Pages

Monday, January 31, 2011

Aku Tak pelik...Kot...

Assalamualaikum!!!


Wow! Kembali bersawang selepas lama tak menjenguk blog sendiri. Last entry pasal ni. Bila fikir-fikir balik la kan, memang bernas pun alasan yang aku bagi tu. Tak de salah pun sebabnya aku ni memang PEMALAS! Wowowo...Ni kalau bakal mak mertua yang baca ni, mau reject aku siap-siap. Belum masuk pintu pagar, dah kena halau. Mak aiii...Ngori den nak pikirnyo!

Tajuk entry macam sikit siot je kan? Bior la. At least i'm try to be more diligent dengan menulis entry baru. Ye idak? Okay, back to the topic. Tentu je aku ada sebab kenapa aku cakap yang aku ni seorang yang pelik. Kau ingat senang-senang je aku nak mengaku aku ni seorang yang pelik. Tak kawin la aku kalau lelaki-lelaki kat mana-mana baca yang aku ni pelik. Nak kau dapat isteri pelik? Kalau aku ni seorang lelaki sejati lagi tulen pun memang aku tak mau isteri pelik der!

Tapikan tapikan aku ni bukan la pelik yang bukan-bukan tu. Ni pelik yang tak berapa nak pelik. Macam bila aku cakap ni, orang tak la rasa yang aku ni pelik sangat pun. But still, aku nak cerita jugak ni. So layan je la catatan dikala bosan walaupun assignment bukan main berlambak nak kena siapkan!

1. Baju mengandung.

Okay, ni memang aku pun tak tau apa yang rasuk aku beli baju mengadung! Fine, memang la perut aku SIKIT buncit, tapi tak la sampai macam perempuan mengadung. Siyal betul la sebab salah beli baju. Al-kisahnya, pergi la satu kedai baju ni. Motif,teman mak nak beli baju,kononnya la kan. Sementara nak tunggu mak pilih baju yang berkenan dihati, aku pun sajae-saje la pusing-pusing dalam kedai tu dan tetiba je mata berserta kaki aku ni pergi kat tempat yang jual baju bunga-bunga bagai ni.

Dalam hati ni dah beria sangat nak beli baju ni.Lepas cuba try test kat badan, dengan semangat waja lagi kental ni berlari pecut anak pergi kat mak aku. Tak kan mak kau pulak kan. Tujuannya,nak suruh belikan la. Nak tunggu aku bayar, memang aku letak balik la baju tu. Apa guna keluar dengan mak kalau tau paw duit mak, ye idak? Nasib la kan mak aku punya mood baik, so dia dengan senang hatinya nak bayar baju tu dan mak aku pulak tak beli baju yang dia nak cari sangat dalam kedai tu. Kesimpulannya, aku teman mak aku beli baju aku, boleh macam tu?

So, kerana excited nak pakai baju baru, pergi kelas pun harus lagi wajib la aku pakai dan peraga baju baru aku tu walaupun tak semenggah mana pun baju tu. Masa aku beli baju tu aku still in first semester so masih tak dihalau tinggal kat luar lagi. Roommate aku siap cakap " cantikkk baju baru kau Hanim!" Kembang la kejap sebab kena puji. Masa nak keluar dengan kakak aku, boleh pulak dia cakap "kak,kenapa baju yang ko pakai ni macam baju mengandung?" WTF???Baju mengandung?Masa nak kemas-kemas beg, aku terjumpa pulak la resit baju yang mak aku beli tu, dan terang-terang dia ada tulis PREGNANT DRESS!!!

OMG..OMG..Rasa macam nak korek tanah pastu sorok muka dalam tanah pun ada masa tu. Malu dowh! Selama ni dengan megahnya aku pakai baju mengandung pegi kelas. Bayangkan je peristiwa tu dah buat aku malu tak ingat. Bila aku sorang-sorang, aku pikir balik 'pujian' ex-roommate aku. Pujian ke perlian? Dia cakap CANTIK ke atau CAMTAIK? Lepas ni aku nak beli baju je, dah berhati-hati dah. Takdenya aku nak pakai amik je baju tanpa usul periksa.

Aku pernah pakai baju mengandung.
Kau ado???

Vogue tak kalau aku pakai baju ni???



2. Kismis a.k.a Raisins

Ni pun macam tak pelik je, tapi still i want to share about it here. Aku rasa, ramai budak-budak yang still belajar tak kira la kat sekolah rendah ke, sekolah menengah ke waima universiti mesti digalakkan makan kismis banyak-banyak. Mak aku pun selalu je suruh aku makan kismis banyak-banyak sebab nak suruh otak aku ni cerdas sikit. Haish...Mak aku ni macam tau-tau je anak dia yang sorang ni lembab sikit. So digalakkan aku makan kismis banyak-banyak.

Tapi, aku ni jenis memilih sikit. Kalau kismis yang dah orang jampi, baca ayat-ayat, etc ni memang aku kurang nak makan. Sebabnya, aku rasa macam aku makan ubat pulak bila aku makan kismis yang dah berjampi ni. So sebagai jalan penyelesaiannya, aku ganti kismis minda or whatsoever tu dengan kismis lain. Aku makan kismis SUN-MAID tak pun LIGO. Kalau jemu aku makan SUNSWEET. Amik kau! Mana tak kembang badan aku ni sampai boleh pakai baju mengandung la kau! Patut la otak aku ni tak cerdas pun, lagi lembab ada!

Aku makan kismis ni je..
Kalau bagi aku makan kismis ni,
memang sampai abis belajar masih ada!


Nota Tangan: Pasal baju mengandung tu, sumpah aku malu gila nka pakai! Pasal kismis pulak, apa2 jenis kismis boleh je makan, sebab fungsi dia tetap sama der!

Nota Tapak Tangan: Pictures courtesy to MR. GOOGLE IMAGES.


Tuesday, January 18, 2011

They Are My Girlfriends!(Part 2)

Assalamualaikum!!!

Okay, seperti yang dijanjikan semalam, aku nak sambung balik cerita pasal Girls day out aku dengan girlfriends-girlfriends aku. Kalau sapa-sapa yang tak tau aku ni seorang wanita a.k.a gadis, memang dorang akan ingat yang aku ni lelaki, buaya darat yang banyak simpan stok minah-minah cun.

Bagi yang tau aku ni seorang perempuan, mesti dorang akan ingat yang aku ni seorang lesbian kelas atasan sebab banyak sangat girlfriendsnya. Hey you! Stop thinking bad about me! Aku ni seorang yang normal okay. Takde keja nak minat kat kaum sejenis nih. MasyaALLAH...Tuhan laknat, Nabi pun tak mau nak mengaku umat! (Tetiba transform jadi ustazah NOR BAHYAH plak!)

Sudah! Kalau sembang tak kelaut tak boleh ke Hanim oi??? Straight to the point la sekarang ni. Yang sebenarnya aku nak sambung pasal cerita pasal girlfriends-girlfriends aku ni. Entry sebelum ni aku ada cerita pasal makan besar dengan kawan-kawan kelas aku, so kali ni aku nak tayang gambar dan cerita sikit-sikit pasal girlfriends-girlfriends aku ni.

Yang sebenarnya, entry ni aku nak pos lama dah. Tapi disebabkan aku ni busy mengalahkan PM Nigeria, so terbantut la hasrat tu. 5 January 2011, aku dengan para-para sakura girlfriends aku telah pergi ke Pearl Island atau lebih dikenali sebagai Pulau Pinang. Jangan nak tuduh kami ponteng kelas ye! Kami seramai 10 orang dengan menaiki 2 biji kereta dengan gigihnya telah ke Pulau Pinang selepas habis kelas pada pukul 12 tengah hari. Kegigihan kami dibuktikan lagi apabila keesokan harinya kami ada kelas pada pukul 8 pagi. Sila berikan tepukan paling gemuruh kepada kami 10 orang ni.

Biasa la kan awal-awal sem ni, kesemua kami ni merupakan anak orang kaya bilamana pada akhir-akhir sem, terpaksa membuat catuan makanan. Malahan serbuk biskut dalam tin pun akan kami ketuk sampai licin bila sampai ke penghujung semester. So, sementara menjadi orang kaya ni kami telah sepakat membawa berkat untuk pergi menjolikan diri. Sementelah assignment masih rata dan tidak membukit lagi. Kami hanya berjalan ke Queensbay Mall(QB MALL) sahaja memandangkan dekat dengan pantai. Konon-kononnya nak buat la photoshoot bila selesai membeli-belah nanti.

Sampai ke QB Mall, kami memang seperti satu rombongan dari ceruk pelusok hujung dunia bilamana kami masuk je kat dalam QB Mall, mencari peta. Tujuan mencari peta itu adalah disebabkan ingin mencari mesin ATM. Nama pun orang kaya, so adalah satu kewajipan untuk mencari mesin duit itu. Tak cukup dengan peta, kami tanya pulak kat kaunter pertanyaan dan juga pak-mak guard kat situ. Woh... Bila ingat-ingat balik macam siot je masuk Mall, cari peta!

Hampir satu QB Mall jugak la kami shopping. Eh, bukan bukan. Kami hanya berwindow shopping je. Kau gila nak shopping satu QB Mall? Mau mak aku pelengkung aku nanti! Aku rasa, aku la yang paling window shopping sebab tak beli apa-apa. Hal ini demikian, barang-barang yang dijual kat situ tak memenuhi piawaian aku (padahal semua barang mahal, tak sesuai dengan aku!). Last-last masuk JJ je. Kawan-kawan aku a.k.a girlfriends aku semua bersuka-ria bershopping dan aku hanya suka-suka mencuba try baju yang ada tanpa niat nak beli waima sehelai pun! Tetapi setelah dipujuk dengan kata-kata manis bak madu bukan hempede oleh Dayang dan Isfa, maka aku dengan jayanya telah membeli sehelai baju kat JJ. Berikan tepukan gemuruh dan ucapan tahniah kat aku!

Kat bawah ni adalah gambar-gambar yang diambil menggunakan khidmat telefon Gee dan Jue yang merangkap jurugambar tak bertauliah aku. Thanks lot dears! Kalau tak memang tak de la gambar aku dalam entry ni sebab handphone aku dah bengong-bengong ayam dah. Tunggu nak baling masuk lombong je! Kesian kat aku. Wuwuwuwuwu..(nangis jap!)

Bila ada cermin besaq dabak, wajib amik gambar.
"Hanim, jom cepat snap2" kata Jue kpd Hanim.

Muka masing-masing tak ready.
Thanks la Jue sebab muka aku cacat dalam pic ni!!

Masuk kedai ni semata-mata nak amik gambar.
Nasib baik je tak kena halau!

Muka Dayang yang dah letih.
Yang lain maintain aktif!

Demmm...
Muka mintak pelempang sungguh

Muka lepas makan.
Semua happy je sebab perut dah muncit!

Teman Dyan makan sebab dia lambat sampai

Orked a.k.a Hidayu Harun
Kamu sangat cumell!!

Jue Hyza Jusoh
My lovely photographer

Gee a.k.a Nurhazirah Tharimazi
Berangan nak jadi Duta Aldo noks?
My second lovely photographer

Yaya a.k.a Nor Adlyia
TQ lots dear sebab bagi aku numpang keta ko pegi kelas hari-hari.
Baju baru beli kat JJ!!
hahaha....

Pawpaw a.k.a Isfahani Ishak
Manusia yang berjaya menghasut aku beli baju sehelai
kat QB Mall.

Super Gorgeous howt girl of the day
Dayang a.k.a Mufidah Hanim
Dia sangat cantik dan dia adalah orang yang memanggil aku dengan nama
KAK LELA!!! 

Yang tudung unggu tu namanya Siti Sarah
dia tokey bantal. Sape2 nak beli bantal,
boleh la tempah!

Of course la gambar aku pun kena ada.
Tak mau jadi duta JJ nnt CT marah.















They Are My Girlfriends!(Part 1)



Assalamualaikum!!!

Lamanya tak menulis, patut la jejari runcing ni rasa macam nak menaip je...Struktur ayat memang tak boleh blah betoi. Sila bagi penampaq dari Jepun satu kat pipi aku! Terima kasih!

Bukan tak mau jenguk pun, tapi terlalu sibuk sampai tak sempat-sempat nak jenguk blog sendiri. Tapi blog orang aku rajin pulak lawat. Konon bajet mengalahkan Perdana Menteri Somalia la konon!*panggg!!!! bunyi penampar ala hindustan kat pipi kanan*

Tajuk entry memang tak boleh nak GAY LESBIAN lagik! Dah tu tergedik-gedik nak main part-part bagai. Macam bagus ja. Sesiapa yang rasa macam aku ni perasan bagus, sila tinggalkan pembacaan anda sekarang sebab anda hanya membuang masa dengan membaca entry picisan aku ni.

Mati la mak noks...Tak laku la mak lepas ni bila orang baca tajuk entry mak... Ahh..Pedulikan semua itu sebab dorang memang best girlfriends I ever had pun! Sila jangan jeles dengan kemesraan kami ni. Sebenarnya gambar-gambar ni dah lama pun, tapi still in early month gak la. Jamuan makan (ye ke?) dianjurkan oleh Wawa and Orked sempena dorang dapat Biasiswa JPA. Jangan main-main dengan dorang ni sebab dorang ni memang superb pandai gila dowh. Ape? Ingat aku takde kawan yang pandai-pandai ke?(sambil buat muka berlagak). Ceh, memang nak kena penampar cap Jepun la aku ni. Kawan yang pandai, aku yang over!

Dah, malas nak menaip dah. Layan je la gambar-gambar kat bawah ni. Actually, banyak gambar tapi disebabkan gambar-gambar yang diambil tu kualiti dia tak berapa nak best sebab aku tak ada dan muka aku macam budak-budak tak cukup umur, maka aku memilih untuk meletakkan gambar yang sopan je...
Perhatian: Gambar tidak mengikut urutan. Aku redah je letak.


Masa makan, Jue memang sangat parihatin sebab tolong aku amik lauk
dari habis dibaham oleh Yaya dan Jannah.
Muka aku memang sopan bila time makan.

Oleh sebab kami excited sampai awal,
maka kami perasan untuk menjadi model indie

Ni la kawan-kawan kelas aku.
Ya, muka aku memang macam mintak pelempang!

Jue and Gee.
Dorang ni photographer tak bertauliah aku.
Handphone dorang ni penuh dengan gambar aku.
Sebabnya, bila nak bgambar, dorang mesti ajak aku sekali!
ILYSM BOTH OF YOU!!!

They Are My Lovely Girlfriends!
Love you girls!
(Lesbo jap!)

They Are My Bestiest !
Dayang, Gee, Jue & Isfa...
Luv U girls!







Thursday, January 13, 2011

Homesick!!!

Assalamualaikum!!!

Homesick!!!
Baru 2 minggu dah gelabah homesick bagai!
But FYI, now aku kat kampungku permai, dirumahku yang damai!
Sila jangan jeles ya!
Balik pun sebab aku rindu sangat-sangat kat family. Ek?
Bukan...Bukan...Family yang rindu kat aku sebenarnya(amik hati sendiri)
Okay la, nak pergi bermanja-manjaan dengan mak pulak.

Bye u'olls!!!

Monday, January 10, 2011

Kenapa tak menang???

Assalamualaikum!!!

Ohemjiii!!! Bagaimanakah? Mengapakah? Kenapakah? Apakah??? Okay Hanim, stop being sewel! Sebenarnya aku ni tengah frust menonggek menonggeng. Ni semua gara-gara AJL 25 semalam la ni. My one and only Abang Pejal Tahir a.k.a Faizal Tahir, tak menang!!! Wuwuwuwuwu....Nak nangis 1 minit jap. Okay, dah habis nangis dah. Nak sambung balik cerita...
ouch...u r sooo handsome!


Semalam sebelum keputusan AJL 25 keluar, memang excited je nak tulis entry baru khas untuk abang Pejal. Konon-konon bajet Abang Pejal menang la semalam. Sangat gigih aku pergi berkampung kat umah member depan rumah, gaya macam kat umah sewa sendiri tak tv plak. Tengok ramai-ramai baru ada feeling der! Nasib tak buat poster, banner bagai je semalam. Kalau tak memang kalah la yang tengok Live. Tapi, jangan ingat tengok kat rumah tak meriah beb. Nak-nak pulak Abang Pejal perform, memang havoc gila rumah tu, nasib jiran tak datang bom rumah je semalam!

Sebak dowh bila abang Pejal perform lagu 'HANYUT'. Siap nangis-nangis bagai la sebab sangat terharu. Bajet yang Abang Pejal nyanyi khas untuk aku sorang la kan! Lagu 'SELAMAT MALAM' pun sangat best gile tak hingat woh! Cute je Noor Khiriah masa tuh! Just imagine la kan, kalau setiap malam sebelum tido Abang Pejal nyanyi untuk aku. Mau tak bangun aku esok pagi der! Wooo...Sooooo hyperbola sangat u olls!

Masa Abang Pejal perform lagu 'HANYUT' tu, masa dia jatuh dalam kolam tu la, memang sangat-sangat superb okay. Nak je aku terjun sekali nak selamatkan Abang Pejal semalam. Nasib la aku tengok depan tv je, kalau tengok live boleh la tumpang buat havoc pegi naik pentas jugak! Antara performer yang best semalam ialah Hafiz, A.P.I, Stacy, Yuna dan semestinya la Kak Siti. Sangat best woot...woot...

Faizal Ismail, Cheryl Samat and Ally Iskandar mengacara pun okay je semalam. Cuma tak puas hati dengan baju Cheryl je. Macam baju tak siap! Geram je aku tengok, rasa macam nak tolong beli baju lain suruh dia pakai! But apa-apa pun, they still the best la kan.

Masa umum pemenang la yang tak boleh blah tu. Satu rumah pakat-pakat pilih pemenang sendiri. Masa nak umum persembahan terbaik, memang semua dah jangka my Abang Pejal akan menang. Dan terbukti la dia menang.

Then, umum pulak vocal terbaik. Ada yang teka Yuna, Black, Abang Pejal and Adira. Alih-alih yang menang tu dak Hafiz. Memang cannot belip it der! Rasa macam tak puas hati je. Tapi nak buat macam mana, juri professional dah pilih dia. So rezeki dia la kan..

Umum top 3 la yang paling mencemaskan! Semua bajet Black, Shahir and Abang Pejal yang menang.
Tempat ketiga:

"Terer tak aku menang 2 anugerah?"


Tersasar dah...

Tempat kedua:
Nak femes sorang, MUH tak yah sibuk-sibuk kat sini!


Cannot believe it!

Tempat pertama:

Dian sangat manis dowh!

What???? Huwaaaa....nak nangis sebab Abang Pejal tak menang!!!
Tapi tak pe, abang Pejal totap menang dalam hati den!
Tengok2..Handsome kan?
Siap salute kat aku lagik!!!

Friday, January 7, 2011

Biar Lambat Asal Ada!

Assalamulaikum!!!

Still excited with my daily life. Dah seminggu kuliah aku kat UiTM Kedah ni bermula. Penatnya, perghhhh…jangan sekali-kali la nak tanya kan? Biasa der, 1st week. Banyak sangat benda yang nak kena settle dulu. Registration la, cari kelas la, jadual berterabur la, buku yang nak kena cari la, ahli kumpulan yang akan sama-sama berjuang untuk siapkan assignment jugak perlu dicari! Tak mau la aku jadi kera yang sumbang bilamana aku seorang je tak ada ahli kumpulan nanti. Haru kot nanti. Sem lepas dah berpengalaman tengok kawan sekelas, merangkap ahli rumah, terpaksa buat assignment seorang diri, walhal orang lain dah ada group. Mak tak rela noks!



7/1/2011.
Dah seminggu dah kita-kita semua ni berada di tahun baru. 7 hari jugak aku sangat-sangat sibuk. So, hari ni (jumaat), Kedah dah cuti. Bagi warga-warga UiTM cawangan selain Kedah dan Kelantan, sila jeles dengan aku sebab hari jumaat aku boleh buat operasi tahi mata besar-besaran sampai tengah hari, dikala korang semua tengah bersengkang mata dalam kelas!



Hajat sebenar nak tulis entry hari ni adalah disebabkan aku nak juga cerita pasal wishlist aku. Sebelum ni, aku ada cakap pasal wishlist ni, tapi takde pulak aku tulisnya. Masa awal-awal tahun hari tu, ramai la sangat yang post entry pasal tahun baru. Tak lupa jugak wishlist dorang. Aku pun nak jugak cerita pasal wishlist aku. Tak kira! Nak jugak cerita walau dah lambat 7 hari. Kalau korang nak baca, terima kasih la. Bagi yang tak nak baca tu, sila berhenti sekarang dan halakan anak panah ke simbol “X” dibahagian atas sebelah kanan anda sekarang!



Yang berikut adalah azam tahun baru aku. Sila maafkan saya sebab guna ayat skema. Sekian terima kasih!


1.     Nak ubah diri. Ops…bukan nak buat plastic surgery. Ko gila nak kena kapak dengan mak aku nanti? Just nak ubah diri dari tak berapa nak baik kepada lebih baik.



2.     Nak jadi seorang yang lebih bersyukur. Bukan sebelum ni aku tak bersyukur, aku bersyukur. Tapi lepas aku bersyukur, aku akan mengeluh. Memang mereng aku nih!



3.     Nak dapat anugerah dekan. Semester 2 adalah semester paling haprak bagi aku sebab aku tak maintain pointer aku hingga CGPA aku jatuh terduduk-duduk tak bangun-bangun. So, semester 4 dan 5 punya azam nak dapat dekan supaya pointer aku boleh berdiri dengan bangga lepas terjatuh! Tolong doakan aku, please….




4.     Nak jadi seorang yang rajin. Sebelum ni, aku sangat……………..MALAS! But, now I want to be more  hard working! Rajin dalam study, rajin tolong mak dan rajin dalam segala aspek la. See, berkobar-kobar tak aku?



5.     Nak kurangkan berat badan! Ni harus menjadi azam utama kau untuk tahun ni. Tiap-tiap tahun azam benda alah ni tapi sentiasa fail. Ohemjii!!! Tahun ni mesti kena kurangkan berat badan aku ni. Kalau tak mesti orang akan ingat aku ni vending mechine bergerak! Mak tak rela noks-noks!




6.     Nak beli camera baru. Okay, sebab aku ni suka sangat camwhore, so haruslah aku ada satu camera kan? Tak payah la sampai DSLR tu, tak mampu lagi kot. Yang biasa-biasa sudah. Camera aku yang 1st tu dah hilang. Yang 2nd plak rosak. Harap-harap kalau aku jadi beli camera tahun ni, jangan la dia rosak @ hilang pulak nanti!



7.     Nak beli handphone baru! Dah lama dah angan nak beli handphone baru ni. Tapi sampai la masuk ke tahun baru, satu handphone pun aku tak beli-beli lagi. Handphone aku yang sebelum-sebelum ni, orang je bagi. Tak kakak, abang aku yang akan bagi handphone. Nak beli sendiri memang lambat lagi la jawabnya. Handphone yang aku pakai sekarang ni memang layak buat baling kat hanjeng gila. Aku rasa, hanjeng tu pun mati kena baling dengan handphone aku tuh!




8.     Nak rajinkan diri update blog dan tambah followers. Wah macam mustahil je wish ke-8 aku ni. Bapak rajin la kan aku nak update selalu blog aku ni. Aku ni kan seorang pelajar yang bededikasi makanya sangat harus la aku pay attention to my studies right? Nak update seminggu sekali pun malas, inikan pulan 2-3 post sehari? Matilamak noks-noks! Tambah followers? Tak mampu sebab aku tak popular. Bersyukur dengan 11 followers sekarang. Terima kasih followers! Sayang korang lebih sikit!



9.     Nak lebih rajin beribadat. Sebelum ni bukan la aku malas sangat buat amal ibadat ni. Tapi ye la, sebagai manusia yang sentiasa alpa dengan kehidupan dunia ni, aku lalai jugak la dengan tuntutan agama ni. Sembahyang pun kadang-kadang lompang sana, bocor sini. Tapi, bukan la sampai tinggal langsung. So, untuk tahun ni punya azam, aku nak tampal yang mana bocor-bocor tu. InsyaALLAH. Tolong doakan untuk aku sama ye!




10. Nak ada boyfriend! Baca betul-betul ye. BOYFRIEND bukan BOYAFRIEND. Tengok kawan-kawan ada boyfriend ni rasa jeles je! Nak jugak ada boyfriend ni. Asyik tengok orang je, mana boleh jadi. Dah 3 tahun bergerak solo je, tahun ni nak duo lak. Ni kalau mak aku tau la yang aku buat iklan cari jodoh macam ni, mau kena kejar satu kampung nanti! So, sapa-sapa yang ada boyfriend lebih tu, mai la sedekah-sedekah kat aku! Hehehe…gatal sungguh!



11.  Nak beli Ipod. Tak kira la Ipod Shuffle ke, Ipod Nano ke, Ipod Touch ke, atau ape jenis ipod pun. Aku nak ada satu jugak. Sebelum ni aku just guna Sony MP3 je. Dah bosan guna MP3 aku tuh, so nak beralih arah ke Ipod la pulek! Lagipun, MP3 aku tu macam dah nak buat hal je. Sebelum dia buat hal dengan aku, adalah lebih baik aku cari pengganti dia dulu!




12.  Nak lebih dengar cakap keluarga. Selalunya aku ni degil sangat. Kalau aku nak sesuatu, aku mesti nak dapatkan jugak benda tu, even mak atau abah atau ahli keluarga aku tak bagi. Lastly, aku jugak yang kecewa. But for this year, aku nak dengar nasihat dari family aku sebab aku tak mau dah kecewa macam tahun-tahun sudah. Lagipun, sebagai anak yang mithali(perasan!), aku kena la dengar cakap dorang sebab aku SAYANG SAMPAI BILA-BILA kat family aku nih. They know what the best for me dude!




Buat masa ni, 12 je la wishlist aku. Nanti-nanti kalau ada yang terlintas kat kepala hotak aku ni, boleh la aku tambah-tambah lagi. 12 list ni pun belum tentu tercapai ke tak. Tapi harap-harap tercapai la. Kalau tak, kena postpone azam tahun ni ke tahun depan la pulak! T_T…..

Internet lembab nak matik! tak boleh nak upload gambar...Pffttt.... o_O

Thursday, January 6, 2011

Aku Paling Tak Suka Orang Yang Banyak Muka Macam Kau!

Assalamulaikum!!!

Kenapa seseorang manusia tu kena bermuka-muka semata-mata nak tarik perhatian orang lain? Aku betul-betul tak faham dengan perangai manusia yang jenis ni. Bila depan kita, dia cakap lain. Tapi bila belakang kita, boleh pulak kutuk-kutuk caci- maki macam haremmmm!!!



Aku memang 100 ribu kali tak suka dengan orang macam ni. Parah jantung dan hati aku ni kalau asyik kena bersabar je dengan perangai orang macam ni. Jangan ingat orang akan suka dengan perangai muka banyak ni. Orang benci, okay. Diulangi, ORANG SANGAT-SANGAT BENCI dengan perangai manusia yang macam ni. Kalau tak percaya, korang boleh la buat bancian. Kalau rajin la nak buat. Tak ada paksaan langsung!

Aku tulis entry ni bukan entri kosong. Aku ada pengalaman dengan manusia jenis banyak muka ni. Memang terpaksa bertahan je la dengan manusia yang jenis ni. Nak tegur tak sampai hati. Bila tak tegur, hati aku ni boleh kena barah lak. Bagi yang kenal aku rapat, memang dorang akan tahu yang aku ni bukan jenis yang suka sound direct. Selagi aku boleh bertahan, aku pendam je. Malas nak bising-bising. Tapi yang masalahnya, sampai bila kena bertahan?


Orang yang bermuka-muka ni dah banyak buat aku rasa tak selesa dengan dia. Kadang-kadang aku rasa menyesal pulak aku kenal dengan orang-orang yang macam ni. Kalau boleh diputar balik masa, aku nak elak diri aku ni dari kenal dengan orang yang macam ni. Sakit hati sangat bila kita berkawan dengan manusia banyak muka ni.

Banyak dah pengalaman aku dengan orang yang macam ni. Kadang-kadang bila aku nak buat baik dengan orang macam ni, dia akan buat yang sebaliknya dengan kita. Bila dia sorang-sorang, dan aku pulak dengan kawan-kawan aku, niat kat hati ni macam nak buat tak peduli je kat dia. Bia dia rasa macam mana  "bestnya" jadi kera sumbang depan orang ramai. Tapi aku ni jenis hati kecik. Sikit-sikit kesian kat orang sampai orang banyak muka ni pijak kepala siap main bola atas kepala pun, masih buat tak tahu. Mungkin aku ni sorang yang BODOH? Biarkan orang buat sesuka hati dengan aku?

Tapi aku percaya, setiap perbuatan yang kita buat kat muka bumi ALLAH S.W.T ni, akan ada balasan. Sekarang Allah 'bayar cash' kalau nak balas apa yang orang muka banyak ni buat kat orang yang teraniaya....
Pengalaman aku dengan orang banyak muka ni banyak, tapi aku nak tulis sikit je. Nanti kalau aku tulis panjang-panjang, pecah rekod entry paling panjang dalam sejarah blogging!

1. Selalu malukan aku bila depan orang ramai.

Yang ni paling aku tak berkenan langsung. Kenapa perlu kau nak malukan aku depan orang ramai? Apa kejadahnya nak buat orang rasa malu? Sungguh aku tak paham dengan manusia sorang ni. Bila berdua dengan aku, boleh pulak berbaik dengan aku. Cakap pun sopan dan menyakitkan hati. Boleh gelak-gelak, gurau senda. Tapi, bila depan kawan-kawan, kau nak malukan aku selagi boleh. Kau macam nak cari jalan macam mana nak malukan aku depan orang ramai. WTH??? Kau rasa puas hati ke bila buat macam tu? Bila aku tanya sesuatu depan kawan-kawan yang lain, kau akan buat tak tahu dengan aku.Apekah???


2. Suka cakap belakang

Entah nape la kan kau suka macam ni. Bukan aku je, kawan-kawan lain pun kau buat macam tu. Mengapakah? Sungguh aku tak paham. Kau suka ke tinggal sorang-sorang? Biar semua orang pulau kau, baru kau nak sedar ke? Baik kau sedar sebelum terlambat. Bila dah terlambat, kau jugak yang menyesal nanti. Dulu, aku selalu cerita rahsia besar @ kecik kat kau. Tapi sejak aku perasan kau dah berubah 87.5%, aku jadi berhati-hati je bila nak cakap apa-apa dengan kau. Sebabnya kau ni jenis yang tak boleh nak percaya sangat. Kalau aku cakap passal seseorang, tetiba je seseorang tu akan tahu dan sentap-sentap dengan aku. Dulu aku tertanya-tanya jugak la, but pas aku pikir balik, aku just cerita kat kau sorang dan tak mustahil kau yang cerita kat seseorang tuh!


3. Tak sedar diri!

Ni lagi satu pasal kau yang aku tak gemar. Kau tak sedar diri! Kau selalu mengutuk orang tu macam ni, macam tu. But bila kena batang hidung sendiri kau tak sedar! Kau cakap si polan tu macam ni la macam tu la. Tapi lepas kau cerita pasal seseorang tu, aku rasa macam kau tengah cerita pasal diri kau sendiri. Macam cerita orang yang kau nak kutuk tu adalah pantulan dari diri kau sendiri. Kau tak sedar, kau sebijik macam orang yang kau tengah kutuk tu.


Kadang-kadang aku macam nak jerit je macam ni:

WEIIII, TOLONG LA SEDAR DIRI SIKIT!!!


JANGAN BERMUKA-MUKA DENGAN ORANG BOLEH TAK?


TOLONG LA BERUBAH DEMI MASA DEPAN KAU JUGAK!


Ingat la, bukan semua orang suka dengan diri kita. Aku selalu ingatkan diri aku supaya berhati-hati bila nak buat sesuatu perkara. Jangan sampai menyinggung perasaan orang lain sebab aku sendiri pun tak suka bila orang buat aku tersinggung!

Monday, January 3, 2011

Hari pertama yang sangat banyak kerja sampai macam tak mau masuk kelas je esok

Assalamualaikum!!!

Tajuk memang nak bagi lecture kat UiTM penampar banyak kali kan? Tapi memang betul pe. Banyak sangat kerja yang dorang bagi untuk 1st day. Uni lain aku tengok relaks je bila 1st day. Uni aku ni lak gelabah bagi assignment melambak-lambak untuk 1st day. Apekah???

It's was a long day today. Jadual gila pack nak mampos! Kelas start pukul 8 pagi. Ye, 8 pagi ye kawan-kawan. Dikala mata ni macam kena gam gajah yang tak boleh bukak tu la. dari pukul 8 pagi sampai pukul 12 kelas untuk 2 subjek tanpa henti. Memang tepu wa cakap sam lu der. Tiba-tiba pulak otak aku tumpul, tak leh nak catch up apa yang lec aku membebel kat depan tu.

Sedar-sedar je aku dah kena wat keje yang kena siapkan esok. Ye, aku tak tipu. Sila percaya. Pastu kelas sambung dari pukul 2 sampai 6 petang. Balik rumah memang jangan cakap la kan. Sangat letih dan jugak mengantuk. Kalau gen malas dalam badan ni dah sedia merebak dalam kapilari ni, memang tak leh buat apa dah!

Tapi, aku kan nak jadi gigih sem ni. Makanya, start pukul 9 tadi, aku telah menggagahkan diri menyiapkan tugasan yang lec aku nak tengok esok. Dan, aku berjaya menyiapkannya dalam masa 1 jam. Ai kenot belip it. Yu belip it tak?? Sampaikan housemate aku pinjam la. Wa...Ada harapan dapat Dekan lagi sem nih! *TIBA-TIBA JEK!

Now, aku bersenang lenang beronline dengan senang hatinya. Sebab aku tau, esok mesti susah hati lagi. Sebabnya, esok mesti ada lagi tugasan yang kena siapkan. Takpe, just enjoy urself atau mak aku cakap buat kerja biar seronok. Pandai-pandai je gunakan nama mak aku!

Sunday, January 2, 2011

Kau tau penat tak?

Assalamualaikum!!!

Hari ni memang super duper triple penat. Finally dah sampai rumah sewa aku yang dah sebulan lebih ditinggalkan bersawang ni. Pergh...Gila rindu plus excited nak balik. Tapi itu semua satu pembohongan semata-mata. Tak ada kena-mengena langsung dengan perasaan sekarang ni. Perasaan sebenarnya sangat malas dan mood untuk balik ke Kedah ni memang tak ada langsung.

Sepanjang perjalanan balik Kedah ni memang aku la manusia paling diam dalam kereta walhal dalam kereta hanya ada 4 orang manusia je. Takpe, mak, abah and akak pun manusia gak kan? Sampai kat Kedah memang dah petang sangat la sebab bertolak dari rumah pun dah lewat sangat. Masa sampai rumah sewa ni, memang semua housemate dah ada.Housemate aku sekarang pun ada dua orang je. Jannah and Wawa. InsyaALLAH, esok 2 orang housemate baru akan masuk.

Okay, penat jangan cerita dekat sini. Memang tak best bila penat tapi terpaksa buat kerja jugak. Actually, aku yang cari kerjanya. Pindah bilik.Memang sangat-sangat penat okay walaupun pindah bilik. Sebelum ni aku tinggal kat bilik depan but memandangkan Ayu dah pindah, aku decide nak tukar bilik belakang. Motif utama adalah......Aku tak nak berkongsi bilik dengan orang. Mungkin sebab dah terbiasa tinggal sorang, so rasa janggal la pulak bila kena kongsi-kongsi ni.

Sampai je rumah sewa, aku terus kerah tenaga abah, mak dan akak aku suruh tolong aku angkut barang-barang dari bilik depan ke bilik belakang. Tak sempat abah ngan mak nak rehat, aku dah paksa dorang buat kerja. Gila kejam aku ni kan? Memang anak durhaka! Mak Abah, mintak sorry ya. Tapi aku tau, kalau aku tak suruh pun, mak and abah tetap nak tolongkan? Thehehehe....

Pas je angkut semua barang, mak and abah dah nak balik Perak. Sebabnya, akak aku dah nak balik Lumut jugak malam ni. Dan, selepas semua barang aku dah diangkut masuk dalam bilik baru, memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata azimat la. Bilik mengalahkan kandang kambing. Dan aku rasa kandang dorang lebih bersih lagi suci lagi dari bilik aku ni.

Maka, bermulanya la misi mengemas bilik baru. Pergh...Penat jangan nak habaq la kan. Sampai-sampai je terus mengemas bilik. Memang aku seorang yang sangat terer kan? Serabut betul sampai rasa macam nak upah orang je kemas bilik aku yang macam kapal pecah ni. Selepas menempuh pahit getir hampir 3 jam, maka bilik aku sudah selesai dikemaskinikan! Memang sangat-sangat bangga dengan pencapaian diri aku ni!Mak aku kalau tengok bilik aku ni, mesti menangis melotot ni. Mesti dia buat sujud syukur sebab anak dia yang pemalas ni berjaya mengemas bilk sendiri dalam masa 3 jam!!!

Now, lepas semua dugaan dan cabaran berjaya aku harungi, maka aku berjaya merehatkan diri setelah penat bergosip dengan housemate dan disertai oleh budak rumah depan iaitu Gee da Boom dan Pawpaw. Now entry ni ditulis sebab aku tak dapat tido lagi di bilik baru ni. Haish...Bila nak rasa mengantuk nih???


Nota Tangan: Entry ni takde gamabr, esok la masuk gambar ek..(Kalau rajin la)

Nota Tapak Tangan: Esok Kedah cuti Yippy!!!!Kalau tak, esok kena mula kelas dah!

Nota Jari-Jemari: Esok nak bershopping lagi. PTPTIPOO dah masuk. Apalagi? Jom kita ENJOY!!!

Saturday, January 1, 2011

Bye Bye 2010... Hey 2011, Welcome!!

Assalamualaikum!!!


Entry pendek.


Selamat tinggal tahun 2010 yang banyak kenangan pahit, manis, masam, kelat serta payau.


Selamat datang tahun baru 2011. Moga-moga kau lebih baik dari tahun 2010.






Nota Tangan: Sangat letih ini hari sebab meroyan seharian dengan Leya kat Taiping.


Nota Tapak Tangan: Esok dah mau balik Kedah!!!Waaaaa!!!!!!!!( Keliru. Suka atau tak suka balik Kedah)


Nota Jari-Jemari: Nak buat wishlist jugak nanti! So, tunggu............

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...