Pages

Wednesday, March 30, 2011

Demmm...!!!

Assalamualaikum...

Dimulakan dengan DEMMMMM!!!!!

Marah dekat diri sendiri sebenarnya sebab next week kena submit assignment tapi minggu ni tak start apa-apa lagi.

Semua-semua...Aku bukan pemalas malah sangat la pengrajin tapikan, masa amatlah mencemburui aku sebab selalu je buat aku busy dengan macam-macam aktiviti. Maklumlah, takde aku, semua aktiviti tak jalan (kot?).Demmm lagi sekali sebab perasan!

Lagi dua minggu dah nak start final exam dah. Wah wah wah...Cepat sungguh final ni. Tak sabar-sabar nak jumpa aku pulak. Okay, I tau la yang i ni cute-perasan-nak-matik, sampai tak sabar-sabar nak jumpa I!

Dah dah melalut. Berita gembira untuk esok
TEST MANDARIN!!!
Ye, aku memang "SUKA" (saje capslock perkataan suka) dengan test-test ni. Kalau takde test, rasa macam tak lengkap je hari-hari aku! Peh!!!


NotaTangan: VC UiTM datang kampus aku tadi. Esok citer! Sekarang nak study pulak.

Tuesday, March 29, 2011

Keceriaan Berganda!!!

Assalamualaikum!!!

Hari ni hari best seMERBOK dan semestinya hari yang best untuk aku. Kenapa? Sebabnya hari ni macam cuti je. Kelas banyak cancel last minute! Oh ye, berilah tepukan kau dekat aku sebab aku sedang bergembira-sakan-menghadap-laptop-dari-tengah hari-sampai malam (o_O")...

Hari ni kelas start pukul 10 pagi, subjet CSC. Ala...subjek ni yang berkenaan dengan system apekejadah entah. Pasal masuk-masuk data segala tu la. Bestnya subjek ni sebab kelas dekat computer lab dan sangat wajib dan haruslah aku mengonlinekan diri tatkala ahli group yang lain sibuk menyiapkan projek yang diberi. Perangai memang macam orang takde internet kat rumah padahal bila online kat rumah tak terasa waima sedikit pun nak bukak BERITA HARIAN ONLINE mahupun METRO ONLINE.Grrrrr...

Kelas CSC ni habis pukul 12 tengah hari. Balik kelas singgah kedai sebab nak melayan karenah perut yang buat konsert artis korea. So petangnya, kalau nak diikutkan, ada kelas Public Administration tapi.......Tatkala aku sudah mandi, dak Dayang call cakap class was CANCELLED! Terasa diri nak melompat sampai cecah siling je sebab punya gembira tak terkata. Apa lagi, lompat atas tilam dan tarik selimut la. Nak pulak hujan di bumi Merbok ni sepoi-sepoi bahasa, lagi la bestkan? 

Malam pulak sepatutnya ada kelas ganti Local Government, tapi lagi sekali dak Dayang bawakkan berita gembira yang kelas tersebut juga cancel. Wah, rasa macam nak buat sujud syukur jek! (Kalau tang malas pergi kelas memang serah kat aku la kan!) So, kesimpulannya aku mengonlinekan diri dari tengah hari sampai la ke malam. Ya, aku tahu aku hebat, so tak payah susah-susah nak puji aku T_T...

Dan sekarang tibalah masanya kedukaan berganda...
3 assignment need to be submitted next week! Ohemjeeyyyy! 2 assignment tak bergerak-gerak lagi sedangkan minggu depan dah nak kena submit dan present! Takpe, bak kata Encik Mie, students UiTM ni bagus-bagus semua. Assignement nak kena hantar esok, malam ni berjaga sampai pukul 3-4 pagi pun takde hal! See...Our lecturer pun admit yang student UiTM hebat kan! Memang UiTM Dihatiku lah!



Esok, our VC, Dato' Sahol nak datang melawat aku UiTM Kedah ni. Memang superb la admin ni nak cantikkan branch yang kecik ni. Orang penting nak datang, barulah gelabah nak betulkan itu ini. Manusia semua macam tu kan? Termasuklah aku. Lols! Esok wajib bagi semua pelajar ada di dewan Perdana. Nasib baik wajib dan dapat makan free, kalau tak, wassalam la aku nak datang kan! Okay dah. Nak melayan youtube pulak! : P

Yup, sinilah tempat aku belajar sekarang. Sumpah, tak pernah jejaka kaki kat tangga warna biru tuh. Sampai grad nanti tak pergi situ~~~

Oh! Aku seorang yang pemalu!!!

Assalamualaikum...

Ya, tepat sekali. Aku memang seorang yang pemalu, jadi adalah lebih afdal sekiranya anda, anda dan anda menjadikan aku sebagai sumber inspirasi. Okay, ke laut sudah!

Sebenarnya semalam kawan aku, dak Gee dengan dak Dayang datang melepak-lepak dalam bilik aku yang kecik lagi sempit ni. Nak pulak malam semalam hujan turun dengan sepoi-sepoi bahasanya(ada ke peribahasa macam ni?) Memang syok sangat la duduk lepak dalam bilik aku ni.

Bila berjumpa dengan dua ekor makhluk ni, memang takde benda lain la yang aku nak buat. Bergosip-gosipan sambil bergelak-gelakkan la. Sembang pulak memang kuat macam nak bagi satu lorang ni dengar segala butir bicara yang kami sembangkan! Memang. Memang kalau kami tinggal serumah, orang taman akan halau kami suruh tinggal kat hutan sebab kami akan ketawa mengilai mengalahkan potianak a.k.a langsuir dan dikhuatiri merosakkan pendengara diorang!

So dak Dayang ni tengah rungsing sebab birthday BF dia dah dekat and dia pulak tak ada idea nak beli hadiah apa kat BFnya. Tanya pulak dekat orang macam aku dan dak Gee, memanglah menemui jalan buntu! Kalau tanya dekat dak Gee, memang jawapan dan hadiah yang tak sepatutnya la yang dia cadangkan.

So, masa aku rungsing jugak mikirkan hadiah BF dak Dayang ni, dak Gee nak online FB katanya. Nak chat dengan sapa entah. So aku log out aku punya FB. Tapi tapi tapi tapikan...Aku LUPA NAK SIGN OUT BLOG AKU! Yess!!! bocor jugak rahsia aku kat kanak-kanak dua ekor tu yang aku ada blog! Gelabah aku tekan pangkah semata-mata tak mau bagi diorang nampak aku punya blog. Dak Gee nyaris-nyaris je nak tekan view blog aku. Fuhh...berpeluh jugak la aksi merebut mouse dari tangan dak Gee semalam. Nasib baik berjaya dalam pertempuran semalam dan makanya diorang berdua tak sempat view aku punya blog. 

Sebenarnya, kawan-kawan aku tak tahu pun yang aku ada blog. Mungkin ada jugak kawan-kawan aku yang jadi silent reader (ada ke?) blog ni. Dulu dak Yaya je yang tahu aku ada blog, tu pun tak sengaja sebab dia tinggal sebilik dengan aku akhir semester lepas. Tapi lepas tu aku tukar URL. entah dia dapat baca ke tak dah blog aku ni. Kalau nak ikutkan, ramai kawan aku yang ada blog. Cuma diorang tak publishkan je. Aku pulak jadi silent reader diorang je. Nak follow? Memang aku tak follow la kan. Kalau aku follow, nanti diorang follow aku balik.

Ye, aku sangat la malu kalau kawan aku baca blog aku yang macam entah apa-apa ni. i'm writing in blog just for fun. Tulis pasal diri aku, pasal kawan-kawan aku. Kalau diorang baca hasil taipan aku ni, malu dowh!


Aku sangat tak kisah bila orang yang aku tak pernah jumpa atau aku tak pernah kenal nak baca blog picisan aku ni. Tapi, aku sangat KISAH kalau kawan-kawan yang rapat dengan aku, jumpa hari-hari baca blog aku. siyesly, aku malu!
hahahaha...Boleh pulak macam tu?


So, kepada kawan-kawan aku yang terbaca ini blog, sila jangan cakap yang anda baca blog aku ni atau aku terpaksa tukar URL lagi! (T__T)

Saturday, March 26, 2011

Masa Telah Tamat, Sila Kembali Ke Pangkal Jalan!

Assalamualaikum...

Secara rasminya sekarang dah sampai Merbok pada pukul 8.07 p.m tadi. Sedihnya sebab balik Merbok ni. Tak puas lagi nak bermanja-manja dengan family, dah kena balik Merbok. Mampu ponteng kelas 2 hari berturut-turut sebab nak balik kampung punya pasal! Takpe, demi keluarga tercinta. Wah, alasan terbaik, SEBAB KELUARGA. Padahal memang malas nak pergi kelas pun!

Special thanks to my Lil Brother and my Abah sebab berjaya hantar akak pulang ke Merbok dengan selamat dan jayanya walaupun dalam hati ni macam nak hentak-hentak kaki tak mau balik Merbok lagi! Hish...Tak sabar nak cuti 4 bulan tu. Cepat la bulan May, cepat la muncul. Tak sabar nak balik cuti dan menggemukkan badan ni! Jap jap jap. Bukan 4 bulan tapi 3 bulan sebab aku gatal nak buat intersesi ape jadah entah. Takpe la, 3 bulan pun takpe asal cuti. Ko ade? Hahaha...

Balik Merbok je ingat kerja yang berlonggok-longgok macam orang jual buah longgok kat pasar malam tu. Haish... Tension sungguh bila fikir kerja yang melambak ni. Kenapa la belajar kat Universiti ni kena buat assignment bagai? Tak boleh ke just belajar je. Final exam pun tak payah buat. Senang sungguh kalau macam tu, mesti takde dah dengar berita yang student histeria la, student nak bunuh diri sebab tension la.

Dan seperti yang aku dah jangka awal-awal bila aku tulis entry ni, misi aku masih lagi tak complete-complete. Ate, macam mana tak tension bila kerja asyik bertangguh je. Kesimpulannya, kalau nak bercuti balik kampung, jangan sesekali berangan nak siapkan kerja tu kat kampung. Berani POTONG KUKU yang kerja tu tak akan siap! Alih-alih nanti buat kat rumah sewa jugak akhirnya!

Sebagai buktinya, aku dah siapkan satu assignment dalam masa satu jam. Hebat tak aku? Kalau hebat, sila bagi tumbukan tepukan gemuruh bak guruh berdentum dilangit tu! Dah, malas nak merapu panjang-panjang. Banyak lagi kerja yang nak kena settlekan ni.
Bubye!

Thursday, March 24, 2011

Mission Incomplete, macam mana ni???

Assalamualaikum...

Misi hari ni konon-kononnya nak cuba habiskan individual assignment aku yang bertunggak berminggu-minggu tu. Nampak gayanya misi tidak berjaya bila mak dengan abah menggoda anaknya yang sorang ni keluar makan. Macam mana nak habiskan assignment ni?

Namun begitu, sebagai anak yang solehah dan taat kepada dua ibu dan bapanya,maka aku serendah-rendah hati menurut perintah. Kau gila nak masuk neraka apa kalau tak dengar arahan mak abah?

So, bubye, nak siap-siap keluar makan!

NotaTangan: Misi ditangguh kepada esok. Hahahah...Mampu kau noks?

KALAU TENGAH HAPPY, TIBA-TIBA RASA BERSALAH MACAM MANA? (~_~")

Assalamualaikum...

First of all, aku nak bagitahu yang aku kini selamat sampai ke kampung halaman.Sangat best sekarang ni disamping family yang tersayang dan tercinta.Bagi sesiapa yang rasa macam nak jeles tu, amat-amat la dialu-alukan.Hahahaa(gila keji!)

Seronok dapat makan masakan dari air tangan mak sendiri. Selama kat Merbok, asyik makan makanan masakan air tangan mak orang ja, sampai rasa macam tak mau makan sehari tapi tak boleh sebab takut kebulur di negeri orang.Fuh! Baca sekali nafas je tau!

Memang pe'el aku la kalau nak balik kampung, rela tak makan semata-mata nak makan kat rumah. Pagi-pagi lagi dah bangun awal semata-mata nak nak balik kampung. Kalau nak pergi kelas pukul 8 pagi, memang macam nak menangis ja bila bangun tido. Tak mau pi kelas dah!hahaha...Tapi hari ni lain sikit sebab tanpa bantuan jam loceng, aku berjaya bangun awal! Hebat tak hebat tak aku?

Perjalanan hari ni sangat la penat ditambah dengan pengaliran wang tambang yang sangat sadis. Dari rumah sewa aku, call teksi nak pergi stesen bas. Ye la, sapa nak bawak aku pergi stesen bas dikala orang lain pergi kelas? Tambang teksi RM18 yang mana perjalanan dari Merbok ke Sungai Petani hanyalah 15 minit. Takpe, pasrah je la. Naik bas dari stesen bas lama Sungai Petani yang permandangannya lebih jelik dari perumahan setinggan indonesia (T_T) sambil berebut-rebut dengan orang indon dan juga bangla. Sekali-sekala rasa macam aku pulak yang menumpang kat negara diorang.Apekah?

Contoh gambar teksi yang buat purse aku menangis
sedu-sedan T____T


Bas CITYLINER yang MasyaALLAH sangat sempit
tak sesuai untuk orang yang berkaki panjang!



Sampai Butterworth, naik lagi bas ke Taiping. Nak balik kampung punya pasal, gigih naik turun bas berkali-kali pun takpe (^_^).So,dari Taiping, nak kerumah aku, mengambil masa 3o minit jugak la. Plan asal ayah dak Jannah nak amik tapi cancel last minute atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Makanya terpaksa la balik naik teksi yang tambangnya boleh-buat-belanja-untuk-tiga-hari!.

Sampai je rumah, aku disambut oleh kedua mak dan abah korang aku. Wee....Terasa diri ini begitu berharga! FYI, sebelum balik rumah, aku dah buat request kat mak suruh masak sedap-sedap bersempena kepulangan aku ke tanah air(bajet dok oversea lagi)! So, memang tak sia-sia la aku berlapar dari pagi sebab balik rumah je dapat habuan makan sedap dap dap...

Baru je nak layan tengok KBS World, tetiba je kawan aku dak Nazrilcall cakap esok kena buat research untuk Local Government. Aku macam nak tersedak keluar sambal tumis udang je bila dia cakap macam tu. Watterhell! Aku kat Perak sekarang der. Kalau aku ada kuasa terbang ke, kuasa boleh pergi mana-mana dalam sekelip mata boleh la aku balik ke Merbok balik. Pelik jugak aku sebab baru pagi tadi aku faks surat tu. Tup tup petang dah bagi confirmation cakap esok boleh buat research?

Bincang punya bincang, Nazril suruh send question part aku kat dia untuk dia tanya kat pegawai MPSPK tu nanti. Ala....Ni yang tak suka ni. Rasa bersalah okay sebab biar orang lain buat kerja yang dipertanggungjawabkan untuk kita. Memang la ada rasa sedikit best tapikan kesian la dia dan Shahril yang kena handle assignment bersama ni dua orang je.Adess...Bersalahnya...

MPSPK yang group aku kena buat research.
Duhh..Tak dapat nak pergi!


Lepas ni kena la buat extra work sikit. Yela, dah diorang pergi buat research, so aku kena la cover with the assignment.Matilamak nak! Assignment lain pun tak tersiap lagi ni!Takpe la. Nak buat macam manakan? Benda kita tak boleh nak predict. Ingatkan kena buat research minggu depan, alih-alih kena buat esok. To Nazril Wahab dan Shahril Rezza Hairuddin, disini, saya ingin memohon maaf kerana menyusahkan kalian. Ayat macam nak buat pengakuan bersalah membunuh je gamaknya!

But, whateverpun, i'm really happy today because be with my family after long time not see with each other. Yay, esok dah kena sambung buat assignment. "Indah" sangat bila cuti kena buat assignment!

NotaTangan: ALL PICTURES COURTESY TO GOOGLE IMAGE.TQ (>_-)

Tuesday, March 22, 2011

R I N D U

Assalamulaikum...

ENTRY SEMALAM ditulis sebab aku sangat-sangat down.Tak tahu apa sebab sebenarnya, tapi yang pastinya aku tak suka bila aku berpelakuan seperti semalam. Kalau diri aku sendiri tak suka, apatah lagi orang sekeliling aku kan? Maafkan aku kawan-kawan sebab moody semalam. InsyaALLAH, mintak-mintak tak jadi de-motivate macam semalam dah...

So, hari ni Alhamdulillah, aku tak de-motivate macam semalam sebab hari ni hari happy sedunia. Ada sebabnya kenapa happy sangat, sebabnya besok aku nak balik TAIPING!!! Hahahaha...Silalah jeles beramai-ramai. Oh, ya esok dan lusa aku ponteng kelas. Ada kau kesah? Takde kan? So diam-diam sudah. Peringatan kepada adik-adik yang bakal masuk alam universiti, sila jangan tiru perangai buruk ponteng-ponteng kelas ni, tak baik untuk kesihatan!

Setelah sekian lama menunggu nak balik kampung, esok adalah hari yang sesuai sangat nak balik kampung. Minggu depan dan minggu-minggu yang seterusnya dah sibuk bebenor dengan test mandarin T_T, assignment, research dan presentation bagai tu. lagipun, semester ni jarang benor ponteng kelas, apekah salahnya jika ponteng berkala-kala kan?

Semasa aku sedang menulis entry ni, Merbok, Sungai Petani ni hujan. Katak kat belakang rumah aku ni meriah sangat buat konsert. Hoiiiii katak-katak sekelian alam, silalah diam!

Okay, bubye...Nak kemas beg balik kampung!

NotaTangan: Mak, Abah...nantikan kepulangan anakmu di perantauan (bajet macam dok kat oversea!)

Monday, March 21, 2011

M O O D Y

Assalamualaikum...

M O O D Y

RASA NAK MARAH, TAPI NAK MARAH PADA SIAPA?

RASA MACAM NAK MERAJUK, TAPI NAK MERAJUK DENGAN SIAPA?

RASA MACAM NAK JERIT, TAPI NAK JERIT PADA SIAPA?

RASA MACAM NAK PUKUL ORANG, TAPI NAK PUKUL SIAPA?

RASA MACAM SEDANG CEMBURU, TAPI NAK CEMBURU PADA SIAPA?

RASA MACAM NAK MENANGIS, TAPI NAK MENANGIS SEBAB SIAPA?

RASA MACAM PERLUKAN SESEORANG, TAPI PERLUKAN SIAPA?

RASA MACAM RINDUKAN SESEORANG, TAPI RINDUKAN SIAPA?

RASA MACAM TAK MAHU PIKIRKAN HAL DUNIAWI DAH, TAPI PERLU PIKIRKAN JUGAK

RASA MACAM TAK MAHU HIRAUKAN ORANG LAIN, TAPI HATI TAK BENARKAN.

SEKARANG NI DAH MACAM-MACAM RASA

SAMPAI AKU SENDIRI TAK TAHU APA YANG AKU RASA SEKARANG



Psss...:MY HEART IS FRAGILE, SO PLEASE HANDLE IT WITH CARE...

Saturday, March 19, 2011

Dinner malam Korporat dan Glamor la sangat~~~ ;(

Assalamualaikum....

Seperti yang telah dinyatakan dalam entry NI, hari ni aku sambung cerita pasal dinner fakulti aku tu. Entry ni mungkin banyak gambar je kot sebab malas nak menulis banyak-banyak. Jari sakit gara-gara menaip assignment  yang banyak(kononnya).

Dinner yang fakulti aku buat kali ni memang sedikit hampeh sebab rasa macam bukan dinner pun ada jugak. Nasib baik la aku tak beria sangat nak beli baju bagai. Pakai je baju raya 2 tahun lepas. Lantak la dengan tema glamor and corporate tu. Ada kau kesah? Teehee...

Dinner tak best sebab:
1. Hall dinner sempit!!! Nak jalan pun seksa sebab punggung mesti berlaga dengan kerusi orang. orang yang punggung kecik tak pe la. Orang yang punggung besar dabak macam aku macam mana? Mau tersedak orang yang tengah makan kalau aku terlanggar kerusi dia!

2. Makan dinner ala buffet. Aduyai...Ni la kali pertama dalam sejarah hidup aku makan dinner secara buffet. Tak best langsung! Nak makan pun kena berebut macam pelarian Somalia dah. Almaklum la, pelajar universiti kalau dapat makanan free memang suka berebut, nak-nak pulak masa tengah kering nih..

3. Persembahan tak best! Boleh kata persembahan untuk dinner kali ni kurang best sebab budak-budak course lain yang dominasi. Apekah? Course aku punya dinner, tapi course lain yang handle even MC untuk dinner ni pun budak-budak course tu yang buat.Hampeh!

4. Aircond kat hotel tu macam tak berfungsi! Ni yang aku macam nak grrrr...wolf nih! Panas der.Hotel apekah yang tak de aircond yang best? Geram je, nak bergambar pun seksa sebab panas. Macam aku ni takpe gak la sebab pakai baju kebaya je, tapi bagi yang pakai sut, blazer tu macam mana? Sian diorang...

Yang best pulak sebab:

1. Malam dinner tu, kakak senior aku buat performance dengan bekas YDP MPP. Diorang buat persembahan lagu Faizal Tahir. Kak Fza petik gitar, Umar pulak nyanyi. Kalau ikutkan Umar ni padan nyanyi lagu Anuar Zain je tapi nak buat kelainan katanya,dia hentam nyanyi lagu FT.

2.Meraikan Pengarah Kampus yang bakal bersara. Ni bukan la best pun tapi cara diorang meraikan Prof Bos nak bersara tu. Banyak kek yang diorang tayang sebab meraikan persaraan prof bos dan hari jadi lecturer tapi satu slice pun aku tak dapat! Kempunan mak nak!

3. Cabutan bertuah dapat printer. Cabutan bertuah yang dapat printer ni bila prof bos yang cabut. Kalau lecturer biasa yang cabut, dapat box ape entah. Tapi yang pastinya aku dan rakan semeja aku tak bertuah! Yay, sangat sedih dan sadis T__T

So, sekarang mari layan gambar masa dinner. Sila letak mangkuk atau baldi disebelah sebab kemungkinan untuk muntah hijau kuning amat tinggi! (-_-")


takde keja pegang kasut Orked sambil bergambar. Motif??


Diorang ni kawan serumah,sekelas,sekereta tapi bukan sebilik.
dari kiri: Dyan, Orked dan Sarah

Macam kembar yang berjanji nak pakai pakaian yang sama je kan?
Yaya dan Aishah

Dah macam tema merah dan hitam..dan err...putih???

Pasangan hangat berchenta,DDR &SRH

Mereka juga serumah berlainan bilik merangkap
kawan baik aku kat UiTM Kedah ni.

Aku berlagak dengan DSLR orang. Oit SRH, perlulah kau jelir2 
lidah bergambar dengan kami hah???

Kami selalu bersama. Dan aku masih dengan DSLR orang...


Kasut-kasut cinderella yang sakit kaki sebab heals terlalu
tinggi...


DDR a.k.a Dayang sebelum...


Taaadaaa....
DDR a.k.a Dayang selepas

Aku dan Gee dan separuh Orked?

YDP MPP baru yang pelik.
Hoi Shalik, kau nak cium Orked ke hah???

Tiba-tiba aku nampak putih.Apekah???


Bunga Cinta Orked a.k.a Orked yang cantik sangat!!!

Lagi gambar orang cantik dan comel...

DDR yang over excited lompat manakal
BFnya macam burung nak torbang!

Bergaya mesti nak kalah model kan?
So,encik ANNAS kalau tak cukup model,
boleh call kami!

Semestinya ada gambar solo aku kan? Nah!!


Dan satu lagi!!!


Sekarang ada tak yang dah muntah?
Sekian Terima kasih!

Bubye, nak pergi tengok Merong Mahawangsa jup!
P/S: Sadisnya lambat tgok HMM... :(

Friday, March 18, 2011

Hari ni aku gembira untuk dia dan mereka :)

Assalamualaikum...

Minggu lepas secara gembiranya ingin dikhabarkan disini bahawasanya aku dah balik kampung!!Yay!!!Takde lagi homesick sebab untuk kegembiraan berganda, minggu depan aku balik lagi! Yay!!!Sila bagi tepukan gemuruh bak guruh dilangit okay.

Okay dah gembira sikit-sikit sebab assignment banyak yang menunggu untuk disiapkan sebab kena submit. Sila menangis T_____T

Minggu lepas secara rasminya kakak sepupu aku merangkap anak makcik aku telah sah menjadi isteri kepada suaminya, Cikgu Adie. berkalung-kalung tahniah dari aku untuk Kak Tini. Moga cepat-cepat lahirkan zuriat yang soleh dan solehah! Wah, ada gaya jadi ustazah kejap. teeheee...

Kak Tini dengan hubby dia.
Nak rantai besaq!!!
hahaha....

Nak jugak..Nak jugak...

Kesimpulannya disini ialah 
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=

MAK AKAK NAK KAWIN!!!
CARILAH MENANTU SORANG CEPAT UNTUK AKAK.
MOOD:GATAL MERENYAM SANGAT!


Okay...

Assalamualaikum...

BARU BALIK DARI DINNER DAN SANGAT PENAT DITAMBAH MENGANTUK. ENTRY MENGENAI DINNER MUNGKIN AKAN DIUPDATEKAN ESOK MAHUPUN LUSA.
HARAP MAKLUM...
(BERANGAN MACAM RAMAI YANG NAK BACA BLOG AKU, (-_-") )

NotaTangan: How your dinner? like ....ppffttt....

Thursday, March 17, 2011

Masalah bertimpa-timpa!!!

Assalamualaikum...

Uhuk..Uhuk..Uhuk...Batuk sebab blog banyak habuk lagi bersawang. Sorry!
Nak tulis cepat-cepat ni sebab pukul 3.00p.m nanti ada ETHICS TALK pulak dan tak tahu apa tujuan kena datang tapi bila orang suruh datang terpaksa pergi jugak takut kena ambik tindakan tatatertib(fuh,baca dalam satu nafas saja tau!). 

Al-kisahnya semalam lepas habis kelas pukul 12.00p.m, ajak la Yaya keluar sebab tujuannya nak beli kasut dinner katanya. So bertolak la kami ke Bandar Sungai Petani bersama-sama Jannah dan jugak Kechik. Tempat pertama yang dituju tentu saja tempat makanan sebab perut masing-masing dah berirama senandung sayang. We have decided to eat at AQEEM BRIYANI. Memang sedap walaupun harga makanan dia mahal sikit (-_-").

Lepas makan Yaya start la enjin kereta dia then tiba-tiba dia rasa macam tak best sebab she can felt something fishy with her car. So, kami pergi bengkel kereta dulu in case kalau something wrong with her car. Mana la tau kot-kot berhenti kat trafic light tiba-tiba mampus. Sapa yang nak tolak kereta? Aku? Idak la gayanya..Mekanik tu cakap benda apa entah kat dalam enjin depan tu bocor dan dia suruh tinggal kereta kat situ satu hari. Yaya tak setuju la sebab kitorang nak guna kereta esok nak pergi kelas, nak pergi Ethics Talk (-_-"), dan yang penting nak pergi DINNER! Cina tu pun macam paham je, dia cakap tak pe lah, 3 atau 4 jam baru boleh siap. Aku dam macam what the... Tapi kami decide nak panggil teksi je dan lepak-lepak kat Central Square(CS) je.

Dalam CS tu bermula la misi mencari kasut dinner aku. Aku yang sibuk nak cari kasut dinner, alih-alih Jannah yang beli. Tapi lepas cari kasut dia, kitorang memulakan aksi memburu kasut aku pulak. Mampu kau pergi dinner pakai flat? Lepas hampir 2 jam pusing-pusing CS , baru jumpa kasut aku. Yaya dan tension sebab cina kereta tak call dia lagi sebab dah hampir dua kali kami tawaf CS dan hari pun dah petang sangat. Kebetulan pulak Kechik ada kelas German malam tu. Gelabah la jugak masing-masing. Then, baru je nak emo, cina tu call cakap kereta dah siap. Melayang la RM60 sebab baik kereta tu.

Kechik nak pergi ambik baju dinner dia kat rumah Makcik Temah kat Sidam Kiri. So lepas ambik kereta, kitorang terus je pergi gerak ke Sidam Kiri. Masa berhenti kat trafic light, tiba-tiba je radio tertutup. Lepas tu lampu bateri tiba-tiba menyala. Semua dalam kereta dah cuak dah. Rumah Makcik Temah jauh lagi. Sampai je umah Makcik Temah, kitorang tak turun pun, ambik je baju terus cari bengkel kereta. Nasib baik la depan rumah Makcik Temah ada bengkel. Mekanik kat situ bukak bonet depan check sana check sini dan dia cakap ada problem dengan apa benda entah. Mak ai...Satu lagi masalah. Dah la nak maghrib dah.

Nak tak nak kena la jugak tukar benda alah tu. Tunggu nak siapkan kereta tu bukan sekejap, lama jugak la kat bengkel tu. Sampai Kechik tak pergi kelas German dia la walaupun ada test malam tu. Masing-masing macam sewel dah sampaikan india yang baiki kereta tu pun dah gelak-gelak tengok kami. Tapi, India yang baiki kereta tu memang bagus la, sentiasa senyum dan ajak kitorang berbual sebab takut kitorang bosan tunggu diorang buat kerja. Finally kereta pun siap dibaiki pada pukul 9.40 p.m. dan duit Yaya sekali lagi melayang RM95.

Tak serik dengan kereta yang rosak, kitorang meneruskan kembara ke GIANT pulak sebab nak mencari selendang Jannah nak pakai malam dinner. Gigih ke tak kami kerana dinner? Gigih dan gagah kan? Habis je shopping, terus balik sebab masing-masing dan memang letih tahap dewa-dewi.

NotaTangan: Thanks Yaya sebab bawak kitorang mencari barang-barang yang bakal dipakai pada dinner kali ni.

NotaTapakTangan: Malam ni aku ada Dinner!!!Entry pasal Dinner akan menyusul selepas ini, so tunggu.....


Wednesday, March 9, 2011

Betul...Hari Ni Hari Moody Sekelas!

Assalamualaikum...

Hari ni hari paling moody dalam kelas sebab ramai yang moody tak mau bercakap dengan orang. Sampaikan ada yang sedih-sedih menangis. Serius tak faham kenapa, tapi mungkin kerana simptom-simptom homesick menjadi penyumbang terbesar mengapa hari ini digelar hari moody sekelas.

Sekian terima kasih...(^_*)v

NotaTangan: Hari ni aku tak moody, so maknanya, aku tak kena simptom homesick ek?

NotaTapakTangan: Yay, tak sabar tunggu hari jumaat sebab dapat balik kampung! Terima Kasih Kak Miss! Sayang ketat-ketat!

Tuesday, March 8, 2011

Eeeuuuuwwww....Simphangggg!!!!

Assalamualaikum...

Actually benda ni dah berlaku 2 hari lepas which is malam ahad. Malam ahad tu kelas aku ada test Organizational Behavior. Start test pukul 8.30 malam. Okay, test OB sangat la susah. Mintak model lain, aku bantai lukis model lain. Memang best sangat kena perli dengan lecturer bahawa model baru telah tercipta dalam test OB. T______T

Memang lepas jawab test semua kawan-kawan aku frust nak mampos sampai ada yang mengambil tindakan berdiam diri. Baiklah, diam itu lebih baik mungkin. Dan bagi aku pulak, memang lepas test mulut macam murai,bising tak tentu hala. Tapi bila masuk keta, terus jadi bisu sebab takut jawapan test semua salah.

Bagi mengembirakan hati serta mereleasekan tension yang memuncak, Yaya a.k.a our driver, ajak makan kat kedai char keuteow Sungai Dua dimana tukang masak, pelayan dan tukang buat air adalah dikalangan abang-abang yang muda mudi! So sambil makan, sambil jamu mata ye idak?

Masa makan ni, kawan aku BCO a.k.a Orked ni muram je sebab tak dapat jawab OB katanya. Okay, pendek kata kesemua kami tak dapat jawab test OB. Kami pergi kedai tu dengan 2 buah kereta dan seramai 11 orang. Okay bayangkan 11 orang dalam 2 bijik kereta sekarang.

Lepas makan kitorang pun mesti la nak balik kan? Tak kan la nak tido kat kedai tu pula, apa kejadahnya? So kereta Sarah yang dipenuhi 6 orang bertolak dulu sementara kereta yang aku naik ni bertolak lambat sikit. Biasa la, bukan senang nak bajet cun bila masuk kedai yang ramai lelaki ni kan?

Dalam perjalanan nak balik ni, kitorang bersembang la bagi menghilangkan perasaan seram ni. Jalan yang kami lalu tu memang sedikit menyeramkan la sebab jalan ni tempat orang arkeologi lembah bujang korek-korek artifak, so it' like dohhhhhhh.......memang seram okay!

Masa nak sampai kat tempat orang gali-gali ni, Dayang cerita la pasal mak dia suruh baca doa bila nak jalan malam-malam sambil dia imbau kenangan masa kat kampung. Almaklumlah semua homesick masa ni. Dok gelak best-best bising bagai, tiba-tiba si Dayang ni senyap je. Lepas tu dia suruh pasang radio kuat-kuat. Yaya and Jannah dah pelik, tanya-tanya kat Dayang kenapa. Aku dengan Isfa senyap je. Aku malas nak bertanya sebab kalau tiba-tiba je Dayang jadi macam tu, mesti dia ada nampak "sesuatu", so better tak payah tanya kat tempat kejadian.

Dah sampai TLB3, Yaya nak berhenti kedai, nak beli topup katanya. Masa berhenti ni, terserempak la dengan Boipren si Dayang, SRH. Ingatkan si Dayang ni nak ngadu kat boipren dia, tapi dia senyap je. So, aku la yang turun beli topup. Masa masuk keta, Yaya suruh hantar dia balik rumah dan amik keta dia bawak balik rumah aku. Aku pulak macam "what???" Kenapa pulak kan tetiba je.

Balik rumah Dayang cerita la yang dia ada nampak something masa dia cakap suruh baca doa tu. Dia cakap dia nampak "something" tengah duduk betul-betul atas jalan. Then Yaya langgar benda tu. Sebab tu la dia suruh pasang radio kuat-kuat sebab takut dia ada dengar benda lain pulak. Kitorang yang dengar ni macam OMG! But nasib baik la aku tak nampak! Kalau nampak, maunya aku demam!

Esoknya kitorang sembang-sembang la pasal hal tu, rupa-rupanya bukan Dayang je nampak, tapi Orked dengan Jue pun nampak. Tapi dorang nampak benda lain, macam ramai-ramai orang kat atas jalan but Sarah dengan selambernya langgar. Yela, dah Sarah tak nampak, mesti la dia selamber je jalan kan?

OMG!!!
Nasib baik la aku tak nampak benda-benda tu. Syukur sangat-sangat aku tak nampak padahal aku dok depan kot masa tu!
Pengajarannya, jangan gatal-gatal nak merayyap tengah-tengah malam walaupun anda sedang dilanda stress yang amat!
FIN...

Saturday, March 5, 2011

Khabar Gembira Dari Kampung...

Assalamualaikum...

Malam semalam mak call aku dari kampung. Mak sampaikan satu khabar gembira untuk aku.
Kalau betul apa yang mak sampaikan semalam, aku sangat-sangat bersyukur.
Mak dan Abah sangat memamahi anaknya yang satu ini.
Terima kasih mak dan abah.
Akak tak sabar menunggu hari itu tiba.
Semoga Allah S.W.T memberkati mak dan abah hendaknya.
Amin...

NotaTangan: Entry yang MUNGKIN menimbulkan tanda tanya...

NotaTapakTangan: Biar menjadi rahsia dulu. Kalau sudah paasti, baru buat full entry!

Friday, March 4, 2011

Tolong Datang Dengan Segera!

Assalamualaikum...

Wah, 2 entry sekali aku pos dalam masa sehari. Memang miracle sangat!!!
Esok member rumah dan member rumah depan ajak sambut birthday our lecturer, Madam Junaida. Actually, madam ni mengajar kelas kitorang untuk semester lepas, but we still remember her so we want to celebrate her birthday!
Sooooo...sweettttttttttttttkan kitorang???

Actually, madam Junaida ni orang kuat kelab kami iaitu BASIC CLUB. Dan kebanyakkan committeenya adalah dari kelas aku. So, memang not surprising at all la kalau kitorang rapat dengan Madam seorang ni. Kebetulan sepupu madam ni merangkap ketua koordinator program kami nak tolong handlekan surprise party ni, so takde la susah sangat nanti!

lalala...kelaut betul isi entry dari tajuk entry!
Actually, nak seru mood study supaya datang meresap dalam diri ni.
hahahaha...Boleh macam tu?

Serabut sekarang ni sebab banyak test yang perlu ditempuhi dan banyak assignment yang kena submit...
arghhh...Migrain den migrain!
So sekarang nak panggil mood rajin lagi pandai supaya datang meresap jap.
okay, bubye!

NotaTangan:banyak betul guna perkataan 'Actually' kali ni.

NotaTapakTangan: Nak study malas, tapi berblog rajin! Grrrr...(=_=")

Orang Belakang Rumah Tolong la Jaga Manner Sikit Boleh Tak???

Assalamualaikum...

Kembali lagi ke blog yang penuh sawang akibat terlalu lama berhibernasi!
Okay, sekarang kena mengaku yang diri sangat busy dengan assignment, test dan juga quiz yang bertimpa-timpa. Demmm...Sangat stress okay, ditambah pulak dengan dengan homesicknya dengan mak and abah.
Uwaaa.....Nak balik kampung!!!

Sebenarnya entr ni bukan nak cerita pasal penyakit homesick ke apa. Just geram dan marah sikit pasal orang belakang rumah ni. Sikit pun tak sikit la, boleh kata banyak jugak la geram dan marahnya. 

Al-kisahnya, budak belakang rumah aku ni budak-budak lelaki yang sebaya dengan aku (ek?). Tapi diorang ni lain course dari aku la. Dari course Information System kot. Entah, tak penah ambik tahu pun pasal diorang ni. Tapi apa yang pastinya budak-budak lelaki kelas aku selalu je melepak kat rumah diorang ni. So secara tak langsung diorang tahu la yang aku and the gang tinggal kat mana.



Masalah dengan diorang ni ialah....
Diorang ni suka melalak tak kira pagi ke, petang ke, malam ke. Stress aku dengar suara-suara sumbang yang boleh menyumbang kepada ribut guruh serta petir ni. Nak-nak pulak time aku tengah serabut perah idea untuk assignment, masa tu la lagi ligat mulut diorang menyanyi lagu entah ap benda tajuk aku tak tahu tu. Mau je aku campak tong sampah ke bilik belakang rumah diorang yang menjadi penyumbang terbesar pencemaran bunyi tu!

Bilik aku dekat belakang, so sangat jelas terang lagi tak payah susah-susah nak suluh la yang aku akan menjadi pendengar setia diorang punya suara. Geram je aku bila diorang melalak macam anak anjing cari emak! Lepas tu, kalau budak-budak lelaki kelas aku melepak kat rumah diorang lagi la meriah bisingnya. Kalut je panggil-panggil nama semua ahli rumah aku. Dari orang tak tahu sapa nama penghuni rumah aku ni, sampai makcik rumah hujung pun dah boleh tahu siapa nama kami berlima ni.

Lagi satu yang aku tak berkenan pasal perangai diorang ni bila time diorang mandi. Oit..oit.. Aku bukan pegi menghendap diorang mandi ek! Boleh dengar dengan jelas dari bilik aku mahupun ruang tamu rumah aku bila diorang ni mandi. Diorang ni selalu bila mandi mesti buang segala kahak yang tersekat dekat kerongkong diorang tu. Gila geli aku bila dengar. Aduyai...Tolong la hormati orang disekeliling anda wahai budak rumah belakang! Pernah sekali masa aku nak makan maggi telur, tengah-tengah nak suap tu boleh pulak dia pi buang kahak! Naik kembang tekak aku, dan akhirnya maggi tu tamat riwayat dalam tong sampah je tanpa sempat aku nak habiskan! 

Time nak sidai kain lagi la masalahnya. Kitorang memang akan sidai kain kat belakang rumah sebab tuan rumah kami ni baik hati simenkan belakang rumah dan kasi awning sekali. Untuk kemudahan kami jugak sebab kalau hujan ke nanti tak payah la terkedek-kedek nak angkat baju nanti. So, masalah disini ialah bila kami sidai kain, budak belakang sengaja je bukak tingkap luas-luas. Apa kau ingat aku nak tayang sotong kering dengan nasi lemak kat korang ke hah?
Kawan aku penah sekali kena tegur, "oit, sidai spender ke?" Siot sungguh! Kawan aku ni pulak jenis straight je so dia jawab "taklah, sidai boxer korang!"



So, kepada budak belakang rumah, tolong la jaga manner anda bila berada di kawasan perumahan ni. Cukup-cukuplah bagi orang taman ni tak suka budak-budak UiTM ni.
Dan, hormatilah kami budak perempuan yang penuh adat ketimuran nih! Wah, boleh macam tu?



=====================================================================

Pagi tadi aku ada test Ethics In Administration. Mak bapak...Soalan agak killer jugak la kan. But praise to Allah SW.T, i can answer all quetion! Berkat berjaga ditengah malam mungkin? Yay! Ethics dah selesai, tinggal nak jawab paper final je.
 Tapi, banyak lagi paper yang tak settle-settel lagi ni. (=_=')..
Ahad ni pulak ada test Organization Behavior. Selasa pulak Test untuk Policy in Administration.
Wuwuwuwuwu..Dah macam hadapi final je rasanya.
T____________T

Apa-apa pun, tolong la doakan aku berjaya harungi semua ni dengan jayanya!

NotaTangan: Pagi tadi kena tahan dengan pk guard UiTM, kawan aku yang drive tu lupa pulak nak bawak matrix card dia. Nyaris je kena suruh halau balik rumah, tapi kitorang berjaya memujuk pak guard supaya membenarkan kami masuk sebab kami ada TEST ye pak guard! Tak de masa nak layan pak guard hari ni ye!

NotaTapakTangan: Patut la ramai sangat student tak SUKA pak guard! Sigh! 


NotaJariJemari: Gambar ehsan Pak Google...

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...