Pages

Sunday, February 27, 2011

Tolong Ajar Aku Itu...

Assalamualaikum...

Entry pendek sebab penat.
Tak mau taip panjang-panjang.
Just nak mintak tolong sapa-sapa yang reti wat watermark kat gambar,
Please show me how to do it.
Thanks and lots of love!

Friday, February 25, 2011

Best~~~~Part 2 la pulak!

Assalamualaikum...

Panas-panas terik kat Sungai Petani ni memang sangat tak mampu mata nak pejam. Bayangkan je la, baring atas tilam baru 5 minit, tapi berpeluh macam duduk kat sauna 15 minit! Tu dah bukak kipas sampai paling maksimum tu, tinggal nak pakai cekci-cekci je dalam bilik nih! Mak....Nak aircond 1!!!!

Dah malas nak meroyan dengan kepanasan melampau ni. Sebenarnya nak sambung entry yang NI. Tapi boleh pulak terlupa pastu tulis entry NI dengan entry NI. So, bagi tidak menduka citakan orang ramai(kononnya), aku nak sambung balik la entry yang terbantut tu.

Ekcekeli, entry ni bukan pasal apa pun. Just nak mencapap gambar banyak-banyak je. Biar korang semua ni muntah darah ke muntah hijau,kuning, coklat ke bila tengok gambar-gambar ni semua. BASIC Day atau dalam bahasa sekolahnya HARI SUKAN FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI  UiTM Kedah. So hari tu kelas aku yang jadi pengajurnya so secara tidak langsung aku pun terlibat jugak okay!

Jangan buat-buat bengong bila aku cakap aku yang main sekali dalam BASIC Day tu. aku penganjur, aku yang main, boleh? Hadiah yang aku balut tu dapat kat aku balik. Mampu kau? Jadi atlet netball mewakili kelas aku lagi. Sampai terkoyak habis lutut aku. Alapak...Jatuh la hantaran lepas ni sebab lutut koyak main netball... Apa yang penting memang sangat happy itu hari. Thanks kepada ABANG-ABANG SENIOR, kakak-kakak senior, junior-junior dan juga pensyarah-pensyarah yang sanggup hadir dengan family masing-masing.

Nah, sekarang tibalah masanya untuk menjamu mata dengan gambar-gambar yang boleh membawa kepada muntah dan mata yang berpinar. Dinasihatkan supaya meletak baldi muntah yang pelbagai warna ditepi kanan masing-masing!

Acara paling wajibalghunnah
MAKAN!!!

Ni pulak senior-senior part 5

Kau ingat perempuan je main netball?
Abang2 kat atas buktinya orang lelaki
pun main netball.

Tak kira walaupun panas terik, main tetap main!

Ni pulak ABANG2 yang main futsal

Meh tiup tepung ramai2

Jangan tanya mana 1 aku sebab masa ni lututku dah koyak...

Jom perah batik ramai2!

Lepas ni bagitau abah suruh bagi pointer tinggi tau!

"Jaga dorang, jangan kasi lepas"cakap abang Kimie..

Yang berbaju dan berkasut merah itu kami punya 
president ye..<3

Bunga Cinta Orked sampai tertidur sebab penat

Abang Kimie dan Abang Faiz sedang merangka strategi!


Akibat panas yang melampau, Gee bertukar menjadi HALIMUNAN!

Me and Bunga Cinta Orked.
Abaikan HKLBR tanpa badan tu!

Jelitawan padang!

Abang senior yang best sangat!

Kakak senior yang howt!

Bee theme.

Beruk Buruk betoi aku!

Love this pic ever!

Jualan langsung!

Sempat je kalau DSLR nak snap!

Bergaya ala model adalah perlu!

See..unite tak bila kami pakai kuning???

So, sekarang, ada tak yang dah muntah-muntah?
mintak maaflah kalau ada yang TERmuntah tu ek!
bubye,nak lari dah!

Tuesday, February 22, 2011

Meh sini aku nak ajar kau cara hormat orang tua!!!

Assalamualaikum...

Okay, sila jangan bosan dengan aku sebab dah masuk entry kedua aku post hari ni. Maafkan aku sebab banyak sangat masa terluang sampai boleh post 2 entry sehari!

Cerita ni sebenarnya dah basi pun, tapi tak kira. Nak jugak aku cerita. Kalau dah basi pun tak pe, bukan boleh makan pun entry ni kan? Cerita semalam je kot!

Semalam family aku dari Perak datang ke rumah sewa aku kat Melbourk a.ka. Merbok ni. Diorang sampai malam jugak la, dalam pukul 8.30 p.m. Tujuan dorang datang sebab nak melawat aku. Al-maklum la, dah hampir sebulan aku tak balik kampung. Family rindu aku, aku rindu family. Owh...suweetttnya kan???*pppaaaaaannnnngggggggg*

Mak aku ni biasa la bila datang jumpa aku, semua benda makanan dia nak bagi kat aku. Mentang-mentang la anak dia ni saiz XL! So semalam merasa la makan laksa mak aku setelah mengidam nak makan hampir 2 minggu yang lalu!

Tapi entry ni bukannya aku nak cerita pasal makanan yang enak, lazat lagi sedap yang mak aku bawak tu, tapi aku nak cerita pasal housemate baru aku yang aku rasa sangat la tak tahu adab nak melayan orang tua!Memang aku sangat piss off!!!

Al-kisahnya macam ni la, housemate aku yang sebelum-sebelum ni memang dah biasa dengan mak aku tambah-tambah dengan AYU. Ayu pandai layan orang tua, so dia sangat-sangat mendapat tempat la kat mata mak aku. Macam housemate aku Jannah and Wawa, mak aku dah kenal, so no hal la sangat. Masalah aku sekarang ialah housemate aku yang baru ni, roomate si Jannah tu.

Bayangkan la, bila mak aku datang, housemate aku yang lain, Wawa,Jannah and Fasha keluar salam, sembang-sembang dengan mak aku. Tapi perempuan sekor ni, jangan kata nak bersalam ke apa, nak keluar jumpa mak aku pun tak mau! Hoi! Kau ingat mak aku tu hina sangat ke siot??? Bukan mak aku datang nak jumpa kau pun!

Memang aku dah rasa malu dah bila dia tak jumpa mak aku. Macam mak aku ni bawak virus penyakit pulak! Dah tu bila mak aku nak balik, mak aku pergi la bilik sorang-sorang, nak jumpa bersalam, boleh pulak perempuan sekor tu buat tak tau je. meniarap macam anak k**a ja aku tengok. Rasa macam nak sepak-sepak je dia tengok dia buat mak aku macam tu. Setan betul!

Masa mak aku nak naik keta nak balik, aku mintak maaf la kat mak aku bagi pihak kawan aku tu. Then mak aku cakap, mungkin dia tak suka mak aku datang rumah kot. Aku ni macam nak nangis je bila mak aku datang jauh-jauh nak jumpa aku tapi kawan aku yang macam tak ada adab tu layan dia macam tu.
Lepas je mak aku balik, memang aku tak bercakap langsung dengan dia. Silap banyak la aku nak tegur kau lepas kau buat mak aku macam tu!

Tapi yang aku geram, mak aku bawak makanan, nak pulak kau mentedarah! WHATTHEHELL?????
Rasa macam nak cakap je, "boleh tak kau jangan makan makanan yang mak aku bawak?" tapi sebab malas nak cari gaduh aku tengok je la dengan hati yang macam gunung berapi.

Bila pikir-pikir balik, betul jugak cakap orang, dont judge a book by its cover. Tengok penampilan housemate aku tu macam orang yang sangat menjaga adab. Bertudung labuh bagai. Tapi perangai, harammmm.... Bukan la aku nak kata yang aku ni sembahyang perfect sangat, tapi dia pakai macam ustazah, tapi sembahyang banyak yang lompang. Dah la pemalas, pastu boleh pulak guna barang orang tanpa mintak kebenaran. Ikut rasa hati macam nak suruh dia cari rumah lain je semester depan. Tapi bila pikir-pikir balik, rumah tu buka aku punya so tak boleh nak halau.

Ada jugak niat kat hati ni, kalau mak dia datang, aku nak layan mak dia macam mana dia layan mak aku. Tapi, mak aku tak ajar aku kurang ajar dengan orang tua. Mesti kena hormat orang tua. Lagipun. yang buat aku marah tu bukan mak dia, tapi dia.
So, kesimpulannya, sabar je la.

Kepada housemate aku tu, silalah belajar macam mana nak hormati orang tua dan orang lain.
Wassalam...

Aku Yang Sangat Bersemangat Pergi Mengundi Lepas Habis Kelas CSC Pagi Tadi, Kau Dah Mengundi Belum???

Assalamualaikum...

Tajuk entry memang tak boleh nak panjang lagi kan? Hahahaha...Biar penat sikit orang nak baca tajuk entry, lepas tu tak ada pulak nak baca isi entry, padan muka!

Okay okay, sudah!
Aku just nak cerita tulis yang hari ni aku dah menjalankan tanggungjawab aku sebagai pelajar UiTM cawangan Kedah dengan pergi mengundi calon MPP. *sila baca dengan satu nafas*

Calon MPP yang telah mendapat undi aku adalah....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MUHAMMAD SHALIK MOHD PESAL!!!

Tahniah kepada kau Shalik sebab berjaya mendapat undi aku. Tanpa undian aku, kau mungkin kurang 1 undi!

Shalik ni sebenarnya classmate aku. So, harus la aku undi dia kan?Tak kan aku nak undi kau, kau atau kau pulak kan? Jangan pandang muka dia dalam poster ni. Ya, memang nampak sedikit poyo dengan rambut ala-ala oltromen nak lawan raksasa naga, tapi i believe with his ability to be a leader. So, yeah. You deserve to get my vote, Shalik!

Keputusan undian akan diketahui petang ni. So, hope you will win in this election. Bila dah menang nanti, jangan lupa kawan-kawan yang terpaksa korban undi, semata-mata nak sokong kau pulak shalik!

So, mari la mengundi!

Marilah mari, pergi mengundi...
jangan lupa kewajipan pada universiti!
ewah!!!

Saturday, February 19, 2011

Best~~~~Part 1

Assalamualaikum...

Hari malas nak tulis panjang-panjang sebab sangat letih.
Hari ni ada BASIC Day yang sangat sangat sangat best ever!
Malas nak cakap banyak-banyak kat sini.
Esok aku sambung tulis beserta gambar sekali,InsyaALLAH...

NotaTangan: Esok ada quiz Ethic In Administration.Sekarang letih dan mengantuk. Ada nafsu ke nak baca notes nanti ni?
Tolong doakan aku dapat jawab quiz esok ek, Terima kasih!!!

Friday, February 18, 2011

Petang-Petang Dapat Tonik : ) Bestnya!!!

Assalamualaikum...

Sila beri laluan...Sila beri laluan...
Mood rajin bertandang hari ni bilamana hari ni buat pertama kali dalam sejarah berblogging ni aku post 2 entry dalam satu hari.
Tepuk sikit. Eh eh gemuruh sikit.
*plap plap plap plap plap*

Sape -sape yang baca entry NI tadi, dah tahu la aku ada aktiviti apa hari ni. Masa tulis entry tu, aku macam malas nak mampus. Dah tu macam takda motivasi langsung sebabnya kena dengar ceramah. Diulangi CERAMAH ye kawan-kawan yang budiman.
Tapi masa sesi yang kedua tadi, aku macam dapat motivasi baru.
Motivasi apa?

Al-kisahnya semenjak dua menjak tiga menjak dan bermenjak-menjak ni aku macam demotivate semacam je. Entah la kenapa, rasa macam tak best je. Mungkin sebab homesick kot. Ye la, dah nak masuk sebulan tak balik kampung. Okay, fine, aku memang anak manja, Sekian terima kasih!

Sejak aku dimotivate ni, aku sangat amat pantang ada orang buat aku marah, rasa sakit hati atau terasa hati. Yang paling haremmm sekali perangai aku yang satu macam syaiton ialah aku tak boleh tengok orang lebih dari aku.  Misalnya, pasal pointer or CGPA ni. aku memang down kalau ada kawan-kawan aku yang CPGA dorang lebih tinggi dari aku. Tak boleh terima kenyataan yang aku bawah dari dorang padahal diri sendiri sedia maklum bahawa tak berapa pandai. Sumpah! Aku sangat tak suka dengan perasaan aku yang satu ni. Sapa-sapa yang ada tips macam mana nak ubah perangai syaiton aku ni, sila la bagitau aku.

Masa dengar ceramah sesi kedua tadi, kaunselor ni macam dah bukak mata aku tentang dunia ni. Siryes, petang-petang jumaat yang panas kat Sungai Petani ni kalau layan ceramah, aku berani potong kuku yang akan ada yang tido. Tapi surprisingly, aku tak tido! Cant believe it aku tak tido bila dengar ceramah tengah hari. Kaunselor ni bagi ceramah pasal cabaran lepas habis belajar nanti. Dia terang satu-satu cabaran dan realiti masa alam pekerjaan nanti. Dalam ceramah dia tadi, dia ada jugak la cerita pasal pengalaman dia. Memang sangat memberi tumpuan la aku masa dia bagi ceramah tadi. Sebabnya aku rasa penting kot dengar ceramah-ceramah cenggini, one fine day, i'll experience all that.

Antara isi ceramah dia yang paling aku suka tentu la pasal CGPA and Cable (orang dalam).

"Kadang-kadang orang yang dapat CGPA 3.9 atau 4.00 ni lebih susah nak dapat kerja dari orang yang dapat CGPA 3.2"

"Employer sekarang dah tak mau sangat dah tengok pointer ke atau sijil yang banyak macam boleh buat kain kapan tu, employer sekarang nak cari seseorang yang ada soft skills. Apa guna CGPA tinggi langit, sijil banyak boleh buat jurnal kalau bila pi interview gagap-gagap?"

" Kalau ada yang rasa diri tak hebat berbanding kawan-kawan lain, hangpa semua patut bersyukur yang sekurang-kurangnya hangpa semua ni dapat jugak belajaq kat U"

"Memang ada syarikat besaq yang tak mau iklankan jawatan kosong kat dalam surat kabaq, depa dok harap pekerja depa cari pekerja semata-mata nak save cost. Bagi saya, baik syarikat macam tu panggil adik beradik depa ja keja dengan depa"

"Saya ada pengalaman pasal kabel-kabel ni. Dulu pegawai atasan saya nak pilih pekerja, antara calon A dengan calon B. Calon A dia kenai, tapi calon B dia tak kenai. So, dia decide nak pilih calaon A yang dia kenai tu. Tapi bila pi peringkat terakhir, BOD depa pilih calon B sebab calon B lebih layak dari calon A. Tengok, ada kabel pun kadang-kadang tak guna jugak!"

yang paling aku suka bila dia cakap 

"yang paling penting sentiasa yakin dengan diri sendiri. Biaq la kawan hangpa dapat CGPA sampai 4 flat hangpa dapat CGPA 3.2 ka, 3.3 ka, hangpa kena yakin yang rezeki ALLAH sentiasa terbuka untuk umatNYA. Yakin dengan rezeki ALLAH, insyaALLAH, ALLAH bantu umat yang sentiasa yakin dengan dia."

Dan....

"Apa yang penting sekarang, asah soft skill. Jangan bila pi interview hangpa gagap tak reti cakap apa, memang FAIL!"

Kepada kaunselor berkenaan yang aku lupa nama dia, terima kasih sangat-sangat sebab berjaya mengembalikan keyakinan dalam diri aku ni. Terima kasih sebab bagi tonik ni dan INGATKAN AKU bahawa bumi ALLAH S.W.T ni luas dan ALLAH sentiasa membantu umatNYA.

LDK

Assalamualaikum...

Entry ni pendek je. Atau lebih tepat tak ada langsung unsur ilmiah dalam entry kali ni (macam la entry sebelum ni ada unsur ilmiah!)

Hari ini hari Jumaat dimana pelajar-pelajar yang belajar di negeri Kedah ni akan bercuti. Tetapi hari ni aku terpaksa pergi ke UiTM semata-mata ada LDK! 
Grrr....Aku mencik LDK dowh. Bosan dan mengantuk duduk dalam dewan dengar ceramah. Kalau tengok suasana dewan tadi, banyak yang berzikir tidur dari dengar ceramah!

Aku sebagai pelajar yang bertanggungjawab, bersembang kat belakang dewan bagi mengelakkan aku terkena badi tidur! Ni dorang suruh balik sebab pelajar lelaki nak solat Jumaat. Pukul 2.30 p.m nanti wajib masuk dewan balik.
sangat tak suka!
T___________T

Thursday, February 17, 2011

Tolong!!!! Ada orang stress!!!

Assalamualaikum...

Somebody help this girl now!!!
Okay, over sangat. Sila bagi penyepak sedas dua untuk pemilik blog ni. Tapi, siriesly la memang aku sangat-sangat stress ini minggu. Banyak assignment yang nak kena submit before end of this month. Ayuhai...Dengan banyak aktiviti nak kena attend, tak masuk aktiviti gosip dengan budak depan rumah lagi (bajet macam sibuk sangat!). Aktiviti wajibalghunnah kot kalau pegi menumpang kat rumah budak depan tu.

Hambik kau, yang pergi bergosip banyak pulak masa. Nak siapkan assignment satu pun payah. Sekarang sape yang susah? Diri sendiri jugak. Lepas tu mula gelabah stress la, migrain la dan segala jadah penyakit semua datang sekali gus! Tengok ni, sempat je nak update blog padahal assignment atas meja buat nampak tak nampak je!

Organizational Behavior = Individual Assignment, Tutorial Q, Movie Review
Ethics in Administration = Tutorial Q, Group Assignment.
Local Government = Group Assignment.
BEL Report Writing = Questionnaire.
Policy Analysis = Welfare Policy Assignment.
Management Information System = Project Proposal.

See...betapa banyaknya assignment yang tak siap-siap dan entah bila akan siapnya. Ada sape-sape yang rasa nak kesian tak kat aku? Nak bagi ceramah motivasi pun boleh tapi penampar laju-laju are not allowed here!

Yang dah siap pulak boleh dikira dengan jari tangan. Nak kira guna jari kaki pun boleh!
Ethics in Administration = Movie Review
T__________T
Sangat kasihan okay! Kalau mak dengan abah tau aku baru siap satu assignment, mau dia ban aku punya allowance! Tak Mau!!!
So sekarang nak motivate diri supaya siapkan assignment supaya masa yang akan datang boleh gelakkan orang sebab diorang tak siap assignment lagi.
okay, gila keji bin kejam aku ni!

Dah..dah..dah...
nak study, nak dapat Dean nih!
*Riak* 

Wednesday, February 16, 2011

Nak Berperang!!!

Assalamualaikum...

Semangat waja sikit hari ni sebab rajin update blog walaupun mengantuk nak tido lepas balik kelas. Ni semua sebab geram punya pasal. So, berdasarkan tajuk entry kat atas, aku nak melancarkan PERANG kat kawan orang yang aku tak berapa nak berkenan dengan perangai dia tu.

Tapi aku ni walaupun nama perang ke, gaduh ke, bertumbuk ke, sorang je taunya. Sebabnya aku ni jenis tak reti nak marah-marah orang face to face. Kalau aku marah ke, aku sedih ke, aku menyampah ke, aku je yang tau sorang. Orang lain tak akan tau yang aku dah SENTAP! Satu kelemahan yang aku sendiri tak tau macam mana nak ubah.

Macam kejadian hari ni la. Aku sentap dengan seseorang masa sebelum masuk kelas pukul 10 pagi tadi. Rasa macam nak marah, nak menangis pun ada jugak tapi tabahkan hati sendiri supaya kelemahan sendiri tak dikesan orang lain. Tapi seboleh aku nak berpura-pura pun still ada yang dapat detect dengan perubahan aku. So, aku cerita je la kat dia dah alang-alang orang tu macam rapat jugak la dengan aku. Seriously, dalam kelas   LG memang aku tak bagi tumpuan langsung apa yang lecturer aku ajar. Hati ni memang dah tak ada dalam kelas, rasa macam nak balik rumah then cerita dalam blog!

Tapi aku ni kan cepat HOT tapi cepat Cool. So lepas je habis kelas LG tadi, rasa macam tak baik pulak nak marah-marah ni. Mungkin member yang buat aku geram tu ada sebab dia sendiri kenapa dia buat aku macam tu ke. Lantak la kat dia. Tapi aku ni manusia biasa, masih ada sedikit kecil hati kat dia dan mungkin jugak dendam kat dia. Astagfirullah...Mohon supaya ALLAH hapuskan perasaan buruk ni dekat dia tapi masih ada sisa-sisa lagi..Macam mana ni???

Mungkin lepas ni aku akan menjarakkan diri aku dengan member aku ni. Bukan menjarakkan diri tu bermaksud aku ni tak mau berkawan dengan dia dah, tapi untuk mengelakkan aku dari terus membenci dia. Lepas ni jugak mungkin aku akan layan biasa-biasa saja, bukan seperti sebelum ni dimana aku layan seperti adik aku sendiri disebabkan dia muda setahun dari aku. Tak apa la dia buat kat aku macam tu, aku hanya mintak supaya ALLAH jauhkan prasangka buruk aku dekat dia. Amin...


Nota Tangan: Aku mungkin seorang pendendam. Maaf. Tapi dendam aku hanya akan berakhir bila aku rasa aku boleh terima hakikat saje.

NotaTapakTangan: Sekali orang buat kat aku, sekali jugak aku balas. Bukan sekali dia buat aku, seribu kali aku nak balas. Aku bukan seorang yang kejam..

NotaJariJemari: For me, it's easy to FORGIVE then to FORGET!

Terbaek ah!

Assalamualaikum...

Kejadian ni sebenarnya berlaku 2 hari lepas. Well, seperti biasa aku suka peram cerita dulu baru aku expose kat orang lain. So sebagai pembaca dan penulis yang kental, baik layan je tanpa banyak songeh dan soseh-soseh okay?

Al-kisahnya macam ni, 2 hari lepas merupankan hari ahad dan pada hari ahad tu ada kelas LG a.k.a Local Government. Lecturer yang mengajar subjek ni, macam mana nak describe ek? Ntah la. Korang bayangkan je la bila aku cerita nanti ek?

Kebiasaannya lecturer kat UiTM ni sangat mementingkan lesson plan. Sebolehnya lecturer-lecturer ni akan briefing macam-macam di awal-awal kelas. Termasuklah test,quiz dan tak lupa jugak, assignment T_T.
Nak dijadikan cerita, lecturer LG aku ni iaitu encik Adnan ni terlupa nak bawak lesson plan just for briefing it to us. So, because of that, dia bagi kitorang 1 kelas balik awal. Sangat suka okay!

Next class, dia masuk kelas dengan tujuan murni lagi suci nak mengajar kitorang. But, unfortunely dia terlupa nak bawak entry survey yang wajib diisi oleh kitorang sebagai seorang pelajar UiTM ni. So sebagai alasan, dia tak boleh mengajar sebab kitorang tak isi entry survey. Okay, hooyeeahhhhhh.. 1 kelas berpesta sebab sangat suka. Bayangkan, baru masuk kelas 5 minit dah boleh balik. Kau tak suka, ikut suka hati kau la. Yang penting aku suka sebab boleh balik zzzz....

Kelas yang seterusnya dia dah start mengajar. Maaf kalau cakap cara dia mengajar sangatlah.......Kau faham-faham sendiri la ek? Frankly speak that until now i do not know what i have learn about. Kawan aku dari U lain perlekeh aku siap kata " Elehhhh...ko ni belajar LG je kot. Local Govt dalam Malaysia punya senang, takkan tak boleh catch up?" Woit, ko cakap senang la. Aku yang menanggungnya tau tak???Kalau orang tak bimbing aku, memang aku lost tau dak?

Then sepanjang belajar LG ni, dia tak pernah walau sekali pun bersunggut pasal assignment! Aku dengan kawan-kawan aku dah macam nak seronok je sebab tak ada assignment untuk kitorang. Yang dia selalu cakapnya pasal lawatan ke MPSP je. Sebab ada markah untuk assessment nanti.

BUT
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

2 hari lepas dia cakap ada ASSIGNMENT!!!!

"Tolong cari ahli kumpulan dalam 3 atau 4 orang untuk 1 kumpulan. Tajuk assignment kamu semua nanti saya bagi".

Ohemjay!!!!!
Aku dah macam seronok dah tak ada assignment, last-last boleh pulak kata ada assignment! Memang terbaek bagi assgnment bila subjek lain dah nak kena hantar assignment! Memang aku tabik spring toing toing kat lecturer aku yang 1 ni..
T_T

Sunday, February 13, 2011

Hibernasi

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar sekarang dah masuk pertengahan bulan February dah. Woh,kejap je ek? Ke aku yang ketinggalan zaman nih? 

Masuk kepada bulan February bermaknanya aktiviti berblogging kena la limited jugak. Bukan apanya,kena la balance dengan study jugak. Kalau asyik menghadap laptop,online memanjang, bila masa pulak aku nak buat revision, assignment, slide, presentation, quiz, test dan beraneka jenis aktiviti lagi tu. Ye idaknya?

So sebagai menghormati diri sendiri sebagai seorang pelajar yang bakal memimpin masa depan negara sendiri, aku kena la melimitkan had masa untuk berblogging ni. Kena berhibernasi sikit la. Lepas je final bulan April nanti boleh la berblog sakan sebab dah start cuti 4 bulan! Ce jeles ce jelse dengan aku ni noks-noks sekelian alam! Boleh la buat pertandingan badan sapa paling kembang masa cuti 4 bulan nanti. Enot mungkin menangis kalau tengok saiz badan aku lepas cuti nanti.
*kembang hidung*

So kesimpulannya lepas ni aku tak rajin berblog sangat dah la...
Eh,kejap kejap kejap...
Bukan selama ni pun aku kurang sangat ke post entry baru?

apa-apa pun, selamat menyambut MAULIDUR RASUL bukan/tak payah la sambut VALENTINE'S DAY tuh, ye idak?

Friday, February 11, 2011

Aku budak baru dan aku tak reti.Kau nak tolong tak?

Assalamualaikum!!!

Tajuk entry macam dah basi, tapi tak pe la. Baca je jangan banyak bunyi,boleh? Hehehehe...Sebenarnya nak kata aku ni budak baru,macam tak kena jugak la kan. Walaupun dah lama berkecimpung dalam dunia blogging nih (ayat nak mintak penampar arab), tapi aku sangat jahil alam bab-bab berblogging nih.

Kalau nak tahu,aku tak tau pun macam mana nak watermark gambar-gambar kat dalam ni. Kalau tengok gambar-gambar dalam entry yang lepas-lepas,takde pun watermark.Memang senang sangat orang nak curi gambar dalam blog aku ni, walaupun hakikatnya bukan banyak benar gambar aku pun!

Lagi satu, ni excited sikit nak cerita nih. Perasan tak perasan tak yang blog aku sekarang dah ada BENDA NI. Tapikan tapikan aku langsung tak tau macam mana nak guna benda alah ni. Pakai main tempek je kat blog. Hmmm..macam mana ek benda ni berfungsi?

So, sape-sape yang ada terbaca blog aku ni, aku nak mintak TOLONG sangat-sangat ni,
TOLONG AJAR AKU BUAT DUA-DUA BENDA YANG AKU CAKAP NI.
Please...(sambil buat mata anak kucing mintak susu formula).

Boleh ek?

Tuesday, February 8, 2011

Aku rindu family aku.Suka hati aku lah nak rindu ke tak!

Assalamualaikum!!!

Mood sekarang ni tengah geram tambah sedikit perasa marah ni. Aku sesungguhnya tak faham betul la bilamana ada orang tak rindu dekat family masing-masing ni. Aku ni walaupun baru 2 hari lepas balik dari kampung bersempena CNY ni pun, dah gedik-gedik nak balik kampung balik. Siyes sumpah, rindu sangat kat family aku sekarang ni.

Tengah marah nih!


Maybe jugak sebab aku ni manja dengan family so, mungkin tu la faktornya aku ni cepat sangat homesicknya! Rasa macam kalau UiTM ni sebelah rumah je, maybe ada gap je, aku balik umah! Dasat tak dasat tak? Peduli apa aku kan? Tapi yang membangkitkan kemarahan aku ni bila ada orang perlekehkan aku bila aku cakap " Macam nak balik kampung je..", "rindu la kat family" atau " rindu nak makan masakan mak".

Boleh pulak selamber je orang ejek-ejek aku, "eleh, baru balik kelmarin dah nak balik lagi?", "Hanim ni, dia yang balik paling lambat,last-last dia yang rindu family dulu" tak pun orang cakap aku "manja la ko ni Hanim! Baru pisah kejap je dah rindu-rindu bagai!"

Hello???? Suka hati mak kau je kata aku macam tu. FYI, suka hati aku la nak balik kampung ke tak. Dah aku rindu kat family aku, so tak de salahnya aku nak balik kampungkan? Dah memang aku manja dengan family aku and family aku manjakan aku, kau ade ke? Kau jeles dengan aku kan? Lagipun, kalau aku balik kampung pun, ada aku kacau hidup kau ke? Ada ke aku mintak duit PTPTN kau yang beriban tu? Takde kan? So tak payah la kepochi tak tentu pasal!

Kau kena ingat la sama, time belajar ni la kita perlukan family dekat sisi kita. Tak kan masa sedih je baru kau nak ingat family kau, masa happy kau huhahuha dengan kawan-kawan kau? Memang kau tak sedar dirikan? Aku kalau dah rindu sangat dengan family, sanggup je aku balik kampung walaupun kejap je. Kalau kau tak nak balik kampung jumpa family kau, suka hati kau la. Ada aku kisah ke?

So, dekat sini aku nak heboh yang AKU SAYANG,CINTA RINDU DEKAT FAMILY AKU!


Memang sah bukan gambar family aku,
yang ni omputih, aku orang melayu...


Kau,kau dan kau jangan nak kepoh-kepoh cakap aku manja ke, ngada ke, nanti aku lempang lelaju!

NotaTangan: Maaf, sedikit emosi di petang hari. : (
NotaJariJemari: pictures courtesy to GOOGLE.

Wednesday, February 2, 2011

Mood aku hari ni : sedih...

Assalamualaikum!!!

Hari ni aku sedih...bukan bukan.Sebenarnya semalam lagi aku sedih. Aku sedih sebab dia yang pernah jadi photographer aku dalam entry NI sakit. Dia patah tangan semalam. Yang paling aku sedih sebab aku tak melawat dia pun lagi...Kejam tak aku?

Masa rancang nak melawat dia pagi tadi dengan mak and abah, mak aku sempat call mak FIRDAUS, tanya kot kalau Firdaus dah keluar wad ke belum. Mak dia cakap hari ni dah boleh keluar wad. So, aku decide nak melawat dia kat rumah dia je la. Lagipun nanti kalau aku pergi wad, tapi dia dah keluar, penat pulak aku! Petang tadi aku pergi rumah dia, but tak de sape pun kat rumah dia. Call mak dia pun tak berjawab. Aku dah gelabah macam aku ni mak Firdaus pulak.

Lepas maghrib tadi, mak call Kak Linda (Mak Firdaus), Kak Linda dah balik rumah tapi Firdaus still ada kat wad, tak boleh discharge lagi. Pelik jugak aku sebab pagi tadi beria je Kak Linda cakap Firdaus dah boleh keluar. Tak puas hati, aku ajak mak aku pergi rumah Kak Linda.

Sampai je rumah Kak Linda, mak aku ni dah macam pemberita je. Soal siasat Kak Linda mengalahkan Inspektor Shahab! Nak tak nak Kak Linda cerita la dari awal hingga akhir...

Al-kisahnya...

Petang Isnin, Firdaus main bola sepak dekat padang bola,depan rumah dia. Masa dia tengah main tu, dia terjatuh. Suddenly,kawan dia lari-lari nak rebut bola, dia terjijak tangan Firdaus. Kak Linda dengar Firdaus menangis kat padang, dan Kak Linda ingat perkara biasa je--budak-budak main then menangis. Dia panggil Firdaus balik then dia sambung kerja dia.

Bila Firdaus balik, terus dia tengok TV. Kak Linda pergi tanya Firdaus, mana yang sakit. Then selamba je Firdaus tunjuk tangan dia yang sakit tu sambil meleleh air mata. Kak Linda tengok je tangan Firdaus, terus mengucap. Kak Linda cakap tangan Firdaus terkulai, dah macam terpenyek! Can you imagine it?
Terkulai.
Terpenyek.

Aku yang dengar cerita ni pun dah meleleh-leleh air mata. Menangis aku dengar. Ni baru dengar cerita, belum tengok depan-depan! Nak-nak pulak Kak Linda cerita masa Firdaus balik tu, dia macam takut je nak bagitau Kak Linda yang tangan dia sakit sangat. Dia diam je. Tak menangis pun masa kat rumah. Boleh pulak dia tengok TV diam-diam kat ruang tamu semata-mata takut!

Yang buat aku sebak dan nak marah tu masa kat hospital la. Boleh pulak doctor or nurse or whatsoever kat hospital tu biar budak yang tangan patah ni lama-lama. Bukan nak bagi rawatan ke apa! WTF??? Kak Linda cakap sebab apa Firdaus tak boleh balik hari ni. Dia cakap doktor yang rawat Firdaus tu silap betulkan tulang. Kiranya tulang yang dorang betulkan tu tak betul. So dorang terpaksa bukak balik simen yang balut tangan Firdaus dan betulkan semula.

Kak Linda cakap yang masa dorang nakk betulkan semula tulang tangan Firdaus tu, dia menjerit kuat gila! Aduyai..Kesian sangat kat Firdaus. Budak 7 tahun, mana la tau nak cover-cover malu bagai ni. Kalau sakit, dorang jerit. Orang tua yang dah berumur pun kalau sakit dorang akan maki hamun orang sekeliling, inikan budak-budak... So harapnya dia boleh balik rumah la. BTW, esok aku nak pergi hospital, nak marah kat doktor yang salah rawat tangan Firdaus tu nak jemput dia balik.

Hope he will be fine and recover soon. Pray for him!

Mohd. Firdaus bin Ahmad Fauzi

Abaikan muka kanak2 aku.
Fokus pada budak sebelah aku.

"KAK NEEM SELALU SAYANG FIRDAUS!"



Nota Tangan: Actually, Firdaus ni anak sedara kawan aku yang tinggal sebelah rumah. Tapi Firdaus lebih rapat dengan aku berbanding mak sedara dia yang merangkap kawan baik aku tu.

Nota Tapak Tangan: Aku dah anggap Firdaus ni macam ahli keluarga kandung sendiri. Kadang-kadang aku sayang dia lebih dari aku sayang anak sedara aku sendiri. Dia sakit, aku pun terasa sakit jugak!

Nota Jari-Jemari: Harap-harap dia cepat sembuh dan dapat dengar dia panggil aku sebab nak ajak main dengan dia.


Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...