Pages

Thursday, December 30, 2010

Tahniah abang-abang hensem! I'm proud of you!!!

Assalamualaikum!!!

Okay, mungkin aku lambat nak wish congratulations to Malaysian team for winning AFF Cup, but peduli hape aku? Nak jugak tempek ucapan tahniah kat belog ni. Tajuk entry pun dah tunjuk aku ni macam sumpah gedik gila minah perasan ni. But macam aku cakap awal-awal tadi, PEDULI HAPE AKU? So....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

TAHNIAH HARIMAU MELAYA SEBAB BERJAYA MEMBAHAM
SANG GARUDA YANG SELAMA NI MEGAH TERBANG!

YOU GUYS DESERVED IT. I'M PROUD WITH ALL OF YOU BECAUSE MAKE MALAYSIAN PROUD WITH YOUR PERFORMANCE!



Amik kau! Pueh ati den dapek ucap tahnioh kat dorang! Ramai benau aku tengok blogger- blogger Malaysia nak ucap tahniah kat Harimau Melaya ni. Aku rasa la kan, lepas je habis game semalam, semua blogger berlumba-lumba nak taip entry baru pasal kemenangan pasukan Malaysia ni. Dan seperti yang aku jangka pun, memang ramai la yang keluarkan entry baru pasal AFF Cup ni. Kira cekap jugak la blogger Malaysia ni (kecuali aku). Sentiasa update dengan perkemangan semasa der!

Harimau Melaya mengaum megah kat Indonesia semalam.

Bila aku on Facebook je, punya la ramai kawan-kawan aku update pasal AFF Cup jugak. Yang buat aku macam nak terkejut tu bilamana kawan aku yang sebelum ni memang hampas kelapa muda tak tahu apa-apa pasal bolasepak ni, tetiba je tulis macam-macam pasal bola sepak. Biau benau! Terkejut jugak la aku dengan perubahan mendadak kawan-kawan aku ni. Selama ni bodoh dan jahil pasal dunia bola sepak ni, tetiba semalam mengalahkan Haji Hasbullah Awang pulak bila ulas pasal performance Malaysia semalam. Shabbas inspector sahab!

Pastu, berduyun-duyun la kawan-kawan aku ni dok cerita pasal gollie Malaysia ni. Yang tak boleh diterima dek akal fikiranku ni, ramai sangat dah yang jatuh cinta, jatuh kasih dan jugak jatuh sayang kat Khairul Fahmi Che Mat ni. Aduyai la kan. Bila dah berjaya macam ni, ramai la bukak mata nak minat, suka dan cinta bagai ni. But sorry la der, cik gol keeper ni dah ada girlfriend yang kiut-miut wa cakap sama lu der. Ramai gak la blogger yang aku follow cerita pasal blog awek Khairul Fahmi tu. Pada yang tak tahu tu, ni blog awek dia. Trafik blog awek Fahmi ni memang mencanak naik la sampai followers dia tiba-tiba ramai. Fan page untuk Khairul Fahmi kat Facebook terus bertambah. Wowowowo...hebat sungguh!


Aku pulak memang sangat rabun atau lebih teruk, buta pasal pemain bola sepak ni. Tapi oleh sebab semalam TV umah aku memang dikhaskan untuk menonton bolasepak je sampai nak tengok berita pun tak boleh, maka aku pun melekat la depan TV bersama-sama dengan adik serta abah aku. Tiba-tiba aku jadi supporter untuk Malaysia aku cakap kau sebab aku yang terlebih over excited dari adik and abah aku semalam. Lepas habis game semalam, aku pun merajinkan diri mengGOOGLE gambar dan sedikit info pasal pemain bolasepak ni *tiba-tiba.

Ni antara pemain yang menarik perhatian aku semala. Kiranya ni antara abang-abang hensem la kot. Maaf la yang takde dalam ni. Gile ubi keledek la nak tempek gambar 22 pemain dalam ni? Mampu la jadi entry paling panjang nanti!!!

1. Amirul Hadi

malam semalam rasanya dia tak turun padang kot?
Tak nampak pun...


2.NorShahrul Idlan Talaha

Dia main sangat best walaupun newly wed okay!

3. Khairul Fahmi Che Mat

Goolie howt sekarang ni. Tiba-tiba jadi pujaan ramai wanita.

4. Safee Sali

Ni terbaik dari ladang limau! salah satu fav footballer!
saya suka kamu, saya okay!

Last but not least, aku sangat suka sama ini orang




5.Mohd Khyrill Muhymeen Zambri

Saya suka sama kamu. Kamu suka saya tak?
*wink wink*

Tapikan, aku tak tau kenapa aku macam " can't takes my eyes on you" kat sorang ni. Memang sangat kiut-miut okeh? Sila jangan jeles dengan saya sekarang!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
bawah lagi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
sabar, jup je lagi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TADA!!!!

CUTEKAN???



Nama dia IRFAN BACHDIM.


Masa game semalam, aku selalu jugak tengok dia main.
best la jugekk..

Irfan Bachdim ni aku tak tau la Islam ke tak. Nama macam Islam tapi tangan dan badan penuh dengan Tattoo. Orang Indon bukan boleh kira sangat, nama je Islam kadang-kadang tu, tapi macam tak amalkan langsung ajaran Islam tu. BTW, aku suka dengan fizikal si dak Irfan ni je. Especially muka n badan dia la (kot?)


Lagi sekali...

TAHNIAH SKUAD HARIMAU MELAYA ATAS KEJAYAAN ANDA
DAN UNTUK KHYRILL MUHYMEEN (KONON-KONON KHYRILL BACA LA)
SAYA SOKONG AWAK SELALU! HIHIHIHI....













Wednesday, December 29, 2010

Entry khas untuk AYU!!!

Assalamualaikum!!!

Rinduuuuuuu sangat sangat kat my belog nih. Bercuti punya pasal, sanggup nih tak online langsung semata-mata nak hayati mood bercuti. Okay, sila jangan jeles dengan aku. Bukan aku bercuti sampai ke Morocco bagai sampai perlu nak jeles-jeles dengan aku! Melaka je punnn!!

Entry kali ni aku tak tau nak sedey ke, gumbira ke, sentap ke atau ape-ape je la sebab sekarang ni perasan dah bercampur baur sampai boleh jadi bahan masakan! Alkisahnya begini....

Aku ada seorang housemate yang sangat comel gila nak mampos yang dikenali sebagai NORHAZIDAH a.k.a AYU. Memang padan la nama dia dengan orangnya yang cantik, comel dan happy go lucky nih. Korang semestinya kena percaya dengan aku sebab memang dia sangat comel!


Semester 1 punya kisah:



Aku kenal Ayu ni masa "Minggu Mesra Siswa", masa mula-mula daftar masuk UiTM dulu. Masa mula-mula berkenalan tu, dalam hati ni dah cakap yang budak ni memang cute sangat (saya bukan lesbo, saya okay!). Memang terpegun la bila mula-mula kenal dengan dia. Tak sangka la yang aku boleh kenal dengan orang yang secomel dia nih! Masa sem 1 ni ni, aku tak la rapat sangat sangat dengan dak Ayu nih. Just tegur-tegur, senyum-senyum kambing cenggitu je dengan dia. Segan dow nak tegur-tegur dengan dia. Nak-nak pulak aku ni memang jenis yang sangat amat susah sekali nak mesra dengan orang yang aku baru kenal ni.

Sebulan dua perkenalan kitorang ni, tak banyak sangat benda-benda yang menarik berlaku.Sampai la satu hari tu, bulan puasa tapi aku lupa tarikhnya. Biar la, bukan penting pun! Dia call aku pagi-pagi ajak aku dengan kawan aku yang lagi sorang outing pergi Penang. Wowowowo...Sumpah aku eksited okay. Mana tak eksitednya. Orang popular dan comel ajak aku pegi outing dow! Terus setuju walhal masa tu baru bangun tido, tak mandi lagi! Over night kat Penang masa tu memang sangat best. Berbuka kat Gurney. Pastu round-round satu Penang sampai pukul 4 pagi. Pastu sahur kat MekDi sampai tertidur dalam MekDi tuh. Kenangan sungguh masa tu sebab duit banyak lagi. Boleh la enjoy sakan!

 Lepas balik dari Penang tu la kami makin rapat. Masa susah hati nak cari Housemate tu la Ayu panggil aku, then offer nak jadikan aku housemate dia bersama dengan Wawa, Bella, Jannah dan dia sekali. Memang bersyukur la sebab memang masa tu buntu sangat sebab budak degree memang kena tendang cari rumah bila nak masuk sem 2! Love u so much Ayu!


Semester 2 punya cerita


Masa ni aku dengan Ayu dah boleh kira rapat la. Setakat caci, maki, cubit, sepak, terajang tu memang takde hal dah. Masa ni memang dah tak segan-segan dah dengan dak Ayu ni. Ayu ni pandai masak. Dia ni antara housemate yang paaaaling rajin masak. Dia macam tau-tau je bila time aku lapar, mesti dia akan tanya, " Nim, kamu lapar tak? Kalau lapar aku nak masak ni" tak pun dia akan cakap," Nim, jom beli makanan. Aku tau kamu mesti lapar kan?". Sweet kan dia?

Semester 2 jugak buat aku bertambah rapat dengan kawan aku yang lagi sorang tuh, Bella. Pasal Bella ni nanti akan aku buat entry khas pasal dia pulak. So, stay tune! thehehe... Awal semester 2 ni semua okay je mulanya. Semua housemate boleh cooperate with each other. Kiranya sepakat akan membawa keberkatan la. Semua perkara akan di bawak berbincang dulu baru keputusan dibuat.

But masa nak akhir sem, banyak pulak masalahnya. Mula-mula masalah dengan tuan rumah. Ada ke patut tuan rumah tak amik tau langsung pasal hal ehwal rumah? Biar betik la kan tuan rumah nih! Lu bikin gwa panas der! Macam-macam masalah kat rumah nih. Lampu kat bilik aku tu satu semester tak menyala-nyala. Rumah atap bocor. Bila call tak mau jawab. Mentang-mentang la kau amik sewa advance, ko biar kami terkontang-kanting.

Masa ni kitorang amik keputusan nak pindah. Sama-sama cari rumah yang nak sewa. Then, aku ni sangat rajin berjalan sekitar taman lalu terjumpalah sebuah rumah untuk disewa (ayat skema nak mampos!). Pas bincang-bincang, semua setuju nak pindah umah sebab tak tahan dengan masalah kat rumah tuh. Masa ni Ayu dengan Wawa ada krisis. But dorang dah settlekan sebelum cuti sem. Alhamdulillah~~~



Semester 3 Pulak...




Semester 3 pulak kami dah tinggal kat rumah baru. Masa ni memang aku rapat gila babai dengan Bella. Sampai tukar roomate semata-mata nak sebilik dengan Bella. Ayu pulak dok sebilik sorang sebab bilik dia kecik. Sekecik penghuninya jugak la. Masa awal sem memang semua best la. Walaupun assignment, quiz and test bertimbun pun still x de hal der. Lek luuu!!! Tapi bila sampai je akhir sem, semuanya kelam kabut gelabah. Semua macam nak tak nak je tegur sapa. Masing-masing macam nak cari gaduh je. Nak-nak pulak aku. Lepas je Bella tukar Uni, memang rasa macam tersisih sangat der!

Tapikan, Ayu selalu je lepak kat bilik aku. Katanya tak mau aku rasa sunyi bila Bella takde. Selalu jugak la dia datang sembang-sembang. Kalau dia takut ke ape ke, dia akan tido je kat bilik aku. Ayu ni ada tabiat bila dia tido. Dia mesti akan mengigau bila tido. Kadang-kadang sampai menangis dia mengigau. Paling lawak sekali masa sem 2. Dia mengigau lari keluar sampai langgar pintu depan. Benjol habis kepala. Tapi aku memang tak tolong dulu la sebab aku bantai gelak macam nak pitam tengok dia masa tuh!

Memang banyak la kenangan dengan Ayu ni. kalau nak cerita pasal Ayu saje, memang tak larat nak menaip! Memang dia kawan yang superb la sebab dia pasti akan tolong kalau kawan-kawan dia ada masalah. Bab duit memang dia tak lokek langsung! I loike bout that der!



Tapikan... 



Semester depan aku dah tak dapat jumpa Ayu dah. Tak kira la kat umah ke atau kat kelas ke. Sebabnya Ayu dah tukar kampus. Ayu dah tak belajar kat UiTM Kedah but dia belajar kat UiTM Shah Alam. Sobs..sobs...sobs...Sedey la jugak sebab Ayu dah nak pindah. Dah tak dapat la nak gedik-gedik dengan dia lagi. Tak dapat lagi nak tengok dia mengigau. Tak dapat lagi nak kritik lakonan orang. Huuuuuu...I'll miss that moments Ayu!

kan aku dah cakap budak ni
COMEL!




Study sampai tertido dalam
library!


Masa ni stress sebab assignment melabak
yang tak siap lagi.
Stress2 ni melepak kat OLDTOWN memang
terbaik dari ladang kambing!



Kenangan kat Candi!
Indie sangat kenn???


Sangat suka gambar nih sebab kitakan
PHOTOGENIC!!



Aku sayang kamu Ayu!!!
(saya bukan gay, saya ok noks!)



Untuk Ayu, walau ape pun aku tetap akan ingat kau sebagai salah seorang kawan yang aku pernah kenal. Semoga kau sentiasa berjaya dlam segal apa yang kau nak buat. Selalu la ingat-ingat aku kat Kedah ni nanti. Mintak maaf, ampun la kalau ada yang terkasar-kasar dengan kau. Yang penting, mintak halal la segal benda yang telah kau bagi kat aku selama ni..


Apa-apa pun,



ILY!!!

i luv you soooooooooooooooooooooooooooooooo much!!!!










Wednesday, December 22, 2010

Hampeh!

Assalamualaikum!!!


Okay, tajuk entry bernada agak marah ye hari ni. Memang aku tengah marah nih. Nampak tak nampak tak? Tentu-tentu tak akan nampak sebab bukan aku duduk sebelah, depan, tepi mahupun belakang korang kan? Okay, nampaknya aku kelaut lagi hari ni.

Straight to the point la sekarang ni. Aku berasa sangat sengal sekarang ni. Bukan setakat sengal ubi je ye, malahan sengal kentang, jagung, betik dan segala sengal buahan aku ada sekarang ni sebab lappy yang aku sayangi tuh buat hal lagik!

Entry-entry sebelum ni aku ada cerita pasal lappy aku rosak. Maaf, bukan lappy, tapi charger dia jek. Tapi hari ni, buat sekian kalinya dia buat hal lagi. Tapi kali ni bukan masalah lappy. Bateri lappy pulak buat hal. Memang sengal!

Lepas satu masalah selesai, dia create satu lagi masalah kat aku supaya aku sentiasa prihatin dengan keadaan dia. Lappy aku ni suka tengok tuan dia habiskan duit untuk dia. Suka sangat masuk klinik (kedai lappy). Nak kata tukang yang perbaik dia tu hensem, boleh tahan la. But, kalau hensem macam mana pun, bukan dia nak mengorat kau wahai lappy, dia akan mengorat aku,tuanmu ini!

Esok nak kena bawak jumpa abang cute tuh lagi. Nanti tak pasal-pasal aku dituduh syok kat abang tu sebab selalu sangat datang kedai dia, bawak lappy yang sama. Tak pasal-pasal jugak aku dituduh sengaja merosakkan lappy sendiri sebab nak mengorat dia. Wadahek wadahek wadahek!!!

Nota Tangan : Agak-agak bateri lappy cap ayam HP ni berapa harga ek? Nak kena budget-budget dah ni. Maklumlah, minggu depan nak kena balik kampus dah!

DR. DRE saya nak satu!

Assalamualaikum...

Tolong jangan salah baca tajuk entry. Aku tulis pasal headphone DR DRE ye bukan DR. ROZMEY yang propa lebih tuh.

Bukan beliau yang aku nak gebangkan.

TAPI

pasal dia nih. Headphone dia sangat SUPERB okay!


Ekceli, aku tak kenal pun sapa DR DRE ni. Tapi apa yang aku tau headphone dia memang sumpah super duper giler HOT!!! Memang aku eksited la bila tengok koleksi headphone dari DR DRE ni. Aku mula TERperasan kewujudan headphone DR DRE ni masa aku tengok music video G-DRAGON dalam lagu HEARTBRAKER. Mula-mula tengok dia pakai tu memang menarik tertarik la jugak.

G-Dragon dengan headphone yang dipakai dalam
video klip Heartbreaker
(sumpah, cantik!)


Tapi, yang buat aku eksited gila nak ada satu headphone DR DRE ni masa aku tengok music video SE7EN dalam lagu BETTER TOGETHER. Walaweh...Meleleh air liur basi aku ni tengok. Dan buat kesekian kalinya aku eksited nak satu jugak.

Dia ni pun Hot jugak!


Lagi menaikkan rembesan adrenalin aku bila aku tengok ramai je artis korea pakai headphone DR DRE ni. Aku kan K-POP addict, so apa yang artis korea tu pakai, aku pun mesti la must have it walaupun dalam purse tinggal habuk-habuk duit je! Rabak poket mak nak beli headphone ni noks!

2NE1 pakai nampak stylo meh!

DR DRE buat custom made headphone for them
jeles dengan Wonder Girls nih!




Malas tulis panjang, tengok je la gambar dari belas ehsan DR.GOOGLE nih!



Hitam itu menawan!




Putih itu bersih




Oren pun cantik gak!



Ni lak untuk sape yang nak tarik perhatian
(bling bling)



Merah is Hot!




Specially untuk peminat Ferrari



Kuning + Unggu pun boleh!



So kesimpulan kat sini, aku pun nak 1 headphone DR DRE nih!!!



Nota Tangan : DR DRE, tolong buat headphone untuk aku satu. Custom made eh! LOLS!







Tuesday, December 21, 2010

Berkhatan di Dewan Bedah. Biar banana + papaya!


Assalamualaikum!!!


Penat seh keluar hari ni. Walaupun keluar sopping-sopping pun tetap rasa penat. Payah dan susah (lain ke maksud dia?) bila keluar bersopping tapi tak berduit. Keluar bajet macam anak orang kaya je, padahal dalam purse bukan duit berkepuk pun, tapi berhabuk!

Destinasi pertama hari ni adalah Hospital Taiping. Ya, Hospital Taiping yang semakin pesat membangun itulah destinasi pertama aku. Bukan aku yang sakit, tapi anak saudara aku yang bernama MUAZZAM. Sakit dia takde la kronik waima kritikal pun. Sakit yang semua lelaki akan merasa di zaman kanak-kanak. 
BERSUNAT!

Anak saudara aku ni lain sikit dari kanak-kanak lelaki yang bersunat. Dia nak bersunat kena masuk DEWAN BEDAH. Jangan terkujat terkejut sebab badan anak saudara aku ni luar biasa besar. Oleh sebab badan dia luar biasa besar untuk kanak-kanak yang berusia 11 tahun, maka nak bersunat pun mesti la dengan cara yang special edition dari kanak-kanak yang lain.

Kalau kanak-kanak yang lain bersunat kat klinik biasa je. Lepas bersunat terus boleh balik ambil tersenyum bangga sebab dah jadi jantan sejati, anak saudara aku pulak lepas potong, terus kena masuk wad.Kesian der aku tengok dia. Rasa macam nak nanges.Okay, part nanges tu aku tipu. Aku siap gelak lagi bila aku masuk tengok dia.

Kelakar dowh. Kali pertama aku dengar orang bersunat dalam bilik bedah nih. Siap 2 orang doktor lagi yang tolong sunatkan dia. Yang aku tak boleh blah tu bila yang sunatkan anak saudara aku tu doktor cine dengan doktor india. Memang terbaik dari ladang kambing la sebab dua-dua orang doktor ru pun tak bersunat tapi ada pengalaman sunatkan orang!

Masa aku tanya-tanya dia pasal pengalaman potong-memotong tu, sempat lagi la dia cerita pasal doktor cina yang dia sunatkan dia tu.


Anak saudara: Uda, doktor yang sunatkan Ajam tu hensem la. Macam orang Korea nun!

Aku: (dengan mata terbeliak dan senyuman gatal) Ye ke Ajam? Macam pelakon yang mana?

Anak Saudara: Mana la Ajam tau. Tapi yang Ajam tau dia hensem la Uda, macam pelakon Korea Uda tu la. Tadi lepas masa makan tengahari dia datang la. Kalau Uda cepat sikit tadi, boleh jumpa dia.

Aku: Alaa... Melepas la Uda nak tengok. Camni la, kalau dia datang lagi nanti, bagitau Uda yang cute datang tau!


Jangan terkejut dengan tumbesaran da nih.


Ada riak seorang gangster, tapi beliau seorang abang yang baik kepada
adik-adik beliau


Abaikan saje perempuan yang bertudung hitam dan
fokus pada budak gemuk tu sahaja...



Lepas 2 jam aku bertapa dalam bilik wad Azzam, aku pun mintak nak balik la. Mampu la kan aku nak tunggu lama-lama kat situ. Tunggu doktor Korea tu, tak datang-datang pun. Hampeh! So, aku dengan ALIYAH pun pergi berjula-juli kat bandar Taiping. Window-window sikit, singgah sana-sini. Singgah Taiping Sentral, sempat la rembat kasut sepasang!
Hehehe.. Mak, jangan marah akak beli kasut lagi!

Taiping Sentral, satu-satunya mall di Taiping

Nota Tangan : Aku memang seorang yang fanatik Korea

Nota Tapak Tangan : Anak saudara aku panggil aku dengan gelaran yang lain-lain. ada panggil ACIK dan ada yang panggil UDA. Jangan tanya kenapa sebab aku tak da jawapannya.

Nota Jari-Jemari : Ajam, esok Uda datang melawat doktor Ajam lagi ek..


Sunday, December 19, 2010

Ouch! He so damn Howt!

Assalamualaikum!!!


Salam hari ahad yang membosankan dari aku. Kalau korang tak bosan pun kena jawab gak salam dari aku sebab menjawab salam itu adalah WAJIB okay!

Hari ni aku malas nak tacing-tacing cerita benda yang boleh buat orang nanges-nanges bagai ni. Apa barang der hari ahad nak bagi orang tacing-tacing nih? So nak bagi penuh entry hari ni, aku pun buat la entry khas buat seorang mamat mat saleh ni.

Siryesli dia ni hensem dowh (bagi aku la,korang aku tak tau lak)! Nama dia Ethan Peck. Ethan dah okay dah nama dia. But tang Peck tu macam buruk benau nama dia tuh.
Nasib baik la dia hensem dan tak seburuk nama dia tu.
Wallah, hebat siot aku ni kutuk-kutuk nama orang. Bajet nama aku la yang paling sedap!

Inilah empunya nama Ethan Peck.
Hensem kan???

So now, aku nak cerita la serba sedikit pasal dia ni.
Mana la tau kot-kot dia TERBACA la entry ni, mau menangis merayu-rayu kat aku suruh jadi girlfriend dia nanti, sapa yang bertuah nanti? Mak jugak noks!
Aku mula terperasan Ethan ni masa dia berlakon drama ' 10 THINGS I HATE ABOUT YOU'.
Memang aku jatuh cinta cir meleleh la tengok si Ethan ni berlakon dalam cerita tuh.
Yang penting aku suka mata dengan suara dia.Woh, terbaik dari ladang lembu lah!


Dua-dua perempuan tu HOT okay. But Ethan aku lagik HOTT okay!


Aku tak tau apa motif tajuk drama tu macam ni.

Ethan Peck atau nama panjang dia Ethan Gregory Peck lahir pada 2 Mac 1986. Dia ni mula dikenali (oleh aku) lepas dia berlakon drama '10 THINGS I HATE ABOUT YOU'. Dalam dram tu, dia berlakon sebagai Patrick Verona, seorang yang macam samseng, suka menyediri. Ala-ala mysterious man la (Hot dowh dia dalam drama nih!).

Pastu, dia berlakon pulak dalam movie yang aku rasa agak best, 'THE SORCERER'S APPERENTICE'.
Dalam filem ni, dia berlakon sebagai Andre Dunlop Dunlap. Dia punya scene tak banyak sangat pun sebabnya dia bukan watak utama dalam ini filem.
Tapi tapi tapi dia dapat berlakon dengan pelakon kelas A la macam Nicholas Cage and Monica Bellucci.
Dah dah dah. Aku dah tak tau nak cakap apa dah pasal si Ethan ni, tapi yang penting dia adalah salah seorang lelaki yang Hot!

Comel!


Hot walaupun dalam keadaan macam nih


Sweet and also charming (ker?)
Nota Tangan: Pasal si Ethan ni, tak pasal-pasal tajuk entry dalam B.I.






Friday, December 17, 2010

Kenapa Ramai Blogger Lelaki Suka Lisa Surihani :P

Assalamualaikum!!!

Okay, aku malas nak nak buat karangan panjang-panjang sebab aku tulis entry ni bukan nak suruh cikgu bahasa melayu tolong check tatabahasa dalam blog aku ni. Kalau betul ada cikgu bahasa melayu yang nak check aku punya tatabahasa dalam blog ni, tanpa was-was la kantoi der!

Okay, aku dah kelaut. Habis masuk cikgu bahasa melayu and tatabahasa dalam entry kali ni. Tujuan utamanya hari ni adalah nak wat konklusi sendiri sebab apa ramai sangat blogger-blogger especially dari Malaysia dan semestinya kaum lelaki tulen, bukan lelaki lembut. Tapi kalau lelaki lembut nak minat kat Lisa Surihani pun tak salah jugak kan? Dorang pun lelaki gak kowt~~




Pertama-Lisa Surihani sangat Cantik okay!!!


Yang ni tak payah la nak tipu ke bohong ke. Memang siyesli dia sangat sangat sangat sangat cantik, jelita, lawa, gorgeous, manis, cute dan sebagainya la. Sape cakap dia tak lawa? Meh sini aku nak lempang laju laju! Kau buta ke apa cakap Lisa Surihani ni tak cantik? Baik buat cermin mata tak pun bedah je mata tu. Mana tau kot-kot mata kau dah rosak!

Kan aku dah cakap, dia sangat cantik!(drolling eyes!)



Kedua- She is Beauty with Brain!


Dah la lawa dan cantik dan jelita, dia ni pandai okay. Genius dia ni weh! Tak caya cakap aku? Kau boleh la wiki pasal Lisa ni. Dia ada ijazah undang-undang dari  Aberystwyth University in Wales, United Kingdom. Kau ada? Memang stok-stok calon pilihan menantu seluruh Malaysia nih!

Kalau kau bawak balik Lisa ni jumpa mak kau, hari
tu jugak mau kau pinangkan dia.
sape yang tak mau bermenantukan Lisa ni?
Beauty with brain lagik!


Yang ketiga- Pandai cari duit sendiri wa cakap sama lu!


Lelaki mesti la suka kan kalau perempuan yang pandai cari duit sendiri ni. Lisa ni salah satu dari berzillion-zillion wanita di dunia ni yang pandai cari duit sendiri. Kau ingat dia tak pandai ke cari duit? Yang dia berlakon la, mengacara la, model la, duit yang masyuk hasil titik peluh ketiak dia sendiri la.Income plak tak main la ratus-ratus. Mau bereban-reban beriban-riban! Senang la kalau dapat Lisa ni nanti, sebabnya dia ni mesti la tak harapkan duit kau je nanti bila 'date'. Setakat alat solek ke ape benda lagi tu yang nak kena tempek kat muka tu memang dia boleh dapat free la dah nama pun model iklan,boleh la dia dapat free!

Woot woot puteh macam mat minah saleh dah!
cantik siot!!!




But.....


Sekarang ni aku tengok trend lelaki @ blogger lelaki mula berubah sikit demi sedikit. Ramai la pulak yang mula nak intai-intai Yuna. Tak kenal Yuna? Biar banana korang nih. Yuna tu yang nyanyi petik-petik gitar tu la.Yang cantik tu. Payah sangat korang Google je la!

Yuna ni pun cantik dan manis orangnya. Macam Lisa Surihani jugak, Yuna pun ada degree in Law from UiTM (bangga sat sebab aku pun product UiTM gak). She also beauty with brain okay. Yang lebih Yuna dari Lisa adalah Yuna pakai tudung @ shawl. Cara Yuna pakai tudung ni memang ramai yang nak ikut (termasuk aku, tapi sentiasa tak jadi). Kiranya jadi trend la jugak. Stylo meyh minah ni. memang aku tabik spring toing toing la kat dia ni. Sape cakap kalau jadi artis je kena dedah aurat sana sini? Mai sini aku nak pukoi kuat-kuat. Mai sini aku nak tunjuk kejelitaan Yunalis Zarai ni. cekidout!!!





Dia sangat stylo. Yuna! Saya nak tiru gaya awak lah!!!



Sape kata kalau jadi penyanyi kena seksi meksi??



Boleh je jadi model. Tak payah nak bukak bukak bagai



Alololo...sweet la kak Yuna nih!

Bagi aku, dua-dua ni cantik dan talented. Memang aku admire la kat dorang ni. Cantik dan pandai. Memang menjadi calon isteri / menantu pilihan ibu-ibu di Malaysia ( tak boleh blah, ayat macam nak iklan je!). Dua-dua ada kelebihan masing-masing yang boleh buat orang jadi minat sangat kat dorang dua nih.


Nota Tangan : Jangan ingat aku suka kat dorang, aku ni termasuk lak dalam golongan lesbo. NONONONO!!!!

Nota Tapak Tangan: Sebab lelaki minat kat Lisa Surihani hanyalah pandangan aku je. Bukan pandangan mana-mana lelaki. Sebab aku tak buat apa-apa survey pun, okay.

Nota Jari-Jemari: Gambar-gambar adalah ikhsan Encik Google tersayang!!!







"Acik saya nak jadi lembu ke?"

Assalamualaikum!!!

Peringatan: Entry ini berkenaan Cheese sahaja. Tiada kena-mengena dengan yang hidup atau mati. Sekian..





Di satu petang yang aman lagi damai, seorang Makcik a.k.a Acik yang sangat cute memakan sekeping cheese yang enak dan sedap dihadapan anak sedara beliau. Beliau memakan cheese itu dengan rakus agar anak saudara beliau akan merengek meminta kepada acik yang cute itu.

Anak saudara acik yang cute itu pula sedang bermain-main dengan cucu jiran sebelah rumah opahnya dengan riang gembiranya. Dasar gatal anak saudara acik yang cute itu sebab hanya mahu bermain dengan cucu lelaki jiran sebelah rumah opahnya. Cucu perempuan jiran sebelah rumah opahnya dia buat tak layan je!
Maka terjadi la dialog seperti dibawah:

Acik yang cute bersidai di depan pintu bersebelahan anak saudaranya bermain.

Anak saudara: Acik makan ape tu? Beli kat mana  Acik?


Acik yang cute: ......


Cucu sebelah rumah: Acik hang makan keju la.


Anak saudara: Keju apa? Sedap tak?


Acik yang cute: (kesiannya anak sedara aku nih, keju pun tak penah makan ke?) -monolog dalaman


Cucu sebelah rumah: Laaa...Hang ni keju pun tak penah makan ka? Ni keju yang dalam iklan tu la. Yang ada lembu tu.


Anak Saudara: Oooo..Kite penah tengok iklan tu. Acik kite nak jadi lembu ek? Kenape Acik kite makan makanan lembu? Opah kite tak bagi acik kite makan ek? Kesian acik kite~~~


Acik yang Cute: (aduyai...kesiannya anak saudaraku nih! sobs..sobs..sobs..) - monolog lagi



Aduyai...Betapa kasihannya anak saudara aku nih! Sampaikan cheesedale tu pun dia boleh tak kenal. Aku selaku Acik yang cute lagi cumel (cute dengan cumel lain ke?) terus kasi sound sikit kat kakak aku supaya dia bagi anak dia makan cheese supaya nanti tak jakun sangat.

Rupa-rupanya ada sebab kenapa kakak aku tak bagi anak dia makan cheese. Sebabnya ialah anak dia alah dengan keju-keju nih. Okay sekarang baru aku paham kenapa anak saudara aku tu jakun sangat bila tengok aku makan cheese tuh.

cheese yang aku makan tuh macam ni la bentuknya. Ada bentuk makanan lembu ke?


Kesiankan anaks saudara aku tu? Hilang satu nikmat dunia yang dia tak dapat rasa. thehehehe....

Nota Tangan: Cheese adalah makanan aku bila aku tak mau makan nasik. Konon-konon nak diet la, padahal lagi banyak kolestrol kowt der!


Wednesday, December 15, 2010

Open Table Dengan Pontianak. Ada Berani???

Assalamualaikum!!!

Sebelum aku nak cerita lebih lanjut ni, aku nak bagi peringatan dulu. So baik baca peringatan dulu sebelum nak baca seluruh entry nih.

Peringatan:

1. Tarikh sebenar kejadian adalah pada hari semalam, bersamaan dengan 13/12/2010
2. Pontianak yang mahu diceritakan disini tidak menankutkan sesiapa kecuali kanak-kanak yang berumur 2 tahun kebawah (sebab kalau dengar hilai tawa 'pontianak' tu, anak sedara aku yang umur 2 tahun tu menangis)
3. Cerita ni boleh dibaca oleh sesiapa sahaja termasuklah ibu-ibu mengandung.
4. Tu je peringatan yang perlu korang ingat buat sementara ni.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Semalam abah aku buat open show open table kat kedai makan ape ntah. Aku lupa nama kedai tu sebab tujuan aku datang kedai tu nak makan semata-mata bukan nak ingat nama kedai. Abah aku buat open table ni sebab kakak aku dari Kuantan balik, then abah aku pulak dapat duit lebih, nak belanja la anak-anak dia makan besar. Baik tak abah aku? Muahahaha....

Masa aku sampai kedai makan tu, awal lagi dalam pukul 9.15 malam camtu la. Orang kat kedai makan masa tu tak berapa ramai lagi. Ada la beberapa buah keluarga yang makan kat kedai tu. Tak ketinggalan couple yang sentiasa ada disegenap pelusuk negara. 

Lepas je order, macam biasa la kan, sesi menghavockan suasana sebab kalau tak havoc tak best la kan? Bukan makan kat keenduri arwah nak senyap-senyap je. Keluar habis la cerita-cerita lama. Mengimbau nostalgia lama. Sampai couple yang makan kat meja belakang pun boleh dengar apa yang kami sembang. Lantak la kau, bukan kau kenal pun sapa yang kami sembangkan.

Masa tengah syok sembang-sembang tu, tiba-tiba je dengar suara menghilai. Bukan hilai pontianak yang betul-betul tu.. Mula-mula dengar tu ingatkan betul-betul pontianak yang datang singgah kedai makan tu. Mau je aku ajak dia duduk semeja, suruh belanja. Bukan senang nak jumpa pontianak makan kat kedai makan ni kan?Kau pernah? Aku pun tak pernah jugak.

'Pontianak' yang aku maksudkan tu ialah gelak sorang pompuan yang duduk kat meja depan. Memang semua orang tengok la pompuan tu yang gelak bagai kena rasuk tuh. Memang kena bahan la dengan family aku. Dan aku tak rasa family aku je kutuk-kutuk pompuan tu sebab orang lain dalam kedai tu pun dok bisik-bisik je. Tak kan kutuk aku yang ayu malam tu kot?Bayangkan kedai punya besar tu, boleh dengar gelak dia sorang je. Tau la kau lepak dengan tiga orang jantan, kau sorang je pompuan kat meja tu. Tapi jangan la over sangat baii. Kau nak tarik perhatian sape? Yang aku nampak kat kedai makan tu, takde pulak aku nampak jantan jantan yang solo kat kedai tu.

Anak sedara aku yang umur 2 tahun tu dah start merengek. Maybe dia ingat tu hilaian pontianak mana kan. Biasa la, budak-budak ni kalau nangis tak tentu pasal mesti dia nampak something. Dan 'something' yang dia nampak tu aku rasa perempuan tu la kot. Memang tak puas hati derr! Kau ingat ni disco @ pub ke nak gelak kuat-kuat?

Mak aku pastu terus transform jadi pakar motivasi. Bagi motivasi dia kat aku dan aku telah salah memilih tempat sebab aku duduk depan mak aku. Wallah, memang pot terbaik sebab boleh face to face dengan mak aku. Tengok, pasal kau la pompuan aku kena dengar motivasi sebelum makan. Terima kasih banyak-banyak!
Antara pesan mak aku (yang aku ingat la), kakak dah duduk jauh dari mak, jangan buat perangai macam tu.  Jaga adab bila kat tempat orang, jangan pikir kita je.Perempuan tak manis gelak kuat-kuat depan orang ramai. Tu je la pesanan dari penaja mak aku yang aku ingat sebab aku asyik sangat tengok perempuan tu gelak!

Nota Tangan: Untuk mak, insyaAllah kakak akan jaga diri kakak sebaik mungkin dan tak akan sekali-kali malukan mak macam mana perempuan kat kedai makan tu dah buat.

Nota Tapak Tangan: Pesan mak: Perempuan tak manis gelak kuat-kuat depan orang ramai. Maknanya, kalau takde ramai orang boleh la kakak gelak kuat-kuat ek?

Nota Jari: Tak dapat nak tempek gambar pontianak sebab aku ni sangat sangat sangat takut dengan hantu-hantu ni.ngeeeeeeeeeee...........

Monday, December 13, 2010

Aku pun ada apa yang korang ada, tapi...

Assalamualaikum!!!

Entry kali ni aku nak cakap pasal benda benda yang semua orang wajib harus ada sekarang ni. Ye la, sekarang kan dah moden, dunia makin maju. Nak apa tekan guna hujung jari je. Macam aku pun, kalau kat rumah sewa, kalau rasa nak makan apa apa, tapi tak reti atau tak tahu resepi, aku akan google je. Senang dan cepat. Sedap pulak tu sampai tak cukup! ok, tipu semata-mata.

Sekarang ni macam macam rangkaian sosial dah ada. Tak payah la kau susah susah nak keluar rumah semata mata nak cari kawan baru. Kalau kau keluar rumah pun, kawan yang kau kenal adalah dari kawasan setempat jugak kan? Sekarang ni nak cari kawan senang je. Kau buat je akaun Friendster, Myspace, Facebook, Tagged, dan segala benda lagi (yang tu je aku tau buat masa sekarang ni). Aku ada je semua ni, tapi tak aktif sangat pun!

1. Friendster.


Benda ni la aku buat bila aku tau kewujudan laman sosial ni. Memang masa mula mula tahu guna internet ni, benda tu je aku nak belajar buat. Sanggup la pergi rumah kawan semata mata nak suruh dia ajar benda alah ni. Memang tak boleh blah sebab senang je aku addicted dengan Friendster ni. Gambar dalam tu memang bukan gambar aku la sebab nak masuk golongan howtt, gambar pun mesti nak howtt jugak kan. Memang tak baligh lagi masa tu, sebab tu buat benda bodoh. Curi gambar orang tapi mengaku gambar sendiri (sekarang tak dah ye. Aku dah towbat)! Tapi sekarang memang aku dah tak guna dah friendster ni. Entah wujud ke tak lagi akaun aku tu sebab aku sendiri dah lupa password  apa yang aku guna untuk Friendster nih.

2.Myspace.



Ni benda kedua yang aku ada masa aku tau guna internet. Memang gedik gila nak mamposs sebab nak buat benda ni. Sanggup amik gambar guna cam org lain sebab nak upload dalam Myspace tu. Memang miang siamang aku masa tu. Sebabnya, aku tak mau orang cakap kat aku ni ketinggalan zaman sebab takde Myspace ni. Betapa bengongnya aku masa tu. Takpe la, masa tu zaman jahiliah aku. Sekarang aku dah tak jahil dah. hehehe...But, bila masuk Myspace sekarang ni, aku dah lost. Tak tau nak buat apa sebab Myspace dah buat perubahan. Cayalah Myspace.Ko nak lawan dengan Facebook ek...Sebab tak pandai guna Myspace dah, aku tulis kat status aku suruh orang ajar aku guna Myspace. Cerdik tak aku?Muahahaha!!!!

3.Yahoo Mesengger (YM)



Yang ni pulak memang wajib ada. Kalau takde, macam mana nak bukak akaun laman sosial yang lain kan? Okay, sekarang nak mengaku yang id YM aku memang kanan-kanak tak remaja langsung. Malu malu malu. Sebabnya YM aku sekarang ni dibuat masa umur aku 12 tahun. Lama tak lama tak? Kadang kadang kalau bosan dengan Facebook @ Myspace, aku akan join chat room YM ni. Macam macam ragam manusia ada kat situ. Ada sekali aku pernah chat dengan sorang lelaki yang GS(gila seks!) Eeeuuuuwwwww! Sumpah siyes tak tipu memang aku takut gila sampai sekarang aku tak berani nak approve sape sape dari YM. Untuk yang berkenaan, terima kasih kerana membuat aku jadi biol seketika. #$%&*@#$$!!!!

4.Facebook!



Okay, yang ni memang ramai sangat yang guna buat masa sekarang ni. setiap umat manusia bila ditanya ada Facebook tak, jawapanya ialah "mestila ada dow. Kau takde ke? Kau tinggal zaman apa ni?" Oleh sebab itu, ramai la yang berpusu-pusu berebut-rebut nak buat Facebook ni. Termasuk la aku. Aku pun sebenarnya baru je awal tahun buat akaun Facebook ni. Niat sebenar memang takde langsung aku nak wujudkan akaun Facebook. Tapi atas desakan kawan kawan, sampai sanggup nak tolong buat kat aku (special thanks to my babe, Bella), so maka wujudlah Facebook dalam hidup aku. First time guna Facebook ni memang la sangat jakun. Ya, aku jakun dengan Facebook sebab benda baru kan..Sampaikan kalau tak on9 Facebook sehari, dah menggelabah macam kucen mati anak. Tapi sekarang ni, aku dah mula bosan dengan Facebook. On Faceboo semata-mata nak check notification, messages and wall.Nak nak pulak Facebook sekarang dah berubah, lagi la malas aku nak on lama lama.

5. Tagged



Akaun Tagged ni memang tak pernah wujud pun dalam kamus hidup aku. Tak tau la sebab apa tak tertarik langsung dengan Tagged nih. Kawan kawan aku pun tak ramai yang guna Tagged. So, rasanya tak perlu buat akaun Tagged.

6. Skype



Skype punya akaun pun aku tak wujudkan. Bukan tak nak buat. Nak je aku create satu. Tapi buat masa sekarang ni malas lagi nak buat. Ramai dah kawan kawan aku yang guna Skype ni. Dorang guna Skype pun semata mata nak chatting dengan Balak2 dorang. Aku takde boyapren lagi, so tak yah buat lagi la kot. Nanti dah ada sorang aku buat. Kawan aku, Yaya selalu la berSkype dengan hubby dia yang belajar kat Mesir tu. Masa tumpang bilik aku, hari hari berSkype sampai naik jeles aku. Dia cakap Skype lagi best dari YM. Ye ke? No comment sebab aku tak pernah guna Skype.

7.Twitter




Twitter ni aku wujudkan akaun dia sebab nak follow artis artis Korea. Aku kan minat gila kat Kpop nih, so bila artis artis korea ni ada Twitter, aku pun nak jugak. Pantang ada artis baru create akaun, aku akan jadi follower. Artis Malaysia pun aku ada follow jugak tapi tak ramai. Boleh dibilang dengan ari kaki la. Yang follow aku? Ada jugak tapi tak seramai yang aku follow la. But at least I've followers rite? Tapi kan, sekarang aku dah tak aktif bertwitter dah. Dah lama tak on Twitter. Ada artis korea buat akaun Twitter pun aku dah tak ikut. Sebabnya, aku dah lupa username aku kat Twitter tuh. ada jugak kan manusia yang macam aku ni? Boleh pulak lupa username.Kalau lupa password tu boleh diterima akal yang logik lagi la kan?

8.Blog




Blog!!!Now i'm blog addicted.Kalau boleh, tiap tiap hari nak post entry baru. Tapi aku bukan seorang blogger yang rajin sebab malas sentiasa menguasai diri. Thanks to my friend, Gee and Dayang sebab kenalkan blog kat aku.Kalau tak sampai sekarang aku tak minat dengan dunia blog ni. Dulu selalu je aku kutuk blogger blogger nih. But now, I'm a blogger too! Baru aku tahu yang ramai dah yang guna blog sebagai tempat dorang luahkan segala yang dorang tak puas hati atau benda benda yang terjadi dalam hidup dorang seharian. Sepupu aku yang baru lepas UPSR pun sekarang ni dah berjinak jinak nak berblog jugak. Aiseh..Aku jugak yang lambat bertindak. Dah tua bangka baru nak berblog bagai nih.

Sila Kelik Cepat!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...