Pages

Tuesday, November 16, 2010

Jodoh:Pilihan Keluarga Atau Pilihan Sendiri?

Assalamualaikum!!!
Lamalamalamalamalamanyeeeeeerrrrrrrr aku tak tulis entry baru dalam blog aku ni.Itulah pasalnya,kawan aku dah cakap jangan jadi blogger kalau malas nak update.But,peduli hape aku?Just for fun je aku tulis blog ni.Hehehe...So,hari ni rasa macam bosan sikit,boleh la aku tulis entry baru walaupun.....tak adanya orang nak baca blog aku ni!

Okokokok...Sudah-sudah pasal blog punya cerita.Kalau dah tengok tajuk entry kat atas tu,macam siyes giler je kan.But memang macam,ok diulangi,MACAM siyes dewa.Nak tulis pasal entry ni sebab aku dapat inspirasi dari kawan aku la.

Kawan aku ni nak nikah dah tahun depan.Masalahnya dia tak ada perasaan cinta langsung kat bakal suami dia.Punya la gaban cita kat aku masa online Facebook tadi.Kesian pulak aku kat dia.But nak buat macam mana?Dia jugak yang setuju terima pinangan dari pihak lelaki tu.Bila aku tanya balik apa motif dia terima pinangan dari pihak lelaki tu,Jawapan yang dia bagi memang sangat-sangat senang-"aku dah malas nak dengar mak aku berleter.Kalau aku bantah nanti mak aku cakap aku ni anak derhaka pulak".

WTFreaking answer la dear...Now sekarang kau jugak yang merana.Dulu masa bertunang dia boleh cool lagi.Sebabnya dia rasa nikahnya lambat lagi.What the hell.Setahun je kot.Pejam celik dah setahun.And now dah sampai nak nikah ni baru ko nak gedik-gedik tak nak kat tunang ko pulak?Common girl,U know that U can't do that.Malu family 2 keturunan nanti.Bukan apa,Ko kena tau ko kan anak tok imam.So orang akan tunjuk mak and abah ko je nanti kalau ko wat macam tu.

Then before dia nak nikah,boleh pulak cari masalah baru,dapat scandal baru.Kenal guna SMS je.Homaigod!!!Please grow up girl.Kau sekarang tunangan orang.Apa-apa pun kau kena pikir orang lain sama.Tadi mengadu kat aku yang dia rasa macam nak putuskan je hubungan dia dengan tunang dia sebab dia tak cinta dengan tunang dia tu.Sampai ada perasaan nak bunuh diri (Nauzubillah) bagai.Payahnya bila jadi macam ni.Dan dia pulak telah merujuk pada orang yang salah sebab aku sendiri tak ada pengalaman bercinta ni.So, macam mana aku nak bagi nasihat kat dia?

Bila aku pikir-pikir balik,Jodoh pilihan keluarga dan jodoh pilihan sendiri ni banyak baik buruknya.But bagi aku dua-dua ni penting.Kalau jodoh pilihan keluarga ni kira macam kita anak yang mematuhi kata-kata ibu bapa la.Kononnya la walaupun kaki hentak-hentak,hati ronta-ronta tak mahu.Kalau jodoh pilihan sendiri lak,kita boleh kenal hati budi dia sendiri.What i means here is,masa date tu mesti dah investigate habis latar belakang dia.Yela,aku tau sangat la sebab semua nak yang baik-baik je kat pasangan hidup dorang.Sanggup lak upah orang siasat latar belakang kekasih dorang tu..

Jodoh pilihan keluarga ni selalu orang cakap boleh kekal sampai ke tua.But aku tak tau la pulak.Prinsip dalam keluarga aku ni, anak-anak kena cari jodoh masing-masing (weeee....tak sabaq chek nak cari jodoh sendiri!!).Melihat pengalaman kakak and abang aku,dorang cari sendiri.So,tak mustahil aku boleh cari sendiri jodoh aku nanti!Memang tak dinafikan kalau family yang carikan jodoh,selalunya dorang akan cari yang terbaik.But bila dorang dah cari,kalau anak pulak tak setuju,macam mana?Dorang penah ke tanya pendapat anak dorang bila dorang cari jodoh untuk anak dorang tu?

Anak-anak yang jodoh dorang tu ditentukan oleh family tu,diberi peluang ke untuk menolak?Selalunya aku tengok(dalam drama atau novel je), anak-anak tak ada hak langsung nak membantah.Aku tak tau la kalau aku berdepan dengan situasi tu nanti macam mana.Kalau anak-anak tak setuju dengan pilihan orang tua dorang,penah tak orang-orang tua pikir tentang perasaan anak-anak dorang bila dorang tak setuju dengan pilihan family?

Kalau jodoh pilihan sendiri lak,memang banyak kelebihan pun.But it's still ada kelemahan.Memang kita dapat kenal dengan orang yang kita nak.Then ada keserasian(ye ke?),dah kenal hati budi bagai la kan.But adakah kita pasti yang kita dah kenal sebetulnya pasangan kita tu?Even yang berkahwin 10-20 tahun pun boleh bercerai,sedangkan lidah lagi tergigit...But kalau nasib baik,jodoh dengan pasangan tu boleh bertahan sampai mati.

So bagi aku, dua-dua jodoh ada kelebihan dan keburukkan masing-masing.Semuanya bergantuung denga diri kita dan pasangan kita tu.Kalau seorang je yang bagi komitmen dan sorang lagi lepas tangan je pun, tak jadi jugak.

Ok.Aku menulis bukan dari pengalaman aku ye.Sebabnya aku sendiri tak ada pengalaman tu.Dah tu,ramai sangat yang bertanya soal cintan-cintan ni kat aku.Aku pulak jawab mengikut logik je.Ntah betul ke tak,aku pun tak pasti.Kalau rasa betul tu ikut je la.Kalau rasa apa aku cakap ni tingtong je..Jangan la nak ikut-ikut pulak...

P/S:To kawan aku yang bakal berumah tangga tu,belajar-belajar la untuk mencintai dan menerima bakal suami kau tu.Lambat-laun dia akan jadi suami kau yang kau kena hormati,patuhi,sayangi and cintai.Aku nak bagi nasihat lebih-lebih pun,aku sendiri tak ada pengalaman ni.So aku just boleh bagi pandangan berdasarkan logik akal aku je la tau!.

No comments:

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...