salah la kan?

Okay, dah. Nak layan FIRDAUS main game. Tak padan dengan dengan patah tangan, ada hati ajak challenge! 

NotaTangan: Esok dapat makan rendang kerang! Sedap dap dap dapnya!

NotaTapakTangan: Ahad ada nanti inshaALLAH ada date. Dengan sape? Tunggu je! HAHAHAHA...

Thursday, April 14, 2011

Akukah Yang Bersalah?

Assalamualaikum...

Akukah yang bersalah?
Akukah pencetus masalah ini?
Aku hanya bertanya.
Mengapa pertanyaan aku ini menjadi punca pertengkaran?
Kalau tak mahu jawab, tak perlu bertengkar.
*SIGH*


Sunday, April 10, 2011

Officially....

Assalamualaikum...

Hari ini, 10 April 2011, secara rasminya aku dah bertunang selesai semua assignment dan jugak presentation. Yay! Tahniah untuk aku! Assignment terakhir aku siapkan malam semalam. Manakala presentation terakhir adalah pada pagi tadi.

Maka dengan ini, aku akan fokus pada final exam sahaja yang akan berlangsung lagi 2 minggu (kononnya nak focus!). So, hari khamis ni aku balik kampung! Cuti study week selama 2 minggu harus dimanfaat dengan sebaiknya! Tak sabar nak balik kampung!!!

Pukul 2 nanti ada senyembara puisi 100 jam kat kampus aku, anjuran fac aku. Aku salah serang participantnya. Nak dapatkan sijil MALAYSIA BOOK OF RECORDS! Tak lama lagi boleh la jadi pensajak pulak! Okay, nak bersiap-siap ke kampus dah! bye bye...

NotaTangan: Nanti update pasal senyembara puisi pulak.

Saturday, April 9, 2011

Banyaknya Cerita...Tak nampok nipunya!

Assalamualaikum...

Akhirnya, kembali ke alam public blogging (eh, ada ke public blogging?). Setelah hampir seminggu memprivatekan blog atas sebab-sebab yang BOLEH dielakkan, aku telah memprivatekan blog ini untuk santapan sendiri. Bukan apa, senang sikit nak tacing-tacing kalau private blog. Namun begitu, atas beberapa sebab yang jugak boleh dielakkan aku telah mempublickan kembali blog ni.




Okay, sudah-sudah mengarut panjang-panjang.

Hari Ahad:
Nak mulakan cerita dengan perkembangan dari hari ahad lepas. Sesuai benorlah dengan tajuk entrykan? Ahad adalah hari heaven bagi budak-budak part 4A Bachelor Administrative Science UiTM Kedah sahaja kerana lecture pada hari itu berkursus, dan secara tak langsungnya hari ahad CUTI! Tapi cuti hari ahad tak memberi sebarang pengisian sebab aku hanya menghabiskan masa dengan beronline sepanjang hari. Terima kasih...



Hari Isnin:
Hari isnin pulak hari paaaaaaliiiiiinggggggg busy. Banyak benda nak kena settle hari ni. Pagi-pagi kelas pukul 8, Public Admin lecturer, Mr. Samsudeen bad mood. Sepanjang kelas dia senyap je. Nak habis je kelas dia dengan selambanya telah memberi tugasan iaitu siapkan 6 soalan past semester dan perlu dihantar esok pagi sebelum pukul 12 tengah hari. Semua gelabah tak tentu pasal. Sebabnya, assignment P.A pun kena hantar esok pagi. Ditambah pulak assignment CSC dan presentation CSC. biasala budak-budak kelas aku, termasuk aku suka sangat buat kerja last minit. Macam dah jadi satutrend untuk kami aku buat kerja last minute.. Malamnya, semua bersengkang mata buat assgnment sampai ada yang tidur pukul 3 pagi (akulah tu!) Padan muka!!!



Hari Selasa:
Nasib baik la hari ni kelas start pukul 10 pagi, takdelah jadi zomba dalam kelas. Kelas pukul 10 start presentation CSC. So far so good la presentation tu. TAPI.....Bila Madam Zanariah tu tanya, "u'olls bagi pakcik kedai tu try tak u'olls punya sistem ni?" Tetttttttt....kami tak bagi lagi pakcik tu try our system, tapi kami bertiga iaitu aku, dak Dayang dan dak Isfa dengan yakinnya menjawab,"DAH...TAPI PAKCIK TU CAKAP KENA IMPROVE LAGI" See, yakin tak kami menipu? T___T. Lepas kelas je, terus jumpa pakcik kedai buku UiTM Kedah ni try our system. Petangnya pulak, pukul 4 kelas Public Admin,kelas MR.Samsudeen. Mood dia baik dari semalam. Just bincang jawapan yang dia suruh buat semalam je. Malam, online lagi!



Hari Rabu:
Hari ni kalau ikutkan, ada kelas ganti Local Government pukul 8 pagi. Tengah siap-siap nak pakai tudung, dapat satu panggilan cakap kelas LG BATAL! Grrrr...nak marah ni nak marah ni! Orang dah siap-siap semua bagai tetiba takde kelas. Hangin je ni. Apa lagi, bukak baju kurung semua, tido balik! TERBAEKK! Pukul 10 ada Guees Speaker untuk subjek LG. Dengar ceramah 2 jam lepas tu dapat makan, balik rumah, sambung tidur. Malamnya pulak gelabah nak siapkan assignment LG sebab hari jumaat ada kelas ganti LG,kena present assignment yang dibuat tu!




Hari Khamis:
Hari khamis pulak ada 2 test. Ye, 2 TEST.Awok tak tipoo....Pukul 8 pagi Test Mandarin.Writing test. Mak abah...Soalan aku tak paham langsung bahasa cine nih. Main nulis je. Yang paling best, susun ayat. Entah ayat apa la yang aku susun pun aku tak tahu. Mau laoshi gelak tengok kitorang susun ayat tunggang-langgang.Rasa macam masuk tadika balik je! Pukul 10 pulak test CSC.CSC ni bukan Madam Zanariah yang ajar, tapi Miss Azila. Ni lagi sorang. Tak penah mengajar pun, tpi setiap kali kelas test, quiz, presentation.Tu je kejenya! Masa test kelmarin, kencang je budak-budak kelas aku meniru..Haiippp! Tak baik TAK TIRU!
Malamnya pulak ada bacaan Yassin dan Solat Hajat kat Pusat Islam. Nak doa la apa-apa yang patut ni. 2 minggu lagi kan dah nak exam...u_u.

Bergedik santai depan Pusat Islam dgn dak Orked. <3



Muka kononnya dapat hidayah! :P




Hari Jumaat:
Hari ni ada presentation Local Government. Mak ai...tetiba nervous tak tentu hala. Sebabnya, masa group member aku si dak Shahril dengan dak Nazril pergi buat research, aku dengan dak Jannah balik kampung! Sekarang rasakan, buat assignment dengan presentation berdasarkan apa yang orang cerita balik. Balik rumah pukul 12, terus zzzz.....Malam pulak bergosip dengan kanak-kanak riang, dak Dayang, dak Gee dan dak Jannah. Haish...Syok sungguh kalau mai tang gosip nih!

________________________________________________________________________

Hari ni teman dak Yaya pergi bandar Sungai Petani, tinted kereta baru dia. Dak Yaya ni beli kereta baru dah sebab kereta lama dia meragam sangat. Maybe jugak sebab mengangkut aku dan geng kereta Yaya yang lain yang kurus gemuk-gemuk nih, (-_-"). Masa nak tunggu kereta dak Yaya ni siap, kitorang pergi jenjalan ke Central Square yang tak square tu. Then balik rumah. Eksited dak Yaya bila kereta dia dah di tintedkan!
Balik rumah, kepala dah pening-pening, BUT aku still dapat siapkan assignment LG dengan jayanya! Ucapkan tahniah cepat! hahaha...Dan sekarang adalah masa untuk berblog dan tido!

NotaTangan: Esok ada individual presentation, wish and pray for me...

NotaTapakTangan: Gambar ehsan Google dan kawan-kawan...

Wednesday, April 6, 2011

Tak Kira, Aku Nak Tulis Jugak!!!

Assalamualaikum...

First of all, i want to say "I'M DAMN TIRED!!!" boleh?
Pehh memang penat der minggu ni. Sebelum ni aku ada tulis yang seronok cuti 3 hari. Kononnya nak siapkan assignment la kan. But, memang tak lah aku siapkan assignment yang menggunung tu masa cuti hari tu. Yang banyak aku buat, online sepanjang hari. Nasib tak meletop je lappy aku ni. Buatnya meletop, memang menagis la sebab assignemnt tak siap(kononnya, padahal takut tak boleh online).

I can say that this week is my hectic week ever. Nak tau kenapa? Jap na, cheq nak cerita la ni.

Okay, bermula pada semalam iaitu hari Isnin bersamaan dengan 4 APRIL 2011 menandakan hari yang sibuk bagi aku dak classmates aku sekelian. Kelas aku hari Isnin bermula pada pukul 8 pagi. Diulangi, 8 PAGI ye kawan-kawan. So, mata masing-masing semua sayu di aidilfitri je gayanya.
Tapi mood pagi telah di spoil oleh Mr.Deen. Mood dia masa masuk kelas semalam memang macam ada angin sepoi-sepoi bahasa je.

Kawan-kawan aku present about Policy Forecasting kat depan, boleh je dia buat tak tahu. Selalu mulut dia bising je nak tanya soalan. Tuptup semalam senyap berjuta bahasa. Nak habis kelas, tetiba dia bagi 6 soalan past sem untuk disiapkan dan hantar esok means hari selasa. I'm like wth. Dengan assignment dia pun nak kena hantar esok, assignment database CSC pun nak kena siapkan, presentation CSC lagi. Aduh...Migrain tetiba rasa!

Balik rumah masa gap 4 jam, terus pergi rumah dak Dayang semata-mata nak siapkan assignment Policy Analysis tu. Praise to ALLAH, we can manage it perfectly! Amazing kan? Kerja kalau due date dia dekat, cepat je siap. Cuba kalau due date berbulan? Maunya menangguh lagi kerja! 

Malamnya pulak, kami siapkan database CSC tu, then prepare for presentation too. And Alhamdulillah, we can finish it in time. Lepas tu balik rumah sendiri pulak. Online kejap(sempat lagi T___T), baru buat past sem question tu. Bayangkan, aku start buat question tu pukul 11 malam, 6 soalan, esei panjang. Mau bengkak jejari tak runcing aku ni weh! Pukul 3 pagi baru siap. Syukur, dapat jugak siapkan semua benda tu dalam masa sehari. Memang berpotensi jadi pekerja harapan pabila bekerjaya nanti!


____________________________________________________________________

Bangun pagi je, rasa malas sangat nak pergi kelas. Rasa macam nak ponteng je sebab mengantuk, dah tu mata dah ada beg! Tapi bila fikir-fikir balik yang aku kena buat presentation for CSC Database, harungkan jugak lah diri yang malas ni. Masa presentation tadi lovely CSC lecturer, MADAM ZANARIAH cakap our group are among the best jugak la. BUT, dia tanya sama ada kami test tak system kami ni dekat Kedai yang kami pilih tu. Alamak, terkantoi yang kami tak suruh pakcik tu test. Lepas je kelas, terus jumpa pakcik tu suruh test jap sistem kami tu.

Punyalah banyak cakap pakcik tu. Dia banyak condemn kami punya system. Asbestos sungguh pakcik tu.Grrr... Tapi bila kami dengar cara dia complaint tu, kami percaya bahawasanya pakcik itu nak kami buat website! Masya-Allah pakcik...Kami just perlu buat sistem yang pakcik test je. Yang pakcik melalut sangat kenapa la hai...

And yes, kami dah hantar assignment Policy Analysis tu. Hope tak kena reject la nanti! Now, ada lagi kerja yang perlu aku settlekan. Tapi tak sebanyak sebelum ni lah.
Aku kena settlekan:
1. Local Government Assignment (yang part aku tak dapat maklumat lengkap, macam mana nak buat assignment macam ni?)
2. Individual Presentation for Organization Behavior.
3.Presentation for Local Government.
4. Movie Mandarin. 

Takpe, i still have time to manage it. Pray for me ya!
Till then..
P/S: AKU MENGANTUK GILA BABENG!

Monday, April 4, 2011

Biar Lambat Asal Aku Ucap Jugak! Shahril Rezza Hairuddin dan Nabila Syaida Mohamad : Happy Birthday kalian berdua!!!

Assalamualaikum...

Malas nak sembang pasal ABPBH lagi sebab confirm ramai yang kalut ketuk keyboard nak cerita pasal ABPBH. Maka adalah lebih elok rasanya kalau aku cerita pasal birthday kawan aku berdua ni. Lagi afdal!
Actually birthday diorang ni semalam, tapi takpe la aku jadi antara orang terakhir yang ucapkan. Kau apa peduli?

So mari kita ramai-ramai mengucapkan SELAMAT HARI DILAHIRKAN sambil menyanyi lagu selamat hari jadi dan bertepuk tangan tanda gembira. 

Birthday Boy semalam adalah...
Jeng..jeng..jeng...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SHAHRIL REZZA HAIRUDDIN
3 APRIL 1990
Maaflah kualiti gambar tak berapa nak puaskan hati semua pihak. Ni pun aku rompak dekat FB dia.
Nama sebenar dia takde REZZA pun, tapi gagah dan gigih nak letak nama tengah tu.
Public figure katanya.
Sudah la kau Shahril! Public Figure la kononnya kan?Hahahaha...



Dia ni merupakan kekasih hati pengarang jantung si dak Dayang a.k.a DDR. Ya, disebelahnya adalah DDR. Takkan aku pulak kan? What i can say is both of them were sweet couple ever. Biasa la kalau gaduh-gaduh sikit. Tapi dalam dok gaduh tu pun still manja-manja. I loike!
Oh ya, diorang berdua ni muda setahun dari aku. Satu kelas dengan aku dan mereka berdua adalah bekas student foundation of law from UiTM Shah Alam.
Dan ya (bukan DAIA sabun pencuci!), DDR ni lah yang memula panggil aku KAK LELA!!! (walaupun nama tu takde kena-mengena langsung dengan nama aku!)

Mari kita beralih kepada birthday girl pulak.
So. here she is
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
NABILA SYAIDA MOHAMAD
3 APRIL 1991
Kalau sesiapa yang add aku dekat FB boleh tahu la yang aku sekarang IN RELATIONSHIP with her!
Choiii!!! Kami bukan lesbian okay!
She was my bestfriend and sister ever. But now she no longer study with me anymore. She get an offer from UNISZA to further her studies in Law. I really miss her so much!
Dia ni muda 2 tahun dari aku, so aku dah anggap dia ni macam adik perempuan aku sendiri memandangkan aku takde adik perempuan.



Dia ni sangat-sangat pandai okay. Kalau tak, takdenya dia boleh lompat kelas masa PTS darjah tiga dulu. aku sangat kagum dengan dia ni. Walaupun study last minute, dia still dapat score! Tiap kali exam mesti dia akan study last minute sebab dia macam scan je semua, then masuk kepala otak.
Ya, kami still menghubungi antara satu sama lain. Semalam aku dah call dia masa tepat pukul 12 malam and you know what, i'm the first person has wish her birthday. Dia cakap dia sangat busy dekat UNISZA sampai lupa birthday dia sendiri. Petang tadi dia call. Aku ingatkan dia sambut birthday ke. Tapi rupa-rupanya dia tengah makan bihun PAMA dalam bilik sorang-sorang. Sobs...Sobs...

Taun lepas dapat celebrate birthday dia dan aku sempat la belanja dia makan SATU slice kek Secret Recepy. Almaklumlah, nak beli sebijik mahal sangat. Nak-nak pulak zaman deficit. But at least aku celebrate birthday dia okay! Bel, aku rindu zaman kegemilangan kita dulu~~~

Sunday, April 3, 2011

Bosan Seorang

Assalamualaikum...

Bosannya tengok ABPBH 2011 kali ni.
Bukan sebab tak best ke apa.
Tapi sebab tengok sorang-sorang.
Ni gara-gara housemate semua sibuk siapkan assignment!
Sigh...(-.-")...

Kalau kat rumah ni, mesti sekarang sedang berbaring depan TV bersama emak, abah dan adik tercinta!
Uwaaa....Nak tengok ABPBH kat rumah! (sambil hentak-hentak kaki!)
So sekarang layan la ABPBH sorang-sorang...
-Sekian-


SUSAH BETUL

SUSAH BETUL BILA FACEBOOK JADI TEMPAT UNTUL MELUAHKAN KETIDAK -PUASAN HATI

KALAU CAKAP TERLEBIH TERKURANG MESTI ADA YANG TERASA WALAUPUN KITA TAK TUJUKAN KHAS UNTUK SESIAPA!

KADANG-KADANG HUBUNGAN KEKELUARGAAN PUN BOLEH PECAH BELAH GARA-GARA FACEBOOK.

JADI SEKARANG AKU AMBIL TINDAKAN MEMERHATI.
DIAM LEBIH BAIK DARI BERKATA-KATA.

TERUSKAN LA TABIAT MENGUTUK MEMPERLI ORANG DALAM FACEBOOK.
MOGA ALLAH TUNJUKKAN KAU HIDAYAH.
AMIN...

Saturday, April 2, 2011

Food List...

Assalamualaikum...

Bosan.
Perkataan pertama bila orang tanya aku sedang buat apa.
Geng-geng aku semua balik kampung.
Sampai hati korang tinggalkan aku keseorangan dibumi Merbok ni.
Sobs..Sobs...Sobs...

Bila tinggal sorang-sorang ni, mula la teringat macam-macam.
Dan semestinya aku teringatkan kampung halaman, desa nan permai tu.
Aduhai...Rugi sangat rasa tak balik minggu ni. 
Kawan-kawan dizaman kanak-kanak ribena ramai yang balik kampung minggu ni.
Peh! Masa aku balik kampung, sekor pun tak balik.
Bila aku tercampak dan tak balik ke kampung, ramai benar yang balik!

Target hari ni kononnya nak siapkan assignment katanya. 
Tapi aku tetap aku.
Tetap dengan kerja bertangguh.
Tetap tak siap-siap assignment yang sedikit tu.
Kononnya assignment tu sikit je. Dan ya, memang sikit tetapi memerlukan kepala lutut otak untuk memikirkannya.
Adess...Bila tahun entah nak siap.
Silap-silap hari bulan, bukak semester baru nanti baru siap gamaknya!

Bila ingat ramai kawan-kawan balik kampung, mesti petang-petang macam ni diorang dengan family tercinta. Aku kat sini sorang-sorang meroyan nak balik kampung. =.=
Kalau aku kat kampung sekarang ni, di waktu petang cenggini, mesti aku, mak dan abah melepak kat sofa depan rumah, tengok orang lalu lalang sambil sembang-sembang.
Nak-nak pulak mak buat jemput-jemput dengan kopi panas suam. Perghh..Memang sangat best.
Tak pun kami tiga beranak gotong royong bersih kawasan rumah.
Bestnya la hai!
MAK, ABAH, AKAK NAK BALIK KAMPUNG SEKARANG JUGAK!!!
TOLONG AMBIK BOLEH TAK???

Bila teringat mak, aku mula la buat macam-macam list makanan yang aku nak suruh mak masak.
Antaranya:

LAKSA!!!
Sedap dap dapnya!



Jemput-Jemput Durian..
Sekarang musim durian, makanya mak mesti buat!



Mak selalu buat bubur chacha ni masa bulan puasa.
Tapi kalau teringin nak makan, mak mesti buatkan.



Sambal tumis sotong.
Kalau mak buat, confirm bertambah!



Ni lagi satu best.
Aku dengan Abah la yang habiskan.


Favorite aku. Sebulan sekali mesti dapat makan ketam
Tapi kesian adik sebab dia alergi ketam
kalau makan, nanti mulut dia bertukar jadi mulut negro!



Ni pun aku nak makan jugak.
Bila balik nanti nak suruh mak buat tomyam campur!


Bila ingat kat abah dengan adik,
Mula la pasang harapan nak BBQ dengan diorang.
ABAH, ADIK BALIK NANTI KITA BBQ YE!

Ayam bakar!



Daging bakar!


Mak aih...Mak dan abah, sila sediakan duit yang banyak bila anakmu ini pulang nanti.
Nescaya, dia pulang hanya untuk meggemukkan diri serta menghabiskan duit kalian berdua untuk membeli makanan.


Baru sedar sekarang ni. Bila berjauhan dengan family, rindu jangan cakap la kan. Mengunung sangat. Tapi bila dekat, tak sabar pulak nak pergi jauh-jauh. Nak berdikari katanya.
Orang macam aku ni rasanya tak boleh berjauhan dengan family. Mesti meraung nak balik kalau tak dapat cuti.

Mungkin sebab dah dimanjakan sedari kecil dan tak ada pengalaman berpisah dengan family. Tapi ada hikmahnya jugak bila tak berpisah dengan family ni. Contohnya, aku akan selalu ingat family walau dimana berada. Dan aku akan fikir banyak-banyak kali kalau nak buat sesuatu. Sebabnya, segala keputusan yang aku buat tu nanti akan tinggalkan kesan dekat family aku.


NotaTangan: Semua gambar di atas aku just google je.

NotaTapakTangan: Tak mau makan masakan diatas,Nak makan masakan mak jugak!

NotaJariJemari: NAK BALIK KAMPUNG!!!!

Mood: Assignment!

Assalamualaikum....

Dimaklumkan bahawa minggu ni aku cuti 3 hari iaitu jumaat, sabtu dan ahad. Tapi yang sedihnya aku tak balik kampung pun! Bencik!!! Semua orang balik kampung. Ni semua Encik Mie punya passal la, cancel kelas hari ahad. Tengok, semua orang balik kampung! Sunyi tau tak? Aku pulak tak balik kampung sebab kononnya nak siapkan assignment katanya. Tapi, harammmm nak siapnya!

Malam ni aku tidur kat rumah depan, menemani dak Juju yang tinggal berseorangan kerana housematenya semua balik. Sampai hati dak Dayang, dak Gee ngan dak Paw balik meninggalkan kau ye Juju? Hahahaha...Mai sama-sama gelak sebab kita ditinggalkan housemate masing-masing! Aku tak balik minggu ni sebab minggu lepas dah balik. Kalau la aku tahu yang hari ahad ni tak ada kelas, takdenya aku beria nak ponteng kelas 2 hari minggu lepas. Demmm.....

Tengah hari tadi teman Yaya hantar dak Dayang dengan BFnya balik Kuala Kangsar. Bawak la si Yaya ni kami berdua, Juju dan aku sendiri, budak yang ditinggalkan housemate kerana mereka balik ke kampung halaman masing-masing. Lepas hantar dak Dayang dengan BFnya naik bas, terus hantar kereta Yaya pergi mandi. Then ke CS, yang tujuannya adalah untuk membuang duit yang sedia sikit tu (=.=")

Balik dari CS terus menghadap lappy tersayang. Tapi jangan berperasangka dulu. Aku bukak lappy bukan sebab nak buat assignment, baik sangat la aku balik-balik terus buat assignment kan? Terus online FaceBook la. Habis dah update sikit-sikit, tapi assignment jangan harap la nak tengok. Grrrrr....





Dan sekarang lokasi aku adalah di bilik Juju, menemani dia tidur malam ni. Tapi still tak buat assignment. Haish...Apa nak jadi tak tahu la! Okay dah, sekarang dah mula rasa bahang stress. Nak jerit boleh tak? 





STRESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...