Pages

Monday, November 29, 2010

Kadang-kadang lelaki jugak perlu menangis...


Assalamualaikum

Minggu lepas aku ada baca satu newspaper ni. Topik dia ‘ Lelaki Menangis’. Dorang tanya pendapat kat orang awam sama ada sesuai atau tidak lelaki patut menangis atau tidak. Ada antara dorang yang jawab lelaki tak boleh menangis. Ada jugak yang jawab lelaki ni sebenarnya boleh menangis.


Bagi aku la, pendapat seorang perempuan, lelaki ni kadang-kadang kena menangis jugak. Hello??? Lelaki pun manusia biasa jugak kan? Dorang ada hak untuk menangis sebab dengan menangis ni, lelaki luahkan apa yang terpendam dalam hati dorang. That’s means, dorang tunjuk the true self dorang. Kalau yang tahan-tahan dari menangis tu, sebenarnya dorang just nak tunjuk dorang tu macho sangat!


Apa ko ingat lelaki yang menangis ni tak macho ke? Sape cakap? Meh sini aku nak tempeleng laju-laju, bagi sedar sikit! Bagi aku (bagi aku la, korang punya pendapat aku tak tahu pulak), kalau lelaki menangis ni sebenarnya dia seorang yang sangat sensitif dan ada perasaan. Bukan maksud aku orang lelaki yang tak menangis tu tak sensitif atau tak de perasaan. Tapi, lelaki yang menagis ni aku rasa memahami perasaan kaum wanita macam aku ni(hehehe…)

Maksud sensitive aku kat sini bukan la lelaki yang easy to crying because of small things that he couldn’t have. Tu namanya cengeng, mengadangada. Tak kan la tak dapat makan chocolate atau tak dapat selesaikan sesuatu masalah pun nak menangis? Mana lelaki-lelaki itu? Meh sini ni penampor kuat-kuat! Lelaki boleh je menangis sebab:

1. Isteri melahirkan anak- lelaki yang menangis sebab isteri dorang melahirkan anak ni tandanya dia bersyukur.

2. Orang kesayangan dalam kesusahan/ kesakitan- ni menunjukkan lelaki tu sangat ambil berat kat seseorang tu sampai sanggup menangis.

3. Kematian- ini lumrah la kan. Memang ko (lelaki) tak de perasaan kalau ko tak menangis masa ada kematian. Hati ko made from chrome ke???

Sebab-sebab yang lain sila cari sendiri ye…

Sebenarnya, aku kagum dengan lelaki yang berani menangis ni. Bukan bermakna aku suka lelaki yang suka menagis disebabkan hal remeh-remeh ni. Memang saje nak kena penumbuk anak sulong tu. Tapi aku suka bila lelaki menangis masa yang perlu dan ditempat yang betul. Tak semestinya nak jadi gentleman tak boleh menangis.

Nota Tangan: Cikgu aku penah cakap yang air mata lelaki ni mahal. So, lelaki-lelaki kat luar tu jangan la nak bazirkan air mata anda dengan perkara yang tak perlu. Setakat putus chenta pun nak menangis, baik tak yah jadi lelaki. Baik jadi bapuk je! Ops… terlancang sudeyhhh… maap la yek!

Nota Jari: All Pictures credit to Encik Google

Saturday, November 27, 2010

Tiba-Tiba Jatuh Chenta Dekat Atlet La Pulak...

Assalamualaikum…

Kalau dah tajuk entry aku kat atas dah sedemikian ruoa, makanya hari ni aku nak cerita sikit la pasal atlet-atlet sukan ni. Memang tepat sekali entry aku pada kali ini kerana Sukan Asia pun dah melabuhkan tirainya sebentar tadi. ( wah, ayat skema lagi digunakan!) Sebagai seorang yang sangat-sangat mengemari sukan ni (walaupun aku ni gumuk,aku tetap peminat sukan yang tegar ye kawan-kawan) aku sangat jarang miss menonton sukan secara live. Bapak best aku nak gebang ni kalau tengok sukan ni (promote sket..) nak-nak pulak yang bersukan tu dari Malaysia, lagi la aku melekat depan tv tuh! Mau terkeluar anak tekak aku bersorak kat dorang! Ni kalau ada la atlet Malaysia yang tiba-tiba baca entry aku ni, mesti dorang akan menangis sebak dan terharu dengan sokongan padu dah jitu aku ni. Sob.. sob.. sob…

Tolong jangan salah sangka dengan aku ye. Aku bukan suka atlet sukan dari luar negara je, dalam Malaysia pun aku gila minat dowh! See… betapa aku amat mencintai sukan tanah air ni. Antara sebab aku minat sangat dengan atlet-atlet sukan ni sebab dorang kalau bersukan tu, memang habis-habisan. Dah tu body dorang plak memang mantop aku cakap kat korang. Pastu.. pastu.. pastu…dan semestinya atlet-atlet ni handsome and famous! Okay okay, mengaku la tu motif utama aku suka atlet sukan nih!

1. Koo Kean Kiat & Tan Boon Heong


Ni adalah antara atlet yang aku suka sangat-sangat bila dorang ada match dengan pemain dari negara lain. memang best giler bila tengok dorang main. Rasa macam aku pun main jugak masa tu. Okay, aku over. Tapi seriously, memang aku suka tengok dorang main sungguh-sungguh tengah gelanggang tu ( ye la, takkan nak main tepi gelanggang plak kan?). Even dorang kalah pun, aku tetap bangga dengan dorang. Yay! Malaysia boleh!! Baik korang sokong cepat, kalau tak aku tampar laju-laju(ganas tak aku?)

2. Azizulhasni Awang



Yang ni pulak aku memang admire kat dia masa aku form 6 lagi. Memang aku suka la kat dia sampaikan kalau ada artikel or gambar dia kat paper, aku akan potong then simpan. Gila tak aku? Sampai berangan la jumpa dia bagai ni. Last-last sekali dia dah kawin, so minat aku kat dia dah berkurang sebanyak 35%. Ye la, dah jadi suami orang, minat pun kurang la. Kang minat lebih-lebih payah lak. But aku suka bila dia kayuh basikal dia laju-laju. Bila dia rasa nak menang tu, dia akan wat willie(betul ke aku eja?). Ala… takkan tak tau kot? Yang angkat tayar depan tu la. Memang terror kan???

3. Datuk Lee Chong Wei

Datuk sorang ni aku respect sangat. Bila dia ada games je, muka cool giler kentang goreng. Macam muka orang tak de masalah je. Walaupun dia dah ketinggalan pun, muka tetap steady je. Bagus la dia. Sebab tu la aku jatuh cinta. Bukan jatuh cinta kat dia, tapi jatuh cinta kat dia punya ke ‘cool’ al tu la.

4. Zaquan Adha & Aidil Zafuan


Si kembaq dua ekoq ni memang aku suka sejak aku tengok pasukan bawah 21 tahun Malaysia lawan dengan pasukan Myteam. Masa ni la aku baru sedar kewujudan dua orang ni. Kagum gak aku masa mula-mula tau ada kembaq main bola ni. Sejak-sejak tu aku ikut je perkembangan dorang ni. Kalau hari ni aku suka abang, esok aku suka adik lak. Ikut giliran la. Baru aku tau susah untuk membahagi kasih-sayang ni(perasan lagi aku. P/S:Fatin Liyana sila jangan marah aku!). siap berangan lagi jadi adik angkat merangkap girlfriend halimunan dorang. Ouch..aku memang seorang yang sangat perasan. But now, dua-dua dah berpunya walaupun si abang ada masalah dengan wifey dia. Hopefully everything gonna be alright soon!

Yang ni pulak atlet luar negara yang aku suka. Of course la sebab dorang pandai main and also handsome famous amos!

Yang ni dari korea. Nama dia Lee Young Dae.



Cumel kan dia? Baik cakap comel cepat. Kalau tak aku tampar laju-laju! Dia ni pemain badminton dari Korea. Tua setahun je dari aku. Okay la tu kan? Padan je dengan aku yang cumel berganda-ganda dari dia ni. Hikhikhik(gelak perasan). Dia ni favorite badminton player dari korea seba kan……dia yang paling Handsome dan muda. Tu je sebabnya…


Yang ni plak badminton player dari China. Comel dowh. Memang tergoda habis aku dengan tahap kecomelan dia ni. Nama dia Bao Chun Lai. Umur aku tak tau. Yang pasti aku minat sangat kat dia ni.





Kalau diperhatikan balik, kebanyakan ahli sukan yang aku suka ni semuanya dari kalangan pemain badminton. Mungkin sebab sukan ni yang selalu aku tengok kat dalam mana-mana games sebab dia punya rules senang nak faham. Kalau sukan lain tu banyak sangat aku tak faham.

Nota Tangan: ramai dah ahli sukan kat Malaysia ni dah tua-tua. Tak de ke pelapis yang boleh gantikan dorang ni nanti? Aku tengok bila ada games besar-besar je, muka dorang ni je yang akan amik tempat. Kalau satu hari nanti dorang dah tak larat nak hayun raket, sape plak nak wakil Malaysia nanti? Aku? Memang harapan la nak menang. pingat gangsa pun InsyaALLAH tak nampak la!

P/S: Pak Najib, anda boleh lantik saya jadi Menteri Belia Dan Sukan nanti. Tengok la betapa seriusnya saya bila bercakap soal sukan ni..

Thursday, November 25, 2010

Muka Awak Macam Farhan AF Laa....

Assalamualaikum~~~

Hahaha…Jangan terkejut dengan tajuk diatas sebab aku awl-awal lagi dah terkejut! Orang yang aku tak kenal tiba-tiba approach aku cakap muka aku macam Farhan AF okay.Sumpah aku tak tipu! Habik kau,muka aku sekarang dah setaraf artis (walaupun Farhan dah suam-suam kuku kaki-ops..Farhan mintak ampun ek…)

Al-kisahnya macam ni (sila baca dengan nada yang sedikit excited ya..) semalam aku dengan kawan aku keluar dengan tujuan yang suci lagi mulia iaitu nak mencari sebarang pekerjaan yang agak sesuai dengan kami untuk mengisi masa lapang sepanjang cuti semester kali ini. Ayat sangat skema dan diminta tolong baca sekali hembusan nafas sahaja okay!

Seharian jugak la cari kerja kat Taiping ni. Maklum saja la Taiping je kowt dowh! Mana la sangat dorang nak hire orang keje sangat. Nak-nak pulak keja sebulan ja. Lagi la dorang malas nak upah. Penat sangat-sangat berjalan cari keja ni(nak-nak pulak aku ni tak de niat langsung nak keja ni). Aku dah mula tunjukkan tanda-tanda fade-up, but kawan aku yang sorang ni muka memang tak boleh blah, muka ceria kanak-kanak Vico je aku tengok. Ya, mungkin sebab dia terover excited nak mencari kerja.

So, aku dengan malasnya nak berhenti operasi mencari kerja ni. Dengan beraninya aku pun bagi cadangan kat kawan aku ni.

Aku: Ila…dahh la cari kerja ni, aku penat dowh! Macam harapan tinggal harapan je cari kerja nih!

Kawan aku: La…hang tak larat dah ke? Okay-okay,ni kedai last pastu kita stop boleh?

Aku: okay. Ni kedai last tau. Pasni kalau hang nak cari jugak,aku tak mau ikut!

Aku dengan muka ketat + masam sweet sour pun ikut je la kawan aku ni masuk kedai yang akhir ni. Orang selalu mintak kerja,muka manis berseri disukai ramai. Tapi…ada tapi ya disitu. Tapi muka aku ni, manager kedai pun takot nak renung lama-lama. Mesti dia takut aku nak terkam dia bila-bila masa je(mana tak takut, muka aku da bertukar jadi singa kelaparan dah). Confirm dah sepastinya aku tak diterima bekerja kat situ. Mau muflis kedai tu kalau pelanggan takut nak datang sebab muka aku ni! Macam biasa, isi borang then tinggal birang tu kat situ.

Sebagai nak release tension, (sudah la kau Hanim,cari kerja pun nak tension lebey2!), aku pun ajak Ila window-window kat Taiping Central jup. Cuci-cuci mata sikit. Mana tau kot-kot jumpa jodoh kat situ ke. Ececece, sempat je aku nih! Singgah MCD jup, makan-makan pastu baru la pengembaraan bermula…

Masa tengah jalan-jalan tu, ada la aku terperasan 3 orang budak perempuan asyik pandang-pandang aku je. Ape hal pulak la kan dorang nak pandang-padang aku semacam. Terlebih cantik ke aku atau ter’over cumel nih, hatiku pun berbisik menambahkan lagi darjah keperasanan aku. Aku pulak malas nak amik pusing sangat sebab aku tau dorang mesti jeles tengok aku yang cumel ni. Lagipun perempuan yang tengok, kalau lelaki kacak yang tengok mungkin aku akan control sket(supaya mereka akan jatuh chenta dengan aku!)

So aku dengan Ila jalan lagi(bukan berlari-lari anak ye, nanti pak guard pelik pulak) sambil-sambil cuci mata tengok baju-baju yang agak cantik(sebab harga dia sangat cantik). Tiba-tiba je bahu aku kena cuit oleh someone. Argh, sudah. Aku dah nak cuak dah ni. Aku buat salah ke belek-belek baju ni? Aku pusing belakang, tengok salah sorang perempuan tadi tegur aku. Nak tau dia cakap ape? Jeng…Jeng…Jeng…

HI, MUKA AWAK NI MACAM FARHAN AF LAH! INGATKAN FARHAN AF TU DAH BERTUDUNG!

Homaigod…Homaigod…Homaigod… macam nak pitam je aku ni sebab terkejut kera orang tegur aku muka macam Farhan AF! Memang kembang setalam masa tuh. Aku dengan muka yang campur masam,manis masin dan pahit just boleh senyum dengan lebar sampai telinga je la. Wowowowowo…Sila cemburu dengan aku okay!

Sob…Sob…Sob…(menangis terharu + gumbira)






Ni la Farhan AF tuh. Yang dorang cakap muka aku macam dia tu la..
*gambar ehsan daripada Encik Google Sayang*


Nota tangan: MPP kampus aku pun penah cakap muka aku macam Farhan AF jugak okay. Sumpah aku tak tipu. Jejaka jambu tu pun cakap macam tu so aku percaya la *gewdixs!* hahaha…wahai warga Uitm Kedah sekalian, sila cemburu dengan aku sebab MPP cakap muka aku macam Farhan AF walaupun aku hampess tak minat Farhan tuh! Korang jangan menagis, biar aku je menangis terharu okay!

Wuwuwuwuwu…(nangis sedu-sedu syahdu)





Tuesday, November 23, 2010

Mari Berkenalan Dengan Saya

Assalamualaikum!!!

Aduyai…Dah lama tak jenguk blog aku ni.Bukan tak ada niat nak masuk entry baru,tapi malas nak menaip je sekarang ni.Tak tau la kenapa.Tapi tak pe,hari ni aku masuk entry baru punya!

Kalau tengok tajuk entry kali ni,mesti dah terlewatkan untuk aku nak kenalkan diri bagai ni kan.Tapi,pedulik hapa aku?Nikan blog aku,suka hati aku la nak kenalkan diri bila-bila pun kan?Masa mula-mula buat blog ni ingat nak jadi seorang Blogger yang MYSTERIOUS la konon…Alih-alih tak tahan dah aku ni,ramai sangat suruh tunjolkan diri yang sebenar(bajet ramai sangat yang kenal aku ni!)

Nama sebenar aku,ZULFARAHANIM BINTI HALIDIN.Mesti korang macam pelik kan bila nama aku ni ada ‘ZUL’.Selalunya nama ‘ZUL’ ni khas untuk kaum lelaki je.Tapi entah kenapa abah aku berkenan sangat nak letak nama ‘ZUL’ kat nama aku ni.Tapi apa-apa pun aku bersyukur jugak sebab dengan nama aku ni la ramai yang kenal aku.Mungkin sebab UNIK kot.So, kalau rasa-rasa nak unik macam aku ni,nanti nama anak korang letak la nama ‘ZUL’ jugak,tambah0tambah untuk nama anak perempuan.Confirm besar nanti dia cumel macam aku ni.Tapi bila letak nama tu kat anak korang,tolong-tolong la kredit nama aku dalam blog korang nanti ek!

Nama aku ni sebenarnya banyak ceriteranya.Opah aku dulu berebut dengan abah aku nak letak nama untuk aku.Opah aku nak letak nama aku ‘NUR KHUZAIMAH’(sedapkan???).Tapi abah aku ni berkeras nak letak nama ZULFARAHANIM.So, untuk merialisasikan hajat yang terpendam,abah aku bohong kat opah aku kata nak letak nama yang opah aku cadangkan.Sebelum abah aku nak pegi daftar nama aku,opah aku siap pesan dengan nada sindiran lagi.Opah aku cakap “Zaki,nak letak nama anak hang tu,ingat sama bakal menantu hang,suami anak hang ni.Nanti nak akad nikah jenuh nak kena hafal nama anak hang ja nanti.Letak nama orang senag sebut!”.Abah aku ni pulak jenis keras kepala,dia tetap dengan pendirian dia nak letak nama aku ni.Mungkin jugak dalam hati dia ada berbisik “peduli apa aku,bukan aku nanti nak akad nikah dengan anak aku.Paandai-pandai la depa hafal nama anak aku nanti!”.Ok,dialog abah aku tu,aku tipu ja tau!Samapai sekarang adik beradik belah mak aku panggil aku dengan nama ‘EMAH’.Belah abah aku pulak stick with my real name,’HANIM’

Aku dilahirkan dan dibesarkan kat TAIPING,PERAK.Kalau ada yang tanya pasal Taiping ni,memang aku tau.Tapi tau sikit-sikit ja la.Nak bagi tau pasal sejarah Taiping ni,memang aku FAIL la.Aku ni murtad Perak.Jangan salah sangka.Aku bukan murtad agama,tapi murtad negeri jek!Aku memang tak pandai bercakap dalam loghat Perak.Aku rasa aku lebih arif dan bijaksana kalau bercakap bahasa Kedah @ Penang ni.Kalau orang tau je aku orang Perak,dorang akan secara automatic nak bercakap bahasa Perak tengah.Bila orang bercakap macam tu,aku mula la ternganga-nganga tak paham.So,orang Perak boleh la kutuk aku dalam bahasa Perak sebab aku mampos tak paham!

Sekarang ni aku dah melanjutkan pelajaran aku kat Universiti Teknologi MARA atau dalam bahasa bestnya UiTM, kat Kedah je pown okay.But best pe kat Kedah.Korang hengat dapat belajar kat UiTM Shah Alam tu best sangat ke?Kos sara hidup amatlah tinggi okay?Aku kat sini relaks je makan KFC @ MCD hari2,orang kat UiTM Shah Alam tu ikat pewot nak makan benda alah tu.Ok,tipu semata-mata!Kat Kedah jugak la aku belajar ramai kawan,kawan yang baik and kawan yang makan kawan ni.Thanks alots to them sebab at least aku ada jugak belajar macam mana nak pilih kawan-kawan ni ek?

Bakal menamatkan pelajaran dalam jurusan Administrative Science (Hons) pada bulan April 2012.Harap-harap nanti takde la paper yang kecundang ditengah jalan.Tak sanggup mak noks nak repeat ni.Penat tau dak?Aku nak keje lak.Baru leh beli sume-sume benda yang aku nak.Woitwoitwoit…melalut sudeyyy….

Aku sebenarnya sangat-sangat la happy go lucky,tapi dengan orang yang betul-betul kenal dengan aku la.Kalau dah betul-betul kenal rapat,sampai boleh tepuk amai-amai,tepuk tampar sepak terajang dah.setakat kutuk sikit-sikit tu tak de hal der.Tapi buat yang tak kenal aku secara rapat memang dorang/korang akan cakap aku ni belagak sombong nak mampos tak sedar diri.Tapi sebenarnya aku ni amat-amat lah pemalu orangnya.Stok-stok perempuan yang sesuai untuk dijadikan menantu pilihan ramai gitu!Tahap kemaluan aku ni boleh mencecah hingga langit ketujuh,nak-nak pulak depan lelaki.Memang teserlah darjah malu aku ni.Woit semua orang,bukan orang-orang,aku ni sangat lah suka berkawin,berkawan okay?

So setakat tu je la pengenalan dari aku.Nak kenal lebih-lebih atau nak dijadikan menantu,isteri,teman istimewa(promote diri sendiri,nampak sangat tak laku Hanim oit!),boleh la add aku kat FB.Kat situ kita leh kenal rapat-rapat ek?

Biar la lambat aku nak kenalkan diri aku ni.At least aku kenalkan jugak kan???

Friday, November 19, 2010

Lelaki Oh Lelaki...

Assalamualaikum...

Entry ni aku amik dari kawan aku.Jangan salah sangka dengan aku ek.Aku dah mintak kebenaran nak amik dari dia.Tak main la curi-curi ni.Kalau nak mintak kebenaran,baru leh jadi cumel macam aku ni(riak sikit disitu!).

1.Lelaki tulen.

Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki



2.Lelaki yang berharga.

Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.



3.Lelaki yang teguh jiwa.

Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.



4.Lelaki yang sederhana.

Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.



5.Lelaki yang cantik.

Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.



6.Lelaki yang punya pendirian.

Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.



7.Lelaki yang kemas bersih.

Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.



8.Lelaki yang cerdik.

Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.



9.Lelaki yang cekap.

Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.



10.Lelaki yang bijak.

Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.



11.Lelaki yang tabah.

Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.



12.Lelaki yang berwawasan.

Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.



13.Lelaki yang baik.

Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.



14.Lelaki yang sopan.

Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.



15.Lelaki yang mengasihi.

Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.



16.Lelaki yang ceria.

Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.



17.Lelaki Mukminin.

Lelaki yang mempunyai semua ciri di atas, menjauhi perempuan yang bukan muhrim kecuali dalam urusan formal dan dibenarkan syarak, mengutamakan ibunya lebih dari isterinya dan memimpin, menyayangi & melayani wanita berdasarkan hukum al-Qur’an dan sunnah.




So???
Amacam lelaki-lelaki diluar sana?

Thursday, November 18, 2010

Tanda-Tanda Aku Semakin Gumuk~~~

Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Haji sume~~~


Bila raya ni mesti ramai yang tak akan lepaskan lemang,ketupat,rendang,laksa,sup,bla..bla..bla...Memang sangat sedap hingga menjilat ibu jari mak sendiri.Ok,sedikit over disitu..But,betul la bila raya je makanan dan aku telah menjadi kembaq siam yang tak seiras.Bak kata pepatah,dimana ada makanan,disitu ada aku.dimana ada aku,disitulah ada makanan!Tengok,betapa eratnya kami!But aku rasa aku kena berpisah dengan kembaq aku ni,sebab orang ramai sudah mula bergosip mengatakan aku sudah gumuk!Homaigod!!!(Memang over sebab selama ni pun memang aku dah gumuk!)

So,disini aku nak listkan tanda-tanda aku dah naik berat badan atau perkataan yang lebih tepat adalah aku sudah GEMUK!

1.Bila orang yang jarang berjumpa dengan aku mengatakan "hamboit!!!Kau makin sihat ye"

Bila ada je orang yang cakap macam ni kat aku,memang aku akan spoil giler kentang.Nak-nak pulak dia cakap masa aku tengah makan.Rasa ati memang macam nak baling-baling je pinggan supaya tekak orang yang cakap macam tu tak boleh mengeluarkan kata-kata dah(betapa sensitipnya aku bila orang tegur pasal bentuk badan aku ni)!Bila orang cakap badan anda semakin sihat,itu bermakna mereka cuba menyampaikan maksud tersirat bahawa anda semakin gemuk,bukan semakin sihat(but,ada je orang gemuk yang sihat kan?)Walaupun badan kita(kita ke atau aku sorang je?) besaq dabak macam tong drum,tak payah la pemerli-pemerli sekalian menegur didepan orang lain.Ketahuilah anda bahawa anda baru sahaja menjatuhkan maruah orang lain.Aku bercakap melalui pengalaman ni.Sumpah malu sangat okay,sampai nak angkat muka pun malu der!

2.Bila seluar atau baju yang aku pakai semakin 'mengecil'.

Uiks???Boleh ke baju mengecil?Ini sudah menjadi persoalan besar dalam benak fikiran aku nih!Bila anda pakai baju yang anda boleh memakainya bulan lepas,but bulan ni baju tersebut sudah mengecil secara mendadak,itu bermakna baju tersebut yang mengecil.Bukan badan anda yang semakin membesar.Jangan menyalahkan badan anda kerana badan anda tidak bersalah sama-sekali.Baju anda mungkin mengecil disebabkan kesan anda membasuh baju tersebut atau serbuk pencuci yang anda gunakan tidak berkualiti.Jadi gunalah serbuk pencuci yang telah diakui oleh SIRIM,sekaligus boleh mengembalikan saiz baju anda ke bentuk normal.Ok,ayat yang digunakan adalah bertujuan untuk tidak menyinggung sesiapa.Sapa yang makan cili boleh la merasa lebih hangat daripada biasa(promote HOTFM jup!)

3.Apabila aku kelihatan lebih menonjol(dikalangan kawan-kawan anda yang kurus-kurus)

Hal ini sering terjadi dekat diri aku sendiri.Bila aku keluar outing dengan member-member kuliah,orang mesti akan nampak aku dulu,then baru la dorang akan nampak kawan-kawan aku yang lain.Sebabnya,aku la paling besaq dikalangan kawan-kawan aku.Bukan sebab aku berpakaian cantik,extra cumel atau make-up yang aku pakai tu menyerlah(perasan disitu...),tapi disebabkan aku kelihatan lebih besar dari mereka semua.Jika anda juga mengalami simptom-simptom seperti aku,itu bermakna anda juga berbadan seperti saya.Tolong jangan perasan bahawa anda paling chantek ya!Tapi,untung jugak kalau badan besaq ni.Contohnya dalam tempat ramai orang,kalau hilang je,orang boleh detect kita dengan cepat!Peristiwa ini telah berlaku kat aku ye(sangat hampess...)

4.Bila selera makan makin bertambah.

Tanda yang seterusnya ni selalu berlaku kat aku.Aku akan makan,makan,makan,makan dan makan terus sampai perut ni buncit macam mengandung 5 bulan.Lepas makan,sambil nak biar perut tak rasa mengah(penat),mula la aku merenung dan menyesali perbuatan aku tu(sebab makan banyak).Masa tu jugak la aku akan menanam azam untuk berdiet.Tapi selalunya diet aku tak menjadi.Paling lama diet aku akan bertahan selama 2 hari,pastu sambung balik ke tabiat lama.Makan,makan dan makan.Tapi semanga aku nak berdiet akan kembali segar bugar bila aku tengok orang yang cantik+kurus.But bila nampak je makanan,hilang dah diet dalam lipatan sejarah hidup aku!

So,aku tulis entry ni adalah bertujuan untuk menggebangkan kepada semua bahawa aku semakin gumuk.Kalau ada sape-sape yang ada tips nak kuruskan badan,sila-sila la bagitau aku tanpa ada perasaan segan silu ye..

Trimas~~~

Selamat hari raya lagi sekali!

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Qurban Semua!!!

Rasanya aku belum terlambat nak ucapkan



Selamat Hari Raya Qurban Buat Semua Yang Mengenali Diri Aku Ini!!
Berkorbanlah sementara anda diberikan kesempatan
Pesanan ikhlas dari

Cik Farah Hanim...

Sebab Memasak Kami Mula Rapat

Assalamualaikum~~~

Ok,jangan terpedaya dengan tajuk entry diatas.Bukan aku rapat dengan bakal boipren ke atau bakal suami,but with my future sister-in-law(ntah jadi ke tidak,pandai-pandai buat spekulasi sendiri!).Kalau sebab memasak aku boleh jumpa or rapat dengan bakal boipren atau bakal suami,memang beribu-ribu melon aku suka!!!

Untuk pengetahuan semua orang(macam la ramai sangat yang membaca entry aku nih!),aku ni bukan la seorang yang peramah.Nampak memang macam peramah,but sebenarnya aku ni memang sangat-sangat pemalu.Kalah la gadis melayu yang masuk bertanding dalam tv9 tuh!But,kalau orang dah kenal aku rapat-rapat,dekat-dekat,memang orang akan tau yang aku ni happy go and very lucky!

Tapi,bila first time jumpa atau kenal dengan aku,aku ni memang la seorang yang sangat-sangat pemalu.Sepatah yang ditanya,setengah patah je aku jawab balik.Tengok,aku tak tipu.Sumpah,tak caye sudah!Kalau nak harapkan aku mulakan sesi bual bicara,pakai sampai tahun depan la tak berkenalan dengan aku ni.Tunggu la kau sampai berjambang macam pelakon hindustan tuh!

Sebagai contohnya,wah,macam karangan bahasa Melayu tingkatan 3 lak!.Ok ok, sambung balik.sebagai contohnya,hubungan aku dengan kakak ipar aku yang telah menjawat jawatan sebagai kakak ipar aku selama 15 tahun ni,(apa yang aku nak sampaikan sebenarnya ni??) memang very the awkward.Nak nampak kami bersembang bersam ni,sangat la susah!Kalau mak aku nampak la aku boleh berbual mesra dengan kakak ipar aku yang sorang ni,maunya mak aku wat kenduri kesyukuran 3 hari 3 malam!(fuh,punya dasat kan?)

Now, kita sambung dengan tujuan asal kita nak bercerita ni.Aku mula nak rapat dengan bakal,diulang,BAKAL kakak ipar aku,which means girlfriend abang aku, adalah disebabkan aku tolong dia memasak petang tadi.Macam yang aku dah cerita,eh bukan tulis tadi,aku ni kan pemalu tahap dewa dewi,so tadi aku telah melakar sejarah tersendiri(ceh!macam melakar sejarah menang pingat emas sukan asia je!) telah menawarkan diri untuk membantu beliau memasak rendang disebabkan esok hari raya korban.

Nak dijadikan story(sila baca dalam keadaan kritikal),kakak ipar selama 15 tahun tu pun balik jugak.Secara tidak langsungnya,aku rasa macam ketidak adilan telah berlaku. Lalu aku mula untuk beramah mesra dengan kakak iparku itu.Namun,masih jugak aku berasa kekok disampingnya.Apakah yang harus aku lakukan sekarang ini??Bukan aku tidak mencoba,namun situasi kekok tetap menguasai persekitaran kita.Buat kakak iparku itu,jangan lah engkau terasa hati dengan perbuatan adik iparmu ini kerana dia sesungguhnya tidak berniat membuatmu begitu...(ok boleh berhenti membaca dengan kritis)

Bakal kakak iparku ni pulak macam slumber-slumber je orangnya.So aku rasa aku boleh lama dengan dia ni.Oleh sebab tu la aku boleh tawar diri nak tolong dia masak tadi.Bukan apa.aku kalau boleh nak kikis sikit sikap pemalu aku ni.Takot lak nanti orang kata aku ni sombong,berlagak nak mampos!

Bakal kak ipar aku ni dulu cakap nak bagi keta Gen-2 sebijik kat aku.Aku dah tunggu 2 semester dah,jangan kan badan keta,tayar dia pun aku tak dapat.Tapi tak pe la.Kau ingat senang-senang je orang nak bagi kau keta sebijik???Pastu tadi keluar,dia cakap nak belikan aku handphone yang baru.Siap tanya lagi nak model apa.Aku pun tanpa segan silu,bagitau la aku nak Sony Ericsson Satio.Nah,hambik kau.Punya la aku demand tadi.Yang ni tak tau la dia nak belikan ke tak.Kita tunggu dan lihat je la esok ye...




Nilah Sony Ericsson Satio yang aku nak sangat tuh.Demand tak??

Tuesday, November 16, 2010

Jodoh:Pilihan Keluarga Atau Pilihan Sendiri?

Assalamualaikum!!!
Lamalamalamalamalamanyeeeeeerrrrrrrr aku tak tulis entry baru dalam blog aku ni.Itulah pasalnya,kawan aku dah cakap jangan jadi blogger kalau malas nak update.But,peduli hape aku?Just for fun je aku tulis blog ni.Hehehe...So,hari ni rasa macam bosan sikit,boleh la aku tulis entry baru walaupun.....tak adanya orang nak baca blog aku ni!

Okokokok...Sudah-sudah pasal blog punya cerita.Kalau dah tengok tajuk entry kat atas tu,macam siyes giler je kan.But memang macam,ok diulangi,MACAM siyes dewa.Nak tulis pasal entry ni sebab aku dapat inspirasi dari kawan aku la.

Kawan aku ni nak nikah dah tahun depan.Masalahnya dia tak ada perasaan cinta langsung kat bakal suami dia.Punya la gaban cita kat aku masa online Facebook tadi.Kesian pulak aku kat dia.But nak buat macam mana?Dia jugak yang setuju terima pinangan dari pihak lelaki tu.Bila aku tanya balik apa motif dia terima pinangan dari pihak lelaki tu,Jawapan yang dia bagi memang sangat-sangat senang-"aku dah malas nak dengar mak aku berleter.Kalau aku bantah nanti mak aku cakap aku ni anak derhaka pulak".

WTFreaking answer la dear...Now sekarang kau jugak yang merana.Dulu masa bertunang dia boleh cool lagi.Sebabnya dia rasa nikahnya lambat lagi.What the hell.Setahun je kot.Pejam celik dah setahun.And now dah sampai nak nikah ni baru ko nak gedik-gedik tak nak kat tunang ko pulak?Common girl,U know that U can't do that.Malu family 2 keturunan nanti.Bukan apa,Ko kena tau ko kan anak tok imam.So orang akan tunjuk mak and abah ko je nanti kalau ko wat macam tu.

Then before dia nak nikah,boleh pulak cari masalah baru,dapat scandal baru.Kenal guna SMS je.Homaigod!!!Please grow up girl.Kau sekarang tunangan orang.Apa-apa pun kau kena pikir orang lain sama.Tadi mengadu kat aku yang dia rasa macam nak putuskan je hubungan dia dengan tunang dia sebab dia tak cinta dengan tunang dia tu.Sampai ada perasaan nak bunuh diri (Nauzubillah) bagai.Payahnya bila jadi macam ni.Dan dia pulak telah merujuk pada orang yang salah sebab aku sendiri tak ada pengalaman bercinta ni.So, macam mana aku nak bagi nasihat kat dia?

Bila aku pikir-pikir balik,Jodoh pilihan keluarga dan jodoh pilihan sendiri ni banyak baik buruknya.But bagi aku dua-dua ni penting.Kalau jodoh pilihan keluarga ni kira macam kita anak yang mematuhi kata-kata ibu bapa la.Kononnya la walaupun kaki hentak-hentak,hati ronta-ronta tak mahu.Kalau jodoh pilihan sendiri lak,kita boleh kenal hati budi dia sendiri.What i means here is,masa date tu mesti dah investigate habis latar belakang dia.Yela,aku tau sangat la sebab semua nak yang baik-baik je kat pasangan hidup dorang.Sanggup lak upah orang siasat latar belakang kekasih dorang tu..

Jodoh pilihan keluarga ni selalu orang cakap boleh kekal sampai ke tua.But aku tak tau la pulak.Prinsip dalam keluarga aku ni, anak-anak kena cari jodoh masing-masing (weeee....tak sabaq chek nak cari jodoh sendiri!!).Melihat pengalaman kakak and abang aku,dorang cari sendiri.So,tak mustahil aku boleh cari sendiri jodoh aku nanti!Memang tak dinafikan kalau family yang carikan jodoh,selalunya dorang akan cari yang terbaik.But bila dorang dah cari,kalau anak pulak tak setuju,macam mana?Dorang penah ke tanya pendapat anak dorang bila dorang cari jodoh untuk anak dorang tu?

Anak-anak yang jodoh dorang tu ditentukan oleh family tu,diberi peluang ke untuk menolak?Selalunya aku tengok(dalam drama atau novel je), anak-anak tak ada hak langsung nak membantah.Aku tak tau la kalau aku berdepan dengan situasi tu nanti macam mana.Kalau anak-anak tak setuju dengan pilihan orang tua dorang,penah tak orang-orang tua pikir tentang perasaan anak-anak dorang bila dorang tak setuju dengan pilihan family?

Kalau jodoh pilihan sendiri lak,memang banyak kelebihan pun.But it's still ada kelemahan.Memang kita dapat kenal dengan orang yang kita nak.Then ada keserasian(ye ke?),dah kenal hati budi bagai la kan.But adakah kita pasti yang kita dah kenal sebetulnya pasangan kita tu?Even yang berkahwin 10-20 tahun pun boleh bercerai,sedangkan lidah lagi tergigit...But kalau nasib baik,jodoh dengan pasangan tu boleh bertahan sampai mati.

So bagi aku, dua-dua jodoh ada kelebihan dan keburukkan masing-masing.Semuanya bergantuung denga diri kita dan pasangan kita tu.Kalau seorang je yang bagi komitmen dan sorang lagi lepas tangan je pun, tak jadi jugak.

Ok.Aku menulis bukan dari pengalaman aku ye.Sebabnya aku sendiri tak ada pengalaman tu.Dah tu,ramai sangat yang bertanya soal cintan-cintan ni kat aku.Aku pulak jawab mengikut logik je.Ntah betul ke tak,aku pun tak pasti.Kalau rasa betul tu ikut je la.Kalau rasa apa aku cakap ni tingtong je..Jangan la nak ikut-ikut pulak...

P/S:To kawan aku yang bakal berumah tangga tu,belajar-belajar la untuk mencintai dan menerima bakal suami kau tu.Lambat-laun dia akan jadi suami kau yang kau kena hormati,patuhi,sayangi and cintai.Aku nak bagi nasihat lebih-lebih pun,aku sendiri tak ada pengalaman ni.So aku just boleh bagi pandangan berdasarkan logik akal aku je la tau!.

Sunday, November 14, 2010

Bersalahnya Aku...

Macam mana nak bagi rasa bersalah dalam diri kita ni hilang?Aduyai..Aku sekarang ni sangat-sangat la buntu.Bukan sebab aku buntu tak de duit atau pun buntu sebab hal-hal pelajaran ni.But aku sekarang rasa bersalah lak dengan kawan aku yang pernah aku sentap.Siap aku buat entry khas untuk dia lagi.Sekarang ni aku tengah rasa ,nope,bukan tengah but rasa yang aku ni seorang yang sangat-sangat jahat sebab tak puas hati dengan dia.

Ya..Memang dia wat aku sentap.Bukan sekali,bukan 2 kali,but dh banyak-banyak kali.tapi,bila aku pikir-pikir dengan menggunakan akal fikiran aku yang waras ni,sebenarnya dia bukan la jahat sangat.Ada jugak kebaikan yang pernah dia wat kat aku.Tsk..Tsk..Tsk...Sedey la pulak.Dia penah je belanja aku ice-cream cornnetto (betul ke ejaan ni?Nestle jangan saman aku lak kalau salah eja!) even dia makan ice-cream cap ayam dan itik je...Dia gak selalu tolong-tolong aku settlekan masalah aku kalau dia tau aku ada masalah.

Kadang-kadang tu dia bagi soalan spot untuk test @ final paper.Dari sumber mana dia dapat aku pun tak tau.But,dia still bagitau aku(kadang-kadang je la).Kalau aku kesemputan duit pun, dia yang akan hulurkan bantuan ringankan beban..Huhuhuhu...Kejamnya aku kat dia..Bersalah sangat-sangat ni.Aku rasa bersalah kat dia sebab dia bakal/dah bertukar kampus.

Sehari sebelum final paper aku untuk sem 3 ni,dia datang masuk bilik aku.Senyum-senyum macam suci skit.Selalunya kalau dia masuk bilik aku ni,maksudnya dia ada benda yang dia nak sampaikan kat aku.Kalau tak,memang dia pandang bilik aku macam tengok bilik kosong je la.Pastu dia tarik tangan aku,suruh duduk sebelah dia.Aku ni mula cuak gila dah ni.Mau tak cuak?Tiba-tiba datang bilik aku senyum-senyum sambil pegang tangan aku.

Dia:"Animma,***ada benda nak cakap dengan Nimma."

Aku:"Ish kamu ni..Napenya?Wat aku nerves je.Pe dia?"

Dia:"Sebenarnya aku nak cakap sikit ni.Mungkin sem depan aku dah tinggal sini dah."

Ah sudah!Dia tau ke aku ada blog?And dia tau ke aku dah sentap-sentap dengan dia?Takkan la sebab tu je dia nak pindah umah kot?
p/s:Animma @ Nimma adalah nama timangan yang *** bagi untuk aku.

Aku:"Hah?!!Napenya?Kamu marah aku ke?Kamu nak pindah mana lak?"

Dia:"Aku sebenarnya nak tukar kampus.Rasanya macam dah dapat sebab kampus kita dah bagi green light kat aku.Jadi kemungkinan besar sem depan kita tak jumpa dah."

Aku:"Oooo...Bila mintak tukar?Balak ko cam mana?Pas kat aku ke?Hikhikhik...Sapa lagi yang tau?"

Dia:"Ntah kat dia tu.Tapi rasanya dia pun mintak tukar jugak.Dalam umah ni semua dah tau.Ko je special case gtau lewat sket.Budak-budak umah depan pun tak tahu lagi.Ko jangan gtau dorang.Nanti aku gtau sendiri"

Aku:"....Ok...."

Sentap mak noks!Ok.Aku orang terakhir yang tahu.But thanks sebab at least ko gtau aku gak.Hish...Still nak sentap-sentap lagi ni.Hurm...Bila pikir-pikir balik,elok jugak dia tukar kampus tu.Aku tak larat nak tanggung dosa asyik sakit hati dengan dia je.Mehhh..Tak tertanggung rasanya dosa ni.Takpe...Takpe..Nanti mintak maaf balik..

To her:
Aku selaku orang yang bernama Animma ini ingin memohon secukup kemaafan dari mu wahai ***.Aku tau aku selalu je sakitkan hati ko,but FYI,ko lagi la banyak sakitkan hati aku ni.Kalau nak difikirkan balik,ko yang kena mintak maaf dari aku.But takpe la.Aku kan orang yang baik.So aku mintak maafla kalau-kalau aku ada singgungkan perasaan ko tu...

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...